Sunday, 13 May 2012

Suami Ekspress 8 (fully entri) :D


BAB 8



Adriana merenung kosong mug di hadapannya. Hari ini kelasnya bermula pada pukul 10 pagi, sempatlah dia bersarapan pagi. Pagi-pagi macam ni rasa sunyi pula kalau dengar lagu pun best juga, roomatenya awal-awal lagi sudah ke kelas. Lantas diambilnya telefon di atas meja belajar, belum sempat jarinya menekan music player, telefon sudah berdering minta diangkat. Tertera nama si pemanggil di skrin telefon.


“Assalamualaikum mama. Mama sihat?” soalnya memulakan bicara. Matanya mengerling jam di sisi katil, baru jam 9 pagi. Kira-kira dia ada sejam lagi sebelum kuliahnya jam 10 pagi nanti.


“Waalaikumsalam sayang, mama sihat. Qistina sihat? Kelas pukul berapa pagi ni?” soal Puan Aishah. Sengaja dia menelefon puterinya pagi itu, mahu menyampaikan hasrat suaminya.


“Qistina sihat ma, kelas pukul 10 jap lagi. Papa dah pergi kerja? Mama dah breakfast belum? Masak apa pagi ni?” soal Adriana. Rasa rindu mula menyapa walaupun baru beberapa hari tidak berjumpa. Memang dia anak manja.


“Papa dah pergi kerja dah, mama masak bihun goreng je pagi ni sayang. Sebenarnya mama ada hal nak bincang dengan Qistina ni sayang. Qistina balik ya minggu ni” pinta Puan Aishah, tidak manis pula jika dibincangkan hal ini dalam telefon.


Adriana mengambil kalendar kecil di atas meja belajar. Rasanya minggu ini dia ada program, macam mana mahu pulang. “Mama, Qistina rasa minggu ni tak bolehlah ma, minggu ni Qistina ada mini projek lagipun Qistina dah janji dengan Kak Tasha dan Iman, nak ikut dorang pergi usrah. Sorrilah ma, hal apa ma? Mama cakap jelah kat telefon. Takpe Qistina faham” ujarnya sambil meletakkan kembali kalendar kecil itu di atas meja. Tangannya mencapai pula mug yang berisi air milo tadi. Diteguknya perlahan minuman tersebut.


“Tapi Qistina jangan terkejut ye sayang, papa kamu dah cari jodoh untuk kamu. Orangnya kerja pensyarah, baik budaknya” jawab Puan Aishah.


Tersedak Adriana, habis tersembur keluar air yang diminumnya tadi. Habis terkena kalendar kecil yang berada di atas meja. Nasib baik dia keseorangan dalam bilik ni, kalau tak mahunya digelakkan Kak Tasha, iaitu roomatenya. “Apa ma?? Jodoh untuk Qistina???” soalnya tidak percaya. Arghh dia masih belum bersedia hendak mendirikan rumahtangga, harapan dan cita-citanya bagaimana? Serabut kepalanya saat ini. Aqil macam mana pulak, aduish. Tak sangka papa betul-betul cari jodoh untuk dia.


“Ye sayang, kan hari tu kamu cakap kamu setuju kalau nak dijodohkan dengan sesiapa pun asalkan bukan dengan Haikal. Papa dah carikan jodoh untuk kamu” hurai Puan Aishah, hatinya berdoa agar anaknya terima sahaja keputusan yang dibuat suaminya. Walaupun Adriana nampak sahaja lembut tapi kadangkala anaknya memberontak juga dalam diam.


“Tapi ma, Qistina tak ready lagilah, lagipun Qistina muda lagilah ma. Diploma pun tak habis lagi ni, mama tolong pujuk papa ye ma? Qistina tak mahu kahwin lagi sekarang, please ma..” rayu Adriana, sungguh dia belum bersedia untuk melangkah sejauh itu.


“Qistina sayangg, jangan macam ni. Kesian kat papa nak, kamu jangan tolak mentah-mentah dulu. Fikir elok-elok, buat istikharah dulu ye sayang” pujuk Puan Aishah lembut, yakin hati anaknya tidaklah sekeras mana.



“Tapi ma... Kalau sebab papa nak kahwinkan Qistina sebab takut Qistina tinggal sorang-sorang kat Malaysia ni, Qistina rase tak patutlah ma, insha Allah Qistina boleh jaga diri” jawab Adriana, masih tidak mahu mengalah. Memang tak dapat dibayangkan jika dia berkahwin seawal usia ini, family arragement pulak tu, tak sanggup waooo.. Dah macam drama korea takpun cerita Nur Kasih.


“Jangan macam ni sayang, istikharah dulu ye? Nanti mama telefon lagi. Jaga diri, assalamualaikum” ucap Puan Aishah sebelum memutuskan talian.


“Waalaikumsalam” jawab Adriana perlahan. Kusut kepalanya memikirkan masalah yang baru timbul.


Jam di tangan dikerlingnya sekali lagi, hampir jam 9.30 pagi. Dia harus bersiap-siap untuuk ke kuliah. Habislah dia jika terlewat tak sanggup nak dengar Iman membebel. Lantas mukanya disapukan sedikit bedak, dicalit sedikit lip balm agar wajahnya tidak kelihatan pucat. Memang dia kurang bermekap, kadangkala wajahnya hanya ditepek bedak johnson baby sahaja. Rimas dengan wajah yang bermekap tebal saban hari. Diambilnya pula tudung yang tersangkut lalu disarungnya ke kepala. Setelah selesai memakai tudung, dia tersenyum sendiri. Tapi lama kelamaan senyumannya mati sendiri. Teringat masalah yang baru timbul.


“Haish Adriana, jangan fikir pasal tu. Fokus nak pergi kuliah” marahnya sendiri. Lantas dicapainya beg kuliah sebelum kakinya melangkah ke muka pintu.


**


“Riana, guna ethyl benzene lah bukannya methyl benzene. Kau ni kenapa? Ok tak?” soal Iman pelik. Tak pernah-pernah kawnnya itu hilang fokus semasa kelas, dalam makmal pulak tu. Selalunya Adrianalah yang paling bersemangat melakukan eksperimen.


“Hah, ye ke?? Bukan aku kasi kau ehtyl benzene ke? Eh, aku ok jelah” jawab Adriana sambil tangannya lincah memasukkan ehtyl benzene ke dalam beaker.


“Betul ni? Tak nak share apa-apa dengan aku” soal Iman lagi.

Adriana memusingkan badannya menghadap Iman “Aku ok lah, jangan risau. Eh tolong ambikkan aku test tube” jawab Adriana sambil tersenyum. “Fokus Adriana, fokus...” ujarnya sendiri.


Akhirnya makmal kimia selama dua jam itu tamat juga. Memang sepanjang masa makmal tadi, Adriana hilang fokus. Otaknya ligat mencari penyelesaian untuk masalah barunya itu. Sampaikan Iman sendiri perasan yang dirinya seolah-olah menyimpan masalah sendirian. Fikirannya memang betul-betul bercelaru. Teringat kembali peristiwa di dalam makmal tadi. Beberapa kali juga Iman terpaksa menegurnya kerana dia seakan-akan berada dalam dunianya sendiri. Hampir sahaja bahan radas di makmal itu pecah akibat perbuatannya tadi, mujur Iman menegurnya.


“Riana, be careful. Beaker kat sebelah kau tu” ujar Iman mengingatkannya, hampir sahaja tangannya ingin melangar bahan radas tersebut. Kucar-kacir makmal tu dibuatnya. Dengan salah materialnya lagi, dengan nak pecahkan bahan radas lagi.


Hendak diluahkan kepada Iman, tetapi dia tidak tahu bagaimana cara ingin diluahkan masalah itu, mungkin belum tibanya lagi. Apa yang penting, dia mahu cepat kuliahnya tamat hari ini, otaknya memang tak boleh lagi berfungsi hari ini. Kelasnya selepas ini akan bermula jam 2 petang, ada lagi dua jam sebelum kelasnya bermula petang nanti. Dia ingin ke perpustakaan untuk menenangkan fikiran. Arghh orang lain nak ke perpustakaan untuk study tapi dia? Untuk menenangkan fikiran, baginya tempat sesunyi perpustakaan mampu memberi ketenangan. Iman awal-awal lagi sudah meminta diri, katanya ada hal dengan persatuan.

Dalam asyik otaknya menerawang jauh, dia terlanggar seseorang di hadapan perpustakaan. Sah otaknya tak berapa nak betul sekarang. Sampaikan orang pun nak dilanggarnya. Nasib baik hanya terlanggar sikit, kalau tak mahunya jatuh tersungkur depan orang ramai ni. Tempat public kot.

“Eh, sorry tak sengaja” ujarnya perlahan sambil mendongakkan kepala mahu melihat si empunya badan.


“Oh, takpe. Tapi lain kali jalan pandang depan ye” balas suara dihadapannya. Aik macam kenal je suara ni.


Alamak, dia terlanggar pensyarah sendiri lah. Aduish, kan dah jadi satu hal lagi Adriana. Hanya perkataan maaf mampu diucapkan. Patutlah macam kenal je suara, sekali pensyarah sendiri daa..


“Eh, sir. Sorry. Betul-betul tak sengaja. Insha Allah lain kali saya jalan guna mata” ujar Adriana, sekali lagi memohon maaf, malu jangan cakaplah. Memang tebal wajahnya saat ini lebih-lebih lagi apabila ada mata-mata yang mula memerhati.


“Salah ayat awak tu, bukan jalan guna mata tapi jalan pandang depan, eh jangan lupa tengok kiri kanan sekali. Kita jalan guna kaki bukan mata” usik Faris sambil tersenyum.


“Err.. Baik sir” speechless terus Adriana. Hah, kan dah kena sekali. Dengan pensyarah sendiri pulak tu.


“Adriana, boleh awak tolong saya sekejap? Tolong hantarkan tutorial yang saya dah fotostat kat dalam library ke bilik saya. Awak tunggu sini kejap, saya ambil tutorial kat dalam” pinta Faris, belum sempat pun Adriana ingin membuka mulut, pensyarahnya sudah melangkah ke arah pintu library. Mungkin mahu mengambil tutorial yang dimaksudkannya tadi.


Dia melangkah malas ke kerusi yang terletak di hadapan perpustakaan, mahu rehat sebentar. Tidak sampai pun dua minit, dilihatnya pensyarahnya melangkah ke arahnya sambil tangan penuh dengan kertas-kertas. Amboi banyaknya kertas, mana larat dia nak angkut semua kertas ni pergi bangunan pentadbiran. Bukannya dekat bangunan fakulti dan pentadbiran.


“Hah, ni dia kertas tutorial you all. Tolong hantar kat bilik saya ye?” pinta Faris, tangannya mula membahagi dua kertas-kertas tersebut. Satu bahagian diserahkan kepada Adriana, satu bahagian lagi diambilnya.


“Eh, tunggu apa lagi? Jomlah. Anyway thanks tolong saya” ujar Faris pelik, dilihatnya gadis itu masih blur seolah-olah tidak tahu apa yang harus dilakukan.

“Hah? Ok sir” lantas kaki dihayun mengikut langkah kaki pensyarahnya. Biar betul Mr. Faris ni, takkan nak jalan sekali dengan dia. Segan kot, nanti tak pasal-pasal timbul gosip baru, dahlah masalah lama tak selesai lagi.


“Adriana, kenapa awak jalan lambat sangat ni? Takut eh? Saya tak makan awaklah” jawab Faris sengaja menyakat pelajarnya itu. Suka pula dia melihat wajah kemerahan gadis itu. Mungkin hobi terbarunya menyakat Adriana agaknya.


Lantas kakinya dihayun sepantas mungkin, mahu menyaingi langkah pensyarahnya. Lantaklah orang nak gosip apa, mulut orang.


“Adriana, awak tinggal kat Alor Gajah jugak ke? Kenapa tak pernah nampak awak pun sebelum ni?” tanya Faris memulakan bicara. Memang sudah lama dia ingin bertanyakan gadis itu tentang hal ini. Semenjak mereka terserempak ketika berjogging dahulu.


“Haah sir, sir pun tinggal sana ke? Alor Gajah tu besarlah sir, probability nak terserempak dengan sir memang payah” jawab Adriana jujur.


“Betul jugak eh cakap awak tu, dulu awak sekolah kat mana? Mana tahu satu sekolah dengan adik saya” tanya Faris ramah, berkemungkinan adiknya, Furqan satu sekolah dengan Adriana. Adiknya yang seorang itu memang tidak mahu bersekolah asrama. Kalau nak diikutkan universiti di Pulau Pinang itu dulu pun adiknya tidak mahu pergi. Langsung tidak mahu berenggang dengan keluarga. Setelah dipujuk dan dinasihat, barulah adiknya akur melanjutkan pelajaran nun jauh di utara.


“Saya sekolah kat SMK Talib Karim sir, eh adik sir sekolah kat mana?” soal Adriana pula, tak sangka Mr. Faris ni peramah juga orangnya.


“Adik saya pun sekolah sana. Awak kenal tak Furqan? Alah orangnya tinggi-tinggi, pakai cermin mata. Putih sikit dari saya” ujar Faris. Terbayang susuk tubuh dan wajah adiknya yang seorang itu.


Furqan, Furqan mana eh, takkanlah Furqan Al Hakeem yang dikenalinya itu adik pensyarah muda ini, rupa mereka tak seiras langsung. “Kalau Furqan Al Hakeem saya kenal lah sir, dia ketua pengawas kat sekolah saya dulu” jawab Adriana.


“Hah, Furqan yang tu lah adik saya. Tak sangka rupanya awak ni kawan adik saya” ujar Faris sambil tangannya menekan butang lif.


“Kalau Furqan yang itu saya kenal lah sir. Tak sangka pulak dia adik sir” ujar Adriana, memang dia tak sangka Furqan adik pensyarahnya. Kecil betul dunia ni.


Setibanya di hadapan bilik pensyarah muda itu, dia melangkah masuk ke dalam bilik pensyarahnya, lantas diletakkan kertas tutorial tadi atas meja. Sempat pula ditelitinya bilik pensyarahnya, kemas dan terdapat sehelai sejadah diletakkan di sebelah meja.


“Thanks Adriana” ujar Faris, tangannya lincah menyusun kertas-kertas di atas mejanya.


“Welcome, sir. Saya mintak diri dulu” ujar Adriana sambil melangkah keluar dari bilik pensyarahnya.



***

Selesai sahaja kelasnya pada petang itu, terus Faris memecut keretanya untuk pulang ke rumah. Badannya memang betul-betul letih sekarang ni, dengan jadual yang padat hari ini, dengan ragam pelajar lagi, dengan kertas test yang berlambak belum disemak. Kira-kira hanya tinggal sebulan sahaja lagi sebelum exam final year bermula. Memang sekarang merupakan masa kritikal untuk pensyarah baru sepertinya.


Tiba sahaja di rumah, kelihatan abi dan uminya sedang berbual-bual di ruang rehat di tingkat atas rumah.


“Assalamualaikum umi, abi” sapanya lantas menghulurkan tangan. Direbahkan badan ke arah sofa, ingin melepaskan lelah seketika. Mujurlah dia sudah solat asar di universiti tadi.


“Waalaikumsalam, letih sangat umi nampak kamu hari ni. Banyak kerja ya di u?” tanya Hajjah Mardhiyah. Memang kelihatan letih benar anak sulungnya itu.


“Eh, taklah umi. Biasalah budak-budak tu dah nak final, nak marking paper and nak kena prepare soalan tutorial untuk dorang. Bagi dorang buat banyak latihan before final exam. Letih sikit je umi” jawab Faris sambil tersenyum. Diurutnya belakang tengkuk untuk melegakan kesakitan di bahagian itu, mungkin letih memandu agaknya.


“Hah, takpe lah. Kamu pergi berehat dulu, malam nanti abi ada benda nak bincang dengan kamu. Pergilah mandi dulu, letih sangat dah abi tengok kamu ni. Pergi segarkan badan tu dulu” sampuk Ustaz Fahmi. Tidak sampai hati pula melihat anaknya yang kelihatan letih itu. Sekarang bukan masa yang sesuai untuk membincangkan permintaan temannya. Mungkin malam ini.

“Hal apa abi? Serius benar bunyinya? Ada orang datang meminang Faris ke? Hahaha” jawab Faris sambil tertawa. Hal apalah yang abinya ingin bincangkan, serius benar muka abinya.


“Dah, dah.. Kamu jangan nak merepek. Pergi mandi dulu, malam ni kamu jadi imam. Kita jemaah kat rumah je” ujar Hajjah Mardhiyah. Sengaja mahu menyuruh anaknya menjadi imam, harapnya bolehlah anaknya menjadi imam untuk isteri sendiri nanti. Tapi dia tahu anaknya mampu menjadi imam, insha Allah.


“Yelah umi, abi. Faris masuk bilik dulu” mohon Faris meminta diri.


Malam itu, usai sahaja solat isyak, Ustaz Fahmi mengajak Faris berbual-bual di luar rumah. Sengaja dia memilih untuk mengajak anaknya berbual-bual di luar rumah, lebih santai untuk membincangkan hal serumit ini.


“Macam mana kerja kamu? Ok?” tanya Ustaz Fahmi memulakan bicara.


“So far, alhamdulillah abi. Kerja pensyarah tak seteruk yang disangkakan” jawabnya sambil merenung langit malam. Memang Faris gemar melihat langit pada waktu malam, baginya melihat langit pada malam hari merupakan salah satu terapi untuk menghilangkan tekanan. Dengan bintang-bintang yang bertaburan di malam hari. Subhanallah, cantik sangat.


“Siapa kata kerja pensyarah teruk? Pendidik kan merupakan tiket untuk menuju ke syurga, tapi kenalah dengan cara dan gaya yang betul” nasihat Ustaz Fahmi. Dia juga merupakan seorang pendidik dan dia rasa bertuah kerana menjadi seorang pendidik, mampu berkongsi ilmu dengan orang lain.


“Insha Allah abi. Eh, hal apa ya yang abi nak bincangkan tu?” tanya Faris, baru dia teringat tujuan dia dan abinya duduk di luar rumah saat itu.


“Abi cakap ni kamu jangan terkejut pulak. Fikir baik-baik apa yang abi nak bagitahu ni” ujar Ustaz Fahmi, tidak mahu anaknya membuat keputusan yang melulu.


“Ish, abi ni. Serius sangat. Hal apa abi? Ada orang masuk meminang Faris ke?” usik Faris sambil tertawa kecil. Macamlah ada orang yang masuk meminang anak teruna abi ni, serius semacam je muka abi.


Belum sempat Ustaz Fahmi menjawab pertanyaa anaknya, kelihatan Puan Mardhiyah menatang sedulang air.

Faris ingin bangun dari kerusi, ingin dibantu uminya menuangkan air ke dalam cawan. “Faris, Encik Nazri teringin nak jadikan kamu menantu dia” balas Ustaz Fahmi terus terang. Straight forward, takde belok-belok dah.


Jatuh terduduk Faris, tak sempat nak tolong umi hidang air dalam cawan dah, alih-alih dia jatuh terduduk dulu. Nasib baik jatuh terduduk atas kerusi ni. Hah tulah tadi dia yang bergurau kononnya ada orang nak masuk meminang dia. Hah sekali betul daa, walaupun bukan betul-betul tujuan orang tu nak meminang. Tapi matlamatnya tetap sama, nak jadikan dia menantu!! Arghh rasa nak terjun kat dalam swimming pool kat laman rumah ni ada jugak.


“Faris kamu ok tak? Kamu kenal kan Encik Nazri?” sampuk Puan Mardiyah pula.


Faris dah tak tahu nak kata apa lagi, otaknya seakan tak berfungsi saat ini. Rasa tak cukup nafas pun ada jugak, mana perginya oksigen atas muka bumi ni? Takkanlah Encik Nazri nak jadikan dia menantu? Bukannya dia kenal anak Encik Nazri tu pun. Aduishh..


“Faris? Kamu ok tak?” tegur Hajjah Marhiyah sambil menepuk perlahan tangan anaknya, memang sah anaknya terkejut.


“Err, umi.. Faris tak tahu nak kata apa dah. Zaman sekarang dah lain umi, abi. Lagipun Faris tak kenal anak Encik Nazri tu” jawab Faris, mahunya dia tak terkejut, tak ada angin, tak ada hujan, tak ada ribut, tiba-tiba ada orang nak jadikan dia menantu.


“Kamu fikirlah baik-baik dulu” nasihat Ustaz Fahmi, faham kondisi anaknya itu.


“Tapi abi, Faris tak ready lagi ni. Faris baru je start kerja. Kewangan pun tak kukuh lagi ni” balas Faris, kalau boleh ingin dibantah sahaja cadangan abinya. Memang tak logik kalau kena kahwin dengan pilihan keluarga. Sekarang ni zaman teknologilah, bukan zaman nenek moyang mereka lagi.


Berubah terus riak muka Ustaz Fahmi, tidak suka anaknya beralasan seperti itu. “Faris, abi tak suka kamu cakap macam tu. Kamu dah lupa Allah berfirman, Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32), kamu fikir elok-elok dulu” nasihat Ustaz Fahmi lembut. Tanganya menepuk perlahan bahu anaknya, menyalurkan kekuatan kepada anak muda itu.

"Kamu kenal-kenallah dulu dengan anak Encik Nazri, budaknya tu pun belajar kat universiti kamu. Jangan nak tolak mentah-mentah permintaan Encik Nazri tu, kamu cari budak Qistina tu dulu, ta'aruf dulu dengan budak tu. Bukan abi nak suruh kamu kahwin dengan dia besok pun. Pergi ta'aruf dulu" ujar Puan Mardiyah.


"Insha Allah umi, abi" hanya itu yang mampu diucapkan. Lantas diambilnya cawan di atas meja, diteguknya perlahan air tersebut. Nak cari budak yang namanya Qistina tu ke? Alahai ramainya budak yang nama Qistina kat u tu. Pelajarnya sahaja sudah beberapa orang, Durrah Qistina, Nur Qistina, Adriana Qistina. Ni pulak nak cari kat satu universiti tu, alahaaiii...


“Insha Allah abi, bagi Faris masa tiga hari, Faris masuk dulu” jawab Faris. Kenapa dia minta masa tiga hari? Sebab akan dia gunakan masa tiga hari nanti untuk memohon petunjuk dari Allah, sedar diri ini hanya milik Allah. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk hambanya.










3 comments:

  1. huhu... xsabar nk tnggu next en3... bru ok kali nie... cite dia panjang cikit.. huhuhu

    ReplyDelete
  2. yunie: thanks awak sudi bce n komen :D hehe.. wahh, nt nisa wat pnjg2 ag n3 eh? tp nisa tkut nisa merapu plak kalau wat pjg2 n3.. huhu :) thanks again ya coz sudi tgglkn komen yunie kat sini :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ish klu merapu2 bnda y xboring xpe... huhu welcome2...

      Delete