Usai
sahaja kenduri tahlil malam itu Adriana turut meringankan tulang
membantu membasuh pinggan mangkuk yang kotor di dapur. Sambil memasuh
pinggan mangkuk yang kotor, Adriana turut mendengar cerita dan
berkongsi pengalaman bersama jiran-jiran tok umminya. Iman dan
Faathirah pula sedang sibuk mengemas di bahagian atas rumah.
“Untung
Hajjah dapat cucu menantu yang comel, rajin, pandai pula tu” Mak
Cik Aidah merangkap jiran tok umminya memuji. Memang di kalangan
penduduk di situ memanggil Hajjah Zubaidah dengan panggilan Hajjah.
“Allahu
akhbar, Riana biasa-biasa saja mak cik, kerja pun tak lagi” Adriana
menjawab, dia sememangnya tidak gemar dipuji. Baginya pujian
kadangkala menjauhkan seseorang itu dari keikhlasan dan pujian
jugalah punca kepada riak.
“Ha'ah
untung Faris. Kalau kamu bujang lagi, dah lama mak cik pinang kamu
untuk anak mak cik” sampuk Mak Cik Rahmah pula.
Adriana
hanya mampu tersenyum, bukan tidak mahu membalas tetapi malas untuk
terus menjadikan dirinya sebagai topik malam itu. Bagi Adriana bukan
Faris yang beruntung kerana dia menjadi isteri lelaki itu sebaliknya
dialah yang sebenarnya bertuah mempunyai suami sehebat Faris. Memang
benar manusia itu tidak sempurna tetapi cukuplah bagi Adriana sikap
Faris yang sentiasa mahu berubah dan ingin membimbingnya ke syurga
Allah.
“Sayang,
banyak lagi?” tiba-tiba Faris menepuk perlahan bahunya dari
belakang.
“Abang,
tinggal sikit je lagi” Adriana menjawab, tangannya masih lincah
membasuh pinggan mangkuk tersebut.
“Meh
abang tolong, cepat sikit habis” Faris sudah menyinsing lengan baju
melayunya untuk membantu Adriana.
“Eh,
tak apa. Abang pergi rehat dulu. Tinggal sikit je ni” Adriana
membantah tindakan Faris yang ingin membantunya. Lagi pula dia segan
apabila ada mata yang mula memandang ke arah mereka.
“Tak
nak, biar abang tolong. Lagi cepat siap, lagi cepat Riana rehat”
Faris menjawab.
Adriana
menggeleng kepala melihat kerenah Faris, boleh tahan degil juga ya
Mr. Faris ni? Bukan dia tidak mahu Faris menolongnya tetapi dia
kasihan melihat wajah kepenatan suaminya. Sudah seharian penat
mengurus kenduri tahlil.
“Boleh
ya sayang?” Faris merayu bagai anak kecil. Hah, dah mulalah Mr.
Faris tayang wajah comel.
“Ok,
thanks cik abang sayang” Adriana mengalah juga.
“Most
welcome cik adik manja” Faris melemparkan senyuman. Gembira dapat
membantu isteri walaupun dirinya sedang keletihan. Wahai lelaki,
bahagiakanlah dirimu walaupun sekecil-kecil perkara.
“Beruntungnya
Riana punya suami yang rajin membantu” Adriana menitipkan
penghargaan buat Faris, suka meraikan suaminya sendiri.
Faris
menghadiahkan senyuman 'special' untuk Adriana, tangannya mula lincah
membantu Adriana.
“Tak
lama lagi dapatlah Hajjah cicit ya? Insya-Allah mak cik doakan. Kami
balik dulu ya?” ujar Mak Cik Aidah meminta diri setelah selesai
membantu di dapur.
Adriana
dan Faris sama-sama menghadiahkan senyuman. Sejak akhir-akhir ni
ramai pula yang mendoakan dia dan Faris punya anak sendiri.
Insya-Allah moga mereka diberi peluang untuk menjadi ummi dan abi
yang terbaik untuk bakal ulama' mereka.
“Insya-Allah
mak cik, mohon doanya. Hati-hati balik ya mak cik” balas Faris.
“Abang
kat sini ada buah durian belanda tak? Riana teringin nak makan. Esok
abang boleh tolong carikan?” pinta Adriana penuh mengharap setelah
mereka selesai mencuci pinggan mangkuk yang kotor.
“Ada,
kenapa sayang mengidam ya?” usik Faris nakal.
“Mengidam,
taklah.. saja nak makan” jawab Adriana. Mengidam?? mestilah tak,
bukan orang mengandung je ke yang biasanya mengidam. Mengandung?
Erkkk..
“Insya-Allah
esok abang cari dekat kebun tok, sayang suka eh makan buah durian
belanda? Sedap ke?” Faris menyoal, tidak sampai hati mampu
menhampakan permintaan Adriana, lagi pula Adriana bukanlah jenis yang
suka meminta-minta.
“Ntah,
tapi lately Riana teringin nak makan buah durian belanda. Tapi kan
abang, buah durian belanda ni actually bagus untuk kesihatan”
Adriana menjawab, matanya melirik senyuman di bibir Faris, sejak
akhir-akhir ni Faris memang gemar tersenyum, hobi baru mungkin?
“Boleh
Doktor Adriana Qistina terangkan khasiat buah durian belanda?”
Faris mengusik nakal.
“Boleh, antara khasiat buah durian belanda adalah memberikan kesan
anti tumor atau kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara
perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan
kanser, buah ni juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus ,
berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan
tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali
sistem saraf yang kurang baik” terang Adriana dengan nada yang
agak serius, persis seorang doktor menerangkan kepada pesakit.
Faris
tertawa kecil melihat telatah Adriana, suara Adriana sahaja yang
serius menerangkan tentang khasiat buah durian belanda tetapi mimik
muka isterinya nakal mengusik dia.
“Alhamdulillah,
pandainyaa Doktor Adriana Qistina ni ya? Agak-agak siapa suami dia?”
Faris mengusik lagi.
“Abang!!”
Adriana mencubit perlahan lengan Faris. Lebih baik dia mengalah
daripada dirinya terus menerus menjadi mangsa usikan Faris.
“Haha,
yaaa sayanggg” diusiknya lagi Adriana, memang hobi terbarunya
mengusik isteri sendiri. Gemar melihat wajah Adriana yang kemerahan
menahan marah.
“Suka
ya? Abang Riana nak tanya ni, boleh?” Adriana mula serius, mahu
menyelamatkan diri dari terus menerus menjadi 'mangsa buli' suami
sendiri, huhu..
“Silakan”
Faris masih lagi tertawa kecil.
Adriana
menjeling Faris, pura-pura marah.
“Ok-ok,
abang stop gelak” Faris mengalah, diisyaratkan tangan di mulut
seperti mengunci mulut sendiri.
“Kenapa
ya walaupun abang pensyarah Kimia tapi ilmu abang kadangkala seperti
abang seorang ustaz?” tanya Adriana jujur.
“Bagus
soalan tu sayang. Ilmu agama ni bukan hanya untuk mereka yang ustaz
atau ustazah saja. Menuntut ilmu agama itu hak untuk semua Muslim,
sebabnya Allah ciptakan syurga itu untuk semua, bukan hanya untuk
ustaz dan ustazah saja” terang Faris, diambil tangan Adriana lalu
digenggamnya lembut.
“Owhh,
abang boleh bacakan hadis tentang galakkan menuntut ilmu?” Adriana
memandang wajah Faris, berpuas hati dengan jawapan Faris sebentar
tadi.
“Boleh
sayang..” Faris menjawab sambil tangannya tetap mengeggam tangan
isteri tersayang.
"Barang
siapa berjalan untuk menuntut ilmu maka Allah akan memudahkan baginya
jalan ke syurga" -HR Muslim.
“Terima
kasih ya abang. Maknanya menuntut ilmu agama itu hak semua orang
Muslim. Riana ingat lagi pesan arwah papa, menuntut ilmu biarlah
sampai ke negeri China. Tapi kan abang apa pendapat abang tentang
pendapat segelintir masyarakat kita yang melarang wanita untuk
menuntut ilmu misalnya kata mereka, orang perempuan belajar tinggi
manapun akhirnya ke ceruk dapur juga?” Adriana meminta pendapat
Faris, dia gemar mendengar fikrah dari mulut suaminya. Mungkin
disebabkan suaminya gemar membaca membuatkan fikrah Faris sentiasa
bernas buatnya.
“Abang
tak setuju dengan kata-kata dan pendapat mereka. Bagi abang wanita
juga ada tugas dan tanggungjawab kepada masyarakat. Misalnya doktor
wanita sangat-sangat diperlukan dalam bidang perubatan sekarang. Lagi
pula wanita juga seharusnya mempunyai ilmu sebabnya mereka akan
menjadi ibu. So, mereka perlukan ilmu mendidik, nak didik anak untuk
menjadi ulama' perlukan didikan yang mantap, bukan main hentam sahaja
cara didikannya” luah Faris.
“Riana
setuju dengan abang, subhanallah pandainya suami Riana ni” Adriana
mencium pipi suaminya, yakin hanya mereka berdua yang masih berada di
dapur.
Faris
meleraikan genggaman tangannya dan Adriana. Dia melingkarkan
pelukannya ke pinggang Adriana. Terasa hilang segala keletihannya
apabila berada di samping Adriana.
“Sayang,
malam ni nak teman abang tak?” Faris menyoal.
“Teman?
Pergi mana??” soal Adriana pelik.
“Pergi
lastik cicak” Faris menjawab selamba. Lama sudah dia tidak menjadi
'pembunuh bersiri' di rumah Hajjah Zubaidah.
“Eii,
Riana gelilah dengan cicak..” Adriana sudah geli-geliman apabila
teringatkan binatang yang berdarah sejuk itu..
“Alaaa,
jomlah teman abang. Dah lama abang tak bunuh cicak tau. Lagi pun
abang tengok cicak kat rumah tok ummi ni makin banyak pulak..”
“Abang,
sampainyaa hati nak bunuh cicak, tak kesian ke?” Adriana menyoal
walaupun dirasakan soalannya tersangatlah tak logik. Bukan bunuh
cicak dapat pahala ke?
“Jomlah,
bunuh cicak dapat pahala tau” ajak Faris lagi.
“Yeke?”
Adriana pura-pura tidak tahu, sedangkan dia tahu membunuh cicak itu
akan memperoleh pahala.
“Iya
sayang.. ada hadis, nak abang bacakan?” soal Faris lembut, dicium
pula rambut Adriana disebalik tudung itu.
“Mestilah
Riana nak dengar” ujar Adriana tersenyum.
“Sesungguhnya
nabi menyuruhnya membunuh cicak” -Direkodkan oleh Muslim daripada
Ummu Syarik.
“Sesungguhnya
nabi menyuruh membunuh cicak dan menamakannya Fuwaisiq iaitu penjahat
kecil” -Direkodkan oleh Muslim daripada Amir bin Saad daripada
ayahnya.
“Sesiapa
yang membunuh cicak dengan sekali pukulan, dituliskan untuknya
seratus kebajikan. Membunuhnya dengan dua kali pukulan, dituliskan
untuknya kebajikan kurang dari yang pertama dan membunuhnya dengan
tiga kali pukulan, kebajikannya kurang dari yang kedua” -Dilaporkan
oleh Abi Hurairah dalam Sahih Muslim dalam Kitab Qatlul Haiyyat.
Faris
tersenyum usai sahaja dia membaca hadis-hadis yang berkaitan tentang
galakkan membunuh cicak.
“So,
macam mana? Nak join membunuh cicak tak? Ayuh beramai-ramai kita
membunuh penjahat kecil!!” Faris mengajak Adriana dengan penuh
bersemangat.
Adriana
hanya tertawa kecil, huisshh punyalah semangat Faris hendak membunuh
cicak, tak penat ke mamat tu? Huhu..
“Amboi
semangatnya suami Riana ni, macam semangat nak pergi berperang. Abang
pernah dengar cerita fuwaisiq (gelaran bagi cicak) dengan kisah nabi
Ibrahim? Nak Riana ceritakan tak?” Adriana mengambil tangan Faris
lalu diciumnya lembut.
“Nak,
ceritakanlah sayang” Faris senang dengan sikap Adriana yang pandai
menghiburkan.
“Antara
sebab kenapa nabi menyuruh membunuh cicak adalah peristiwa dari kisah
nabi Ibrahim, ketika nabi Ibrahim hendak dibakar, semua binatang cuba
memadamkan api kecuali cicak menghembus bagi memarakkan lagi api tu.
Jahatkan fuwaisiq ni?” Adriana mula bermain-main dengan tangan
kasar milik suaminya.
“Ha'ah,
jahatlah fuwaisiq tu. Nak join abang bunuh fuwaisiq tak? Sama-sama
kejar pahala, bunuh cicak ni hukumnya sunat” Faris mengajak lagi
Adriana, kali ini dikelip-kelipkan matanya dua tiga kali meminta
simpati bagai anak kecil.
Adriana
tersenyum bahagia, haishh comel sangatlah Mr. Faris ni!!
“Jom
cik abang sayang. Tapi Riana tukang tengok jelah eh? Serius Riana
geli, Riana temankan abang je boleh?”
“Along
and Riana nak pergi mana?” sampuk Furqan tiba-tiba.
Adriana
menggaru kepala yang tidak gatal, eh sejak bila Furqan ada kat sini?
Agak-agak tadi dia nampak tak babak-babak romantis mereka? Huhu..
“Nak
lastik cicak, nak join?” Faris angkat kening, sengaja mencabar
adiknya. Sudah lama mereka tidak menjadi 'pembunuh bersiri'.
Masing-masing sudah dewasa dan punya agenda masing-masing. Teringat
lagi Faris ketika mereka kecil, kerap kali mereka membunuh cicak
secara berjema'ah.
“Ok,
angah takde hal” Furqan senyum mengejek. Memang mereka gemar
mengusik antara satu sama lain.
“Ok
deal, siapa bunuh paling banyak cicak dia menang. Ada berani?”
Faris mencabar.
“Takde
hal” Furqan mengangkat tangannya tanda ok.
Adriana
sudah tergelak, pertandingan membunuh cicak pun ada jugak eh?
Macam-macam perangailah adik-beradik ni. Faris dah jadi suami orang
pun perangai nakalnya masih tidak berubah, haishhh..
Furqan
bergerak ke arah kabinet dapur, mahu mencari getah untuk dijadikan
sebagai lastik. Dia takkan menyerah kalah dengan Faris. Ini pemuda
agama pantang menyerah sebelum bertaruh.. eh?
Faris
mencium pipi Adriana apabila dilihatnya Furqan sibuk mencari getah
untuk dijadikan lastik, dia hanya tersenyum apabila Adriana
membulatkan matanya tanda protes dengan tindakan Faris. Isterinya
yang seorang itu memang pemalu orangnya. Malu apabila kemesraan
mereka menjadi tontonan orang lain.
“Abang....”
ujar Adriana sedikit geram.
“Saja
ambik mood before nak berlawan dengan Furqan” Faris membalas
selamba.
Ambil
mood perlu ke sampai cium orang?? Adriana menggaru kepalanya yang
tidak gatal. Haishh, sukati Mr. Faris lah...
nice entry..
ReplyDeletesy dpt byk ilmu dlm entri nim..
tenkiu~
rndu SE pun terubt.. huhuhu..
good luck in writing.. :)