Tuesday 5 June 2012

Suami Ekspress 20


BAB 20



Adriana tersedar dari lena, terganggu dengan bunyi alarm dari handphone Faris. Matanya dibuka kecil, cuba melihat jam loceng di sisi katil. Pukul 5.50 pagi..


'Ish, Faris ni tak sedar ke alarm dia berbunyi? Bukan biasa mamat ni alert dengan bunyi alarm ke?' bisik hati Adriana. Tangannya mula mengerakkan badan Faris. Bingit telinganya mendengar alarm dari handphone lelaki itu.


Faris hanya mengerakkan sedikit sahaja badannya. Tangannya kembali menarik selimut. Rasa penat sangat.


'Ish kenapa dia tak bangun lagi ni? Tidur pengsan betul.. Penat sangat ke memasak semalam?' rungut Adriana. Dia mula bangun dari katil.


Tangan Adriana kembali menarik selimut Faris, digoyangkan sedikit bahu suaminya.


“Abang, bangunlah dah lewat ni” ucap Adriana perlahan.


Faris sedikit pun tidak bergerak, masih lena menyambung tidurnya. Adriana geram melihat reaksi Faris. Diambilnya jam loceng di sisi katil, diputarkan jarum jam ke angka 7 pagi.


“Abang!! bangunlah... Dah pukul 7 pagi ni hah, taknak bangun solat ke?” kejut Adriana tegas, ditunjukkan jam loceng kepada Faris.


Faris membuka matanya perlahan, melihat jam loceng yang dipegang Adriana. Terbeliak matanya melihat jam loceng yang dipegang isterinya, pukul 7 pagi!!


“Hah? Pukul 7 dah? Habislah abang tak solat lagi ni” ujar Faris gelabah. Dia bangun dari katil, tergesa-gesa mahu ke bilik air.


Adriana hanya tersenyum kecil melihat telatah Faris. Hah, tahu cuak! Hehe... Tangannya lincah mengemaskan katil. Membentangkan sejadah untuk mereka solat bersama.


Faris tergesa-gesa keluar dari bilik air. Haisshhh, subuh gajah ke ni? Astaghfirullah.. Hampir-hampir sahaja dia jatuh terduduk di depan bilik air kerana kakinya yang basah memijak lantai bilik. Ishh, kalau abi tahu ni....


'Eh, kenapa gelap lagi ni?' soal Faris sendiri. Kakinya melangkah ke arah katil yang telah tersusun kemas. Mencapai telefon bimbitnya.


“Adrianaaaa” jeritnya kuat. Baru pukul 6 pagi!! Dia mencari-cari kelibat isterinya, ciss terkena lagi dia.


“Haha” Adriana hanya mampu gelak, pantas kakinya melangkah laju ke bilik air. Mahu melarikan diri sekaligus mengambil wuduk.


“Takpe-takpe, nasib baik abang ada wuduk..” balas Faris mengalah. Dia melangkah ke arah sejadah. Menanti Adriana untuk solat bersama. Kalau nak balas dendam tunggu habis solat dulu...


Adriana melangkah perlahan ke arah Faris, takut-takut kalau suaminya mahu membalas dendam. Tapi dilihatnya Faris khusyuk mengalunkan surah-surah yang dihafal suaminya itu. Subhanallah, sedapnya suara mamat ni!!!


Usai sahaja solat subuh berjemaah mereka, sambung pula sesi tadarus dia dan Faris. Alhamdulillah dia bersyukur dianugerahkan suami sebaik Faris. Yang mendahulukan redha Illahi untuk sama-sama mereka menuju syurga Illahi.


Selepas sahaja sesi tadarus mereka, Adriana bersiap-siap mahu ke dapur. Menyiapkan sarapan untuk mereka sekeluarga. Pukul 7 pagi di rumah umminya memang sudah riuh rendah, memang bangun awal keluarga suaminya itu.


“Ummi, ummi nak masak apa pagi ni? Biar Adriana tolong” sapa Adriana apabila tiba di dapur.


“Takpe lah Riana, ummi masak mee goreng je ni. Hah, kalau kamu nak tolong juga, tolong buatkan air” jawab Hajjah Mardiyah. Tangannya lincah menggaul mee di dalam kuali.


Adriana melangkah ke rak, mengambil teko. Ermm, nak buat air apa eh?


“Ummi, nak buat air apa ni?” tanya Adriana ragu-ragu.


“Hah, kamu buat je air teh o, kalau kamu rajin boleh juga buat neslo.. Faris suka minum neslo” jawab Hajjah Mardhiyah perlahan.


Adriana mencari seuncang teh di dalam bekas, laju tangannya membancuh minuman. Dibancuhnya pula air neslo di teko yang berasingan. Siap sudahh..


Adriana hanya duduk di meja makan. Ralit memerhatikan Hajjah Mardiyah memasak. Faris masih lagi di atas, ada kerja katanya.


“Assalamualaikum, awal menantu abi ni bangun? Faris mana?” tegur Ustaz Fahmi. Kakinya melangkah ke arah Adriana.


Adriana hanya tersenyum memandang abinya. Erm, abinya nampak lebih muda dari usia sebenarnya. Wajah abi manis, Faathirah mirip wajah abi. Wajah yang sejuk memandang.


“Wa'alaikumsalam abi.. Abang Faris kat atas. Ada kerja sikit katanya. Kejap lagi dia turunlah. Abi nak minum?” pelawa Adriana. Tangannya mula mahu menuang air ke dalam cawan.


“Eh, tak perlulah Riana.. Nanti kita minum sama-sama” ucap Ustaz Fahmi.


Ustaz Fahmi bangun menuju ke arah Hajjah Mardhiyah. Menjenguk sedikit ke arah masakan isterinya.


“Erm, sedap bau.. Mesti rasa pun sedap jugak kan?” ujar Ustaz Fahmi sengaja merapatkan badannya dengan isteri tercinta, sengaja mahu menyakat isterinya.


“Ishh, abang ni.. Macam baru first time pulak makan masakan Dhia ni” balas Hajjah Mardhiyah malu. Segan apabila suaminya tanpa segan silu menunjukkan kemesraan antara mereka di hadapan menantunya.


Adriana hanya tersenyum kecil melihat kemesraan antara ummi dan abinya. Nampak mesra walaupun sudah lama berumahtangga. Harap-harap dia dan Faris juga dapat merasa bahagia seperti Hajjah Marhiyah dan Ustaz Fahmi. Keluarga sakinah, mawaddah dan rahmah, insha Allah.


Hampir 15 minit, sarapan mereka sudah terhidang di atas meja. Adriana menyusun cawan dan pinggan di atas meja. Matanya memerhati anak tangga, kelihatan Faathirah tersenyum kepadanya. Mana Faris ni? Tak nak sarapan ke?


“Hah, Riana.. Mana suami kamu? Pergi ajak dia sarapan sekali” arah Hajjah Mardiyah apabila bayang Faris masih tidak kelihatan di meja makan.


“Baik ummi” akur Adriana.


Kakinya mula mengatur langkah mendaki anak-anak tangga menuju ke biliknya. Pintu bilik ditolak perlahan, mencari kelibat suami.


'Ishh, dia boleh bantai tidur pulak' bisik Adriana apabila dia melihat Faris yang elok sahaja terlentok di meja kerja. Meja kerja pun jadi mamat ni!! Aiyoo...


“Abang...” bisik Adriana perlahan.


“Erm, kenapa?” balas Faris lemah. Sakit tengkuknya apabila tidur di meja.


“Ummi ajak sarapan. Jomlah, semua orang tunggu abang kat bawah” ajak Adriana. Kesian pula melihat wajah kantuk Faris.


“Ok, tunggu abang kejap. Nak cuci muka” balas Faris sambil melangkah ke bilik air.


Adriana hanya memerhati langkah lemah suaminya. Tangannya mengemas meja kerja Faris. Menutup lap top suaminya, bibirnya mengukir senyum. Gambarnya terpampang di wallpaper lap top suaminya. Yuhuuu, dalam hati ada taman ni beb!!


“Kenapa senyum sorang-sorang ni?” soal Faris pelik.


“Eh, takde apa-apalah” jawab Adriana terperanjat. Huh, sejak bila mamat ni keluar bilik air? Haisshhh...


Faris menarik tangan Adriana. Direnung wajah isterinya, comel. Lagi comel dengan muka terperanjat gadis itu. Rasa nak ditarik sahaja gadis itu ke dalam pelukannya. Huuuu.....


Adriana mula tidak selesa dengan renungan Faris, macam nak telan orang. Apa comot sangat ke aku ni? Ke bau masam? Tapi orang dah mandilahhh... Argghhh, rimas dengan renungan suami sendiri.


“Err... abang jomlahh” ujar Adriana gugup.


“Jom apa sayang?” bisik Faris nakal, mendekatkan lagi jarak antara dia dan Adriana. Sengaja mahu menyakat Adriana. Pagi tadi kenakan dia kan? Masa untuk membalas dendam. Hehe...


"Errrr" Adriana hilang kata. Wajah Faris semakin hampir dengannya.


"Kenapa takut ni?" bisik Faris.  


Belum sempat Adriana menjawab, pintu bilik mereka diketuk dari luar. Fuhh, selamat....


“Along, Kak Riana.. Lama lagi ke? Jomlah breakfast” ujar Faathirah dari luar. Ishhh, Kak Riana ni, orang suruh panggil along. Dengan dia pun tak keluar sekali. Alahaii.. Kakak iparku....



12 comments:

  1. hahaha..best best best...teruskan cik writter...

    ReplyDelete
  2. mkin hari mkin msra da dorg nie..ble ag nk mlgkah ke next step 2 nk gak bby..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. tunggu ya sis :) thanks sudi bace n komen :D

      Delete
  3. Replies
    1. nisa da update da :D thanks sudi bace n komen :D

      Delete
  4. kak nisa tlg la cpt2 smbg k!!!!!
    x sbar nk bca next entry

    ReplyDelete
    Replies
    1. akk da update da :) thanks sudi bace n komen

      Delete
  5. Mujahidah Islam7 June 2012 at 06:14

    ukhti nisa..cepat lah sambung..x sabar nak baca nie..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. nisa da update da ukhti =)
      syukran sudi bace n komen :D

      Delete
  6. writer ! bestnya ! nak lagi ! hehe , good job writer ! ^_^

    ReplyDelete
  7. xtau nk komen ape kt bab nie..lucu byk..

    ReplyDelete