BAB
21
Pagi
Ahad itu Adriana dan Faris singgah ke rumah arwah mama dan papa
Adriana. Rasa rindu mula menerpa saat Adriana melangkah masuk ke
halaman rumah tersebut. Melihat sahaja bunga-bunga yang ditanam mama
dulu, sudah menerpa rasa sebak di hati. Ya Allah Kau tabahkanlah hati
hambaMu ini.
Adriana
melangkah ke arah gazebo yang terletak di luar rumah, di situlah
tempat arwah mama dan papanya menghabiskan masa santai mereka
bersama. Adriana memerhati sekeliling kawasan rumah, masih tersusun kemas. Mungkin Faris yang membersihkannya.
“Riana,
ok tak?” soal Faris apabila dilihatnya gadis itu seolah-olah berada
di dalam dunianya sendiri.
“Riana
ok je, don't worry lah” balas Adriana.
Sengaja
Faris membawa Adriana ke rumah arwah ibu bapa mertuanya. Esok Adriana
akan pulang ke universiti. Mujurlah jadual kelas Adriana sama dengan
jadual tugasannya pada esok hari, tidak perlulah dia menghantar
Adriana pulang ke universiti petang ini.
Tambahan
pula awal-awal lagi dia sudah merancang kejutan buat Adriana sempena
hari lahir isterinya itu. Dia mahu menyambut dan meraikan isterinya
di rumah arwah ibu bapa mertuanya iaitu tempat isterinya dibesarkan
dengan penuh kasih sayang. Moga dia juga dapat menyayangi isterinya
dengan penuh kasih sayang dan dapat membina keluarga sakinah,
mawaddah wa rahmah !! Insha Allah..
Faris
membuka pintu rumah dan melangkah masuk ke rumah banglo dua tingkat
itu. Sunyi rasanya rumah sebesar itu tetapi tidak berpenghuni. Dia mengangkat beg dan membawa
masuk beg tersebut ke dalam bilik. Lantas dia kembali ke tingkat
bawah semula mencari kelibat isterinya. Mahu menemani Adriana dan
tidak mahu Adriana terus melayan perasaannya seorang diri.
“Riana..”
sapa Faris perlahan.
“Eh
abang, nak minum air tak? Abang nak minum air apa?” tanya Adriana.
“Erm,
takpelah.. Tadi kan kita baru je minum dekat rumah ummi. Jom kita
borak dekat kerusi dulu” ajak Faris sambil menarik perlahan tangan
Adriana.
Adriana
hanya mengikut langkah Faris. Menuju ke sofa yang terletak di ruang
tamu rumah.
“Riana
malam ni tak payah masak k? Kita makan kat luar” ajak Faris.
Sengaja tidak mahu menyusahkan Adriana, lagi pula awal-awal pagi esok
isterinya sudah mahu pulang ke universiti.
“Kenapa
nak makan kat luar? Riana masak tak sedap eh?” soal Adriana mula
terasa hati.
“Taklah
sayang, abang saja nak ajak isteri abang ni makan luar. Mesti penat
kan isteri abang ni. Abang nak jadi macam Rasulullah SAW melayan
isteri. Doakan abang eh?” pinta Faris tulus.
Adriana
terkedu mendengar permintaan Faris. Terharu mendengar bait perkataan
yang keluar dari mulut suaminya. Sungguh Faris pemuda yang melebihkan
Allah dan Rasul dalam setiap urusan hidupnya dan sungguh dia mula
mencintai suaminya sendiri!!
'Aku
mencintaimu kerana agamamu wahai zaujku' bisik hati Adriana.
Teringat
pula pesan arwah mamanya dahulu cinta akan lenyap bersama sebab cinta
itu sendiri. Jika kita cinta seseorang itu kerana Allah, cinta itu
akan abadi kerana Allah itu tak kan lenyap. Tapi jika kita cintakan
seseorang itu kerana rupa, rupa akan dimamah usia. Jika kita
mencintai seseorang itu kerana harta, harta akan habis. Tapi
cintailah seseorang itu kerana Allah. Allahu akhbar!!
“Ishh,
mengelamun pulak isteri abang ni. Riana teringin nak makan kat mana
malam ni? Abang belanja ok?” pelawa Faris sambil tersenyum.
Adriana
mula memikirkan makanan apa yang best, orang nak belanja kan? Hehe..
Erm, agak-agak korang makanan apa yang best eh?
“Hah,
Riana nak makan kenny boleh?” pinta Adriana, dah alang-alang orang
nak belanja kan?
“Kenny
rogers ya? Untuk isteri abang yang comel ni apa pun boleh sayang...”
balas Faris. Dia bukanlah suami yang romantik yang mampu menyediakan
candle light dinner untuk isterinya. Tapi dia akan berjanji untuk
menjaga dan berusaha untuk menjadi suami yang terbaik untuk
isterinya, Insha Allah..
“Sayang,
tunggu kejap eh?” ucap Faris, kakinya melangkah ke tingkat atas
rumah. Ada sesuatu yang ingin dihadiahkan untuk Adriana.
Adriana
hanya mengaru kepalanya yang tidak gatal. Erm.. Apa yang Faris nak
buat eh? Haishhh.. Bikin hati panasaran sajaa..
Dua
minit kemudian, Faris turun kembali. Melangkah laju ke arah Adriana.
Tangannya menyembunyikan sesuatu di belakang.
“Rianaa,
selamat hari lahir sayang” ucap Faris, mencium sedikit dahi
isterinya.
“Hah??”
soal Adriana keliru. Hari ni berapa hari bulan??
“Hari
ni birthday Riana kan?” soal Faris inginkan kepastian. Rasanya
betul hari ini hari lahir isterinya. Dia ingat lagi semasa dia
melihat kad pengenalan isterinya tempoh hari.
Adriana
sudah telan air liur sendiiri. Haishh, hari lahir sendiri pun dia tak
ingat!! Aiyooo.. Jangan hari lahir Faris nanti dia lupa sudah,
merajuk pula suaminya nati. Huuhuu
“Bukanlah,
hari lahir Riana dah lepaslah abang. Sampai hati tak ingat birthday kita”
Adriana pura-pura merajuk. Sengaja ingin menyakat Faris. Gemar
melihat wajah naif Faris.Nampak comel je. Hehe...
“Eh,
yeke?” soal Faris jujur.
“Yaa
abang sayangg” jawab Adriana masih menyembunyikan senyuman. Umpan
hampir mengena ni.
“Abang
silaplah ni. Sori..” Faris meminta maaf. Habis hadiah ni nak buat
apa? Agak-agak boleh simpan untuk next birthday tak?
Adriana
sudah tidak mampu menahan tawanya. Innocent sangat muka Faris ni, tak
sampai hati nak tipu lebih-lebih.
“Abang,
Riana nak mintak maaf”
“Kenapa
nak mintak maaf?”
“Sebab
Riana kenakan abang, betul hari ni birthday Riana” ujar Adriana
mengalah.
“Amboii,
nakalnya birthday girl ni” jawab Faris sambil mencubit sedikit pipi
isterinya. Geram!!
“Hehe,
soriii” Adriana tayang muka simpati.
“Hah,
this is for my birthday girl” hulur Faris.
Adriana
mengambil hadiah yang dihulurkan. Cantik balutan hadiahnya, mesti isinya pun cantik kan?
“Boleh
Riana bukak sekarang?” soal Adriana, masih membelek hadiah yang
dibalut dengan kertas pembalut hadiah yang berwarna pink itu.
Faris
hanya menganggukkan kepala, tanda membenarkan. Tersenyum melihat
wajah ceria Adriana.
“Terima
kasih abang” ujar Adriana. Tersenyum menerima hadiah dari suami,
hadiah sebuah novel karya Fatimah Syarha dan Dr. Farhan Hadi.
Terharu, memang Faris berbeza dari lelaki lain. Mana ada suami yang
nak hadiahkan isteri novel islamik karya Ustazah Fatimah Syarha??
“Erm,
Riana pejam mata kejap” pinta Faris.
Haishh,
siap kena pejam mata pula Faris ni.. Seganlahh...
“Sayang
pejam mata, sekejap saja. Kalau tak abang kiss nanti, kita sama-sama
dapat pahala” usik Faris nakal.
Adriana
terpaksa juga menutup matanya. Merelakan tindakan Faris.
Faris
mula memakaikan seutas gelang tangan di tangan Adriana. Nampak cantik
gelang yang tersarung di tangan gadis itu.
“Now,
open your eyes” ujar Faris.
“Thanks
abang. Really appreciate it” ujar Adriana terharu. Faris memang tak
romantik, tapi Faris sweet ok!!
“Welcome,
semoge Adriana Qistina abang ni dikurniakan iman yang sempurna, akal
yang cerdik, tubuh badan yang sihat, minda yang cerdas dan beroleh
kebahagian dunia dan akhirat” doa Faris tulus.
wah, tak sabar rasanya nak membaca yang seterusnya
ReplyDeleteakak ! nak lagi ! nak lagi ! x sabarnya nak tunggu episod seterusnya ! <3
ReplyDeletesambung la lagi! x sbar nih nk bce yg strusnye... :D
ReplyDeleteterharunya ... sempat menangis ^_^ hihihihi nak n3 lagi hihihi
ReplyDeletealaaaa..cikit nyer entry kali ni..cik writer penat ea..xper..take a rest tau..tp jgn lelama..nti sya rindu nk tau kesudahan novel ni..klu leh hari2 nk entry baru..
ReplyDeleteMenarik jalan cerita ini, berjaya menerapkan ajaran Islam. Diharapakan dapat diteruskan secepat munkin.
ReplyDeletetharu plak ble faris ckp cm2..
ReplyDeletehuhu. nak suami macam faris. >.<
ReplyDelete- sya -
thanks sudi bace SE.. nisa budak baru blajar.. kalau nisa salah, tegurlah ye.. nisa oke je :D
ReplyDeleteInsyaallah kak . <3
Delete*sy bukannya pandai mengarang pun . sibuk nk tegor org ! hehe , :D