JALAN DAKWAH
Jalan dakwah itu tak ditaburi mawar indah,
Tak dibentangkan dengan karpet merah,
Melainkan penuh ujian dan mehnah,
Yang menuntun kesabaran dan mujahadah..
Allahu Allah..
Pernah terasa perit untuk memperjuangkan redha Allah,
Dihentam, dikutuk kerana menegakkan kebenaran? :'(
Pernah rasa??
Pejam mata, pujuk hati..
Apalah sangat dunia,
Apalah sangat mawar indah dan karpet merah..
Insya-Allah ada ganjaran yang lebih indah dari itu.
Maka, bangkitlah duhai hati yang sedang bersedih!
Bangkitlah!
Janji Allah itu lebih 'manis',
Ayuh buka terjemahan surah As Saff ayat 10-13 :)
Jom, tadabbur sekejap ayat ni :)
Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu
perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak
terperi sakitnya?
Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu
berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri
kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak
mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan
memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa
sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam
Syurga " Adn ". Itulah kemenangan yang besar.
Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan
dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah
berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.
Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu
pembela-pembela (agama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong)
Nabi Isa ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya
itu: "Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah
(dengan menegakkan agamaNya)?" Mereka menjawab: "Kamilah pembela-pembela
(agama) Allah!" (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka
sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir.
Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk
mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang.
Pejam mata. Tarik nafas. Rasa bahagia bukan dengan janji Allah?? :) :)
Ayuh, cari redha Allah dalam setiap amalan kita,
Bukan pujian dan redha manusia semata..
Pejam mata. Tarik nafas. Rasa bahagia bukan dengan janji Allah?? :) :)
Ayuh, cari redha Allah dalam setiap amalan kita,
Bukan pujian dan redha manusia semata..
No comments:
Post a Comment