Tuesday 14 August 2012

Suami Ekspress 29 ( fully entri )


BAB 29

Sampai sahaja di kedai makan, Faris memesan nasi goreng paprik manakala Adriana memesan bihun tom yam. Sementara menunggu pesanan mereka tiba, Faris leka merenung wajah isteri di hadapannya. Pejam celik, pejam celik sudah lebih tiga bulan usia perkahwinan mereka. Sudah mula bercambah benih-benih cinta antara mereka, sudah mula timbul bunga-bunga kemesraan antara mereka. Walaupun dia tidak pernah bercinta sebelum ini, tapi dia sangat yakin dirinya kini sudah jatuh cinta dengan isteri sendiri. Memang indah cinta selepas kahwin, tambahan pula dia beruntung mendapat isteri solehah seperti Adriana. Teringat dia pada sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud:

 “Dinikahi wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya.. maka pilihlah kerana agama nescaya beruntung kedua-dua tanganmu"

Subhanallah, sungguh Allah mengangkat tinggi darjat wanita solehah, teringat lagi Faris pada sepotong hadis yang memuliakan wanita solehah, moga Adriana, ummi dan adik perempuannya tergolong dalam kalangan mereka yang diangkat tinggi darjatnya oleh Allah.

Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah” diriwayatkan oleh Muslim.

Adriana sudah mula gelisah di tempat duduk sendiri, renungan Faris memang sukar dimengertikan. Faris merenungnya seolah-olah sudah lama mereka tidak bertemu, wajahnya mula kemerahan kerana malu ditenung sebegitu walaupun ditenung oleh suami sendiri. Haishhlahh, awak janganlah tenung saya macam tu, malu tahu!!


Faris mula mengalihkan pandangannya apabila dirasakan Adriana bagai cacing kepanasan. Malahan wajah isterinya itu sudah kemerahan tanda malu. Subhanallah, tinggi sungguh tahap malu seseorang muslimah.

            “Hemm, belum makan lagi dah merah muka isteri abang ni? Pedas ke sayang?” sakat Faris memecah kebisuan antara mereka.

Adriana sudah mula mengalihkan wajahnya, makin panas dirasakan wajahnya saat ini. Malunya Ya Allah. Rasa macam nak sorok bawah meja makan ni pun ada jugak weh!! Huhu..

Makin seronok pula Faris merenung wajah kemerahan Adriana, rasa nak cubit-cubit je pipi yang sudah bertukar warna itu. Comel!!

Adriana mencari-cari kata untuk membalas usikan suaminya tetapi lidahnya seakan kelu pula. Akhirnya dia hanya menunduk merenung meja kosong di hadapannya, tangannya mula memintal-mintal hujung tudung yang dipakainya.

            “Meja tu lagi handsome dari abang ke?” makin giat pula Faris menyakat Adriana.

Adriana mengangkat wajahnya, merenung berani wajah Faris. cuba dibandingkan wajah Faris dan meja makan di hadapannya. Of courselah Faris lagi handsome weh!!! Hoho.. Apa punya soalanlah Faris ni. Lama dia merenung wajah Faris, menilik wajah suaminya dari kening, turun ke mata, ke hidung suami, dan akhir sekali ke bibir yang kemerahan itu. Ehh, kenapa Faris tersenyum erk?

            “Dah puas dah tilik muka abang? So, conclusionnya abang lagi handsome dari meja tu kan?” soal Faris mengusik, sengaja dihadiahkan senyuman mengejek kepada Adriana, makin seronok pula dirasakan apabila berjaya mengusik isterinya.

            ‘Aduh terkena lagi, huhu.. cepatlah order ni sampai’ bisik Adriana perlahan.

Belum sempat Faris mengusik Adriana lagi, pesanan mereka sudah tiba. Adriana hanya mampu mengucap syukur di dalam hati. Terselamat sebentar dari usikan nakal suaminya.

Usai sahaja Faris membacakan doa, mereka mula menjamu selera. Sedang enak Adriana menjamu selera tiba-tiba kakinya dikuis.

            “Isyhh, abang ni. Janganlah kacau Riana” ujar Adriana, geram konsentrasinya diganggu. Ohh, please bihun tom yam ni sangat sedap!! Tolong jangan ganggu konsentrasiku!!

Faris memandang Adriana pelik, eh bila pulak dia mengusik isterinya lagi? Dia juga sedang ‘khusyuk’ menghabiskan makanannya.

            “Usik apanya? Abang tengah best makan ni” balas Faris hairan.

            “Kaki abang tulah. Jangan mengesel-gesel dengan kaki Riana” ucap Adriana.

            “Eh, mana ada!!” balas Faris.

Adriana merenung wajah suaminya, mencari kejujuran pada mata suaminya. Memang nampak serius wajah suaminya tanda Faris tidak bergurau. Ha’ah lah kenapa macam lain macam je kaki suaminya, jangan-jangan… Adriana memberanikan diri memandang bawah meja.

            “Ohh, mak ‘kucat’ !!” ujar Adriana sedikit lantang. Terus dia berdiri statik di sebelah Faris. Memang sah, binatang yang paling digelinya sedang elok menggesel di kakinya.

            “Kucat???” soal Faris hairan, binatang apa pulak tu? Species baru ke?

Adriana menunding tangan ke arah binatang tersebut, mukanya seakan-akan ingin menangis. Sumpah memang dia fobia dan geli dengan binatang tersebut.

Faris menjenguk kepalanya ke arah yang ditunjukkan Adriana sebentar tadi. Kucat Adriana panggil kucing? Hahaha.. aiyoyo… tergelak besar Faris, ingatkan species apalah tadi, Adriana, Adriana..

Adriana hanya mengetap bibir menahan geram, sampai hati Faris gelakkan dia. Lawak sangat ke dia takut kucing? Huhu.. sampainya hati awak Encik Suami!!

Tawa Faris mula reda, takut melihat renungan tajam Adriana. Wajah Adriana yang sudah mula merah itu menandakan isterinya sedang marah. Eh, tapi memang patut pun Adriana marah  dengannya.. dia boleh pulak bantai gelakkan isteri sendiri. Adoishhh…

Faris mula memberi sedikit makanan ke arah ‘kucat’ yang dipanggil Adriana tadi. Nak halau, tak sampai hati pula. Bukankah islam mengajar berbuat baik terhadap sesama manusia dan binatang? Lagi pula kucing merupakan binatang kesayangan Rasulullah SAW.

Adriana sudah mula menarik nafas lega apabila kucing tersebut semakin menjauh dari meja makan mereka. Alhamdulillah, dia kembali duduk di tempat yang ditinggalkannya tadi dan kembali meghabiskan makanannya. Lagi cepat makan, lagi cepat dia pulang ke universiti.

“Riana, tolong bayarkan. Abang nak pergi toilet jap” pinta Faris setelah selesai mereka menghabiskan makanan mereka. Dihulurkan pula wallet kepada Adriana.

“Hah??” tanya Adriana, lambat-lambat diambilnya jua wallet yang dihulurkan Faris. Eh, percayanya Faris dekat dia, nanti kalau dia ‘kidnap’ duit Faris macam mana??

“Tolong bayarkan eh? Abang nak pergi toilet jap” terang Faris lagi.

“Eh, nanti kalau Riana curi duit abang macam mana? Abang percaya ke dekat Riana? Nanti lepas Riana curi duit abang, lepas tu bolehlah Riana shopping sakan” Adriana sudah mula menayang-nayang wallet suami di tangan. Bibirnya tersenyum, mahu menguji kepercayaan suami terhadap dirinya.

“Allahu Robbi, mestilah abang percaya dengan isteri solehah abang ni, ishh Riana ni drama sangatlah. Boleh join Irah. Tolong bayarkan eh?” pinta Faris lagi, kakinya melangkah menuju ke arah tandas dihujung gerai.

Adriana sudah tersenyum mendengar pujian dari suaminya. Faris memang suami yang soleh, suka meraikan wanita dalam hidupnya, seorang suami yang sangat menghormati wanita. Beruntungnya dia dikurniakan suami sesoleh Faris.

Adriana mula menghayun langkah ke kaunter pembayaran. Dia mula membuka wallet suaminya, tertera lesen memandu suaminya, kad pengenalan dan kad nikah mereka. Tersenyum Adriana melihat wajah Faris di kad pengenalan suaminya. Wajah skema, errr tapi tetap cute. Hehe.. owhhhh. Aku sudah jatuh cinta!! Heeee…

Tiba-tiba kakinya berhenti melangkah, tersentak dengan no kad pengenalan Faris yang tertera di kad pengenalannya suaminya, 870317045771..

“Eh, maknanya birthday abang Jumaat ni lah?” soal Adriana sendiri, astaghfirullahal a’zim. Isteri jenis apalah dia ni?? Birthday suami pun boleh lupa. Kakinya mula melangkah ke arah kaunter, bimbang pula apabila Faris keluar nanti dia masih belum menyelesaikan pembayaran.

Faris mula keluar dari tandas, diberikan senyuman kepada Adriana yang termenung di hujung sana. Apa agaknya yang dimenungkan oleh isterinya itu? Orang perempuan memang suka termenung eh?

Adriana membalas senyuman Faris, otaknya ligat memikirkan hadiah apa yang akan diberikan untuk suaminya. Tapi apa yang penting hadiah itu mestilah special dan bermanfaat kan?

“Isteri solehah abang ni fikir apa ya? Dah sampai bulan dah ke sayang?” usik Faris sambil mencuit pinggang isterinya.

“Taklah, Riana tak sampai bulan tapi dah sampai matahari” balas Adriana tersenyum. Usikan dibalas usikan.

“Owhh, tak panas ke dekat matahari tu sayang? Patutlah abang tengok isteri abang ni dah ‘cair’ sikit” giat Faris mengusik Adriana.

“Cair??” soal Adriana terpinga-pinga.

“Ha’ah, ‘cair’ dengan abang. Haha” gelak Faris, kakinya melangkah meninggalkan Adriana yang masih terpinga-pinga.

“Aduiii, terkena lagi aku’ bisik Adriana.




14 comments:

  1. rindu la dgn couple solehah ni...hehehe...rajin2 update yek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. heeee.. insha Allah :) thanks sudi bce SE

      Delete
  2. Suka2...best2...cpt la sambung ;")

    ReplyDelete
    Replies
    1. insha Allah nt nisa update lg :) thanks sudi bace n komen :D

      Delete
  3. hah..nisa da cuti kn..klu cmtu hari2 k aisya nk n3 baru...yeayeayy

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks sis :) bestlah org tu tgh cuti sem kan? lame tak chat gn akk kat fb..

      Delete
    2. nisa, akk rasa nisa salah aisya ni..fb akk aisya sukir..xper, next time akk guna aisya sukir ea, biar nisa xkeliru ngan friend fb tu..ape pon slamat bkenalan..next time,watla n3 panjang2..

      Delete
    3. errrr.. hehe, sori nisa slh org kak =.=' cnfident je nisa ni, skali slh org pulak, hehe.. malu........
      selamat bkenalan jugak kak, gembira dpt knl dgn akk, thank sudi bace SE, thanks sudi tgglkan komen..

      Delete
  4. yeay2 dah ader sambungan balik!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. heeee... yeayy2 gak.. hehe :D thanks sudi bace n komen :D

      Delete
  5. Lamanya nak tunggu. Missed this story. Every week check wx ada entri tak. Hopefully, lepas.ni ada entri tiap2 hari yea.

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah, cerite yg sgt menarik, bile bace cerite ni, rase teringin nk cr suami sesoleh faris, insyaallah akn solehahkan lagi diri ini...keep it up writer..trime kasih wak, semoga tulisan awk akn menjdi salah satu harta yg akn bergune tuk awk, insyaallah...

    ReplyDelete
  7. haizah: thanks awk sudi bace SE, sudi tgglkan komen :D sgt2 mghargainya..

    Husna: thanks awk sudi bace SE..
    Khas utk awk, n utk nisa jugaa

    "Mencari yang soleh itu perkara yang kedua ttp mensolehahkan diri perkara pertama" sama2 kita perbaiki diri n nisa tahu awak boleh!! hee :D

    insha Allah, awk akn dapt suami yg soleh, nisa doakan :D doakn nisa jugaa yaa..

    Gembira dpt knl dgn husna :D



    ReplyDelete
  8. kucat(kucing) ni menambah seri la dlm citer nie...

    ReplyDelete