Thursday, 16 June 2016

BAB 6 JODOH DARI HATI

BAB 6
Anak muda,
Terbanglah setinggi-tinggi awan,
Paling tidak kau akan jatuh di antara-antara bintang.
Lakarlah impian sepenuh harapan,
Dan usahalah bersama restu Tuhan.
Tak salah untuk kau mencipta impian,
Tak salah untuk kau melangkah ke depan,
Selagi kau jadikan Allah sebagai Tuhan,
Selagi kau jadikan Rasulullah sebagai ikutan,
Selagi kau jadikan al-quran sebagai panduan,
Anak muda,
Bercitalah, setinggi awan!

IRDINA menunggu di ruang menunggu hospital yang disediakan. Sebentar tadi dia sudah pun menelefon pemuda yang bernama Faiz itu. Dia mahu memulangkan kembali telefon bimbit pemuda itu.

            Di sisin Irdina, ibunya Puan Suraya setia menemaninya. Sebaik sahaja dia menelefon ibunya tadi, pantas saja wanita itu bergegas ke hospital. Puan Suraya sangat risau dengan keadaan anaknya yang seorang itu. Nasib baik hanya cedera ringan dan luka luaran sahaja anak gadisnya itu.

            “Mana doktor yang tolong kamu tadi? Ibu nak ucapkan terima kasih kat dia.” Ujar Puan Suraya sambil pandangan ditebarkan ke seluruh ruang hospital itu. Mencari sosok tubuh yang telah menolong anaknya tadi. Sungguh dia terhutang budi dengan pemuda itu.

            “Insya-Allah kejap lagi dia datang ibu.” Jawab Irdina.

            “Siapa nama dia tadi, ibu lupa.” Puan Suraya menggaru kepalanya yang tak gatal. Rasanya tadi Irdina sudah beritahu nama pemuda itu, tapi dia lupa pula.

            “Doktor Faiz bu.”

            “Ye saya.” Tiba-tiba muncul pemuda itu dari arah belakang Irdina dan ibunya. Faiz menebarkan senyuman selebar mungkin. Pantangan matanya tertacap pada wanita yang berusia empat puluhan yang turut berada di sisi gadis itu. Mungkin ibu gadis itu agaknya.

            “Eh doktor, ibu inilah Doktor Faiz tu. Doktor ini ibu saya, Puan Suraya” Irdina sudah berdiri tanda hormat. Dilihatnya Doktor Faiz masih lagi berpakaian kemas dengan lab coatnya.

            “Ohh ini doktornya. Doktor, terima kasihlah tolong anak mak cik ni.” Puan Suraya mengucapkan terima kasih. Mesra saja dia membahasakan dirinya dengan panggilan mak cik. Ditelek wajah pemuda itu, lebih kurang usia Irdina juga. Tapi mungkin tua tiga, empat tahun agaknya.

            “Sama-sama mak cik. Kebetulan saya memang ada kat situ. Memang tugas saya.” Faiz menghulurkan senyuman lagi. Ya, memang tugasanya ketika itu untuk membantu Irdina.

            “Doktor terima kasih juga sebab tolong saya. Bagi pinjam handphone pula tu.” Ucap Irdina. Sebenarnya dia agak segan juga untuk menerima bantuan dari Faiz tapi dalam keadaan terdesak seperti tadi, terpaksa juga dia menerima.

            “Sama-sama. Memang tugas saya. Err.. boleh saya tahu nama awak?” soal Faiz ingin tahu.

            “Suri Irdina dan doktor boleh panggil saya Irdina.” Jawab Irdina, senyuman ditebarkan.

            “Ni handphone doktor.” Irdina menghulurkan telefon bimbit yang berwarna silver itu.

            Irdina bersyukur sangat kerana telefon bimbitnya sahaja yang ada di dalam beg tangannya kerana beg duitnya rupanya ada di dalam fail yang dipegang ketika itu. Alhamdulillah! Memang Allah membantu dirinya!

Pada asalnya memang dia meletakkan beg duitnya di dalam beg tangan tapi dikeluarkan tika dia membeli air mineral dan dengan malasnya dia menyimpan beg duit itu di dalam failnya yang dibimbitnya saja. Maha Suci Allah yang menggerakkan hati-hati manusia. Dia sangat bersyukur meskipun telefon bimbitnya hilang tapi barang-barang berharga yang terdapat di dalam beg duitnya tidak hilang.

“Lepas ni buat police report ke?” soal Faiz prihatin.

“Em tak kot doktor. Sebab dalam beg tangan yang kena ragut tu hanya ada handphone, beg duit saya dalam fail rupanya, alhamdulillah.” Irdina menjawab, ya dia rasa malas pula untuk buat laporan polis.

“Tapi kes ragut tu. Saya rasa better awak pergi sebab dari nombor telefon saja peragut boleh access macam-macam. Boleh access nombor pin bank awak, boleh buat jenayah lain dengan hanya menggunakan nombor telefon awak. Better awak buat juga police report dan block your number phone.” Tambah Faiz.

“Ohh...” Terlopong seketika mulut Irdina, yelah apesal dia tak terfikir sampai ke situ!

“Mak cik pun setuju dengan doktor. Takpe lepas ni mak cik hantar Dina buat laporan polis.” Sokong Puan Suraya.

 “Ok doktor. Nanti kalau free jemput ke rumah mak cik dekat Taman Teratai, tak jauh dari sini. Bolehlah mak cik balas budi kamu. Jemput datang ya.” Ajak Puan Suraya. Entah kenapa laju saja mulutnya menjemput pemuda itu. Mungkin kerana dia semakin selesa dengan pemuda itu. Dia nampak karisma dan sikap tanggungjawab pada diri pemuda itu. Dan sudah pasti pemuda itu tidak sombong membuatkan dia semakin selesa dengan pemuda itu.

Errr.. boleh ke mak cik? Em mak cik kalau tak keberatan boleh saya minta nombor mak cik? Senang kalau nak datang rumah nanti.” Pinta Faiz jujur.

Dia punya rencananya sendiri. Bukan saja-saja dia meminta nombor telefon ibu Irdina, tapi dia ada rancangannya sendiri. Jika benar apa kata hatinya, nombor itu akan memudahkan langkahnya nanti.

“Oh boleh, ni nombor mak cik.” Puan Suraya dengan senang hati memberikan nombor telefonnya.

“Ok mak cik, terima kasih. Makcik, Irdina.. saya kena gerak dulu. Ada kerja lagi ni.” Faiz mengerling jam di tangan. Ya masa rehatnya sudah habis. Jadi doktor ini memang banyak kena berkorban masa dan tenaga. Memang kena kuat fizikal dan mentalnya. Dulu pernah tiga hari dia berkampung di hospital!

“Ok doktor, thanks again.”

Faiz hanya tersenyum sebelum berlalu. Dalam hatinya yang paling dalam, dia mengharapkan ada lagi pertemuannya dengan Irdina. Memandang wajah itu bagaikan ada aura luar biasa pula.

Ahh adakah dia sudah gila? Selamba meminta nombor telefon ibu gadis itu tapi jujur entah mengapa mulutnya laju saja meminta nombor telefon Puan Suraya itu tadi. Bagaikan tak bekerjasama pula akal dan mulutnya tika itu!

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata itulah padahnya! Adakah hilang sudah etikanya sebagai seorang doktor? Ahhh.. kepala digeleng laju.

Bukan dia tak pernah melihat wajah yang lebih cantik dari itu tapi entah kenapa hatinya bagaikan terpaut pada wajah manis itu. Rasa tenang. Kalau nak dibandingkan dia sudah jumpa ramai wanita yang jauh lebih hebat, jauh lebih berkerjaya dan berpendidikan. Tapi entah kenapa gadis itu ada auranya tersendiri! Memukaunya dengan caranya yang tersendiri!


USAI sahaja tugasannya petang itu, Faiz menelefon Khaleef. Ada sesuatu yang sudah dirancangnya untuk sepupunya itu.

            “Assalamualaikum Khaleef. Ni Faiz.” Salam diberi sebaik saja panggilannya disahut dari pemanggil di hujung sana.

            “Waalaikumsalam, ohh Faiz. Kenapa bro?” Khaleef menjawab salam. Akalnya tertanya-tanya apa punca sepupunya itu menghubunginya.

            “Malam weekend ni kau free? Jom lepak. Lama tak lepak sama.” Ajak Faiz. Ya sudah lama mereka tak meluangkan masa bersama padahal waktu kecil dahulu Khaleef lah sepupunya yang paling rapat dengannya.

            Faiz masih ingat lagi, ketika arwah neneknya masih ada merekalah yang rajin menemankan orang tua itu. Zaman kecil, zaman kenakalan mereka penuh dengan kenangan manis bersama Tok Ma, Tok Ma itu gelaran untuk arwah neneknya. Mandi sungai, tangkap ikan di parit dan masuk hutan itu biasa bagi mereka. Ahh cepat benar masa berlalu! Nostalgia sungguh!

            “Malam weekend? Insya-Allah free je. Nak lepak mana ni bro? Ada hal apa ni Faiz, nak jemput kenduri kahwin ke?” Soal Khaleef bertalu-talu.

Mahu dia tak pelik, sudah lama dia tak keluar dengan sepupunya yang seorang itu! Semenjak Faiz menyambung pengajian di Mesir dan bekerja memang sudah lama mereka tidak keluar bersama. Dia faham Faiz terlalu sibuk.

“Hahaha. Kau ni pun. Kalau nak jemput kenduri aku, aku datang rumah kau. Jemput Mak Su jugak. Ni saja sembang Leef, lama kita tak borak-borak. Rindu zaman kecik-kecik dulu.” Luah Faiz. Memang dia nampak tenang, tapi dalam hatinya yang paling dalam dia rindukan masa-masa lalu mereka. Dia rindukan zaman kanak-kanak mereka.

“Haha. Mana tau. Tiba-tiba ja ajak jumpa, ingat nak jemput kenduri. Ok boleh je Faiz. Kita lepak kat kedai area sini jelah.” Putus Khaleef.

“Calon isteri pun takde lagi Khaleef, dia sesat lagi kot. Tak install waze lagi. Ok set. Haa, motor kau macam mana? Dah ok?”

“Ha orang hebat macam kau mesti dapat hebat jugak tu nanti. Sabarlah. Em motor aku alhamdulillah ok dah.” Jawab Khaleef perlahan.

Dalam hati Khaleef yang paling dalam, hanya dia yang mengerti. Kalau Faiz rasa dirinya begitu, dia lebih-lebih lagi. Ada ke perempuan zaman sekarang mahukan suami seperti dia? Tak bekerjaya, tak punya apa-apa. Dia anak sulung dan tanggungjawabnya pada adik-adik masih banyak lagi.

Terlalu banyak yang dia mahukan dalam hidup yang masih belum tercapai lagi. Masih terlalu banyak impian yang hanya mampu dipandang tapi tak mampu digapai. Dia harus banyak berkorban untuk ibu dan adik-adiknya. Dan jika ada gadis yang sudi hadir dalam hidupnya nanti, gadis itu mestilah gadis luar biasa.

Gadis luar biasa yang sanggup bersusah payah bersamanya nanti. Yang sanggup menerima kekurangan dirinya. Yang sanggup menerima keluarganya seadanya. Yang sanggup menyayangi ibu dan adik-adiknya dengan sepenuh hati. Ahh terlalu banyak yang harus dikorbankan oleh bakal isterinya nanti. Tapi persoalannya, masih adakah yang sudi memandang dirinya yang serba kurang ini?

Bro, dengar tak ni?” Suara Faiz di hujung sana menghentikan lamunan Khaleef.

“Err, apa ya?” Soal Khaleef, haa tulah mengelamun lagi!

“Ok malam weekend nanti lepas isyak. Aku ambil kau kat rumah. Aku nak singgah rumah kau jugak, lama tak jumpa Mak Su dan adik-adik kau.” Putus Faiz, terbayang di matanya, wajah Mak Su yang kian dimamah usia. Wajah tabah yang kental membesarkan anak-anaknya sendirian tanpa suami. Mak Su nya memang wanita yang tabah. Diuji berkali-kali tapi tetap bangkit dengan semangat yang luar biasa!

“Ok set.”

“Thanks bro, jumpa nanti. Kirim salam kat Mak Su. Aku letak telefon dulu, assalamualaikum.” Ujar Faiz menamatkan perbualan mereka.

Dia mahu merancang sesuatu buat Khaleef. Jujur dia sudah menganggap Khaleef seperti adiknya sendiri. Jarak umur yang tak jauh membuatkan mereka sangat akrab ketika kecil. Dia mahu Khaleef mencorak masa depannya dengan melanjutkan pelajaran. Dia mahu membantu sepupunya itu.
Bukan tak bagus kerjaya Khaleef sekarang. Bagus. Cuma dia mahu Khaleef berani untuk keluar melihat dunia luar. Dia mahu Khaleef terbang dengan lebih tinggi. Dia tahu Khaleef punya sesuatu yang akan menjadikan anak muda itu hebat nanti. Cuma yang menyekat anak muda itu adalah kerana kesempitan hidup dan masalah keluarga.

Faiz mahu Khaleef melangkah jauh lagi, dia mahu Khaleef terbang dengan lebih tinggi lagi. Faiz tahu hanya Khaleef  sahaja yang boleh mengubah nasib dirinya sendiri. Bukan orang lain. Hanya Khaleef yang boleh mencipta bahagianya sendiri tapi dengan izin Allah sudah pastinya!


“...Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah mengkehendaki untuk menimpakan bala kepada sesuatu kaum (disebabkan kesalahan mereka sendiri) maka tiada sesiapapun dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tiada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripada-Nya.” ~Ar-Ra’d: 11~

P/S: Nama heroin sudah ditukar kepada Suri Irdina :) 
Setakat yang 6 bab korang baca ni ok? Ke jalan cerita lambat?
Really appreciate your comments. Kalau taknak comment kat sini pun takpe, PM kat fb. heehe

1 comment: