BAB
42
Merah
padam muka Faris menahan kemarahan. Diurus beberapa kali dengan istighfar,
mengusir kemarahan yang mula menjeruk tangkai hati. Hati mana yang tidak sakit
apabila ada lelaki lain yang melamar isteri sendiri di depan mata??
Pada
mulanya dia ingin menjemput Adriana pulang ke Melaka pada petang hari. Tetapi
disebabkan kerinduan kepada isteri tersayang, dikuatkan hati untuk menjemput
isterinya pada tengah hari itu juga. Difikirkan isterinya akan terkejut dengan
kehadirannya di situ, tetapi alih-alih dia sendiri yang terkejut melihat babak
‘drama melamar’ antara Aqil dan Adriana.
“Assalamu’alaikum”
Faris menyapa, cuba menghadiahkan senyuman yang dirasakan hambar saat itu. Mana
mungkin bibirnya mampu mengukir senyuman ikhlas jika hatinya kecewa tika ini.
Adriana
hanya menunuduk. Rasa bersalah walaupun kesalahan itu bukannya disebabkan oleh
dirinya sepenuhnya. Mujurlah ada Iman di sisi, jika tidak fitnahnya mungkin
lebih besar dari ini.
“Wa’alaikumsalam”
balas mereka serentak.
“Sir
jaga exam ke?” Aqil menyoal.
“Taklah,
jemput isteri habis exam” balas Faris, sengaja ditekankan perkataan isteri itu.
Matanya masih memandang tepat ke arah muka Adriana.
“Owh,
really?? Tak bagitahu pun sir dah kahwin. Wife sir belajar dekat sini?? Saya kenal
wife sir??” soal Aqil terkejut. Siapa yang tidak terkejut, tiada angin tiada ribut
tiba-tiba Faris memberitahu sudah punya isteri!! Masih belajar pula tu..
Adriana
sudah menelan air liur sendiri, tahu kebenaran akan muncul sebentar lagi. Dia memegang
erat tangan Iman, meminta sedikit kekuatan.
“Ha’ah saya dah
kahwin. Almost six months ago. Adriana Qistina is my wife” Faris memberitahu
jujur. Dia rasa ini masa yang sesuai untuk dia berterus terang tentang statusnya
dan Adriana. Dia tidak sanggup lagi menyaksikan ada lelaki lain yang melamar
isterinya. Benarlah ajaran Islam yang mengatakan sembunyikan pertunangan dan
iklankan (hebahkan) pernikahan. Pernikahan seharusnya dihebahkan atau diumumkan
kepada orang ramai agar tidak akan berlaku lamaran kepada isteri orang dan
untuk mengelakkan fitnah.
Faris menarik
rapat tubuh Adriana. Dilemparkan senyuman seikhlas mungkin walaupun hatinya
terasa sakit. Dia harus bijak mengawal amarahnya.
Tangan Adriana
terlepas dari tangan Iman saat Faris memeluk pingangnya erat. Adriana mengucap
syukur di dalam hati. Sekurang-kurangnya Faris tidak melontarkan amarahnya di
hadapan Aqil.
“Adriana, Adriana
wife… wife sir???” soal Aqil tidak percaya.
“Yes, she is my
wife. Perempuan yang awak lamar tadi isteri saya…”
Aqil terasa
lemah tubuhnya untuk terus berdiri. Hancur harapannya mahu melamar si mawar
agama. Tidak disangka selama ini dia menaruh hati pada isteri orang!! Isteri pensyarahnya
sendiri.
“Jom balik..
Aqil, Iman balik dulu… Assalamu’alaikum” Faris meminta diri.
Adriana tahu
Faris sedang berperang dengan perasaannya sendiri. Dia sendiri bingung
bagaimana mahu memujuk Faris nanti. Moga Allah tunjukkan jalan. Adriana sempat
memeluk Iman sebelum mereka berpisah. Dia bergerak laju mengikut langkah Faris.
“Wa’alaikumsalam..”
Aqil sudah terduduk lemah saat melihat wanita yang dicintainya berlalu pergi. Sungguh
hatinya hancur saat ini!!
Suasana sunyi menemani perjalanan
pulang Adriana ke Melaka. Sejak dari tadi Faris lebih selesa mendiamkan diri.
Adriana jadi buntu sendiri memikirkan kedinginan sikap Faris.Dia tahu Faris
sedang marah saat ini. Tipulah kalau dia tidak terasa saat ini, hati mana yang
tidak tersentuh dengan layanan dingin suami sendiri?? Sungguh dia rindukan
Faris tapi tidak mungkin dia menyalahkan Faris dengan apa yang berlaku.
Benarlah
kadangkala ujian itu menyapa tanpa sebarang petanda. Dia harus bijak
menyelesaikan masalah yang baru bermula. Dibiarkan dahulu Faris menguruskan
emosinya, akan dipujuk suaminya ketika amarah suaminya sudah menjauh pergi.
Adriana
mula merebahkan kepalanya di tepi tingkap, ingin melelapkan mata sebentar. Perutnya
mula terasa lapar kerana dia hanya sempat menjamah dua keeping roti pagi tadi. Didiamkan
sahaja perut yang berbunyi minta diisi. Cuba melelapkan mata sebentar dan
berharap semuanya akan kembali seperti sediakala apabila dia terjaga nanti.
Faris
memandang sayu ke arah Adriana, dia tahu isterinya berpura-pura tidur. Ingin saja
dipeluk isterinya itu, melepaskan kerinduan. Tetapi dia tidak mahu, hatinya
kecewa melihat isteri sendiri dilamar di hadapan mata. Dia memerlukan masa
untuk meredakan amarahnya.
Faris
beristighfar lagi, mengusir hati yang tidak tenang. Teringat pesan abinya, perbanyakkan istighfar
saat hati tidak tenang. Faris teringat kepada sepotong hadis yang bermaksud:
Faris
juga mula membaca beberapa potong ayat Al Quran yang dihafaznya. Dia mahu
meminta kekuatan dan ketenangan dari Ilahi. Memang sudah menjadi kebiasaan
baginya untuk lebih suka berdiam diri apabila marah mula menguasai diri. Dia
tidak mahu melempiaskan amarahnya bukan tepat pada tempatnya. Diam itu lebih
baik bagi dirinya. Mungkin sudah dididik sebagai anak sulung, dia tidak suka
melempiaskan amarahnya pada orang lain dan dia lebih suka memuhasabah dan
berdiam diri ketika marah.
Ingin
sekali dia memegang lembut tangan isterinya, tetapi dia tidak mampu. Dia berperang
dengan perasaannya sendiri. Walaupun kesalahan itu tampak kecil tetapi hatinya
hancur apabila isteri sendiri dilamar di depan mata. Maruahnya sebagai seorang
suami terasa jatuh menjunam, seolah-olah dia tidak mampu menjadi suami yang
baik.
Perlahan-lahan
Adriana membuka mata, dia memandang wajah Faris dari sisi. Rindu dengan seraut
wajah yang putih itu. Dia tahu Faris memerlukan ruang sendiri. Tetapi hatinya
tidak tenteram jika Faris terus menerus mendiamkan diri.
“Abang…”
Adriana memanggil lembut. Tangannya menyentuh lembut bahu Faris.
“Abang
tengah drive, nanti kita bincamg” Faris mematikan kata-katanya sebelum dia
sempat memujuk lelaki itu. Benarlah Faris inginkan ruang sendiri.
“Ok”
Adriana mengalah. Jujur air matanya mahu menitis saat itu. Ditahannya air mata
dari terus mengalir, dia tidak mahu nampak lemah di mata Faris. Faris tidak
pernah sedingin itu, biarlah suaminya mengambil ruang sendiri.
Faris
cuba memfokuskan pemanduannya, dia ingin Adriana memberi ruang kepadanya. Dia tidak
mahu amarahnya dilempiaskan kepada Adriana. Diam itu lebih baik baginya. Biarlah
masa yang akan mengurangkan amarahnya.
Masing-masing
mula mendiamkan diri, memuhasabah kembali diri. Adriana sibuk melayani
fikirannya sendiri, Faris terus menerus mengusir amarah dengan istighfar di
hati.
Tiba-tiba
telefon bimbit Faris berbunyi. Lantas dipasang earphone lalu dijawabnya
panggilan dari Hajjah Mardhiyah.
“Wa’alaikumsalam
ummi, ya Faris on the way ambil Riana ni. Apa?? Tok abah masuk hospital??”
Faris terkejut, nasib baik pemanduannya tidak terbabas.
Adriana
memandang wajah gusar milik Faris, hatinya tertanya-tanya apa yang berlaku. Kenapa
Haji Mansok masuk ke hospital??
“Tok abah
dipatuk ular, sekarang dalam ICU” terang Faris ringkas. Dia seboleh mungkin
untuk bersikap tenang.
Ya Allah, dugaan
apakah lagi yang diuji untuk meningkatkan keimanan kami di sisiMu??
{pearl hearts}
ReplyDeletekesian adriana.. die x bersalah
~Ya Allah.. jadikanlah diri kami seorg hamba yg sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi setiap ujian dan dugaan yg Kau berikan.. dan jadikanlah setiap ujian itu dapat kami lalui dengan hati yang tenang dan ade jalan penyelesaiannya.. aminnn.. ~
Wah. Sian riana . Sebuk btl la aqil tu. Tp baran gak hero muslim tu. Fk rasional la bkn slh riana ok. (geram lak) ;)
ReplyDeletedan ujian pun melanda...huhu
ReplyDeletesambungan xda ka nisa?
ReplyDeletetakde sambungan nya ke? tgh gabra nak tahu ni...
ReplyDeletexmanis kalau kehidupan seseorg itu xde dugaan dari Ilahi...best x klu hidup kite sentiasa snng?..manis mesti ada pahit. pasti ada lawanan dlm semua perkara dlm dunia nie.
ReplyDeletenk smbungannya !!
ReplyDeletenak sambungannye :) ... best crite ni ! :D
ReplyDeleteSambungannya????
ReplyDelete