Friday 3 April 2015

HIJRAH CINTA KERANA DIA DAH RELEASED!!

 


Assalamualaikum :)

Lama menyepi di blog sendiri, sampai terlupa password blog *astaghfirullahal'azim* :')

Alhamdulillah, novel kedua dah released. Boleh order dari nisa :)


PM kat fb ya kalau na order dari nisa :) insyaAllah ada sign dan free gift :)

Tajuk Penghijrahan Cinta ditukar kepada HIJRAH CINTA, KERANA DIA


Jemput baca sinopsis :)

“Lain kali, jalan tu pakai mata. Apa, dah tak cukup kau pakai empat mata sekarang?” - WAFIQ 

“Kau ni nak apa lagi dengan aku? Tak puas hati dengan aku?” - HUMAIRA

Pertemuan pertama taklah seindah mana. Bertikam lidah itu perkara biasa. Namun, kerana ‘peristiwa’ itu, tiba-tiba Wafiq jatuh cinta. Dan kerana kesungguhan Wafiq, dia dan Humaira disatukan jua.

DAMIA HUMAIRA - Gadis yang baru bertatih dalam hijrahnya mencari cinta Tuhan. Semakin dia ingin meraih kasih Ilahi, acap kali pula dia diuji. Hadirnya Wafiq sebagai sandaran dan sumber kekuatan untuknya meneruskan kehidupan.

WAFIQ RIZQI - Budak engine yang selama ini dalam dunianya sendiri. Tapi hadirnya Humaira membawa sinar kebahagian buat diri. Dia, anak muda yang punya kesungguhan tinggi. Baginya, apa saja cita-citanya harus direalisasi dan memiliki Humaira merupakan antara cita-citanya yang tertinggi.

Baru tiga bulan disatukan, dugaan datang bertimpa. Terbongkarnya rahsia diari lama milik Humaira merupakan ujian hebat buat Wafiq. Kisah silam Humaira bersama bekas teman lelakinya, Syakir membuatkan perasaan Wafiq mula berubah. 

“Harap aje pakai tudung labuh. Abang ingat Humaira dah berubah. Tapi abang silap. Maira sama aje macam dulu. Tak berubah! Depan abang aje tunjuk baik. Belakang macam setan! Perempuan jalang, pantang disentuh lelaki!” – Wafiq

“Maira tak sangka sehina ini Maira pada pandangan abang. Memang Maira jahat dulu. Tapi salah ke Maira nak berubah jadi baik? Salah ke?” - Humaira

SYAKIR – Baginya, Humaira harus dimiliki. Cinta pertama yang tak mungkin akan dilupai. Biarpun ada Syuhada di sisi, tapi Humaira harus dimiliki. Baginya, Wafiq ialah perampas! Perampas kebahagiaannya daripada melakar impian bersama Humaira.

“Semudah tu awak buang cinta kita?” - Syakir

“Cinta kita dah lama mati, Syakir. Tolong hargai Syuhada. Dia wanita yang baik.” - Humaira

Tanpa diduga berlaku sesuatu di antara Syakir dan Syuhada, teman rapat Humaira. Humaira dihimpit rasa bersalah. Tegarkah dia mengorbankan kebahagiaan sendiri demi ukhuwah kerana Ilahi?
Apa benar kahwin pada usia muda itu tak menjanjikan bahagia? Dan adakah pendosa itu tak berhak untuk diberi peluang kedua?

 

14 comments:

  1. Sy x sehebat faris
    Sy x sekuat wafiq
    Sy x sewarak hafiz
    Ibarat langit dan bumi jauhnya.
    Layakkah sy "komen" di "page" INI?
    Akak..best la HCKD..
    Byk inspiration..
    Full of ILMU.
    Nice and smooth ending.
    Lupe nk mark dgn marker colour ilmu2 yg penting. Kne tgk lg skli lps ni..
    Assalamualaikum...
    Semoga Akak terus istiqamah niat dlm karya penulisan Akak.. InsyaAllah.
    N terus kan karya penulisan Akak..5*..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. assalam.. Mashaa'Allah best sgt novel ni.. byk ilmu yg ana dpt.. keep istiqomah ya ukhti :)

    ReplyDelete
  4. Alhmdulillh..antra novel yg trbaik drp Fieyta An Nisa, smpai blh bgi kesn yg mndalam pd sy. kish cerita dlm HCKD ada nk sma gn kish yg realiti. Tq si penulis dpt mnghsilkn karya sebegini. Setiap kata2 motivasi, mksd ayt suci AlQuran dan hadis yg dikongsikn dlm crita tepat dgn situasinya smpai blh bt hti sy tersentuh n tersentap. Alhamdulillh sy antra yg brtuah memiliki novel karya Fieyta An Nisa. Tahniah kpd penulis muda yg sebaya sy ni, awk sgh brbakat! Teruskn brkarya, smoga trus brjya di dunia dan akhirt..i will support ur work..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah thanks awop. mohon terus tembak doa untuk nisa. alhamdulillah Allah punya blaker :)

      ~NISA~

      Delete
  5. Asslmualaikum Nisa.....saya dh baca "suami ekpress" & baru habis baca "hijrah cinta kerana Dia", Dan saya suka pengongsian ilmu dlm kedua2 novel ni jarang2 saya jumpa dlm novel tapi setiap novel ada Istimewa nya pd saya :)

    ReplyDelete
  6. Asslmualaikum Nisa.....saya dh baca "suami ekpress" & baru habis baca "hijrah cinta kerana Dia", Dan saya suka pengongsian ilmu dlm kedua2 novel ni jarang2 saya jumpa dlm novel tapi setiap novel ada Istimewa nya pd saya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Tq awak☺☺

      Mohon tembak doa untuk karya seterusnyaa☺

      Delete
  7. Asslmualaikum Nisa.....saya dh baca "suami ekpress" & baru habis baca "hijrah cinta kerana Dia", Dan saya suka pengongsian ilmu dlm kedua2 novel ni jarang2 saya jumpa dlm novel tapi setiap novel ada Istimewa nya pd saya :)

    ReplyDelete
  8. assalamu'alaikum kak ! saya pembaca dari Brunei . memang best novel akak. baru beli malam ni terus habis baca . setiap surah & hadis & pengajaran hidup yg diselitkan amat menyentuh hati . mudahan kita dpt menjadi muslimah yg solehah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam orang brunei.

      Tq and alhamdulillah.

      Mohon tembak doa utk karya seterusnya☺

      Delete
  9. Assalamualaikum kak...saya dah baca novel Hijrah Cinta Kerana Dia..Masha-Allah..mmg best..thanks sbb byk selitkan ilmu-ilmu yg bermanfaat kepada pembaca.. ^_^

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum kak...saya dah baca novel Hijrah Cinta Kerana Dia..Masha-Allah..mmg best..thanks sbb byk selitkan ilmu-ilmu yg bermanfaat kepada pembaca.. ^_^

    ReplyDelete