Wednesday, 22 August 2012

Suami Ekspress 31 ( Part 1 )


BAB 31

Malam itu usai sahaja membaca Surah Al Kahfi, Faris menelefon Adriana. Memang kebiasaan baginya membaca Surah Al Kahfi pada malam Jumaat atau hari Jumaat. Teringat Faris pada sepotong hadis daripada al-Baihaqi dan al-Hakim yang bermaksud:

            “Sesiapa yang membaca surah Al Kahfi pada hari Jumaat maka dia diberi cahaya yang menerangi antara dua Jumaat”

Faris mencapai gajet yang berwarna hitam di atas meja. Dia mula mendail nombor telefon isteri kesayangannya.

            “Assalamu’alaikum abang…” sapa Adriana di hujung sana, sengaja dilunakkan suaranya. Khas untuk pemilik cintanya selepas Allah dan Rasul, iaitu suaminya sendiri.

            “Wa’alaikumsalam, sayang sihat?” balas Faris ceria.

Adriana sudah tersenyum lebar mendengar suara suaminya. Moodnya semakin ceria, indahnya cinta yang Allah titipkan pada setiap hambaNya, bertambah indah jika cinta itu pada yang berhak.

            “Alhamdulillah sihat.. abang? Dah makan?” soal Adriana.

            “Alhamdulillah abang sihat juga. Cuma tulah demam rindu dekat isteri kesayangan abang ni. Abang dah makan dah tadi. Riana esok abang ambik ya? Esok Riana balik kan?” tanya Faris, sunnguh dia rindu isteri solehahnya.

Adriana melangkah kaki menuju ke katil, esok birthday Faris dan dia sudah mempunyai rancangannya sendiri untuk meraikan hari lahir suaminya.

            “Esok?? Hurmmm, tengoklah dulu. Riana banyak kerja” sengaja Adriana ingin menguji suaminya.

Faris mula kecewa, tetapi dia ditabahkan hatinya untuk memahami situasi yang kebiasaannya dihadapi sebagai seorang pelajar yang kadangkala sibuk dengan tugasan kerana dia juga pernah memegang status pelajar.

            “Ok, abang faham” balas Faris lemah.

Adriana di hujung sana mula berasa serba salah. Tidak sampai hati pula mahu mengecewakan suaminya. Adriana mula mencari idea untuk menghiburkan suaminya, tidak betah jika Faris hanya bersikap dingin dengannya.

            “Abang… esok kita jumpa nak?” pujuk Adriana, sengaja dilembutkan lagi suaranya.

Mood Faris mula kembali ceria, terhibur mendengar suara isterinya. Memang Adriana pandai memujuk. Hebatnya ujian bahagia yang Allah kurniakan kepada dia dan Adriana. Moga ujian bahagia ini semakin mendekatkan diri mereka dengan Pencipta mereka sendiri.

            “Esok?? Insha Allah boleh je” balas Faris.

            “Abang, solat kat masjid tadi?” tanya Adriana, sudah menjadi kebiasaan bagi suaminya untuk berjemaah di masjid. Mungkin sudah dididik sejak kecil oleh bapa mertuanya.

            “Alhamdulillah, ha’ah.. tapi abang solat maghrib je. Abang solat isyak kat rumah je. Riana boleh bacakan abang hadis?” pinta Faris perlahan. Dia cuba menerapkan suasana Islam dalam rumah tangganya, ingin membina baitul muslim yang mampu melahirkan ulama’ Islam seterusnya melahirkan pejuang-pejuang Islam, insha Allah..

            “Tapi sebelum tu, Riana nak dengar abang mengaji boleh? Irah kata abang selalu jadi imam kat rumah, surah apa yang selalu abang baca? Riana nak dengar boleh??”

            “Surah As Sajadah, nak dengar eh?. Khas untuk isteri solehah abang ni”

            “Ha’ah” balas Adriana ringkas.

Faris mula mengalunkan kalam cinta Ilahi, suaranya merdu mengalunkan bingkisan cinta Ilahi itu. Subhanallah indahnya bingkisan cintaMu. Adriana khusyuk menghayati bait-bait kalamullah tersebut, seolah-olah mengalir aura yang luar biasa dalam segenap nadinya.

            “Lama kita tak berhalaqoh kan sayang?” soal Faris, rindu dengan suasana halaqah atau usrah. Dia memang membudayakan dan mempraktiskan suasana halaqah dan usrah dalam rumah tangganya.

            “Ha’ah. Rindu dengan suasana halaqah. Rindu nak bertadarus, tazkirah” ujar Adriana meluahkan rasa.

            “Ye ke? Alhamdulillah.. errr ke rindu dengan abang?” usik Faris. memang hobi terbarunya mengusik Adriana dan dia rasa seronok dengan hobi terbarunya itu. Hehe..

            “Rindu abang?? Errrr.. rindu jugak” bisik Adriana perlahan.

Faris mula mengukir senyuman di hujung sana. Macam mana eh muka isterinya saat ini? Mesti sudah kemerahan menahan malu. Argghhh, rindunya dengan isteri sendiri.

            “Abang pun rindu dekat Riana. Em, boleh abang dengar Riana bacakan hadis untuk abang?”

            “Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnnya bagi setiap umat itu mempunyai ujian dan ujian bagi umatku adalah harta kekayaan.” Abang huraikan maksud hadis ya?”

Faris mula menghuraikan maksud hadis tersebut disertakan sekali contoh dan situasi masa kini.

            “Riana, esok kita jumpa kan? Riana nak jumpa pukul berapa?” tanya Faris

            “Insha Allah.. lepas abang solat Jumaat boleh?” cadang Adrian. Sebenarnya esok dia akan pulang ke Melaka bersama Faris, sengaja dia ingin membuat kejutan untuk suaminya. Dia memang ingin meraikan hari lahir suaminya.

            “Ok, insha Allah.. kalau Riana nak ikut abang balik lagi best” pujuk Faris tidak mahu mengalah.

            “Riana tak janji tau nak ikut abang balik, assignment Riana banyak” ujar Adriana, sengaja diperlahankan suara, berpura-pura sedih sedangkan bibirnya sudah mengukir senyuman.

            “Ok sayang… nanti abang call lagi ya? Jaga diri, jaga iman ya sayang” sempat Faris menitipkan nasihat untuk isterinya.

            “Insha Allah, sayang abang.. assalamu’alaikum” dibisikkan pula kata cinta untuk Faris.

            “Wa’alaikumsalam, sayang Riana jugaa” ujar Faris sambil memutuskan talian.

Moga esok masih terus memberi sinar bahagia buat mereka. Moga ikatan cinta ini menuju cinta Ilahi, menuju syurga Ilahi.. insha Allah..









2 comments:

  1. ayakkkss...bagusnyer de pasangan soleh ni....

    ReplyDelete
  2. aiks ? pendeknya kak nisa ! x best baca pendek2 . nak lagi ! :D

    ReplyDelete