Thursday, 2 June 2016

BAB 4 JODOH DARI HATI

Terus melangkah,
Meski langkahmu rebah,
Walaupun tingkahmu lelah,
Dan kadangkala bicaramu salah,
Kerana penghujungnya pasti indah.

Bukan Allah tak tahu dirimu penat,
Bukan Allah tak mengerti hatimu perit,
Tapi Dia mahu dirimu bangkit,
Mengorak langkah gagah walaupun hasilnya sedikit.

Kau takkan pernah tahu,
Apa hikmah yang terbentang di hadapanmu,
Selagi belum kau mengatur langkahmu,
Ayuh, teruslah berjalan.
Kau takkan pernah sendirian,
Selagi kau masih punya Tuhan.

IRDINA berjalan dari satu bangunan ke satu bangunan yang lain. Langkah diatur kemas sambil membimbit fail di tangan. Peluh di dahi dikesat kasar. Tak mudah rupanya mahu mencari kerja. Tak mudah rupanya mahu mencari rezeki hasil dari titik peluh sendiri.

Walaupun berbekalkan ijazah yang dimiliki, zaman sekarang bukanlah zaman yang hanya duduk goyang kaki dan nanti-nanti ada kerja yang menanti. Zaman sekarang zaman siapa yang berusaha dan bijak mengambil peluang dialah yang akan ke hadapan.

Masuk kali ini sudah tiga syarikat yang dia sudah masuk untuk ditemu-duga. Harapnya adalah rezeki untuk dia nanti. Dia tak mahu ibunya bersusah payah lagi. Dia mahu ibunya berehat dan sudah tiba masa untuk dia yang membanting tulang mencari rezeki.

Langkah diatur mahu ke seberang jalan. Tali beg tangan yang kian longgar ingin dibetulkan supaya lebih kemas tapi belum sempat Irdina membetulkan beg tangannya datang sebuah motorsikal laju seolah-olah ingin merempuhnya. Dan dalam sekelip mata sahaja beg tangan yang longgar tadi diragut kuat.

Irdina cuba menarik kembali beg tangannya tapi ternyata usahanya sia-sia sahaja dan dia jatuh terduduk apabila bergelut dengan si peragut itu.

“Tolong!” jerit Irdina kuat dan tubuhnya sudah pun jatuh tersungkur di atas jalan itu. Perit di dagu dan tangan usah dikata tapi risau di hati lebih-lebih lagi. Banyak barang penting dalam beg tangannya itu.

“Cik, cik ok tak? Cik luka ni. Teruk juga.” Entah datang pula suara dari mana yang menegurnya prihatin.

“Saya ok tapi beg saya. Beg saya..” suara Irdina mula tersekat-sekat. Kian sebak. Apalah ujian yang melandanya hari ini.

“Takpe cik, yang penting cik ok. Beg tu nanti kita buat report polis.” Suara itu cuba memujuk.

Irdina hanya diam. Luka di dagu dan tangan terasa kian perit. Tangannya laju mengesat cecair yang mula mengalir. Wajahnya berkerut seketika. Menahan perit. Dan tak lama selepas itu dia mula dikerumi oleh orang ramai yang mungkin pelik melihatnya terduduk di situ.

“Luka cik teruk juga ni. Boleh bangun tak cik?” suara lelaki itu tanpa jemu menghulurkan bantuan.

“Insya-Allah boleh.” Irdina cuba bangun perlahan-lahan dan dia tahu tak guna dia mahu meratap dan mengeluh kerana hakikatnya beg tangannya sudahpun diragut.

Belum sempat dia bangun, ada kereta yang elok saja terparkir di sebelahnya.

“Kenapa ni? Accident ke?” soal pemuda yang baru keluar dari Toyota Camry berwarna putih itu.

“Tak, dia kena ragut.” Balas pemuda di hadapannya.

“Masya-Allah, ni boleh bangun tak ni? Jangan risau, saya doktor. Mari saya hantar terus ke hospital tempat kerja saya.” Pemuda itu menawarkan bantuan. Irdina cuba bangun perlahan-lahan. Kepalanya sedikit pening.

Sudah tugasnya sebagai doktor, dia sudah terbiasa prihatin sebegitu. Melihat gadis itu sedang luka di jalanan, cepat saja dia menghentikan keretanya dan menghulurkan bantuan.

“Cik boleh jalan tak ni?” Pemuda itu bertanya, prihatin.

“Boleh.” Ringkas jawapan Irdina. Kaki mula mengorak langkah mendekati pintu kereta di sebelah pemandu yang memang telah dibuka untuknya.

Pemuda itu laju bergerak ke tempat pemandu usai saja Irdina masuk ke dalam keretanya. Jam di tangan dikerling. Ada lagi setengah jam sebelum dia masuk kerja.

“Err, tapi macam mana saya nak percaya yang encik ni memang betul-betul doktor?” tiba-tiba akal Irdina mula berfikir waras. Buatnya lelaki ni perompak ke, pembunuh ke. Tak ke naya nanti?

Irdina mula mengurut sedikit kepala yang makin pusing. Entah apa yang membuatnya percaya bulat-bulat pada pemuda itu dia sendiri tidak tahu. Ahhh mudah saja dia percaya pada orang yang tak dikenali!

Faiz memandang tepat wajah Irdina yang berkerut menahan sakit. Dia tersenyum. Apa muka dia nampak macam orang jahat ke?

“Saya Faiz, cik boleh tengok sticker kereta ni. Ada sticker untuk staf hospital kan? Dan kalau cik tak percaya, saya boleh tunjukkan cik name tag saya.” Ulas Faiz. Dan Irdina mula memandang sticker yang ditunjukkan Faiz yang tertampal elok di hadapan cermin kereta pemuda itu. Dan elok pula Faiz mencapai name tag nya dan ditunjukkan kepada Irdina.

“Ok, ok saya percaya.” Balas Irdina mula yakin dan wajah pemuda ini taklah mencurigakan. Memang benar pemuda ini doktor, hatinya mula percaya.

Ok, good then.” Faiz tersenyum. Melihat wajah yang mula tenang di sebelahnya, hatinya kian terusik. Gadis ini, bagaikan ada personanya sendiri. Bagaikan ada sesuatu yang istimewa pada gadis itu.

Ramai gadis yang sudah dia temui, tapi gadis itu bagaikan ada aura yang luar biasa. Entah apa yang luar biasa, Faiz sendiri tak mengerti! Tapi cepat pula Faiz tersedar lantas istighfar dilafazkan dalam hati. Ahh boleh pula dia fikir begitu!

Hampir sepuluh minit perjalanan, mereka tiba di hospital. Lantas Irdina dihantar untuk mendapatkan rawatan.

“Awak, saya on duty dulu. Ada nombor telefon waris tak?” Faiz menghulurkan lagi bantuan. Sedar gadis itu sudah pastinya kehilangan telefon bimbit akibat diragut tadi.

“Em, boleh call kan ibu saya?”

“Oh, sure.” Tangan Faiz sudah mula mengeluarkan telefon bimbitnya dan diserahkan kepada Irdina.

“Awak pinjam dahulu handphone saya. Ada nombor saya dalam handphone tu. Nanti dah settle semua, call saya.” Entah mengapa, mudah pula Faiz menawarkan bantuan. Dia memang punya dua telefon bimbit dan yang satu itulah dipinjamkan kepada Irdina.

“Err, takpe ke doktor?” Serba salah Irdina dibuatnya. Ada juga doktor yang baik macam ni.

Its okay awak.”

Selesai menelefon Puan Suraya dan meninggalkan pesanan serta beberapa urusan Irdina Faiz mula menghampiri wad perubatan wanita yang merupakan wadnya bertugas. Dia harus bertugas.

Sudah hampir setahun dia bergelar doktor. Kerjaya doktor memang cita-citanya sejak kecil. Dia mahu berbakti buat ummah. Tapi jujur, kerjaya doktor tak mudah seperti yang dilihat lebih-lebih doktor baru sepertinya. Banyak perkara yang harus dipelajarinya.

Faiz yakin setiap pekerjaan mempunyai cabaran dan ujian tersendiri dan tak mudah rupanya untuk mencari rezeki sendiri. Walaupun dia bukanlah orang susah, tapi dia tahu perit lelah umi dan babahnya mencari rezeki.

Uminya seorang guru besar di sekolah kampung dan babahnya pula seorang ahli perniagaan. Umi dan babahnya lah yang banyak menjadi inspirasi untuk dia terus mengorak langkah. Umi dan babahnya lah merupakan kekuatan dan semangatnya. Dia tahu setiap orang punya kekuatan hasil dari peranan orang sekelilingnya.

Dan Faiz yakin, berjayanya seorang lelaki kerana peranan wanita yang sentiasa menyokong kehidupan lelaki tersebut. Lihat sahaja babahnya, umi merupakan kekuatan untuk babah mengorak langkah sehingga berjaya hari ini. Awal-awal nikah dahulu, babah hanya pemuda biasa.

Faiz yakin bahawa peranan wanita sangat besar bagi kehidupan dan kejayaan seorang lelaki. Wanita, dia sayap perjuangan suami. Jika belum nikah sudah hanyut dengan emosi, sudah tak mampu berdikari, sudah biasa memaki. Bagaimana nanti dia mampu menolak suami untuk terus ke hadapan nanti. Ternyata peranan wanita itu sungguh besar dalam kehidupan dan kejayaan lelaki.

Contoh, lihat sahaja baginda Rasulullah. Bagaimana permulaan dakwah nabi. Bermula dari sarungan selimut ketika Rasulullah menerima wahyu pertama. Di sini letaknya peranan Saidatina Khadijah untuk mententeramkan Rasulullah. Dan lihat pula pengakhiran hayat Rasulullah di pangkuan Saidatina Aisyah. Masya-Allah sungguh besar peranan wanita dalam kehidupan lelaki.

Faiz yakin satu saat nanti, akan Allah hadiahkan juga untuk dirinya sayap perjuangan yang akan terus menolak dia ke hadapan. Jujur usia sebegini, seharusnya dia sudah bernikah tapi dia masih punya tanggungjawab yang harus diselesaikan dan tiba-tiba dia mula kepada gadis yang diragut tadi. Tapi nama gadis itu pun dia lupa tanya! Faiz.. Faiz..

Wanita,
Lembutmu tak bererti,
Kau mudah dijual beli,
Tapi kau sayap kiri buat suami.


No comments:

Post a Comment