Saturday, 13 June 2015

Muslimah Biasa


Aku muslimah biasa,
Jika rupa yang menjadi ukuran,
Jika harta yang diidamkan,
Jika dunia yang kau dambakan,
Aku bukanlah pilihan.

Aku hanya wanita akhir zaman,
Yang masih hijrah mencari cinta Tuhan,
Tak sebijak Aisyah,
Tak sesuci Maryam,
Tak sesetia Khadijah,
Tak sehebat Khaulah Al Azwar.

Jangan pilih aku kerana dunia,
Kelak kau akan derita,
Tapi pilihlah aku kerana agama,
Kerana agama yang membawa kita ke syurga.

Aku hanyalah aku,
Penuh kekurangan,
Penuh ketidaksempurnaan,
Penuh tempang dalam amalan,
Wanita akhir zaman,
Yang sedang mencari cinta Tuhan.

Fieyta An Nisa.
Untukmu si dia.

No comments:

Post a Comment