Sunday, 3 March 2013

Penghijrahan Cinta 2 Part 1




Malam itu, Humaira ke Pusat Islam di kolejnya. Sengaja dia mencari ruang dan peluang untuk mendekatkan diri dengan rumah Allah tersebut. Dia akui dia bukanlah gadis yang baik tapi dia sedang berusaha menjadi gadis yang baik. Kadangkala dia cemburu melihat wajah tenang sahabatnya Syuhada. Dia juga mahu menjadi muslimah seperti Syuhada.

Humaira melangkah laju menuju ke Pusat Islam yang terletak tidak jauh dari blok kediamannya. Dia hanya mengenakan jubah hitam dan disarungkan terus tudung ekspressnya. Senang dan simple. Malam ini akan diadakan majlis ilmu berhampiran Pusat Islam dan dia tidak mahu melepaskan peluang untuk ke majlis ilmu tersebut. Kata orang majlis ilmu itu sama seperti taman syurga. Majlis ilmu itu dihadiri ribuan malaikat yang akan turut mendoakan orang yang berada di dalam majlis tersebut.

“Assalamu'alaikum Humaira” tegur Liyana usai sahaja dia melipat telekung.

“Wa'alaikumsalam kak. Akak sihat” tanya Humaira lantas ditariknya tubuh Liyana dalam dakapannya. Liyana, gadis yang tua setahun darinya. Dia mengenali Liyana melalui sahabatnya Syuhada.

Selain Syuhada, Liyana jugalah yang sering menasihatinya ke arah kebaikan. Dia sedar dia bukanlah gadis yang baik, dia punya sejarah hitamnya yang tersendiri. Latar belakang keluarganya juga bukanlah dari mereka yang baik-baik. Dia sudah tidak punya ayah yang akan menjadi ketua keluarga. Dia hanya mempunyai seorang ibu yang tabah melalui liku-liku kehidupan membesarkan tiga orang puteri.

“Alhamdulillah, akak sihat. Awak?” tanya Liyana prihatin, persis seorang kakak kandung. Dia mengusap perlahan kepala Humaira. Sungguh kasih sayangnya tumpah kepada gadis itu. Gadis yang punya semangat untuk berubah.

“Alhamdulillah, Humaira sihat kak” Humaira menghadiahkan senyuman. Dia memandang lama wajah lembut di hadapannya itu. Alangkah indahnya jika dia mampu menjadi gadis sebaik Liyana. Dia hanya insan yang penuh dengan lumpur dosa, layakkah dia mendapat pengampunan dan rahmat Allah?

“Akak, layak ke Humaira dapat keampunan Allah? Layak ke kak?” dalam sendu soalan itu yang terluah dari bibirnya.

Liyana hanya memandang wajah Humaira yang mula bergenang dengan air mata. Sungguh, dia jatuh sayang dengan gadis itu. Walaupun latar belakang hidupnya yang kurang pendidikan agama namun gadis itu tidak berputus asa untuk berubah. Liyana sedar gadis seperti Humaira seharusnya didekati bukannya untuk dikeji. Semua orang berhak berubah.

“Humaira sayang. Keampunan Allah tu tersangatlah luas. Semua orang layak untuk mendapat keampunannya. Humaira ingat surah al-Zumar ayat 53?” soal Liyana tangannya mengenggam erat tangan Humaira.

Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang" laju bicara Humaira membaca terjemahan surah itu. Surah yang selalu dititipkan Syuhada saat dia berasa dirinya sudah berputus asa mengharap keampunan Allah.

“Pandai adik akak ni, sekarang jangan sedih-sedih. Allah tu Maha Pengampun” Liyana mengusap perlahan belakang Humaira.

“Haiii kenapa sedih-sedih ni?” muncul pula Syuhada dari belakang.

“Hah, takde apa-apalah” Humaira mengesat air mata yang mula mengalir. Beruntungnya dia punya sahabat seperti Syuhada dan Liyana.

“Betul ni? Dah, jom dengar kuliah. Hari ni penceramah best tau” ceria nada Syuhada, sangat bersemangat gadis yang seorang ni.

“Siapa penceramahnya?” tanya Liyana ingin tahu. Melihat wajah ceria Syuhada, dia yakin penceramah mereka malam itu bukan calang-calang orang.

“Ustaz Asyraf” balas Syuhada, matanya dikenyit nakal.

Humaira dan Liyana hanya menggeleng kepala. Syuhada, Syuhada... Boleh tahan gatal jugak ya kau ni?

“Amboi, suami orang tu” balas Humaira.

“Alaaa kau ni, aku minat cara penyampaian Ustaz Asyraf tu je, bukan orangnya. Jangan risau ok” ujar Syuhada.

“Eh, jomlah ke ceramah tu, nanti terlewat pulak” Liyana mengajak Syuhada dan Humaira. Ceramah tersebut akan diadakan di khemah yang terletak di luar Pusat Islam. Mereka bertiga melangkah seiringan menuju ke khemah yang terletak di luar Pusat Islam.

“Alhamdulillah, ramainya anak muda yang dahagakan majlis ilmu” tutur Liyana sebaik sahaja dia melangkah ke arah khemah tersebut. Sungguh ramai mahasiswa yang menghadiri majlis ilmu tersebut.

“Alhamdulillah kak” balas Humaira dan Syuhada serentak.


Usai ceramah malam itu, Wafiq segera masuk semula ke dalam Pusat Islam. Dia tertinggal al-Quran kecilnya di dalam Pusat Islam. Dia melangkah laju ke bahagian solat lelaki. Dalam dia mengatur langkah dia terperasankan gadis yang berjubah hitam itu. Gadis yang sedang menunduk menulis sesuatu di buku yang seakan-akan diari itu.

“Macam kenal..” desis hatinya.

Seakan-akan ada kuasa yang menyebabkan Humaira menggangkat wajahnya memandang hadapan. Dia melihat seorang pemuda yang sedang berjalan memasuki Pusat Islam. Memang sengaja dia duduk menulis diarinya itu di luar Pusat Islam, sengaja dia mencari ketenangan berbumbungkan langit malam. Sangkanya semua orang sudang pulang, rupa-rupanya ada lagi yang masih mengunjungi Pusat Islam.

Wafiq hanya meneruskan langkahnya sambil mindanya mula berkerja keras memikirkan gerangan gadis di luar tadi. Sungguh dia seakan mengenali gadis itu. Dia melangkah laju ke arah rak yang menyimpan kitab-kitab lalu dia mengambil al-Qurannya yang masih terletak elok di atas rak tersebut.

Setelah mengambil bingkisan cinta Ilahi itu, dia mula menapak keluar dari Pusat Islam itu. Dilihatnya gadis tadi masih dalam posisi yang sama, ralit menulis sesuatu di buku.

Humaira pantas menggangkat kembali wajahnya apabila terasa dirinya seakan diperhati.

“Errr kau?” tanya Humaira. Dia kenal pemuda di hadapannya itu. Pemuda yang sengaja menaikkan kemarahannya di cafe.

“Malang betul nasib aku, kenapa aku asyik jumpa kau je? Kau skodeng aku eh?” serkap Wafiq, ya mindanya mula merencana siapa gadis itu. Gadis yang melanggarnya tempoh hari.

“Skodeng kau? Buang masa je..” Humaira sudah mencebik. Banyak lagilah kerja yang berfaedah yang boleh dia buat dari skodeng mamat perasan ni.

“Huh.. kau perempuan yang tak tahu mintak maaf tu kan? Kau jugak yang simbah air dekat aku kan?” Wafiq sudah tayang wajah begangnya.

Wafiq memerhati Humaira, malam ni nampak lain pula gadis di hadapannya itu. Nampak lebih sopan, arggghhhhhhhh nampak saja sopan tapi perangai hampeh!!

“Ha'ah, memang aku. Kenapa??” soal Humaira berani. Memang dia sudah berazam untuk berubah tapi bila berhadapan dengan pemuda di hadapannya ini serta merta amarahnya datang kembali. Memang pemuda di hadapannya itu mencabar kesabarannya.

“Kau belum kenal siapa aku lagi. Kau jangan menyesal nanti...” ugut Wafiq.

“Tak ingin aku nak kenal mamat macam kau ni. Menyakitkan hati” balas Humaira selamba. Apa dia fikir, dia bagus sangat nak ugut-ugut orang? Pergi jalanlahhh..

“Aku pun tak ingin nak kenal perempuan macam kau, perempuan tak tahu adab!!” balas Wafiq geram. Rasa kau boleh dilambung minah ni, dah lama dah dia lambung.

“Baguslah, so apa masalahnya?” tanya Humaira berani.

Wafiq menggaru kepalanya yang tidak gatal. Ha'ah eh, so apa masalahnya eh?

“Err..”

“Kau ni memang ada masalah eh? Masalah yang kau tu perasan bagus, syok sendiri kot” sinis bicara Humaira. Hah, puas dapat membalas kata-kata Wafiq. Huh, orang macam Wafiq ni tak guna kalau kita layan baik-baik, nanti pijak kepala !!

“Kau memang melampau!!” wajah Wafiq sudah kemerahan menahan marah. Dia menunduk lalu mengambil batu-batu kecil di atas tanah.

“Ni 'special' untuk kau..” Wafiq sudah membaling batu-batu kecil itu tepat ke arah Humaira.

Humaira mahu mengelak namun sudah terlambat. Ciss, suka hati mamat ni je nak baling orang dengan batu. Apa dia fikir aku ni kulit buaya ke apa? Sakit tahu...

Wafiq sudah tergelak, hah padan muka. Dia sudah tersenyum puas, puas melihat wajah berkerut Humaira.

Humaira menarik nafas menahan amarah, memang nak kena mamat ni tau. Lantas diambilnya diari tebal itu lalu dihayun langkahnya ke arah Wafiq.

Buukkkk... diketuk kepala Wafiq dengan buku tebal tersebut. Hah, baru adil kan? Humaira sudah tersenyum mengejek.

Wafiq menggosok kepalanya menahan sakit. Tak guna perempuan ni, diari dia dahlah tebal, mahu bengong kepala diketuk dengan diari tersebut.

“Sakitlah comot!!” ujar Faris geram.

Mata Humaira sudah membulat, apa dia panggil aku comot??

Bukkkk.. sekali lagi diari tersebut mendarat di atas kepala Wafiq, kali ini lagi kuat diketuknya kepala Wafiq. Humaira melangkah laju meninggalkan Wafiq yang masih terpinga-pinga.

“Cisss, terkena lagi aku ni” Wafiq mengeluh perlahan sambil memerhatikan langkah Humaira yang sudah jauh meninggalkan dirinya. Kenapa dia asyik kalah dengan gadis seperti Humaira? Tapi dia bernekad mahu membalas dendam terhadap gadis itu. Dia yakin itu !!

2 comments:

  1. Akak tersalah taip wafiq jadi faris.. Haaa ni mesti teringat SE lg ni kan xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. yaa ampunnn.. tersalah taip nama. 😂 thanks.

      Delete