Thursday, 17 November 2011

Suami Ekspress 1


BAB 1


Suasana perkarangan dataran UiTM yang sibuk dengan kehadiran pelajar-pelajar mendaftar membuatkan Adriana berasa tidak selesa. Dengan jalanraya yang agak sesak dengan kenderaan ibu bapa yang bertali arus menghantar anak mereka mendaftar. Maklumlah hari pertama mendaftar setelah cuti semester sebulan yang lalu.

“Hai, apa punye malanglah nasib badan, dah la hari panas terik, orang punyalah ramai, bilalah dapat landing atas katil yang empuk, erk empuk laa sangat kan katil UiTM ni, hehe” . Omel Adriana sambil mengipas-ngipas wajahnya yang kemerahan akibat di panah terik mentari.

“Hoi, amacam cuti best tak? Rindu kat aku tak?” sergah Iman
“Assalamualaikum cik Iman, dah tak reti nak bagi salam ke? Rindu kau? Malam sikit yer". perli Adriana, kawan dia yang sorang ni memang cam gini, main sergah je kalau nak tegur orang, nasib baiklah aku takde heart attack cik Iman oii.


Sudah lama dia mengenali Iman Farhana, sejak mereka sama-sama belajar di sekolah menengah. Sudah paham sangat dengan peragai teman baiknya itu. Agak brutal tapi berjiwa sensitif, hehe. Di sekolah dulu, siapa yang tidak kenal dengan perangai gila-gila sahabatnya itu. Walaubagaimanapun, Iman seorang pelajar yang pintar. Kini, mereka dipertemukan lagi dan sama-sama mengambil Diploma Sains di UiTM Kuala Pilah.


“Oit, ko berangan apa pulak ni, baru jer start sem, da homesick ke beb? Kuliah pun belum mula lagi, ke teringatkan buah hati di rumah tu? Cer cite dengan ak sikit” soal Iman apabila melihat Adriana termenung jauh.

“Banyak la kau punya buah hati, kau macam tak paham pulak prinsip aku, sekurang-kurangnya tunggu habis degree ni dulu, cita-cita aku masih jauh untuk digapai Iman” terang Adriana. Cita-citanya memang terlalu tinggi, mahu mengikut jejak langkah papanya. Papanya sendiri mempunyai PhD. Sudah tentu dia pun mahu memiliki PhD.

“Tapi kan kita hanya merancang, tapi Allah yang tentukan apa yang berlaku kemudian hari, sebab Allah itu sebaik-baik perancang, kau kena ingat tu. Andai kata jodoh kita sampai awal, sudah tentu kita tidak mampu menolak kehendak Dia kan?” terang Iman panjang lebar.


“ Baik cik Iman, andai jodoh aku sampai awal aku terima dengan redha. Dah la jom singgah kat cafe, tekak aku dah haus ni” ajak Adriana sambil menarik tangan rakannya menuju ke cafe.


Setibanya di cafe, mereka memesan minuman masing-masing, Adriana memesan segelas jus tembikai manakala Iman memesan jus mangga. Mereka memilih meja yang agak jauh sedikit dari meja-meja lain. Suasana cafe yang agak riuh itu membuatkan mereka memilih meja yang agak terpencil dari meja-meja yang lain. Maklumlah sudah lama tidak bertemu, sudah tentu banyak benda yang ingin dikongsikan bersama.

“Riana aku dengar papa kau terpaksa bertugas ke luar negara, betul ke? So, kau kat sini tinggal dengan siapa nanti?” soal Iman.

“Yup, memang papa terpaksa transfer ke Jepun” jawab Adriana.. As you know, they need experienced engineer to improve their technology after tsunami. Kan aku dapat kolej, so aku dok kt kolej jer la, tp kalau cuti-cuti sem nanti, aku ade aunty yang tinggal kat Shah Alam ni, may be nanti aku tinggal dengan dia la, tak pun aku duduk rumah kau boleh? Hehejawab Adriana sambil bergurau dengan sahabatnya itu..


Tugas sebagai jurutera membuatkan papanya sering ke luar negara. Tambahan pula, syarikat papanya mempunyai cawangan di negara Jepun. Selepas bencana tsunami, banyak kerosakan yang dialami oleh negara matahari terbit itu. Papanya merupakan salah seorang jurutera yang terpaksa ditugaskan di sana untuk membaikpulih keadaan di sana. Tambahan pula, syarikat tempat papanya bekerja merupakan syarikat yang mempunyai kerjasama dengan syarikat-syarikat dari Jepun.


Selepas itu, mereka menghabiskan masa bersama di cafe tersebut, maklumlah sudah lama tidak bertemu. Banyak perkara yang ingin dikongsikan dan dibincangkan bersama, sampaikan cerita kucing Iman yang baru melahirkan anak kembar tiga turut dikongsikan bersama. Itulah mereka, sering berkongsi suka dan duka bersama, orang kata kawan ketika senang ramai tapi kawan yang sanggup bersusah payah bersama sukar di cari, betul ke? Tetapi bagi Adriana, Iman tidak begitu, dia la sahabat dunia dan akhirat.




Pagi itu, Faris agak tergesa-gesa kerana dia perlu menghadiri satu sesi temuduga untuk jawatan sebagai pensyarah di salah sebuah universiti tempatan. Sejak dia tamat pengajiannya di UIA beberapa bulan yang lalu, dia telah memohon untuk menjadi pensyarah. Biarpun, ramai di antara rakan-rakannya yang tidak berminat untuk menjadi seorang pendidik, mereka mengatakan menjadi cikgu atau pensyarah itu tidak cool atau macho, tetapi baginya pekerjaan seperti inilah yang memudahkan seseorang itu mendapat pahala dengan senang. Pendidik merupakan tiket untuk ke syurga. Dia masih ingat ketika dia kecil, Abinya ada memberi tazkirah bahawa tidak terputus amalan seseorang yang mati melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah, doa anak-anak yang soleh dan ilmu yang di amalkan. Sudah menjadi kebiasan mereka untuk mendegar tazkirah dari abi, abinya juga merupakan seorang pendidik. Ilmu yang di amalkan, itulah yang menjadi prinsip dalam hidupnya. Dia mahu berkongsi dan menyampaikan ilmu yang diperolehnya semasa belajar dahulu kepada orang lain.


“Faris, mari breakfast dulu” ajak uminya ketika dia melintasi ruang makan.

“Assalamualaikum umi, sedapnya bau. Umi masak apa pagi ni?” ujarnya lantas mencium tangan uminya.

“Waalaikimsalm, makanlah Faris, umi masak mee goreng jer pun, kamu ade interview kan pagi ni? Umi doakan kamu dapat kerja ni, semoga Allah mempermudahkan urusan kamu” jawab umi.

Faris merupakan anak sulungnya, dia merupakan seorang anak yang taat dan menghormati orang tua. Sikapnya yang bertanggungjawab terhadap adik-adiknya juga membuatkan Hajjah Mardhiah sangat kagum dengan keperibadian Faris.

“InsyaAllah umi, terima kasih sebab doakan faris umi, sayangg umi” ujar faris sambil mencium pipi ibunya selepas menghabiskan makanan dipinggannya. Dia terus membawa makanan tersebut ke singki dan membasuh pinggan tersebut.


“Umi, faris gerak dulu ye umi” ujar Faris sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman.

Drive carefully ye Faris, fii amanillah” nasihat Puan Mardhiah sambil memerhatikan anaknya yang sedang memakai kasut.



p/s: sori law bosan cte ny, bru intro.. law korg ade pendapat ke, komen ke.. silalah yer, sya budak bru blajr (: tasha n liya aku pnjam nme korg, sje suke2.. hehe.. egt lg x kte ade wat nvel after pmr dlu? miss dat momment damn much :'(



bole ke agak2 faris ar rayyan ni cam lee min ho n adriana  qistina ni cam heliza helmi, >.< ngee


No comments:

Post a Comment