BAB
31
Malam itu usai sahaja membaca Surah Al
Kahfi, Faris menelefon Adriana. Memang kebiasaan baginya membaca Surah Al Kahfi
pada malam Jumaat atau hari Jumaat. Teringat Faris pada sepotong hadis daripada
al-Baihaqi dan al-Hakim yang bermaksud:
“Sesiapa
yang membaca surah Al Kahfi pada hari Jumaat maka dia diberi cahaya yang
menerangi antara dua Jumaat”
Faris mencapai gajet yang berwarna hitam di
atas meja. Dia mula mendail nombor telefon isteri kesayangannya.
“Assalamu’alaikum
abang…” sapa Adriana di hujung sana, sengaja dilunakkan suaranya. Khas untuk
pemilik cintanya selepas Allah dan Rasul, iaitu suaminya sendiri.
“Wa’alaikumsalam,
sayang sihat?” balas Faris ceria.
Adriana sudah tersenyum lebar mendengar
suara suaminya. Moodnya semakin ceria, indahnya cinta yang Allah titipkan pada
setiap hambaNya, bertambah indah jika cinta itu pada yang berhak.
“Alhamdulillah
sihat.. abang? Dah makan?” soal Adriana.
“Alhamdulillah
abang sihat juga. Cuma tulah demam rindu dekat isteri kesayangan abang ni. Abang
dah makan dah tadi. Riana esok abang ambik ya? Esok Riana balik kan?” tanya
Faris, sunnguh dia rindu isteri solehahnya.
Adriana melangkah kaki menuju ke katil,
esok birthday Faris dan dia sudah mempunyai rancangannya sendiri untuk meraikan
hari lahir suaminya.
“Esok??
Hurmmm, tengoklah dulu. Riana banyak kerja” sengaja Adriana ingin menguji
suaminya.
Faris mula kecewa, tetapi dia ditabahkan
hatinya untuk memahami situasi yang kebiasaannya dihadapi sebagai seorang
pelajar yang kadangkala sibuk dengan tugasan kerana dia juga pernah memegang
status pelajar.
“Ok,
abang faham” balas Faris lemah.
Adriana di hujung sana mula berasa serba
salah. Tidak sampai hati pula mahu mengecewakan suaminya. Adriana mula mencari
idea untuk menghiburkan suaminya, tidak betah jika Faris hanya bersikap dingin
dengannya.
“Abang…
esok kita jumpa nak?” pujuk Adriana, sengaja dilembutkan lagi suaranya.
Mood Faris mula kembali ceria, terhibur
mendengar suara isterinya. Memang Adriana pandai memujuk. Hebatnya ujian
bahagia yang Allah kurniakan kepada dia dan Adriana. Moga ujian bahagia ini semakin
mendekatkan diri mereka dengan Pencipta mereka sendiri.
“Esok??
Insha Allah boleh je” balas Faris.
“Abang,
solat kat masjid tadi?” tanya Adriana, sudah menjadi kebiasaan bagi suaminya
untuk berjemaah di masjid. Mungkin sudah dididik sejak kecil oleh bapa
mertuanya.
“Alhamdulillah,
ha’ah.. tapi abang solat maghrib je. Abang solat isyak kat rumah je. Riana boleh
bacakan abang hadis?” pinta Faris perlahan. Dia cuba menerapkan suasana Islam
dalam rumah tangganya, ingin membina baitul muslim yang mampu melahirkan ulama’
Islam seterusnya melahirkan pejuang-pejuang Islam, insha Allah..
“Tapi
sebelum tu, Riana nak dengar abang mengaji boleh? Irah kata abang selalu jadi
imam kat rumah, surah apa yang selalu abang baca? Riana nak dengar boleh??”
“Surah
As Sajadah, nak dengar eh?. Khas untuk isteri solehah abang ni”
“Ha’ah”
balas Adriana ringkas.
Faris mula mengalunkan kalam cinta Ilahi,
suaranya merdu mengalunkan bingkisan cinta Ilahi itu. Subhanallah indahnya
bingkisan cintaMu. Adriana khusyuk menghayati bait-bait kalamullah tersebut,
seolah-olah mengalir aura yang luar biasa dalam segenap nadinya.
“Lama
kita tak berhalaqoh kan sayang?” soal Faris, rindu dengan suasana halaqah atau
usrah. Dia memang membudayakan dan mempraktiskan suasana halaqah dan usrah
dalam rumah tangganya.
“Ha’ah.
Rindu dengan suasana halaqah. Rindu nak bertadarus, tazkirah” ujar Adriana
meluahkan rasa.
“Ye
ke? Alhamdulillah.. errr ke rindu dengan abang?” usik Faris. memang hobi
terbarunya mengusik Adriana dan dia rasa seronok dengan hobi terbarunya itu. Hehe..
“Rindu
abang?? Errrr.. rindu jugak” bisik Adriana perlahan.
Faris mula mengukir senyuman di hujung
sana. Macam mana eh muka isterinya saat ini? Mesti sudah kemerahan menahan
malu. Argghhh, rindunya dengan isteri sendiri.
“Abang
pun rindu dekat Riana. Em, boleh abang dengar Riana bacakan hadis untuk abang?”
“Rasulullah
s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnnya bagi setiap umat itu mempunyai ujian dan ujian bagi umatku adalah
harta kekayaan.” Abang huraikan maksud hadis ya?”
Faris mula menghuraikan maksud
hadis tersebut disertakan sekali contoh dan situasi masa kini.
“Riana, esok kita jumpa kan? Riana nak jumpa pukul
berapa?” tanya Faris
“Insha Allah.. lepas abang solat Jumaat boleh?” cadang
Adrian. Sebenarnya esok dia akan pulang ke Melaka bersama Faris, sengaja dia
ingin membuat kejutan untuk suaminya. Dia memang ingin meraikan hari lahir
suaminya.
“Ok, insha Allah.. kalau Riana nak ikut abang balik lagi
best” pujuk Faris tidak mahu mengalah.
“Riana tak janji tau nak ikut abang balik, assignment
Riana banyak” ujar Adriana, sengaja diperlahankan suara, berpura-pura sedih
sedangkan bibirnya sudah mengukir senyuman.
“Ok sayang… nanti abang call lagi ya? Jaga diri, jaga
iman ya sayang” sempat Faris menitipkan nasihat untuk isterinya.
“Insha Allah, sayang abang.. assalamu’alaikum” dibisikkan
pula kata cinta untuk Faris.
“Wa’alaikumsalam, sayang Riana jugaa” ujar Faris sambil
memutuskan talian.
Moga esok masih terus memberi
sinar bahagia buat mereka. Moga ikatan cinta ini menuju cinta Ilahi, menuju
syurga Ilahi.. insha Allah..