BAB
22
Adriana
membelek-belek buku pemberian Faris di tangannya. Cinta High Class
dan Cintaku Kerana Agamamu. Subhanallah, melihat sahaja tajuk novel
islamik itu, hatinya sudah bergetar. Belum membacanya lagi. Dia
membelek-belek tajuk kecil di dalam novel tersebut. Karya hebat dari
Ustazah Fatimah Syarha dan suaminya Dr. Farhan Hadi, salah seorang
novelis kesayangannya, motivator kesukaannya.
Dia
berazam mahu menghabiskan bacaan novel ini secepat mungkin. Mujurlah
kelasnya hari ini hanya ada di sebelah pagi tadi. Sempatlah dia
membaca novel tersebut.
“Riana
baca novel apa tu?” soal Kak Tasha.
“Baca
novel Cinta High Class dan Cintaku Kerana Agamamu” jawab Adriana
sambil menunjukkan novel di tangan.
Kak
Tasha menghampiri Adriana. Mahu melihat novel yang dimaksudkan
Adriana.
“Ya
Allah, ni latest one karya Ustazah Fatimah Syarha kan? Wahhh,
bestnya. Bila beli?” soal Kak Tasha teruja. Dia memang gemarkan
karya Ustazah Fatimah Syarha, dia sudah pun memiliki karya-karya
ustazah muda itu sebelum ini. Antaranya novel Tautan Hati dan Pemilik
Cintaku Selepas Allah dan Rasulullah.
“Haah,
Riana tak beli tapi ada orang hadiahkan” jawab Adriana perlahan.
Teringat pula dia kepada si pemberi hadiah itu. Dalam diam bibirnya
menguntum senyuman.
“Mesti
istimewa kan si pemberi tu? Tengok senyuman Riana pun akak dah tahu”
ujar Kak Tasha, dia turut bahagia melihat wajah ceria Adriana.
“Faris
yang hadiahkan” jawab Adriana perlahan. Malu wehh.... Faris memang
insan istimewa dalam hidupnya.
“Alhamdulillah,
moga ada manfaat hadiah Faris ni. Eh akak nak kena siap-siap ni.
Kejap lagi ada kelas” jawab Kak Tasha, sempat dititipkan doa buat
Adriana.
Adriana
hanya memerhati Kak Tasha, sejuk matanya memandang Kak Tasha yang
sedang memakai tudung labuh itu. Moga suatu hari nanti dia mampu
menjadi seperti Kak Tasha. Ya, dia harus mempersiapkan diri untuk
menjadi wanita solehah agar dia kelihatan secocok dengan lelaki
sebaik dan sesoleh Faris.
Teringat
pula Adriana firman Allah di dalam Surah An Nur ayat 31“Dan
katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat
pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara
kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh
mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup
belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah
mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami
mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak
mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak
bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi
saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan
Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang
lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau
kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan
janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa
yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian
kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya”
“Subhanallah,
aku mesti berubah dan istiqomah” ujar Adriana perlahan.
Lantas
diambilnya novel pemberian, moga ada manfaat bacaannya nanti. Insha
Allah... Hampir tiga jam dia mengambil masa untuk menghabiskan
bacaannya. Mujurlah hari ini dia cuti solat, dihabiskan bacaannya
secepat mungkin.
Alhamdulillah,
habis juga bacaannya. Adriana termenung memuhasabah kembali dirinya.
Novel yang dibacanya tadi banyak berkisarkan wanita solehah,
tokoh-tokoh wanita solehah terdahulu seperti Saidatina Fatimah, Ummu
Salamah. Berasa betapa kerdilnya dia, mampukah dia menjadi isteri
solehah buat lelaki sehebat Faris? Dia berazam mahu berubah, menjadi
isteri solehah, mencari redha sang suami untuk menuju syurga Illahi..
Adriana
menjeling jam loceng di atas meja study, hampir jam 7 malam. Dia
harus membersihkan diri, lantas diambilnya tuala di tempat penyidai
lalu diaturnya langkah menuju ke bilik mandi.
Sesudah
mandi, Adriana mengambil buku modern physics yang terletak di dalam
beg. Masa untuk menyiapkan tutorial. Study time maaa..
Baru
20 minit dia mengulangkaji, kedengaran telefon bimbitnya berbunyi.
Minta diangkat. Lantas dicapainya gajet yang terletak di atas katil,
tersenyum sendiri melihat nama si pemanggil. Ohh, suamiku..
“Assalamualaikum”
jawab Adriana, suara dikawalnya agar tidak kelihatan teruja. Padahal
dalam hati, hanya Allah yang mengerti.
“Waalaikumsalam,
Riana buat apa tu? Dah solat isyak?” soal Faris di hujung sana.
“Riana
tengah siapkan tutor physics, solat?? Err... Dah” bohong Adriana.
Mana mungkin dia jujur mengatakan yang dia 'cuti' solat. Ishhh, baru
tadi berazam nak jadi isteri solehah!! Awal-awal lagi dah terpaksa
bohong suami sendiri. Huuuhuuu....
“Ohh,
Riana dah makan? Rindu abang tak?” soal Faris nakal. Dia sudah rasa
rindu terhadap isterinya walaupun baru sehari tak berjumpa. Inikah
angau namanya?? Aiyaa...
“Alhamdulillah,
dah makan. Rindu? Adalah sikit” jawab Adriana tersenyum. Siapa yang
tak rindukan suami sendiri. Bukan sahaja rindu, bibit-bibit cinta
juga sudah hadir dalam hatinya.
“Sikit
je? Abang rindu banyak kat Adriana. Abang dah makan tadi, Sir Zahin
belanja makan” ujar Faris. Memang dia singgah makan di luar bersama
rakannya Zahin. Zahin merupakan sahabat baiknya dan Zahin juga tahu
status dirinya sebagai suami kepada Adriana. Ikutkan memang dia ingin
menghebahkan perkahwinannya dengan Adriana, tapi takut isterinya
terganggu pula nanti. Dia teringat pada sepotong hadis “Rahsiakan
pertunangan, hebahkan pernikahan”. Moga Allah mengerti keputusan
yang dia lakukan dan moga redha Allah bersama mengiringi
perkahwinannya bersama Adriana. Insha Allah...
“Abang,
apa maksud cinta bagi abang?” terlintas pula soalan itu di fikiran
Adriana, lantas diluahkan kepada Faris. Mahu mendengar fikrah lelaki
itu.
“Cinta?
Bagi abang cinta itu fitrah manusia. Bukan untuk di'delete' tapi
untuk diurus. Diurus pada jalan dan cara yang halal. Jangan sampai
cinta itu menjadi fitnah, cinta itu anugerah Allah kepada makhluknya”
jawab Faris ringkas.
“Macam
mana nak urus rasa cinta tu pada cara dan jalan yang halal?” tanya
Adriana lagi.
“Cinta
yang halal adalah menyalurkan rasa cinta itu pada yang berhak memiki.
Pada cara dan jalan yang halal maksudnya diurus sesuai dengan fitrah
manusia itu sendiri tanpa melanggar batas syariat Illahi, jaga hati,
jaga diri, jaga iman” terang Faris panjang lebar.
“Abang
cintakan Riana tak?” terlepas soalan itu dari mulut Adriana.
Adriana menampar perlahan mulutnya. Haisshhh, macam mana soalan cepuk
cemas ni boleh terkeluar? Malu wehh..
“Haruslah
cintakan Riana, cintakan yang halal. Riana berada dalam carta keempat
dalam hati abang” jawab Faris tersenyum.
Adriana
mula menarik muka. Kenapa mesti yang keempat? Ramai sangat ke awek
mamat ni? Huhuhu, ni yang nak sentap ni...
“Siapa
yang pertama, kenapa Riana yang keempat??” soal Adriana sedikit
berkecil hati.
“Yang
pertama adalah Pemilik cinta itu sendiri, Allah SWT. Dia yang
menanamkan rasa cinta dalam diri hambaNya. Sudah semestinya Dia harus
berada di tempat yang teratas. Yang kedua, Rasulullah SAW dan yang
ketiga ummi” balas Faris. Sebagai seorang anak lelaki, ibu harus
diutamakan dari seorang isteri. Namun tak bermakna dia harus
mengetepikan perasaan Adriana.
Adriana
sudah malu sendiri. Cemburu tak bertepi sedangkan suaminya seorang
suami yang hebat. Alhamdulillah, dikurniakan nakhoda yang sempurna
imannya, insha Allah. Pantaskah dia bersama suami sehebat Faris?
Argghhh, jodoh itu rahsia Allah. Mungkin ada hikmahnya perkahwinan
ini.
“Siapa
yang beri abang inspirasi tentang cinta?” soal Adriana kagum. Siapa
agaknya yang memberi inspirasi sebegitu hebat buat Faris ya?
“Kalau
mereka yang lain gemar menjadikan kisah cinta Uda dan Dara, Laila dan
Majnun, Romeo dan Juliet, Mumtaz dan Shah Jehan. Tapi abang lebih
kagum dengan kisah cinta sehebat Rasulullah dan Khadijah, Adam dan
Hawa, Fatimah dan Ali, Hajar dan Ibrahim, Yusuf dan Zulaikha. Cinta
mereka berpaksikan keimanan terhadap Allah” ujar Faris.
“Subhanallah”
hanya itu yang mampu diucapkan Adriana. Patutlah peribadi Faris yang
menyayangi dan melindungi wanita rupanya suaminya belajar dari agama
islam itu sendiri.
“Riana
cintakan abang?” soal Faris ingin tahu.
“Mestilah
cinta, kasih dan sayang..” jawab Adriana tanpa segan. Dia seolah
disuntik kekuatan luar biasa mendengar luahan Faris sebentar tadi.
Faris
hanya tersenyum mendengar luahan berani Adriana. Alhamdulillah dia
tidak bertepuk sebelah tangan. Akanku mencintaimu permaisuriku dengan
cinta high class!! Sama-sama menuju syurga Illahi...
“Betul
ni? Esok kita jumpa nak? Abang belanja makan” ajak Faris.
“Yaa,
betul.. Wah, baru cakap sekali yang Riana cintakan abang, abang nak
belanja makan. Macam ni Riana kena praktis selalulah. Boleh makan
free selalu” usik Adriana nakal. Haishh, rindunya nak menatap wajah
sang suami. 'Ya Allah, kau bawalah rasa rinduku untuk dia di sana'
bisik Adriana.
“Amboi,
kalau abang tak belanja tak cinta, kasih dan sayang lah ya?” usik
Faris. Usikan dibalas usikan. Bukankah gurauan itu pemanis rumah
tangga??
Adriana
hanya tergelak kecil. Ya Allah, aku jatuh cinta!! Kau tanamkanlah
rasa cinta ini pada yang berhak memiliki, dan moga rasa cinta ini
tidak melebihi rasa cintaku padaMu..
“Abang
nak belanja makan apa?” soal Adriana. Teruja mahu berjumpa suami
sendiri.
“Makan
angin jelah boleh?” usik Faris lagi. Sudah datang mood mengusiknya.
Hehe..
“Angin
je? Huhu.. Angin pun anginlah asalkan kita share makanan yang sama.
Sama-sama makan angin” gelak Adriana terhambur jua. Hah, sama-sama
dah merapu.
Faris
turut tergelak di hujung sana. Mula rasa bahagia menyapa, semoga
Allah kekalkan kebahagiaan ini hingga ke syurga... Aamiin...
wah akak ! best best ! (: nak lagi ! hehe , <3
ReplyDeletemekaceh =)
Deleteinsha Allah kalau ada mse akk taip entri lagi ya?
doa2kn la ya? moga Allah redha
sama sama kasih kak .
DeleteInsyaallah akan sy doakan . (:
subhanallah.... ^_^ syoknye ... nak lagi huhuhuhuhuhu
ReplyDeleteurmm..indah nya cinta firdausi
ReplyDelete