Saturday 9 June 2012

Suami Ekspress 22



BAB 22


Adriana membelek-belek buku pemberian Faris di tangannya. Cinta High Class dan Cintaku Kerana Agamamu. Subhanallah, melihat sahaja tajuk novel islamik itu, hatinya sudah bergetar. Belum membacanya lagi. Dia membelek-belek tajuk kecil di dalam novel tersebut. Karya hebat dari Ustazah Fatimah Syarha dan suaminya Dr. Farhan Hadi, salah seorang novelis kesayangannya, motivator kesukaannya.


Dia berazam mahu menghabiskan bacaan novel ini secepat mungkin. Mujurlah kelasnya hari ini hanya ada di sebelah pagi tadi. Sempatlah dia membaca novel tersebut.


“Riana baca novel apa tu?” soal Kak Tasha.


“Baca novel Cinta High Class dan Cintaku Kerana Agamamu” jawab Adriana sambil menunjukkan novel di tangan.


Kak Tasha menghampiri Adriana. Mahu melihat novel yang dimaksudkan Adriana.


“Ya Allah, ni latest one karya Ustazah Fatimah Syarha kan? Wahhh, bestnya. Bila beli?” soal Kak Tasha teruja. Dia memang gemarkan karya Ustazah Fatimah Syarha, dia sudah pun memiliki karya-karya ustazah muda itu sebelum ini. Antaranya novel Tautan Hati dan Pemilik Cintaku Selepas Allah dan Rasulullah.


“Haah, Riana tak beli tapi ada orang hadiahkan” jawab Adriana perlahan. Teringat pula dia kepada si pemberi hadiah itu. Dalam diam bibirnya menguntum senyuman.


“Mesti istimewa kan si pemberi tu? Tengok senyuman Riana pun akak dah tahu” ujar Kak Tasha, dia turut bahagia melihat wajah ceria Adriana.


“Faris yang hadiahkan” jawab Adriana perlahan. Malu wehh.... Faris memang insan istimewa dalam hidupnya.


“Alhamdulillah, moga ada manfaat hadiah Faris ni. Eh akak nak kena siap-siap ni. Kejap lagi ada kelas” jawab Kak Tasha, sempat dititipkan doa buat Adriana.


Adriana hanya memerhati Kak Tasha, sejuk matanya memandang Kak Tasha yang sedang memakai tudung labuh itu. Moga suatu hari nanti dia mampu menjadi seperti Kak Tasha. Ya, dia harus mempersiapkan diri untuk menjadi wanita solehah agar dia kelihatan secocok dengan lelaki sebaik dan sesoleh Faris.


Teringat pula Adriana firman Allah di dalam Surah An Nur ayat 31“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya”


“Subhanallah, aku mesti berubah dan istiqomah” ujar Adriana perlahan.


Lantas diambilnya novel pemberian, moga ada manfaat bacaannya nanti. Insha Allah... Hampir tiga jam dia mengambil masa untuk menghabiskan bacaannya. Mujurlah hari ini dia cuti solat, dihabiskan bacaannya secepat mungkin.


Alhamdulillah, habis juga bacaannya. Adriana termenung memuhasabah kembali dirinya. Novel yang dibacanya tadi banyak berkisarkan wanita solehah, tokoh-tokoh wanita solehah terdahulu seperti Saidatina Fatimah, Ummu Salamah. Berasa betapa kerdilnya dia, mampukah dia menjadi isteri solehah buat lelaki sehebat Faris? Dia berazam mahu berubah, menjadi isteri solehah, mencari redha sang suami untuk menuju syurga Illahi..


Adriana menjeling jam loceng di atas meja study, hampir jam 7 malam. Dia harus membersihkan diri, lantas diambilnya tuala di tempat penyidai lalu diaturnya langkah menuju ke bilik mandi.


Sesudah mandi, Adriana mengambil buku modern physics yang terletak di dalam beg. Masa untuk menyiapkan tutorial. Study time maaa..


Baru 20 minit dia mengulangkaji, kedengaran telefon bimbitnya berbunyi. Minta diangkat. Lantas dicapainya gajet yang terletak di atas katil, tersenyum sendiri melihat nama si pemanggil. Ohh, suamiku..


“Assalamualaikum” jawab Adriana, suara dikawalnya agar tidak kelihatan teruja. Padahal dalam hati, hanya Allah yang mengerti.


“Waalaikumsalam, Riana buat apa tu? Dah solat isyak?” soal Faris di hujung sana.


“Riana tengah siapkan tutor physics, solat?? Err... Dah” bohong Adriana. Mana mungkin dia jujur mengatakan yang dia 'cuti' solat. Ishhh, baru tadi berazam nak jadi isteri solehah!! Awal-awal lagi dah terpaksa bohong suami sendiri. Huuuhuuu....


“Ohh, Riana dah makan? Rindu abang tak?” soal Faris nakal. Dia sudah rasa rindu terhadap isterinya walaupun baru sehari tak berjumpa. Inikah angau namanya?? Aiyaa...


“Alhamdulillah, dah makan. Rindu? Adalah sikit” jawab Adriana tersenyum. Siapa yang tak rindukan suami sendiri. Bukan sahaja rindu, bibit-bibit cinta juga sudah hadir dalam hatinya.


“Sikit je? Abang rindu banyak kat Adriana. Abang dah makan tadi, Sir Zahin belanja makan” ujar Faris. Memang dia singgah makan di luar bersama rakannya Zahin. Zahin merupakan sahabat baiknya dan Zahin juga tahu status dirinya sebagai suami kepada Adriana. Ikutkan memang dia ingin menghebahkan perkahwinannya dengan Adriana, tapi takut isterinya terganggu pula nanti. Dia teringat pada sepotong hadis “Rahsiakan pertunangan, hebahkan pernikahan”. Moga Allah mengerti keputusan yang dia lakukan dan moga redha Allah bersama mengiringi perkahwinannya bersama Adriana. Insha Allah...


“Abang, apa maksud cinta bagi abang?” terlintas pula soalan itu di fikiran Adriana, lantas diluahkan kepada Faris. Mahu mendengar fikrah lelaki itu.


“Cinta? Bagi abang cinta itu fitrah manusia. Bukan untuk di'delete' tapi untuk diurus. Diurus pada jalan dan cara yang halal. Jangan sampai cinta itu menjadi fitnah, cinta itu anugerah Allah kepada makhluknya” jawab Faris ringkas.


“Macam mana nak urus rasa cinta tu pada cara dan jalan yang halal?” tanya Adriana lagi.


“Cinta yang halal adalah menyalurkan rasa cinta itu pada yang berhak memiki. Pada cara dan jalan yang halal maksudnya diurus sesuai dengan fitrah manusia itu sendiri tanpa melanggar batas syariat Illahi, jaga hati, jaga diri, jaga iman” terang Faris panjang lebar.


“Abang cintakan Riana tak?” terlepas soalan itu dari mulut Adriana. Adriana menampar perlahan mulutnya. Haisshhh, macam mana soalan cepuk cemas ni boleh terkeluar? Malu wehh..



“Haruslah cintakan Riana, cintakan yang halal. Riana berada dalam carta keempat dalam hati abang” jawab Faris tersenyum.


Adriana mula menarik muka. Kenapa mesti yang keempat? Ramai sangat ke awek mamat ni? Huhuhu, ni yang nak sentap ni...


“Siapa yang pertama, kenapa Riana yang keempat??” soal Adriana sedikit berkecil hati.


“Yang pertama adalah Pemilik cinta itu sendiri, Allah SWT. Dia yang menanamkan rasa cinta dalam diri hambaNya. Sudah semestinya Dia harus berada di tempat yang teratas. Yang kedua, Rasulullah SAW dan yang ketiga ummi” balas Faris. Sebagai seorang anak lelaki, ibu harus diutamakan dari seorang isteri. Namun tak bermakna dia harus mengetepikan perasaan Adriana.


Adriana sudah malu sendiri. Cemburu tak bertepi sedangkan suaminya seorang suami yang hebat. Alhamdulillah, dikurniakan nakhoda yang sempurna imannya, insha Allah. Pantaskah dia bersama suami sehebat Faris? Argghhh, jodoh itu rahsia Allah. Mungkin ada hikmahnya perkahwinan ini.


“Siapa yang beri abang inspirasi tentang cinta?” soal Adriana kagum. Siapa agaknya yang memberi inspirasi sebegitu hebat buat Faris ya?


“Kalau mereka yang lain gemar menjadikan kisah cinta Uda dan Dara, Laila dan Majnun, Romeo dan Juliet, Mumtaz dan Shah Jehan. Tapi abang lebih kagum dengan kisah cinta sehebat Rasulullah dan Khadijah, Adam dan Hawa, Fatimah dan Ali, Hajar dan Ibrahim, Yusuf dan Zulaikha. Cinta mereka berpaksikan keimanan terhadap Allah” ujar Faris.


“Subhanallah” hanya itu yang mampu diucapkan Adriana. Patutlah peribadi Faris yang menyayangi dan melindungi wanita rupanya suaminya belajar dari agama islam itu sendiri.


“Riana cintakan abang?” soal Faris ingin tahu.


“Mestilah cinta, kasih dan sayang..” jawab Adriana tanpa segan. Dia seolah disuntik kekuatan luar biasa mendengar luahan Faris sebentar tadi.


Faris hanya tersenyum mendengar luahan berani Adriana. Alhamdulillah dia tidak bertepuk sebelah tangan. Akanku mencintaimu permaisuriku dengan cinta high class!! Sama-sama menuju syurga Illahi...


“Betul ni? Esok kita jumpa nak? Abang belanja makan” ajak Faris.


“Yaa, betul.. Wah, baru cakap sekali yang Riana cintakan abang, abang nak belanja makan. Macam ni Riana kena praktis selalulah. Boleh makan free selalu” usik Adriana nakal. Haishh, rindunya nak menatap wajah sang suami. 'Ya Allah, kau bawalah rasa rinduku untuk dia di sana' bisik Adriana.


“Amboi, kalau abang tak belanja tak cinta, kasih dan sayang lah ya?” usik Faris. Usikan dibalas usikan. Bukankah gurauan itu pemanis rumah tangga??


Adriana hanya tergelak kecil. Ya Allah, aku jatuh cinta!! Kau tanamkanlah rasa cinta ini pada yang berhak memiliki, dan moga rasa cinta ini tidak melebihi rasa cintaku padaMu..


“Abang nak belanja makan apa?” soal Adriana. Teruja mahu berjumpa suami sendiri.


“Makan angin jelah boleh?” usik Faris lagi. Sudah datang mood mengusiknya. Hehe..


“Angin je? Huhu.. Angin pun anginlah asalkan kita share makanan yang sama. Sama-sama makan angin” gelak Adriana terhambur jua. Hah, sama-sama dah merapu.


Faris turut tergelak di hujung sana. Mula rasa bahagia menyapa, semoga Allah kekalkan kebahagiaan ini hingga ke syurga... Aamiin...


5 comments:

  1. wah akak ! best best ! (: nak lagi ! hehe , <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. mekaceh =)
      insha Allah kalau ada mse akk taip entri lagi ya?
      doa2kn la ya? moga Allah redha

      Delete
    2. sama sama kasih kak .

      Insyaallah akan sy doakan . (:

      Delete
  2. subhanallah.... ^_^ syoknye ... nak lagi huhuhuhuhuhu

    ReplyDelete
  3. urmm..indah nya cinta firdausi

    ReplyDelete