BAB
14
Pagi-pagi
lagi Faris sudah mengejutkan Adriana bangun solat subuh berjemaah
bersama Hajjah Zubaidah dan Haji Mansor. Jam di dinding baru
menunjukkan jam 5.30 pagi.
“Riana,
bangun. Kita jemaah dengan tok mi dan tok abah” gerak Faris,
tangannya mula menarik selimut Adriana.
Adriana
masih lena tanpa berkutik sedikit pun badannya. Lena tidur di
kampung, sejuknya lain dari di bandar. Rasa malas untuk membuka
mata. Sememangnya dia jenis yang susah bangun tidur, jenuh jugalah
siapa yang mengejutnya bangun pagi.
“Adriana....
Bangunlahh” Faris mula mendapat idea, didekatkan mukanya ke pipi
Adriana, mahu mencium pipi gadis yang sedang lena itu. Biar Adriana
serik.
Adriana
rasa ada sesuatu yang hinggap di pipinya. Digagahkan juga membuka matanya,
alangkah terkejutnya dia apabila mendapati wajah Faris hanya beberapa
inci sahaja dari wajahnya. Terus terbuka besar matanya memandang riak
tak bersalah Faris.
“Ab..
abang buat apa ni?” soal Adriana gugup, hilang terus kantuknya.
“Buat
pahala pagi-pagi ni. Kiss isteri yang susah nak bangun pagi. Kenapa?
Ada masalah ke?” soal Faris selamba. Dia mula menjarakkan diri
daripada Adriana. Mengelak sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.
Ada yang nanti dia tergoda dengan isteri sendiri sedangkan subuh akan
menjelma beberapa minit lagi. Haishhh..
“Errr...”
Adriana mati kata-kata. Selimut ditarik kembali menutup wajahnya yang
sedang panas. Banyak cara lain lagi kot nak buat pahala pagi-pagi
ni.. Hisshhh 'Mr. Faris' ni.
“Riana,
bangun solat subuh jom” ajak Faris.
“Riana
tengah cutilah, abang jelah yang jemaah”
“Abang
tahulah Adriana tengah cuti, tapi solat tu tak boleh tinggal..
Dah-dah bangun” arah Faris sambil tangannya menarik kembali selimut
Adriana.
Adriana
garu kepala yang tak gatal. Dah tahu yang dia tak boleh solat tapi
Faris ajak jugak dia jemaah kenapa eh? Mazhab mana yang diikut
suaminya ni?? “Hah?? Abang ni biar betul?” soal Adriana pelik.
Jangan-jangan Faris ni mengikut ajaran sesat tak? Ishh, nauzubillah..
“Betullah,
abang tahulah Riana tengah cuti semester. Tapi solat tak boleh
tinggal, bukan masa kita belajar je kena mintak tolong dengan Allah,
bukan masa susah je nak ingat Allah” nasihat Faris memulakan sesi
tazkirah sebelum subuh mereka.
Adriana
menepuk dahi perlahan. Alamak!! Dah salah faham pulak mamat ni. Kan
pagi-pagi lagi dah kena tazkirah sebelum subuh.
“Errr,
maksud Riana, Riana cuti solat. Tak boleh solat, period” jawab
Adriana malu.
“Hah??
Yeke? Semalam boleh je? Baru kena eh?” soal Faris jujur.
Eh,
pelik sangat ke datang period? Itulah hal semalamlah Faris. Aduish,
Faris ni pun satu, ada ke tanya soalan macam ni.
“Haah.
Abang jemaah jelah denga tok mi dan tok abah” jawab Adriana berniat
ingin menyambung kembali lenanya.
“Benda
tu ada tak? Nak abang beli ke?” soal Faris prihatin.
Benda??
Benda apa pulak Faris merepek ni?. “Benda apa maksud abang?” soal
Adriana kurang mengerti maksud suaminya.
“Alaahh,
benda yang Adriana patut pakai time datang period. Ada tak? Nak abang
beli? Rasanya dalam rumah ni takde. Tok mi dah tak pakai dah” Faris
menyoal kembali.
Tergelak
kecil Adriana dengan perangai Faris ni. Ermm, nama je dah kerja
pensyarah tapi perangainya macam budak-budak belasan tahun. Ingatkan benda
apalah tadi. Dia memang sudah menyediakan 'benda' tu awal-awal lagi,
lagi pula memang dah sebulan dia tak datang period.
“Adalah.
Kalau tak ada, Riana dah suruh abang beli” jawab Adriana sambil
tersenyum geli hati melihat sikap suaminya.
“Ohh,
ok. Abang solat dulu” jawab Faris sempat dia mengusap rambut
isterinya.
Adriana
hanya memandang langkah Faris yang mahu menuju ke bilik solat di
tingkat bawah. Rumah Hajjah Zubaidah merupakan rumah kampung dua
tingkat. Bahagian atas rumah masih mengekalkan dinding papan manakala
bahagian bawah rumah berdindingkan batu.
Pagi
itu Adriana menolong Hajjah Zubaidah menyediakan sarapan. Memang
berbeza kehidupan di kampung, rata-rata penduduk sudah bangun seawal
pagi. Seawal jam 6.30 pagi lagi Hajjah Zubaidah menyediakan sarapan.
Haji Mansor pula sudah ke laut, katanya ingin mencari ikan. Walaupun
umur Haji Mansor sudah hampir 75 tahun namun orang tua itu masih
gigih mencari ikan. Bosan katanya jika hanya duduk di rumah.
Sedang
dia leka mengoreng nasi di atas kuali, pinggangnya dipeluk dari
belakang. Menghidu sahaja bau minyak wangi, dia sudah tahu si empunya
badan. Nampaknya Faris semakin berani, pagi tadi cium sekarang peluk.
Lepas ni apa pulak ye?
“Riana
buat apa ni? Kata nak teman abang tengok sunshine kat pantai. Jomlah,
kejap lagi terlepas pulak” jawab Faris, masih lagi memeluk
isterinya.
“Abang,
janganlahh..” Adriana berusaha merungkaikan pautan di pinggangnya.
Kalau Hajjah Zubaidah nampak tak ke malu jadinya.
“Hah,
Faris jangan kamu menyakat si Adriana ni. Pergi depan sana tu, kesian
isteri kamu nak memasak” arah Hajjah Zubaidah.
“Riana,
cepat sikit tau. Abang tunggu kat luar” bisik Faris di telinga
Adriana perlahan, tangannya merungkaikan pelukan. Tapi sempat pula dia
mecuit pinggang Hajjah Zubaidah.
“Ohh,
mak kauu rimau, eh rimau pulak” melatah Hajjah Zubaidah apabila
diusik Faris. Faris hanya tergelak melihat reaksi tok uminya.
“Astaghfirullah...
Ishh, budak ni. Tok mi pun nak dikacaunya” jawab Hajjah Zubaidah
perlahan.
“Dah,
meh sini tok mi sambung masak. Kamu pergi layan laki kamu tu. Kata
semalam nak pergi tengok matahari terbit kan?” soal Hajjah Zubaidah
sambil tangannya mengambil senduk di tangan Adriana.
“Eh,
takpe tok mi. sikit je lagi ni. Lagipun siapa nak makan sarapan ni
nanti” jawab Adriana.
“Takpe,
meh tok mi habiskan masak ni. Kamu pergilah layan suami kamu tu, alah
nasi ni boleh makan lepas kamu balik nanti. Jangan risau, nasi ni tak
lari” usik Hajjah Zubaidah.
“Ok,
tok mi. terima kasih” ucap Adriana. Kakinya melangkah ke dalam
bilik mencapai tudung dan stokin. Selepas itu, dia melangkah pula ke
hadapan rumah, mencari kelibat suaminya. Dilhat elok sahaja suaminya
duduk di atas motor.
“Abangg..
Jomlah tengok matahari terbit” ajak Adriana.
“Hah,
jomlah. Abang dah lama siap, tinggal nak tunggu isteri abang je”
jawab Faris.
Siap
apanya, duduk lagi bertenggek kat atas motor ni. Ishhh...
“Lahhh,
tunggu apa lagi? Naiklah.. Kita naik motor je, lagipun dekat je rumah
tok mi dengan pantai” ujar Faris.
'Whatt??
Naik motor, aduishh aku dah lama tak naik motor ni' desis Adriana
sendirian. Kakinya teragak-agak mahu menaiki motor tersebut, rasa
gayat pulak.
“Don't
worry. Abang ada, naik slow-slow” ujar Faris apabila melihat
isterinya teragak-agak mahu menaiki motor. Rupanya banyak benda yang
baru diketahuinya tentang diri Adriana sejak mereka datang ke
kampung ni.
Akhirnya
berjaya juga Adriana menaiki motor, seronok juga mengambil angin
pagi. Hilang rasa gayatnya tadi diganti pula rasa teruja melihat
pemandangan laut yang terbentang luas di hadapannya kini. Memang
rumah Hajjah Zubaidah tidak jauh dari pantai, hanya mengambil masa
selama 3 minit sahaja. Kalau hendak jalan kaki pun boleh.
Mereka
duduk di atas pasir pandai menghadap laut yang terbentang luas.
Terdapat beberapa bot nelayan yang sedang mencari ikan. Rasa tenang
melihat ciptaan Allah di hadapannya.
“Riana
macam mana duduk kampung ni? Best tak?” soal Faris memecah kebisuan
antara mereka.
“Best
sangat, banyak benda yang Adriana belajar kat sini” jawab Adriana,
matanya masih tidak lepas memandang laut dihadapannya.
“Hehe,
termasuk belajar makan siput dan naik motor kan?” usik Faris
memandang wajah isteri disebelahnya.
“Haah,
Riana tak dibesarkan di kampung, rugi tak dapat rasa suasana kampung”
jawab Adriana jujur. Arwah papanya berasal dari bandar. Arwah mamanya
pula memang berasal dari kampung tetapi dia jarang pulang ke kampung
kerana datuk dan nenek di bahagian sebelah mamanya sudah lama
meninggal dunia.
“Abang
suka balik kampung ni, kalau masa belajar dulu abang selalu jugak
balik. Tapi kena tunggu cuti semester lah” cerita Faris. Dia memang
rapat dengan Hajjah Zubaidah dan Haji Mansor.
“Abang
dah ada master eh?” soal Adriana, rasa ingin tahu mengenai perihal
suaminya.
“Yup,
abang ingat nak sambung PhD nanti. Tapi tunggulah dulu, abang baru je
kerja. Lagipun pensyarah UiTM wajib ada PhD tau, diorang bagi masa
dalam 10 tahun untuk sambung PhD” terang Faris, memang dia berniat
mahu menyambung pelajaran nanti. Tapi tunggulah keadaan megizinkan.
“Ohhh,
abang memang minat chemistry ke? Kenapa tak ambik physics? Biasanya
orang lelaki suka physics, calculation subject” soal Adriana pelik.
“Abang
pun minat juga physics, tapi entahlah mungkin ini yang terbaik untuk
abang” jawab Faris.
Ya,
kita hanya mampu merancang tapi Allah jualah sebaik-baik perancang.
Kadangkala kita sangka kita dah merancang dengan baik sekali, tapi
jika Allah tidak mengizinkan. Pasti tidak berlaku juga apa yang kita
inginkan. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Kadangkala Dia ambil sesuatu yang kita sayang tapi Dia akan
menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Seperti Adriana, Allah
ambil mama dan papanya tapi Allah gantikan dengan orang-orang yang
berada di sekelilingnya kini. Dia ada suami yang bertanggungjawab,
ibu bapa mertua yang prihatin, ipar yang mampu mengembirakan hatinya,
tok umi dan tok abahnya yang menerima dirinya seadanya. Inilah hikmah
Allah di sebalik ujiannya.
“Adriana
nak ambik degree apa nanti?” tanya Faris, dilihatnya isterinya
ralit melayan perasaan sendiri. Dia tidak mahu Adriana bersedih lagi
jika teringatkan kenangan bersama arwah Encik Nazri dan Puan Aishah.
Seboleh-bolehnya dia mahu mengembirakan hati Adriana.
“Hah?
Adriana ingat nak ambik course pharmacy. Tapi tak tahulah macam mana
nanti” jawab Adriana. Memang itulah cita-citanya sejak dahulu lagi.
“Eh,
Riana cuba tengok tu. Cantik kan?” soal Faris, matanya memandang
matahari yang mula memancarkan cahayanya. Subhanaallah, cantik
sangat.
“Haah,
cantik. Subhanaallah” hanya itu yang mampu Adriana ucapkan. Hatinya
memuji ciptaan Illahi.
ciap tgk mthari trbit ag lps nie mthari tbenam plak ea..da pndai da pluk2 incik faris nie
ReplyDeletehehe.. thanks awk, sudi bace :D mthari tbenam? boleh jee.. hihi :'D
Deletebest ^_^
ReplyDelete