Dia yang aku kagum dalam
diam,
Kerana tarbiyah yang
terus menyubur dalam jiwanya,
Kerana semangat dakwah
yang terus mekar dalam nadinya,
Kerana cinta kepada agama
yang terus mengalir dalam dirinya..
Dia yang aku kagum dalam
diam,
Kerana sikap
kesederhanaan miliknya,
Kerana sikap berlapang
dada dengan orang di sekelilingnya,
Kerana sikap bersangka
baik yang mengalir dalam dirinya..
Dia yang aku kagum dalam
diam,
Bukan kerana rupanya,
Bukan jua kerana
hartanya,
Tapi pada ketulusan
jiwanya,
Pada ketinggian
akhlaknya,
Pada semangat
mujahidnya..
Dia yang aku kagum dalam
diam,
Moga dirimu terus menjadi
syabab acuan madrasah Rasul,
Yang selalu melebihi
cintanya buat Allah dan Rasul,
Yang selalu bersemangat
jihad dijalan-Nya,
Yang selalu mencari redha
dan cinta-Nya..
Dia yang aku kagum dalam
diam,
Hati kau dan aku milik
Dia,
Pada-Nya juga aku
meminta,
Agar hati kau dan aku
bersatu kerana-Nya..
Dia yang aku kagum dalam
diam,
Kelebihanmu aku syukuri,
Kekuranganmu aku terima
seadanya,
Kekurangan yang akan aku
lengkapinya,
Kerana ditakdirkan lelaki
dan wanita itu untuk saling melengkapi,
Bukan untuk saling
menunding jari.
p/s: haishhh mood yang
entah apa-apa ~ rindu nak menaip dan inilah hasilnya :p
Tulusly: Fieyta An Nisa
(ikan ternakan a.k.a penjaga blog, hehe :D)
ReplyDeletenice...
boleh saya ambil tak ??? ayat2 kakak semua saya suka,,,, berunsur dakwah.... dan novel penghijrahan cintalah yang mmbuatkan saya rasa nak berubah... Subhanallah... indahnya ciptaan tuhan.... saya nak mintak izin ambil sedikit kata2 dari blog kakak nie ya??? saya akan letak --> nukilan : Fieyta An Nisa =)
ReplyDeletekalau saya tak mintak izin kiranya saya curilah kan.. saya takut azab allah nanti. =)
ReplyDeleteMOHON SHARE YE
ReplyDelete