Monday, 11 June 2012

Antara sedutan SE bab 23, jemput baca yaa :D


SEDUTAN BAB 23 :D
 
 
Usai sahaja solat berjemaah di masjid, Faris terus sahaja pulang ke rumah. Dia harus memberitahu Adriana mengenai kenduri yang sudah direncanakan umminya. Lantas dicapainya gajet yang berwarna merah di atas katil. Mahu mengirimkan pesanan sms untuk isterinya. Walaupun dia mengajar di universiti yang sama dengan tempat isterinya menuntut ilmu, tetapi mereka jarang bertemu di universiti. Hanya telefon sahajalah yang menghubungkan mereka, setiap malam mesti dia akan menghantar pesanan buat isterinya.

-Assalamualaikum, Riana busy x malam ni?- Faris
-Waalaikumsalam, x busy sangat kenapa?- Adriana
-Abang nak call boleh?- Faris

Adriana hanya tersenyum menatap telefon di tangan. Haiisshh, Faris ni sopan betul, hehe.. Nak call pun mintak izin. Dalam diam dia sudah memahami sikap Faris yang suka bertolak ansur dan memahami kondisi orang lain. Alhamdulillah dikurniakan lelaki sebaik Faris. Namun dia mengerti fitrah manusia itu sendiri tidak sempurna. Ya, dia akan menerima kekurangan Faris seadanya. Bukankah lelaki dan wanita itu ibarat botol dan penutupnya, ibarat electron dan proton, ibarat baju dan seluar, ibarat sepasang selipar? Saling memerlukan dan melengkapi antara satu sama lain. Lantas tangannya laju membalas mesej sang suami.

-Boleh saja :D- Adriana.

Faris mula mendail nombor telefon isterinya. Hanya beberapa saat, kedengaran suara Adriana menyapa di hujung sana.

“Assalamualaikum abang, sihat?” sapa Adriana ceria.

“Waalaikumsalam, Alhamdulillah sihat. Riana? Dah makan tak sayang?” soal Faris pula.

Hati Adriana berbunga apabila mendengar perkataan sayang yang terkeluar dari mulut suaminya. Semakin kerap pula panggilan itu di bibir suaminya kini, hatinya berbunga gembira. Hati isteri mana yang tidak gembira beb? Hehe.. Bukankah islam itu sendiri mengalakkan memanggil nama seseorang itu dengan panggilan yang disukainya? Rasulullah SAW sendiri memanggil isterinya, Saidatina Aishah dengan panggilan Humairah yang bermaksud putih kemerahan.

“Alhamdulillah sihat jugak. Dah makan dah tadi, abang? Kenapa call Riana, rindu eh?” usik Adriana. Bibirnya sudah menguntum senyuman apabila teringatkan si suami di sana.

“Abang dah makan tadi, ummi masak. Sedap.. Rindu Riana? Rindulah jugak, rindu nak tengok muka merah Riana sebab kena usik dengan abang” Faris sudah tertawa kecil apabila teringatkan wajah Adriana yang akan kemerahan setiap kali diusik olehnya.

Adriana sudah tersipu malu di hujung sana. Eh, bukan dia ke selalu yang kenakan Faris? Hohoho… Takpe-takpe…

“Sampai hati abang, rindu sebab tu je” Adriana mula merajuk.

“Alolo, janganlah merajuk. Siapa kata abang tak rindu isteri solehah abang ni? Mestilah rindu” balas Faris memujuk.

Adriana sudah terharu, isteri solehah? Besar sungguh penghargaanmu suami solehku.. Ya, dia akan berubah menjadi hamba yang solehah dan isteri yang solehah untuk suami sesoleh Faris. Biar mereka pantas beriringan menuju redha Illahi, menuju syurga Illahi. Insha Allah…

“Terima kasih suami solehku”

“Sama-sama kasih sayang. Erm, ummi nak buat kenduri malam Jumaat depan. Ummi ajak Riana bermalam dekat rumah ummi, boleh?” tanya Faris, menyampaikan tujuan sebenar dia menelefon.

“Kenduri apa abang?”

“Kenduri untuk arwah mama dan papa” balas Faris perlahan, takut-takut kalau isterinya terasa.

Hati Adriana mula disapa rindu dengan arwah mama dan papanya. Sudah hampir tiga bulan mereka meninggalkannya. Hati anak mana yang tidak sedih? Ditinggalkan orang tua disaat dia masih memerlukan orang tuanya, disaat dia memerlukan tulang belakang yang menyokong perjuangannya, disaat dia memerlukan nasihat dan bimbingan, disaat dia memerlukan bahu untuk bersandar, disaat dia memerlukan telinga untuk meluahkan perasaan? Tapi dia tahu Allah itu sebaik-baik pengatur. Ada hikmah disebalik kehilangan orag tuanya.

“Sayang ok? Boleh balik tak nanti?” soal Faris mematikan khayalan Adriana. Tidak mahu isterinya terus dilanda sedih.

“Hah, Riana ok. Jumaat depan ya? Tunggu kejap, Riana check jadual” balas Adriana. Kakinya melangkah ke arah meja study, mengambil nota kecil di atas meja. Ingin menyemak kembali jadual kelasnya.

“Abang nak ambik Riana bila? Petang Khamis Riana dah free. Ada kelas pagi je”

“Abang ambik Riana pagi tulah. Abang ambik half day nanti, ummi buat kenduri lepas maghrib” jawab Faris.

“Ok, insha Allah” jawab Adriana.

“Riana ummi ajak buat umrah nanti. Nak ikut tak?” teringat pula Faris mengenai ajakan umminya.

“Hah, buat umrah?? Bila??” Adriana sudah teruja, dia memang teringin sangat mahu ke tanah suci.

“Ummi kata masa Riana cuti semester nanti. Nak tak?” soal Faris lagi.

“Insha Allah” balas Adriana.

Faris sudah mengucap syukur di dalam hati, Alhamdulillah Ya Robb. Moga Illahi permudahkan segalanya.

“Sayang, nanti abang call lagi ya?”

“Hehe, Riana lagi suka abang call” Adriana mula menampar mulutnya, hisshh tak malu betullah Encik Mulut ni, huuhuuu… Sila beri kerjasama anda Encik Mulut!!

“Suka eh? Haha” Faris hanya tergelak kecil. Haiishh semakin berani dan nakal isterinya itu.

“Hehe” Adriana hanya tersengih di hujung sana. Tak mampu berkata apa-apa lagi, takut tersalah kata lagi.

“Ok lah isteri solehah abang ni. Nakal eh? Jaga diri, jaga hati, jaga iman ya sayang” nasihat Faris sebelum memutuskan talian. Memang dugaan bagi mereka yang mempunyai pasangan yang masih belajar. Duhai hati, bersabarlah.. Moga saat itu tiba nanti, insha Allah…

No comments:

Post a Comment