Monday 11 June 2012

Suami Ekspress 23 (fully entri)


BAB 23


Faris baru pulang dari kerja, dilihatnya jam di dashboard kereta. Baru jam 6.30 petang. Kakinya melangkah keluar dari kereta. Penat seharian melayan keletah pelajar, ditambah pula penat memandu. Rasa ingin saja dia merebahkan badan ke katil. Nikmatnya jika ada isteri yang menyambut kepulangannya. Dia harus bersabar, hanya tinggal tiga bulan sahaja lagi sebelum Adriana tamat pengajian.

Belum sempat kakinya melangkah masuk ke rumah, terdengar seseorang menyapanya. Ditoleh juga k arah si empunya suara walau badan penat tak berdaya. Wahai katil, sabarlah menantiku....

            “Hai Faris baru balik kerja?” sapa Auni ramah.

            “Haah, baru balik ni” jawab Faris ringkas. Sudah garu cendana pula, sudah tahu bertanya pula. Haruslah dia baru pulang, lihat sahaja pakaiannya kini. Takpelah kita fikir positif sahaja dengan orang.

            “Owhh, macam mana jadi pensyarah? Auni jadi cikgu je” balas Auni ramah. Sengaja ingin mencipta langkah merapatkan hubungan. Kalau ada jodoh dia dan Faris bagus juga. Lelaki itu ada lagi tiga tempat kosong.

            “Ohh biasa saja jadi pensyarah ni Auni, sama macam cikgu juga” balas Faris ringkas. Dimaniskan juga wajahnya, tidak mahu dikatakan sombong pula.

            “Tapi pensyarah kan high class sedikit dari guru. Gaji pun mahal sedikit kan?” ujar Auni lagi.

Faris mengerutkan sedikit dahinya. Pelik melihat luahan dari mulut gadis itu yang dirasakan sangat tidak rasional. Patutkah seorang pendidik anak bangsa berfikiran sempit seperti itu? Seharusnya gadis itu lebih berfkiran rasional dan optimis.

            “Takde bezanya taraf guru ataupun pensyarah Auni. Yang penting niat dan tujuan kita mahu mendidik anak bangsa. Mahu mencari redha Illahi, bukankah pendidik itu merupakan tiket untuk ke syurga? Jika kena pada cara dan gayanyalah” jujur Faris.

Auni bagaikan terpukul dengan kata-kata yang keluar dari mulut pensyarah muda tersebut. Malu kerana dia tanpa sedar seolah-olah telah memperlekehkan diri sendiri.

            “Insha Allah” balas Auni perlahan, bibirnya cuba menguntum senyuman. Sungguh senyuman terpaksa yang hanya mampu diukirkan buat pensyarah muda itu.

            “Saya masuk dalam dululah ya? Nak maghrib dah, assalamualaikum” pinta Faris. Kakinya mula mengorak langkah memasuki rumah. Dia harus membersihkan diri untuk menemani abinya berjemaah di masjid malam ini.

            “Waalaikumsalam” balas Auni perlahan, kakinya juga turut melangkah masuk ke rumah.

Baru kakinya melangkah untuk menaiki anak-anak tangga, Hajjah Mardiyyah menyapanya. Lantas kaki Faris melangkah ke arah umminya.

            “Lambat sampai hari ni Faris?” Hajjah Mardhiyah menyapa. Jelas kelihatan wajah kepenatan anak sulungnya itu.

            “Haah ummi, ada kerja sikit dekat u tadi, biasalah baru start semester” Faris menghulurkan tangan kepada Hajjah Mardiyah dan Ustaz Fahmi.

Lantas dilabuhkan punggungnya di sebelah Hajjah Mardiyah, melepaskn lelah seketika. Dilihat abinya khusyuk membaca tafsir Al Quran. Dalam diam, dia sangat mengangumi abinya. Abinya seorang yang menitikberatkan agama, sangat tegas jika urusan agama tidak dipatuhi mereka sekeluarga. Insha Allah jika diizinkan Allah suatu hari nanti dia punya anak-anak, dia akan mengikut acuan dan cara-cara abinya mendidik dia dan adik-adiknya, insha Allah…

            “Ummi dan abi cadang nak buat umrah nanti. Kamu pergilah sekali, nanti ajak Adriana” cadang Hajjah Mardiyah.

            “Bila ummi dan abi nak pergi buat umrah?” soal Faris, memang dia teringin sangat mahu mengerjakan umrah.

            “Bulan Mei nanti, kebetulan Furqan dengan Irah pun tengah bercuti masa tu. Abi ingatkan nak ajak satu family kita pergi sana” sampuk Ustaz Fahmi sambil menutup Al Quran tafsir di tangannya.

Akal Faris sudah menimbang-nimbang cadangan dari abinya. Ya, Adriana juga sedang bercuti bulan Mei nanti.

            “Insha Allah abi, ummi. Nanti Faris bicang dengan Riana” jawab Faris tersenyum.

            “Hah, ummi cadang nak buat kenduri tahlil untuk arwah mama dan papa Riana hari Khamis malam Jumaat nanti. Kamu beritahu Adriana nanti suruh dia bermalam dekat rumah nanti” cadang Hajjah Mardiyah.

            “Ummi nak buat kenduri nanti? Insha Allah nanti Faris bagitahu Riana” balas Faris. Berkira-kira mahu memberitahu Adriana nanti.

Faris bangun dari sofa, mahu membersihkan diri untuk bersiap-siap ke masjid malam nanti. Dia harus mempersiapkan diri dengan ilmu agama jika dia inginkan keluarga sakinah, mawaddah dan rahmah.

            “Ummi, abi.. Faris naik dulu ya? Nak mandi ni” mohon Faris meminta diri. Kakinya laju mendaki anak-anak tangga.

Usai sahaja solat berjemaah di masjid, Faris terus sahaja pulang ke rumah. Dia harus memberitahu Adriana mengenai kenduri yang sudah direncanakan umminya. Lantas dicapainya gajet yang berwarna merah di atas katil. Mahu mengirimkan pesanan sms untuk isterinya. Walaupun dia mengajar di universiti yang sama dengan tempat isterinya menuntut ilmu, tetapi mereka jarang bertemu di universiti. Hanya telefon sahajalah yang menghubungkan mereka, setiap malam mesti dia akan menghantar pesanan buat isterinya.

-Assalamualaikum, Riana busy x malam ni?- Faris
-Waalaikumsalam, x busy sangat kenapa?- Adriana
-Abang nak call boleh?- Faris

Adriana hanya tersenyum menatap telefon di tangan. Haiisshh, Faris ni sopan betul, hehe.. Nak call pun mintak izin. Dalam diam dia sudah memahami sikap Faris yang suka bertolak ansur dan memahami kondisi orang lain. Alhamdulillah dikurniakan lelaki sebaik Faris. Namun dia mengerti fitrah manusia itu sendiri tidak sempurna. Ya, dia akan menerima kekurangan Faris seadanya. Bukankah lelaki dan wanita itu ibarat botol dan penutupnya, ibarat electron dan proton, ibarat baju dan seluar, ibarat sepasang selipar? Saling memerlukan dan melengkapi antara satu sama lain. Lantas tangannya laju membalas mesej sang suami.

-Boleh saja :D- Adriana.

Faris mula mendail nombor telefon isterinya. Hanya beberapa saat, kedengaran suara Adriana menyapa di hujung sana.

            “Assalamualaikum abang, sihat?” sapa Adriana ceria.

            “Waalaikumsalam, Alhamdulillah sihat. Riana? Dah makan tak sayang?” soal Faris pula.

Hati Adriana berbunga apabila mendengar perkataan sayang yang terkeluar dari mulut suaminya. Semakin kerap pula panggilan itu di bibir suaminya kini, hatinya berbunga gembira. Hati isteri mana yang tidak gembira beb? Hehe.. Bukankah islam itu sendiri mengalakkan memanggil nama seseorang itu dengan panggilan yang disukainya? Rasulullah SAW sendiri memanggil isterinya, Saidatina Aishah dengan panggilan Humairah yang bermaksud putih kemerahan.

            “Alhamdulillah sihat jugak. Dah makan dah tadi, abang? Kenapa call Riana, rindu eh?” usik Adriana. Bibirnya sudah menguntum senyuman apabila teringatkan si suami di sana.

            “Abang dah makan tadi, ummi masak. Sedap.. Rindu Riana? Rindulah jugak, rindu nak tengok muka merah Riana sebab kena usik dengan abang” Faris sudah tertawa kecil apabila teringatkan wajah Adriana yang akan kemerahan setiap kali diusik olehnya.

Adriana sudah tersipu malu di hujung sana. Eh, bukan dia ke selalu yang kenakan Faris? Hohoho… Takpe-takpe…

            “Sampai hati abang, rindu sebab tu je” Adriana mula merajuk.

            “Alolo, janganlah merajuk. Siapa kata abang tak rindu isteri solehah abang ni? Mestilah rindu” balas Faris memujuk.

Adriana sudah terharu, isteri solehah? Besar sungguh penghargaanmu suami solehku.. Ya, dia akan berubah menjadi hamba yang solehah dan isteri yang solehah untuk suami sesoleh Faris. Biar mereka pantas beriringan menuju redha Illahi, menuju syurga Illahi. Insha Allah…

            “Terima kasih suami solehku”

            “Sama-sama kasih sayang. Erm, ummi nak buat kenduri malam Jumaat depan. Ummi ajak Riana bermalam dekat rumah ummi, boleh?” tanya Faris, menyampaikan tujuan sebenar dia menelefon.

            “Kenduri apa abang?”

            “Kenduri untuk arwah mama dan papa” balas Faris perlahan, takut-takut kalau isterinya terasa.

Hati Adriana mula disapa rindu dengan arwah mama dan papanya. Sudah hampir tiga bulan mereka meninggalkannya. Hati anak mana yang tidak sedih? Ditinggalkan orang tua disaat dia masih memerlukan orang tuanya, disaat dia memerlukan tulang belakang yang menyokong perjuangannya, disaat dia memerlukan nasihat dan bimbingan, disaat dia memerlukan bahu untuk bersandar, disaat dia memerlukan telinga untuk meluahkan perasaan? Tapi dia tahu Allah itu sebaik-baik pengatur. Ada hikmah disebalik kehilangan orag tuanya.

            “Sayang ok? Boleh balik tak nanti?” soal Faris mematikan khayalan Adriana. Tidak mahu isterinya terus dilanda sedih.

            “Hah, Riana ok. Jumaat depan ya? Tunggu kejap, Riana check jadual” balas Adriana. Kakinya melangkah ke arah meja study, mengambil nota kecil di atas meja. Ingin menyemak kembali jadual kelasnya.

            “Abang nak ambik Riana bila? Petang Khamis Riana dah free. Ada kelas pagi je”

            “Abang ambik Riana pagi tulah. Abang ambik half day nanti, ummi buat kenduri lepas maghrib” jawab Faris.

            “Ok, insha Allah” jawab Adriana.

            “Riana ummi ajak buat umrah nanti. Nak ikut tak?” teringat pula Faris mengenai ajakan umminya.

            “Hah, buat umrah?? Bila??” Adriana sudah teruja, dia memang teringin sangat mahu ke tanah suci.

            “Ummi kata masa Riana cuti semester nanti. Nak tak?” soal Faris lagi.

            “Insha Allah” balas Adriana.

Faris sudah mengucap syukur di dalam hati, Alhamdulillah Ya Robb. Moga Illahi permudahkan segalanya.

            “Sayang, nanti abang call lagi ya?”

            “Hehe, Riana lagi suka abang call” Adriana mula menampar mulutnya, hisshh tak malu betullah Encik Mulut ni, huuhuuu… Sila beri kerjasama anda Encik Mulut!!

            “Suka eh? Haha” Faris hanya tergelak kecil. Haiishh semakin berani dan nakal isterinya itu.

            “Hehe” Adriana hanya tersengih di hujung sana. Tak mampu berkata apa-apa lagi, takut tersalah kata lagi.

            “Ok lah isteri solehah abang ni. Nakal eh?  Jaga diri, jaga hati, jaga iman ya sayang” nasihat Faris sebelum memutuskan talian. Memang dugaan bagi mereka yang mempunyai pasangan yang masih belajar. Duhai hati, bersabarlah.. Moga saat itu tiba nanti, insha Allah…

2 comments: