BAB
30
Iman termenung di tepi
jendela. Memikirkan tentang diri sendiri, apabila melihat kebahagiaan Adriana
dan Faris, dia turut merasakan kebahagiaan yang dirasai sahabatnya itu. Sungguh
hebat perancangan Ilahi, Dia ambil orang tua Adriana dan digantikan pula dengan
menghadiahkan Adriana suami sebaik Faris.
Melihat kebahagiaan rumah
tangga Adriana menyebabkan dia turut merasa ingin mendirikan baitul muslim
juga. Cinta itu fitrah bagi manusia, ingin dicinta dan mencintai. Harapannya
agar dia dikurniakan Ilahi si ‘dia’ yang soleh. Tapi Iman tahu bahawa
mensolehahkan diri itu perkara pertama dan mencari yang soleh itu perkara
kedua. Dia yakin dengan janji Allah dalam surah An Nur ayat 26. Biasanya jodoh
yang diaturkan Allah adalah sekufu. Biarlah dia memujahadah memperbaiki diri
dahulu.
Dia hanya mahu cinta high class di pandangan Ilahi, cinta yang halal di mata Ilahi. Jika mahu cinta yang high class sesama manusia haruslah bina cinta yang high class bersama Ilahi terlebih dahulu, serahkan cinta itu kepada Pemilik cinta itu sendiri.

Kata orang cinta itu
lebih manis selepas nikah iaitu pada cara dan jalan yang halal. Dan dia hanya
akan serahkan cintanya pada yang berhak memiliki iaitu buat insan yang bergelar
suami, insha Allah. Moga saat itu tiba nanti.
Sedang asyik dia ralit melayan fikiran,
telefonnya bordering minta diangkat. Lantas dicapainya gajet yang terletak di
atas kati, meneliti sejenak siapa gerangan si pemanggil.
“Assalamu’alaikum ibu, ibu sihat?” sapa Iman, bibirnya menguntum senyuman. Arghh rindunya kepada bonda di kampong.
“Assalamu’alaikum ibu, ibu sihat?” sapa Iman, bibirnya menguntum senyuman. Arghh rindunya kepada bonda di kampong.
“Wa’alaikumsalam
akak, ibu sihat. Akak macam mana, sihat tak anak ibu ni? Study ok?” tanya Puan
Jannah kepada anak sulungnya.
“Alhamdulillah sihat bu, ayah macam mana? Adik-adik?? Akak rindu kat semua orang” ujar Iman sedikit sebak. Sebagai anak sulung, hubungannya sangat akrab dengan keluarga lebih-lebih lagi dengan ibu dan ayahnya.

“Semua
alhamdulillah sihat je kat sini. Ibu pun rindu dengan anak manja ibu ni. Kalau kakak
rindu baliklah kampong. Ada orang yang dah bertanyakan kakak kat sini” jawab
Puan Jannah berkias.
“Tanya
kakak?? Kenapa bu? Siapa orangnya? Kawan lama kakak ke?” tanya Iman
bertalu-talu.
“Amboi
banyaknya soalan dia. Bukan kawan kakak, orang tu berkenan dengan akak. Nak dijadikannya
menantu, isteri untuk anaknya” tersenyum Puan Jannah melihat gelagat anak
sulungnya, sedar tak sedar sudah dewasa anak yang dulu dibuai dan didodoikan
ketika tidur. Sudah menjadi bunga dan sudah dirisik orang.
“Orangnya
macam mana ibu? Pendapat ibu tentang orangnya bagaimana?” soal Iman berdebar.
“Pendapat ibu orangnya baik, beragama. Berpendidikan, keluarganya juga bagus” ujar Puan Jannah perlahan.
“Akhlaknya bagaimana? Pergaulannya macam mana pula ibu?” soal Iman lagi. Dia mahu lelaki yang baik agama dan akhlaknya. Untuk apa lagi syarat yang harus dikenakan buat syabab di luar sana selain agama dan akhlaknya? Bukankah itu ukuran yang Islam ajar kepada umatnya?

“Pergaulannya
ibu tak pasti, nanti akak risik sendiri dan ibu akan suruh Izzul risik
akhlaknya bagaimana” cadang Puan Jannah. Izzul Hafiz iaitu anak keduanya akan
disuruh merisik akhlak pemuda yang menyunting puterinya. Biarlah jika mahu diserahkan
anak gadisnya pada syabab acuan Islam.
“Bagus
cadangan ibu tu. Nanti ibu suruh Izzul jadi ‘spy’ ya?” tergelak kecil Iman
apabila membayangkan yang adiknya menjadi ‘spy’ merisik akhlak pemuda tersebut.
“Insha
Allah, nanti ibu suruh adik kamu tu. Ok lah ibu ada kerja ni, nanti kita
sembang lagi ya” pinta Puan Jannah meminta diri, lega hasrat orang sudah disampaikan
kepada anak gadisnya.
“Ok
bu, assalamu’alaikum. Kirim salam dekat semua ya” jawab Iman
“Insha
Allah, wa’alaikumsalam” sahut Puan Jannah dihujung talian.
p/s: sori entri pendek, insha Allah nanti nisa sambung :D
No comments:
Post a Comment