Matahari dhuha masih
memancarkan sinarnya, jam di dinding sudah menunjukkan jam sepuluh
pagi. Faris masih lagi berselimut di atas katil, sudah seharian
demamnya tidak kebah. Adriana sudah gelisah sendiri, takut-takut jika
demam Faris semakin melarat. Dia memeriksa suhu badan suaminya dengan
thermometer kecil, sekejap suhu badan suaminya turun, sekejap
meningkat pula.
“Abang, kita pergi klinik
eh?” tanya Adriana, dia tidak betah melihat Faris selemah itu. Maka
jalan yang tebaik adalah membawa suaminya berjumpa doktor.
“Emm, malaslah” jawab
Faris, dia memang sukar untuk diajak berjumpa dengan doktor.
“Abang sayang...”
panggil Adriana. Dia tidak mahu mendengar kata Faris kali ini dan dia
akan berkeras memujuk suaminya ke klinik nanti.
“Ermm..” Faris menjawab
lemah.
“Kita siap sekarang eh?”
pujuk Adriana lagi.
“Nanti baik sendiri demam
abang ni. No need to worrylah sayang” Faris masih lagi berdegil.
Dia bukannya sakit sangat, hanya demam biasa je.
Adriana sudah menggaru
kepalanya yang tidak gatal, cara apa lagi yang harus digunakan untuk
memujuk Faris ya? Susah jugak Mr. Faris ni nak jumpa doktor, huhu..
tiba-tiba Adriana tersenyum sendiri. Dia sudah punya idea,
insya-Allah kali ni berhasil!!
“Abang tak sayang Riana?”
soal Adriana, kali ini sengaja diperlahankan suaranya. Berpura-pura
sedih..
“Mestilah abang sayangkan
Riana..” dalam suara sedikit serak Faris bersuara jua.
“Habis tu, abang tak nak
pergi klinik. Kalau abang sakit siapa nak jaga Riana..” dari
berpura-pura berlakon akhirnya perasaan sayu itu hadir sendiri. Kalau
Faris tiada, Adriana sudah tidak punya siapa-siapa lagi. Dalam diam
hatinya benar-benar sedih. Dia tidak mahu kehilangan Faris, suami
yang selalu membakar semangatnya untuk terus hidup.
Adriana tertunduk, menahan
air matanya untuk mengalir keluar. Ya, dia ibarat sebatang kara di
dunia ini. Jika Faris tinggalkan dia, dia tidak punya siapa-siapa
lagi.
“Syhh, abang demam jelah
sayang. Jangan sedih, abang kan ada ni?” Faris bangkit perlahan
dari pembaringannya. Kesal kerana telah membuatkan bidadarinya
bersedih.
“Sayang, ingat tak Riana
pernah cakap dekat abang dulu.. Riana kata jangan hidup kerana
manusia sebab manusia akan tinggalkan kita. Tapi hiduplah kerana Dia,
sebab Dia takkan pernah tinggalkan kita” Faris masih terus memujuk
Adriana, dipeluknya kejap tubuh isteri tersayang.
Adriana merebahkan
kepalanya di dada bidang Faris, dia beristighfar panjang. Kesal
apabila emosi mula menguasai diri. Ya, manusia hidup kerana Ilahi
bukannya untuk sesama manusia. Bukankah Allah telah berfirman yang
bermaksud:
“Dan ingatlah Aku tidak
menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan
beribadat kepadaKu”
“Abang..” panggil
Adriana dalam sendu. Dia juga hairan dengan sikapnya akhir-akhir ini,
semakin beremosi.
“Ya sayang” sahut Faris
lembut.
“Pergi klinik eh?”
Adriana masih lagi tidak berputus asa mengajak Faris ke klinik.
Faris meleraikan pelukan,
ingatkan Adriana sudah lupa motif utamanya. Nampaknya terpaksalah dia
mengalah kali ini. Dia tidak sanggup mengecewakan permintaan
bidadarinya itu. Tidak mahu Adriana bersedih dengan sikapnya walaupun
perkara remeh.
“Abang ada pilihan lain
tak?” Faris menyoal, nadanya berbaur usikan.
“Abang takde pilihan
lain” selamba Adriana menjawab.
Faris tersenyum melihat
wajah Adriana yang sudah mula kemerahan menahan tangis. Makin comel
apabila wajah putih bersih itu sudah bertukar warna. Tapi kecantikan
isterinya hanyalah satu bonus, dia tidak jatuh cinta dengan Adriana
hanya kerana rupa isterinya itu tetapi dia jatuh cinta dengan Adriana
adalah kerana agama yang dimiliki dan diamalkan oleh isterinya itu.
“Iya sayang, abang
pergi...” balas Faris, dia menarik hidung Adriana lama.
“Sakitlah..” balas
Adriana, dia menarik pula telinga Faris. Hah baru adil kan?
“Balas dendam eh?”
tanya Faris.
“Tak, amboi orang demam
pun aktif menyakat orang kan?” usik Adriana lagi. Faris dalam
keadaan demam pun sempat menyakatnya, ish-ish suami siapalah kan Mr.
Faris ni?
“Badan yang demam, tangan
tak” Faris membalas selamba. Alah setakat nak cubit hidung Adriana,
orang koma pun boleh buat kan? eh.. haha
“Adoiii, macam tu pulak”
Adriana melepaskan tangannya dari terus menarik telinga Faris.
Faris hanya mengangkat
keningnya nakal. Dia memandang wajah Adriana lama, lalu dilepaskan
pula tangannya dari menarik hidung mancung milik isterinya. Merah
wajah isterinya menahan malu apabila ditenung lama olehnya.
“Abang...” Adriana
memprotes lembut. Malu apabila ditenung sedemikian.
“Ya sayang” Faris
menyahut. Sengaja didekatkan wajahnya dengan Adriana. Gemar menyakat
isterinya saat itu, ehh tiba-tiba dirasakan demamnya sudah pulih
apabila menyakat Adriana, heee..
“Telinga abang merah”
sengaja Adriana mengalih topik, dia mengusap lembut cuping telinga
yang sedikit kemerahan apabila ditariknya telinga itu sebentar tadi.
Memang telinga suaminya itu sedikit merah, mungkin disebabkan kulit
Faris yang putih menyebabkan perubahan itu senang dikesan.
Faris berdebar-debar
apabila Adriana mendekatkan wajahnya untuk melihat telinganya yang
sedang kemerahan itu.
“Sayang..” panggil
Faris lembut.
“Ya” Adriana menjawab,
dia mengangkat wajahnya memandang wajah Faris.
Faris cepat-cepat
menghadiahkan ciuman di hidung isterinya itu sedangkan Adriana jadi
kaku sendiri dengan tindakan Faris.
“Saja bagi 'hadiah'..”
Faris membalas selamba apabila Adriana semakin tertunduk malu.
“Riana keluar dulu,
jangan lupa kejap lagi kita pergi klinik” balas Adriana seraya
mengangkat punggungnya berlalu pergi. Sempat dicapainya tudung lalu disarungkan ke kepalanya. Sudah tidak sanggup menahan
malu walaupun mereka sudah bergelar suami isteri.
“Tapi sayang...” Faris
membantah.
Adriana sudah menutup pintu
bilik mereka, dia tersandar di luar bilik. Rasa macam nak gugur
jantung dengan tindakan Faris, merenungnya bagai setahun tak berjumpa
dan sempat pula menghadiahkan dia ciuman. Jantungnya semakin laju
mengepam darah, siapa yang sakit sekarang ni? Dia ke Faris?
Adriana melangkah laju ke
bahagian beranda rumah. Mahu menghilangkan debar di hati, memang jika
dia berhadapan dengan suaminya jantungnya itu seakan sukar berfungsi
dengan baik. Haish, rasanya dia yang sakit saat ini. Dalam dia
mengatur langkah ke beranda rumah, dia terperasan kelibat Faathirah
yang baru melangkah keluar dari bilik.
“Assalamu'alaikum” sapa
Adriana, memang dipraktiskan untuk memberi salam apabila bertemu
dengan orang lain. Bukankah menyebarkan salam itu bermaksud
menyebarkan doa?
“Wa'alaikumsalam Kak
Riana, akak selsema ke?” tanya Faathirah.
Adriana mengerutkan dahinya
pelik. Kenapa nampak dia macam orang selsema ke?
“Taklah, kenapa??”
tanya Adriana pelik. Dia memandang wajah Faathirah lama, mencari
jawapan.
“Yeke? Tapi hidung akak
merah” Faathirah menjawab jujur.
“Hah??” serentak itu
Adriana meraba hidungnya. Ni mesti kerja Faris sebentar tadi.
Haishhhlahhh Mr. Faris.
“Tapi tak nampak
sangatlah..” Faathirah menjawab, cuba menenangkan akak iparnya yang
nampak sedikit kalut itu.
“Ohh, tadi akak
terlanggar pintu” dalih Adriana, logik tak alasan dia?
Faathirah sudah membulatkan
matanya, biar betul langgar pintu? Pintu yang mana satu?
“Pintu mana kak?” tanya
Faathirah ingin tahu.
“Pintuu... hah pintu
bilik” jawab Adriana sedikit tergagap tapi mujurlah Faathirah
percaya sahaja dengan jawapannya itu.
“Pintu yang besar tu akak
tak nampak?” tanya Faathirah beria-ria.
Adriana hanya tersenyum,
banyak tanya jugak Faathirah ni. Tak percaya ke, tak logik eh alasan
dia tadi?
“Riana...” tiba-tiba
Iman datang menyertai mereka.
Iman memandang lama wajah
Adriana, dirasakan ada kelainan pada wajah sahabatnya itu. Tapi apa
yang lain eh? Lama dia memerhati wajah Adriana, dari mata turun ke
hidung.
“Apesal hidung kau tu?”
tanya Iman pula.
“Langgar pintu..”
Faathirah menjawab bagi pihak Adriana.
Iman sudah tersenyum sinis,
hah tak percayalah tu!!
“Eh, kau balik hari ni eh
Iman?” Adriana menyoal, sengaja dia mengalih topik perbualan,
takut-takut kalau dirinya kantoi apabila terus diasak dengan soalan
yang sama.
“Ha'ah.. nak ikut aku
balik ke?” soal Iman.
“Tak naklah. Aku nak
dating dengan cik abang sayang” Adriana sudah tersenyum. Ish kalau
Faris dengar ni, sebulan belum tentu Faris habis menyakat dia.
“Siapa hantar akak
nanti?” tanya Faathirah.
“Akak naik teksi sampai
stesen bas, then akak naik bas ekspress nanti” Iman menjawab.
Memang awal-awal lagi dia sudah merancang begitu, dia tidak mahu
menyusahkan Adriana.
“Takpelah nanti kitorang
hantar ke stesen bas. Sambil tu boleh jalan Mersing sekali, kita
tengok pantai” cadang Adriana, mana mungkin dia membiarkan Iman
bersusah payah pulang sendiri. Bukankah Iman datang ke sini kerana
dia? Lagi pula Islam mengajar kita untuk memuliakan tetamu.
“Siapa pergi pantai? Nak
join!!” Furqan bersemangat.
“Sibuklah angah ni, Kak
Irah along kan demam” jawab Faathirah.
Adriana menepuk perlahan
dahinya, macam mana dia boleh lupa suami sendiri? Aiyoo..
“Sorry Iman...” ucap
Adriana. Antara suami dan sahabat dia jadi terkeliru sendir, mana
yang harus diberi keutamaan.
“Its okay..” Iman
membalas, dia memengang tangan Adriana. Tidak mahu Adriana terus
dihimpit perasaan bersalah.
“Takpe, Irah dengan angah
boleh tolong hantarkan” Faathirah menjawab, dia memandang wajah
Furqan.
Furqan memandang wajah
Faathirah meminta penjelasan, kenapa dia harus terlibat sekali? Dia
nak pergi pantai je pun. Huhu..
“Boleh kan angah?”
Faathirah tersenyum penuh makna. Nak tak nak Furqan kena setuju
jugak!! kejam kan dia? Hehe
“Errr...”
“Pukul berapa akak nak
gerak?” belum sempat Furqan menjawab Faathirah sudah memberi kata
putus.
“Tak menyusahkan korang
ke?” Iman bertanya serba salah.
“Tak pun.. kitorang
memang suka berjalan kan angah?” Faathirah mula memainkan
peranannya, harapnya kali ini berhasil.
“Eh, ha'ah” Furqan
hanya mengiakan sahaja kata-kata Faathirah.
Tetapi dalam hatinya
seperti mahu dimakan hidup-hidup sahaja Faathirah, memandai saja
budak ni. Dia tahu Faathirah punya agenda sendiri, lihat sahaja
senyuman Faathirah dia sudah dapat mengagak motif adiknya itu.
“Akak nak gerak pukul
berapa?” tanya Faathirah lagi.
“Lepas zohorlah,
insya-Allah” Iman memberi jawapan.
“Nanti lunch kat sini
dulu tau, aku masak special untuk kau” Adriana pula menjawab, mahu
meraikan sahabatnya pada saat-saat terakhir mereka bertemu.
“Insya-Allah..” balas
Iman.
Sedangkan Furqan sudah
gelisah sendiri. Dia segan dengan gadis yang merupakan sahabat kakak
iparnya sendiri. Dia yakin Faathirah punya agenda yang tersembunyi.
hehehe kes furqan ada hati ni kankankan :) hehehehe best teruskan lagi hahahah yg demam pun bleh kebah... :)~~~Eida Arie~~~~
ReplyDeleteHoho...best
ReplyDeleteAssalamualaikum nisa.. nukilan yang cukup hebat.. luar biasa pabila kali pertama membacanya.. dapat belajar banyak ilmu2 agama dari apa yang dikongksikan.. terima kasih.. semoaga makin maju dan sukses selalu yea..
ReplyDeleteAssalamualaikum, nukilan yang sungguh hebat... Sungguh teruja pabila membaca SE... Pelbagai ilmu agama yang dapat di ketahui.... Terima kasih
ReplyDeleteSemoga sukses dalam bidang penulisan.....
wa'alaikumsalam finaaa :) alhamdulillah, thanks awk sudi bace SE..
ReplyDeleteape yg baik dtg dr Allah, maaf ats kekurangan SE
nisa xmmpu nak puaskan hati semua org
Faathirah<---something in her head for Angah n Iman...
ReplyDelete(agak2 jer...:D).