BAB 38
Adriana terasa seolah disuntik
semangat baru setelah pulang dari Cameron Highlands semalam. Dia sangat
bersemangat untuk ke kuliahnya pagi itu. Awal-awal lagi dia sudah bangun,
bersemangat mahu menghabiskan semester terakhir yang kini hanya tinggal sebulan
lebih sahaja lagi. Tidak lama lagi dia sudah menduduki peperiksaan akhir.
Tepat jam tujuh setengah pagi,
Adriana melangkah laju menunggu Iman di hadapan blok kolej kediaman sahabatnya
itu. Dijelingnya jam di tangan, masih awal lagi, kelasnya akan bermula pada
pukul lapan pagi, lagi pula kedudukan kolej kediaman yang hampir dengan bangun
kuliah hanya mengambil masa kira-kira sepuluh minit berjalan kaki.
Tiba-tiba telefon di dalam beg
sandangnya bergetar menandakan ada panggilan yang masuk.
“Assalamu’alaikum, morning sayang”
sapa suara di hujung sana sebaik sahaja Adriana menekan butang answer.
“Wa’alaikumsalam cik abang handsome.
Morning…” balas Adriana sambil tersenyum sendiri.
“Sayang ada kelas pagi ni kan? Dah
breakfast before pergi kelas tak?” soal Faris prihatin, siapa tak sayang bini
oiii..
“Abang insya-Allah hari ni Riana nak
puasa sunat, boleh?” Adriana meminta keizinan suaminya. Dia teringat pesanan
arwah mamanya dahulu. Setiap perbuatan isteri haruslah meminta keizinan suami
walaupun hanya ingin melakukan ibadah sunat.
“Alhamdulillah, solehahnya isteri
abang ni. Boleh sayang, kita sama-sama puasa hari ni ya?” Faris meraikan lagi
pendapat isterinya.
“Insya-Allah, abang tak ada kelas
pagi ni?” soal Adriana.
“Ada, tapi pukul sepuluh. Riana take
care of yourself. Kalau ada
pening-pening ke muntah-muntah ke bagitahu abang”
Adriana garu kepala yang tak gatal,
wait-wait !! Pening? Muntah? Eh, kenapa agaknya eh??
“Pening? Muntah??” soal Adriana
pelik, memang pelik sangat-sangat dah ni.
“Ha’ah, mana tahu ada good news ke?”
Faris sudah tersenyum di hujung sana. Mula mencipta angan dan harapan. Mesti
comel kan kalau Adriana pregnant?
“Allahuakhabar, insya-Allah abang.
Abang doakan ya supaya Allah izinkan kita jadi ummi dan abi yang terbaik untuk
anak-anak kita. Abang, Riana letak dulu ya? Iman dah sampai tu. Sayang abang
fillah” pinta Adriana, matanya tidak lepas memandang Iman yang semakin
menghampirinya.
“Ok sayang. Sayang Riana fillah aidhon.
Kalau ada masa lebih jangan lupa dhuha ya sayang? Assalamu’alaikum..”
“Wa’alaikumsalam, insya-Allah” balas Adriana.
Alhamdulillah, sungguh Adriana bertuah apabila
dikurniakan seorang suami yang sering mengingatkannya kepada Ilahi, yang sering
menasihatinya menuju cinta Ilahi. Benarlah tidak salah arwah papanya memilih
Faris sebagai suaminya. Insya-Allah suaminya itu jugalah yang akan berpimpinan
tangan dengannya menuju ke syurga Ilahi kelak. Insya-Allah..
Faris sering kali mengingatkannya tentang agama, sering
saja mereka melakukan ibadah-ibadah sunat bersama. Faris juga sering
mengajaknya melakukan solat dhuha. Solat dhuha yang membuka pintu rezeki. Hanya
dengan dua raka’at solat mampu membuka pintu rezeki. Subhanallah, Maha
Pemurahnya Allah.
“Assalamu’alaikum Riana. Rindu kau, macam mana honeymoon?”
sapa Iman sambil memeluk erat bahu temannya itu.
“Wa’alaikumsalam Iman, rindumu juga, hehe.. honeymoon??
Mana boleh cerita, tapi alhamdulillah best” jawab Adriana tersipu malu apabila
mengingatkan tentang bulan madunya bersama Faris. Sungguh Faris suami yang
super-duper soleh, insya-Allah.
“Alhamdulillah, untungnya ada suami. Doakan aku jugak
weh. Tapi seriously muka kau lately nampak berseri-seri, macam ada cahaya
gitu.. hehe” Iman meminta doa dari sahabatnya agar dia dikurniakan suami yang
soleh.
Mereka sama-sama melangkah menuju ke kelas, selalunya
begitulah rutin mereka. pergi dan balik ke kelas bersama-sama. Sahabat yang
bagaikan belangkas, sahabat yang sama-sama berkongsi suka dan duka bersama,
sahabat yang bersama saat susah dan senang.
Muka ada cahaya?? Hoho biar betul Iman ni??
Macam-macamlah Cik Iman Farhana ni, aiyoyo..
“Berseri-seri?? Macam ada cahaya?? Cahaya apa? Torchlight
ke spotlight? Haha..” Adriana mula mengusik Iman. Haillah Iman…
“Amboi, melawak dengan aku pulak pagi-pagi ni. Torchlight
bukan spotlight pun bukan. Tapi moonlight, hehe” balas Iman. Apa ingat Adriana
saja boleh loyar buruk, dia pun berbakat jugak ok!!
“Moonlight pun moonlightlah Iman. Haha..” Adriana mula
mengalah, kalau dilayan sampai bila pun takkan habis, sebabnya Cik Iman Farhana
yang dia kenal memang suka merapu. Hish, kejamkan? Kutuk kawan sendiri.
“Haha.. tapi seriously you look so different. Ada beza
before and after kau kahwin. Doakan aku jugak Riana. Moga dapat suami yang
soleh. Aamiin”
“Allahumma aamiin Ya Mujib. Kau tak bosan single? Maksud aku
takde boyfriend?” duga Adriana, dia mahu menguji sehebat mana sahabatnya itu
menahan diri dari pergaulan bebas yang rata-rata kini diamalkan oleh
remaja-remaja kita di Malaysia.
“Kenapa perlu bosan? Adriana, jujur aku cakap kita orang
Islam takde istilah single dalam hidup. Sebabnya kita selalu in relationship
dengan Allah. We are never alone because Allah is always with us. So, takde
sebab untuk bosan, especially bila kita sibukkan diri kita dengan majlis-majlis
ilmu, belajar, dan aku ada sahabat seperti kau” balas Iman.
Adriana tersenyum gembira mendengar luahan Iman.
Alhamdulillah fikrah Iman sangat hebat sedangkan di luar sana ramai gadis-gadis
semakin terpedaya dengan cinta murahan.
“Alhamdulillah, solehahnya kawan aku ni.. Moga kita
sama-sama punya cinta terpelihara sebelum bernikah. Insya-Allah kau dapat suami
yang soleh” Adriana mengenggam erat tangan Iman.
“Aamiin, aamiin Ya Mujib. Actually, aku dah dilamar” ujar
Iman membuka kisah dia dilamar seorang lelaki.
“Seriously? So kau terima ke tak?” tanya Adriana
terkejut.
“Tak…” balas Iman perlahan.
“Kenapa??” Adriana mengangkat keningnya hairan. Tapi mesti
ada sebab yang munasabah apabila Iman menolak lamaran tu.
“Aku dah suruh adik aku risik si pemuda tu, tapi
akhlaknya kurang walaupun dia punya ilmu agama dan pekerjaan yang hebat. Aku
nak cari suami yang Allah redha akhlaknya Riana” jawab Iman apabila teringat
kembali peristiwa itu. Sungguh dia kecewa apabila seorang mujahid yang hebat
tetapi kurang menjaga ikhtilatnya.
“Alhamdulillah, kau dah buat keputusan yang tepat. Aku yakin
akan tiba saatnya nanti kau dilamar seorang mujahid yang hebat agamanya dan
hebat menjaga pergaulannya. Jangan risau, perempuan yang baik hanya untuk
lelaki yang baik, insya-Allah. First thing first, now kita sama-sama berubah
untuk perbaiki diri. Jangan risau jodoh tu akan datang tepat pada masanya..”
Adriana memberi kata-kata semangat kepada Iman, ayat yang sama yang pernah
dituturkan Faris kepadanya.
“Insya-Allah, Riana jom pergi usrah minggu ni. Rindu nak
dengar tarbiyah” ajak Iman sungguh-sungguh.
“Usrah, insya-Allah nak pergi, rindu juga dengan
sahabat-sahabat kita”
Adriana sungguh bersyukur apabila dia dikenalkan dengan
usrah ketika mula-mula dia mengikuti pengajiannya di kampus. Sungguh hidupnya
terasa lebih bermakna apabila diperkenalkan dengan usrah. Perkataan usrah itu
berasal dalam bahasa arab yang bermaksud keluarga. Manakala dari segi
istilahnya pula, usrah bermaksud kumpulan atau individu atau mukmin yang
beriman dengan agama Islam, berusaha dan tolong- menolong di antara satu sama
lain untuk memahami dan menghayati Islam. Usrah bukan sahaja tempat untuk
menyampaikan atau mendapatkan ilmu, malahan ia merupakan tempat untuk sesama
ahli kumpulan membincangkan sesuatu masalah yang timbul dan juga tempat untuk
membentuk peribadi dan sahsiah ahli usrah dan bertolong-tolong apabila
ada ahli yang ditimpa kesusahan. Usrah juga merupakan satu medium dakwah
untuk berdialog mengenai Islam secara dinamik. Indahnya hidup berhalaqoh.
Faris membelek akhabar di tangan. Mencari tajuk akhbar
yang mampu menarik minatnya. Hari ini kelasnya bermula jam sepuluh pagi,
dikerlingnya jam yang tergantung di dinding, baru jam lapan pagi. Masih awal
lagi sebelum dia bertolak ke universitinya. Sedang dia asyik membelek-belek
akhbar bahunya dipegang perlahan.
“Faris, kelas kamu pukul berapa hari ni? Takde kelas
pagi?” soal Hajjah Mardhiyah apabila dilihatnya Faris masih di rumah. Kebiasaannya
awal-awal pagi lagi anaknya sudah ke universiti.
“Owh, ummi rupanya. Kelas Faris hari pukul sepuluh pagi
ummi” ujar Faris sambil mengajak umminya duduk bersebelahan dengan dia. Tenang menatap
wajah keibuan umminya. Tangannya kembali meletak akhabar di meja.
“Owhh, patutlah tak siap lagi, baju pun tak tukar lagi. Ni
dah mandi belum anak ummi ni?” Hajjah Mardhiyah melabuhkan punggungnya
bersebelahan dengan Faris sambil matanya tidak lepas memandang putera sulungnya
itu.
“Mestilah Faris dah mandi ummi, dah wangi dah anak ummi
ni” selamba sahaja Faris membaringkan kepalanya di riba Hajjah Mardhiyah, lama
tak bermanja dengan ummi sendiri.
“Faris, Faris.. dah besar pun nak ummi ribakan lagi?”
soal Hajjah Mardhiyyah mengusik. Tangan tuanya tetap membelai rambut lebat
Faris.
“Ha’ah, sampai bila-bila pun Faris tetap akan baring
dekat riba ummi, kan Faris sayang ummi” balas Faris seperti anak kecil. Sudah menjadi
kebiasaan baginya sejak dari kecil lagi, dia tidak segan menunjukkan
kemesraannya walaupun dia anak sulung dalam keluarga.
“Yalah-yalah.. ummi pun sayang Faris juga. Macam mana
pergi ke Cameron?” Hajjah Mardhiyah mula mengalah, memang sejak dari kecil lagi
dia telah mendidik anak-anaknya begitu, anak-anaknya juga lebih rapat dengan
dia berbanding dengan suaminya. Mungkin disebabkan karektornya yang lembut
membuatkan anak-anaknya lebih rapat dengannya. Manakala suaminya sedikit tegas
dalam mendidik anak-anak membuatkan anak-anaknya sangat menghormati abi mereka.
“Cameron?? Alhamdulillah best ummi. Tapi menantu ummi tu
excited sangat dengan buah strawberi. Faris pun pelik” Faris mengimbau kembali
kenangan dia dan Adriana di Cameron Highland, dalam diam dia tersenyum sendiri.
Hajjah Mardhiyah tersenyum apabila melihat wajah ceria
Faris apabila anaknya mula membuka cerita tentang Adriana.
“Macam tulah perempuan Faris, hati perempuan ni lembut. Beza
dengan lelaki sebab tulah hal yang kamu anggap remeh pun boleh buat perempuan
gembira sebenarnya. Jaga menantu ummi tu baik-baik” nasihat Hajjah Mardhiyah.
“Insya-Allah ummi, doakan kami ya ummi? Faris tak kuat
tanpa doa ummi dan abi”
“Ummi sentiasa doakan yang terbaik untuk anak-anak ummi. Walaupun
Riana tu masih muda tapi ummi tahu dia boleh jadi isteri dan ibu yang baik
untuk anak-anak kamu” ujar Hajjah Mardhiyah dan dia yakin dengan hatinya bahawa
Adriana mampu menjadi pendamping yang solehah untuk Faris.
Ibu?? Faris sudah tersenyum lagi, kali ini senyuman makin
lebar. Dapat dibayangkan jika Adriana mengandungkan zuriatnya, mesti comel kan?
Dia juga yakin Adriana mampu menjadi ibu yang baik untuk zuriatnya,
insya-Allah.
“Terima kasih ummi”
“Sama-sama, sebelum kita ke umrah nanti kamu pergilah
ziarah tok ummi dan tok abah kamu nanti. Hari tu tok mi sibuk bertanyakan kamu
dengan Adriana. Katanya rindu dengan Adriana” Hajjah Mardiyah menyampaikan
hajat Hajjah Zubaidah dan Haji Mansor yang teringin sangat berjumpa dengan
cucunya.
“Adriana je tok mi rindu? Faris??” tanya Faris, amboi tok
umminya sejak ada Adriana terus lupa pada cucu sulungnya ni. Untunglah Adriana,
tok ummi pun sayang dia!!
“Haha, kamu ni…” gelak Hajjah Mardhiyah apabila melihat
telatah Faris yang masih keanak-anakan walaupun sudah menjadi suami orang.
“Insya-Allah ummi, nanti Faris bagitahu Riana”
“Eloklah kalau macam tu, dah pergi tukar baju. Nanti lambat
pula” arah Hajjah Mardhiyah.
Faris mula bangun dari ribaan umminya, lantas diciumnya
kedua-dua pipi umminya itu.
“Baik ummi, Faris menurut perintah!!”
bestnye cerita ni..penuh pengajaran dan ilmu.. padat dengan informasi yg b'guna..ske sgt ble bce..hehe :D
ReplyDeletexmampu nk komen ape2...nice...
ReplyDelete