Saturday 9 March 2013

Sedikit sedutan buat yang rindukan Faris dan Adriana


 Usai sahaja kenduri tahlil malam itu Adriana turut meringankan tulang membantu membasuh pinggan mangkuk yang kotor di dapur. Sambil memasuh pinggan mangkuk yang kotor, Adriana turut mendengar cerita dan berkongsi pengalaman bersama jiran-jiran tok umminya. Iman dan Faathirah pula sedang sibuk mengemas di bahagian atas rumah.

“Untung Hajjah dapat cucu menantu yang comel, rajin, pandai pula tu” Mak Cik Aidah merangkap jiran tok umminya memuji. Memang di kalangan penduduk di situ memanggil Hajjah Zubaidah dengan panggilan Hajjah.

“Allahu akhbar, Riana biasa-biasa saja mak cik, kerja pun tak lagi” Adriana menjawab, dia sememangnya tidak gemar dipuji. Baginya pujian kadangkala menjauhkan seseorang itu dari keikhlasan dan pujian jugalah punca kepada riak.

“Ha'ah untung Faris. Kalau kamu bujang lagi, dah lama mak cik pinang kamu untuk anak mak cik” sampuk Mak Cik Rahmah pula.

Adriana hanya mampu tersenyum, bukan tidak mahu membalas tetapi malas untuk terus menjadikan dirinya sebagai topik malam itu. Bagi Adriana bukan Faris yang beruntung kerana dia menjadi isteri lelaki itu sebaliknya dialah yang sebenarnya bertuah mempunyai suami sehebat Faris. Memang benar manusia itu tidak sempurna tetapi cukuplah bagi Adriana sikap Faris yang sentiasa mahu berubah dan ingin membimbingnya ke syurga Allah.

“Sayang, banyak lagi?” tiba-tiba Faris menepuk perlahan bahunya dari belakang.

“Abang, tinggal sikit je lagi” Adriana menjawab, tangannya masih lincah membasuh pinggan mangkuk tersebut.

“Meh abang tolong, cepat sikit habis” Faris sudah menyinsing lengan baju melayunya untuk membantu Adriana.

“Eh, tak apa. Abang pergi rehat dulu. Tinggal sikit je ni” Adriana membantah tindakan Faris yang ingin membantunya. Lagi pula dia segan apabila ada mata yang mula memandang ke arah mereka.

“Tak nak, biar abang tolong. Lagi cepat siap, lagi cepat Riana rehat” Faris menjawab.

Adriana menggeleng kepala melihat kerenah Faris, boleh tahan degil juga ya Mr. Faris ni? Bukan dia tidak mahu Faris menolongnya tetapi dia kasihan melihat wajah kepenatan suaminya. Sudah seharian penat mengurus kenduri tahlil.

“Boleh ya sayang?” Faris merayu bagai anak kecil. Hah, dah mulalah Mr. Faris tayang wajah comel.

“Ok, thanks cik abang sayang” Adriana mengalah juga.

“Most welcome cik adik manja” Faris melemparkan senyuman. Gembira dapat membantu isteri walaupun dirinya sedang keletihan. Wahai lelaki, bahagiakanlah dirimu walaupun sekecil-kecil perkara.

“Beruntungnya Riana punya suami yang rajin membantu” Adriana menitipkan penghargaan buat Faris, suka meraikan suaminya sendiri.

Faris menghadiahkan senyuman 'special' untuk Adriana, tangannya mula lincah membantu Adriana.

“Tak lama lagi dapatlah Hajjah cicit ya? Insya-Allah mak cik doakan. Kami balik dulu ya?” ujar Mak Cik Aidah meminta diri setelah selesai membantu di dapur.

Adriana dan Faris sama-sama menghadiahkan senyuman. Sejak akhir-akhir ni ramai pula yang mendoakan dia dan Faris punya anak sendiri. Insya-Allah moga mereka diberi peluang untuk menjadi ummi dan abi yang terbaik untuk bakal ulama' mereka.

“Insya-Allah mak cik, mohon doanya. Hati-hati balik ya mak cik” balas Faris.

“Abang kat sini ada buah durian belanda tak? Riana teringin nak makan. Esok abang boleh tolong carikan?” pinta Adriana penuh mengharap setelah mereka selesai mencuci pinggan mangkuk yang kotor.

“Ada, kenapa sayang mengidam ya?” usik Faris nakal.

“Mengidam, taklah.. saja nak makan” jawab Adriana. Mengidam?? mestilah tak, bukan orang mengandung je ke yang biasanya mengidam. Mengandung? Erkkk..

“Insya-Allah esok abang cari dekat kebun tok, sayang suka eh makan buah durian belanda? Sedap ke?” Faris menyoal, tidak sampai hati mampu menhampakan permintaan Adriana, lagi pula Adriana bukanlah jenis yang suka meminta-minta.

“Ntah, tapi lately Riana teringin nak makan buah durian belanda. Tapi kan abang, buah durian belanda ni actually bagus untuk kesihatan” Adriana menjawab, matanya melirik senyuman di bibir Faris, sejak akhir-akhir ni Faris memang gemar tersenyum, hobi baru mungkin?

“Boleh Doktor Adriana Qistina terangkan khasiat buah durian belanda?” Faris mengusik nakal.
“Boleh, antara khasiat buah durian belanda adalah memberikan kesan anti tumor atau kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ni juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik” terang Adriana dengan nada yang agak serius, persis seorang doktor menerangkan kepada pesakit.

Faris tertawa kecil melihat telatah Adriana, suara Adriana sahaja yang serius menerangkan tentang khasiat buah durian belanda tetapi mimik muka isterinya nakal mengusik dia.

“Alhamdulillah, pandainyaa Doktor Adriana Qistina ni ya? Agak-agak siapa suami dia?” Faris mengusik lagi.

“Abang!!” Adriana mencubit perlahan lengan Faris. Lebih baik dia mengalah daripada dirinya terus menerus menjadi mangsa usikan Faris.

“Haha, yaaa sayanggg” diusiknya lagi Adriana, memang hobi terbarunya mengusik isteri sendiri. Gemar melihat wajah Adriana yang kemerahan menahan marah.

“Suka ya? Abang Riana nak tanya ni, boleh?” Adriana mula serius, mahu menyelamatkan diri dari terus menerus menjadi 'mangsa buli' suami sendiri, huhu..

“Silakan” Faris masih lagi tertawa kecil.

Adriana menjeling Faris, pura-pura marah.

“Ok-ok, abang stop gelak” Faris mengalah, diisyaratkan tangan di mulut seperti mengunci mulut sendiri.

“Kenapa ya walaupun abang pensyarah Kimia tapi ilmu abang kadangkala seperti abang seorang ustaz?” tanya Adriana jujur.

“Bagus soalan tu sayang. Ilmu agama ni bukan hanya untuk mereka yang ustaz atau ustazah saja. Menuntut ilmu agama itu hak untuk semua Muslim, sebabnya Allah ciptakan syurga itu untuk semua, bukan hanya untuk ustaz dan ustazah saja” terang Faris, diambil tangan Adriana lalu digenggamnya lembut.

“Owhh, abang boleh bacakan hadis tentang galakkan menuntut ilmu?” Adriana memandang wajah Faris, berpuas hati dengan jawapan Faris sebentar tadi.

“Boleh sayang..” Faris menjawab sambil tangannya tetap mengeggam tangan isteri tersayang.

"Barang siapa berjalan untuk menuntut ilmu maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga" -HR Muslim.

“Terima kasih ya abang. Maknanya menuntut ilmu agama itu hak semua orang Muslim. Riana ingat lagi pesan arwah papa, menuntut ilmu biarlah sampai ke negeri China. Tapi kan abang apa pendapat abang tentang pendapat segelintir masyarakat kita yang melarang wanita untuk menuntut ilmu misalnya kata mereka, orang perempuan belajar tinggi manapun akhirnya ke ceruk dapur juga?” Adriana meminta pendapat Faris, dia gemar mendengar fikrah dari mulut suaminya. Mungkin disebabkan suaminya gemar membaca membuatkan fikrah Faris sentiasa bernas buatnya.

“Abang tak setuju dengan kata-kata dan pendapat mereka. Bagi abang wanita juga ada tugas dan tanggungjawab kepada masyarakat. Misalnya doktor wanita sangat-sangat diperlukan dalam bidang perubatan sekarang. Lagi pula wanita juga seharusnya mempunyai ilmu sebabnya mereka akan menjadi ibu. So, mereka perlukan ilmu mendidik, nak didik anak untuk menjadi ulama' perlukan didikan yang mantap, bukan main hentam sahaja cara didikannya” luah Faris.

“Riana setuju dengan abang, subhanallah pandainya suami Riana ni” Adriana mencium pipi suaminya, yakin hanya mereka berdua yang masih berada di dapur.

Faris meleraikan genggaman tangannya dan Adriana. Dia melingkarkan pelukannya ke pinggang Adriana. Terasa hilang segala keletihannya apabila berada di samping Adriana.

“Sayang, malam ni nak teman abang tak?” Faris menyoal.

“Teman? Pergi mana??” soal Adriana pelik.

“Pergi lastik cicak” Faris menjawab selamba. Lama sudah dia tidak menjadi 'pembunuh bersiri' di rumah Hajjah Zubaidah.

“Eii, Riana gelilah dengan cicak..” Adriana sudah geli-geliman apabila teringatkan binatang yang berdarah sejuk itu..

“Alaaa, jomlah teman abang. Dah lama abang tak bunuh cicak tau. Lagi pun abang tengok cicak kat rumah tok ummi ni makin banyak pulak..”

“Abang, sampainyaa hati nak bunuh cicak, tak kesian ke?” Adriana menyoal walaupun dirasakan soalannya tersangatlah tak logik. Bukan bunuh cicak dapat pahala ke?

“Jomlah, bunuh cicak dapat pahala tau” ajak Faris lagi.

“Yeke?” Adriana pura-pura tidak tahu, sedangkan dia tahu membunuh cicak itu akan memperoleh pahala.

“Iya sayang.. ada hadis, nak abang bacakan?” soal Faris lembut, dicium pula rambut Adriana disebalik tudung itu.

“Mestilah Riana nak dengar” ujar Adriana tersenyum.

“Sesungguhnya nabi menyuruhnya membunuh cicak” -Direkodkan oleh Muslim daripada Ummu Syarik.

“Sesungguhnya nabi menyuruh membunuh cicak dan menamakannya Fuwaisiq iaitu penjahat kecil” -Direkodkan oleh Muslim daripada Amir bin Saad daripada ayahnya.

“Sesiapa yang membunuh cicak dengan sekali pukulan, dituliskan untuknya seratus kebajikan. Membunuhnya dengan dua kali pukulan, dituliskan untuknya kebajikan kurang dari yang pertama dan membunuhnya dengan tiga kali pukulan, kebajikannya kurang dari yang kedua” -Dilaporkan oleh Abi Hurairah dalam Sahih Muslim dalam Kitab Qatlul Haiyyat.

Faris tersenyum usai sahaja dia membaca hadis-hadis yang berkaitan tentang galakkan membunuh cicak.

“So, macam mana? Nak join membunuh cicak tak? Ayuh beramai-ramai kita membunuh penjahat kecil!!” Faris mengajak Adriana dengan penuh bersemangat.

Adriana hanya tertawa kecil, huisshh punyalah semangat Faris hendak membunuh cicak, tak penat ke mamat tu? Huhu..

“Amboi semangatnya suami Riana ni, macam semangat nak pergi berperang. Abang pernah dengar cerita fuwaisiq (gelaran bagi cicak) dengan kisah nabi Ibrahim? Nak Riana ceritakan tak?” Adriana mengambil tangan Faris lalu diciumnya lembut.

“Nak, ceritakanlah sayang” Faris senang dengan sikap Adriana yang pandai menghiburkan.

“Antara sebab kenapa nabi menyuruh membunuh cicak adalah peristiwa dari kisah nabi Ibrahim, ketika nabi Ibrahim hendak dibakar, semua binatang cuba memadamkan api kecuali cicak menghembus bagi memarakkan lagi api tu. Jahatkan fuwaisiq ni?” Adriana mula bermain-main dengan tangan kasar milik suaminya.

“Ha'ah, jahatlah fuwaisiq tu. Nak join abang bunuh fuwaisiq tak? Sama-sama kejar pahala, bunuh cicak ni hukumnya sunat” Faris mengajak lagi Adriana, kali ini dikelip-kelipkan matanya dua tiga kali meminta simpati bagai anak kecil.

Adriana tersenyum bahagia, haishh comel sangatlah Mr. Faris ni!!

“Jom cik abang sayang. Tapi Riana tukang tengok jelah eh? Serius Riana geli, Riana temankan abang je boleh?”

“Along and Riana nak pergi mana?” sampuk Furqan tiba-tiba.

Adriana menggaru kepala yang tidak gatal, eh sejak bila Furqan ada kat sini? Agak-agak tadi dia nampak tak babak-babak romantis mereka? Huhu..

“Nak lastik cicak, nak join?” Faris angkat kening, sengaja mencabar adiknya. Sudah lama mereka tidak menjadi 'pembunuh bersiri'. Masing-masing sudah dewasa dan punya agenda masing-masing. Teringat lagi Faris ketika mereka kecil, kerap kali mereka membunuh cicak secara berjema'ah.

“Ok, angah takde hal” Furqan senyum mengejek. Memang mereka gemar mengusik antara satu sama lain.

“Ok deal, siapa bunuh paling banyak cicak dia menang. Ada berani?” Faris mencabar.

“Takde hal” Furqan mengangkat tangannya tanda ok.

Adriana sudah tergelak, pertandingan membunuh cicak pun ada jugak eh? Macam-macam perangailah adik-beradik ni. Faris dah jadi suami orang pun perangai nakalnya masih tidak berubah, haishhh..

Furqan bergerak ke arah kabinet dapur, mahu mencari getah untuk dijadikan sebagai lastik. Dia takkan menyerah kalah dengan Faris. Ini pemuda agama pantang menyerah sebelum bertaruh.. eh?

Faris mencium pipi Adriana apabila dilihatnya Furqan sibuk mencari getah untuk dijadikan lastik, dia hanya tersenyum apabila Adriana membulatkan matanya tanda protes dengan tindakan Faris. Isterinya yang seorang itu memang pemalu orangnya. Malu apabila kemesraan mereka menjadi tontonan orang lain.

“Abang....” ujar Adriana sedikit geram.

“Saja ambik mood before nak berlawan dengan Furqan” Faris membalas selamba.

Ambil mood perlu ke sampai cium orang?? Adriana menggaru kepalanya yang tidak gatal. Haishh, sukati Mr. Faris lah...

1 comment:

  1. nice entry..
    sy dpt byk ilmu dlm entri nim..
    tenkiu~
    rndu SE pun terubt.. huhuhu..
    good luck in writing.. :)

    ReplyDelete