Friday 18 May 2012

Suami Ekspress 11 (fully entri) :D



BAB 11





“Aku terima nikahnya Adriana Qistina binti Nazri dengan mas kahwinnya sepersalinan solat dan senaskah Al Quran tunai” dengan sekali lafaz sahaja Adriana kini sah bergelar isteri kepada Faris. Hampir dua bulan berlalu semenjak peristiwa mereka bertemu di taman rekreasi itu.

Adriana kelihatan ayu dengan sepersalinan busana muslimah. Dia dan Faris sudah memutuskan bahawa hanya majlis akad nikah dan kenduri doa selamat diadakan. Majlis persandingan hanya akan diadakan selepas Adriana tamat diploma nanti. Tambahan pula hanya tinggal seminggu lagi sebelum ibu bapa Adriana berangkat ke Jepun.


Hanya saudara-mara dan kenalan rapat sahaja dijemput ke masjlis akad nikah mereka. Adriana hanya menjemput Kak Tasha dan Iman sahaja di majlis akad nikahnya. Teringat kembali bagaimana ketika dia menjemput Kak Tasha ke majlisnya, terkejut sakan Kak Tasha apabila mendapat tahu Adriana bakal melangsungkan perkahwinannya, dengan pensyarah sendiri pulak tu.


Tepat jam 11 malam Adriana masuk ke bilik, sungguh dia sangat letih hari ini. Adriana merebahkan tubuhnya di katil, melepaskan penat kerana seharian melayan tetamu. Walaupun hanya majlis akad nikah dan kenduri doa selamat pada sebelah malam, tetapi kepenatan yang dirasakan seperti baru pulang mendaki gunung sahaja. Dipandangnya katil pengantin yang dihias cantik, terdapat kelopak bunga mawar merah yang ditabur di atas cadar katil yang berwarna putih dan unggu lembut itu.


Badannya memang letih sungguh hari ini, penat melayan saudara-mara dan tetamu jemputan. Hampir sahaja matanya terlelap, dia terdengar derap kaki seseorang sedang menaiki tangga. Serta merta badannya tegak berdiri. Gelabah, dia berjalan ke hulu ke hilir dalam biliknya. Tak senang nak duduk dah. Alamak, macam manalah dia boleh tinggalkan Faris dekat sorang-sorang kat bawah. Hatinya sudah berdebar, badannya pula sudah kaku semacam.


“Aduish, nak buat apa ni? Takkan nak pura-pura tidur?” ujar Adriana, badannya dah tak senang duduk. Belum sempat dia melangkah ke katil, tombol pintu sudah dipulas dari luar. Dengan gelabahnya dia hanya sempat mencapai buku organic chemistry yang terletak di atas meja. Pura-pura membaca.


“Assalamualaikum” ujar Faris memberi salam. Dilihatnya Adriana sedang membaca, rajin sangat budak nih, tapi apa yang peliknya Adriana membaca dengan hanya disurami lampu tidur yang samar-samar sahaja terangnya. Aishh, nampak ke membaca dalam gelap?


“Waalaikumsalam” jawab Adriana, matanya difokuskan memandang buku di tangan. Segan mahu melihat wajah Faris.


“Hai, rajin study? Cuti sem pun study jugak ke?” soal Faris tersenyum. Lain macam sahaja Adriana malam ni, pandang wajahnya pun tak sudi. Jangan-jangan isterinya gelabah tak?


“Hah? Err.. Emm” jawab Adriana kaku. Hah, kan dah kantoi. Mana ada orang malam pertama menghadap buku. Masa cuti semester pulak tu.


“Dah-dah, simpan buku tu. Abang ada nak bincang sikit dengan Riana ni” ujar Faris.


Abang?? Haish sejak bila panggilan antara mereka sudah bertukar? Mungkin Faris rasa dia memang sesuai dipanggil abang agaknya, maklum sahajalah jarak umur mereka berbeza tujuh tahun!


“Bincang hal apa?” soal Adriana, buku di tangan ditutup.


“Riana ingat lagi kan tentang syarat yang abang nak bagitahu Riana lepas kahwin hari tu, jom duduk kat sofa” ajak Faris sambil tangannya menarik lembut tangan Adriana. Mak aii sejuknya tangan bini aku ni, macam duduk dalam peti sejuk.


Adriana hanya mengikut sahaja langkah Faris menuju ke sofa. Punggungnya dilabuhkan di hujung sofa. Sengaja mencipta jarak antara mereka.


“Firstly, abang nak ucapkan terima kasih sebab Riana sudi terima abang sebagai suami, tentang syarat-syarat tu, abang harap sangat Riana dapat bagi kerjasama” ujar Faris mengharap. Matanya memerhati isterinya yang duduk di hujung sofa. Takut sangat Adriana dengan dia, tudung di kepala gadis itu pun masih belum ditanggalkan.


'Sepatutnya aku yang seharusnya berterima kasih kepada Faris kerana sudi menjadi suami aku. Lelaki seperti Faris sebenarnya berhak mendapat isteri yang jauh lebih baik dari aku. Dia ada kerjaya, ada rupa, sedangkan aku?' bisik hati kecil Adriana.


“Adriana, dengar tak apa yang abang kata ni?” soal Faris apabila dilihatnya gadis itu seakan berkhayal.


“Hah?? Awak cakap apa? Sori tak dengar” jawab Adriana.


“Hah, tulah duduk jauh sangat. Meh duduk dekat sikit dengan abang, kenapa Adriana takut ya? Takkan abang nak cakap kuat-kuat, nanti orang kat luar tu fikir lain pulak” usik Faris nakal.


Nak tak nak Adriana mengesot sedikit punggungnya supaya hampir kedudukannya dengan Faris sehinggakan bau haruman minyak wangi Faris juga mampu dihidunya. “Awak cakap apa tadi?” soal Adriana kembali.


“Ok, abang nak bagitahu Adriana syarat-syarat tu. Ada lima kesemuanya” balas Faris sambil mengangkat lima jarinya.


“Lima banyaknyaa.. Erm, apa syaratnya?” tanya Adriana. Amboi lima syarat, dah macam rukun negara pulak, ada lima..


“Yang pertama, abang nak Riana jadi makmum abang sepanjang tempoh seminggu kita kahwin ni, makmum lima waktu sehari semalam. Yang kedua, abang nak Adriana masakan lauk favourite abang..”


“Eh, lauk favourite awak apa eh?” potong Adriana sebelum Faris sempat menghabiskan bicaranya.


“Mana boleh bagitahu” jawab Faris tersenyum.


Habislah, dah lah aku tak berapa nak master dalam bab memasak ni, takpe-takpe kalau tak nak bagitahu lauk favourite. Small matter je tu, boleh tanya umi atau Irah.


“Hah, yang ketiga. Abang izinkan Riana tinggal kolej, tapi setiap minggu mesti balik rumah kita. Yang keempat, abang nak Riana panggil abang dengan panggilan yang sepatutnya. Dan yang terakhir, abang tak nak ada batas aurat antara kita” jawab Faris selamba tangannya menanggalkan tudung di kepala Adriana.


“Awakk, jangan...” pinta Adriana, tetapi semuanya sudah terlambat. Tudungnya di kepalanya sudah ditanggalkan. Faris tayang wajah tak bersalah.


“Sori, abang dah tanggalkan pun. Ok lah abang nak mandi dulu. Badan dah melekit and lagi satu jangan panggil awak, tak sweetlah, panggil abang” usik Faris nakal, tangannya sempat mencapai tuala sebelum berlalu ke bilik air.






Pagi-pagi lagi Faris sudah mengejutkan Adriana dari tidur. Adriana menguap kecil, dijelingnya jam di sisi katil. Baru pukul 5.30 pagi, tangannya laju menarik kembali selimut.


“Adriana bangunlah, dah lambat ni, kejap lagi dah nak masuk subuh” kejut Faris, tangannya menarik kembali selimut yang menutupi badan Adriana.


Lambat apanya, baru pukul 5.30 pagi!! Kat kolej dulu pun aku bangun pukul 6.30 tau, haishh. Sengaja Adriana menutup matanya rapat-rapat, mahu menyambung tidur kembali. Dahlah semalam dia sukar melelapkan mata, dekat pukul 3 pagi baru dia tertidur. Tak selesa mahu tidur sekatil dengan lelaki itu walaupun dia yakin yang Faris takkan melakukan apa-apa kepadanya.


“Adriana, bangunlah. Riana jangan cabar abang pagi-pagi buta ni, abang ambik air ya?” ugut Faris geram, lagi dikejut, lagi enak pula gadis itu tidur.


“Yelah-yelah, saya bangun ni” ujar Adriana, matanya masih lagi belum dibuka, hanya mulutnya terkumat-kamit, marah lenanya diganggu.


“Riana, abang kira sampai tiga. Kalau tak bangun lagi siap. Satu, dua, tiga....” kira Faris, aik budak ni, liat betullah nak bangun. Lantas kakinya melangkah ke bilik air, mencapai segayung air..


Bussshhh, air dalam gayung disimbah di atas katil. Habis basah katil, dengan cadar-cadar pengantin mereka sekali basah. Hatinya puas apabila melihat Adriana bangun, terbeliak mata gadis itu. Geram barangkali, argghhh peduli apa dia. Dah kejut baik-baik kan tadi.


“Awaakkkk, habislah basah saya. Ishh, awak ni!!” marah Adriana, tegak terus badannya berdiri di sisi katil. Terus segar matanya, haiishh tak sampai sehari kahwin dah kena simbah dengan air. Memang pengalaman baru baginya.


“Hah, tulahh.. Abang dah kejut, taknak bangun lagi. See, habis basah cadar, tukar cadar tu nanti. Haha, nanti mesti mama, umi fikir lain kan? Hahaha” gelak Faris.


“Awak ni memang..” ujar Adriana geram. Ishh, dulu takde siapa berani kacau tidur aku tau!!


“Memang apa?? Dah-dah pergi mandi, jangan lupa tukar cadar tu sekali” arah Faris, kakinya melangkah ke tempat penyidai sejadah di bilik itu lalu dibentangkan sejadah untuk dia dan Adriana berjemaah nanti. Syarat yang pertama harus dilaksanakan.


Adriana hanya mampu merengus geram. Nasib baik Faris tu suami dia. Tangannya sempat mencapai tuala sebelum berlalu ke bilik air. Takpe-takpe lepas subuh nanti sambung tidur balik.


Usai sahaja solat subuh berjemaah mereka pagi itu, pantas tangan Adriana menanggalkan telekung di kepalanya. Mahu menyambung kembali sisa-sisa kantuknya.


“Eh, eh.. Kenapa dah tanggal telekung tu? Jom tadarus dulu” ajak Faris, tangannya mengambil Al Quran yang elok terletak di atas rak.


Tadarus?? Aduihaii, segannya. Memanglah selama ini dia pernah bertadarus sekali-sekala dengan Kak Tasha, tapi itu Kak Tasha. Faris ni lelaki, segannya lain macam sikit. Adriana memakai kembali telekung ke kepala. Tangannya turut mengambil Al Quran di atas rak. Baru nak plan sambung tidur balik, hai katil takde jodohlah kita nampaknya.


Faris mula mengalunkan kalam suci Al Quran itu, memang tak dinafikan sedap suara Faris membaca Al Quran. Kalah suara Hafiz ketika menyanyi lagu awan nano. Aduuii, otak dah mula merapu.


“Hah, Adriana. Sambung ayat yang abang baca ni”


“Err, awak baca jelah. Saya segan” Adriana menjawab, matanya tidak dialihkan dari memandang Al Quran di hadapannya, segan..


“Lah, nak segan apanya? Dah-dah baca je, turn Riana. Abang dengar” putus Faris, nak segan apanya, dia bukan suruh Adriana menari pun depan dia, suruh baca Al Quran je pun.


Nak tak nak, Adriana terpaksa juga membaca Al Quran, mula-mula memang segan. Tapi lama-lama rasa seronok pula dapat bertadarus dengan suami sendiri. Alhamdulillah...


**

Sudah dua hari dia bergelar isteri kepada Faris Ar Rayyan. Adriana duduk termenung di halaman rumah, hari ini dia pulang ke rumah ibu bapa mertuanya. Penat dia mengorek rahsia dari uminya, apa yang Faris suka, apa yang Faris tak suka. Sempat jugaklah dia memasak lauk kegemaran suaminya itu. Syarat kedua sudah dilaksanakan. Lauk ketam masak lemak cili api. Memang kecur air liur Faris melihat masakannya tadi. Sebenarnya, bukan dia yang memasak, dia hanya menolong uminya memasak. Sempat dia mencatat resepi ibu mertuanya itu. Mudah jika Faris menyuruh dia memasak lauk kegemaran lelaki itu nanti.


“Eh, akak buat apa kat sini sorang-sorang? Along kat mana?” soal Faathirah. Tak sangka gadis yang terserempak dengannya dulu sudah menjadi kakak iparnya kini.


“Akak saja ambil angin petang kat luar ni. Umi pun suka tanam pokok bunga eh? Sama macam mama akak, tapi akak tak suka bunga. Alah... Along Irah kat atas kot, tadi dia marking paper. Akak taknak lah kacau dia” tersenyum Adriana melihat adik iparnya. Comel orangnya, iras-iras wajah abi.


“Haah, umi memang suka tanam bunga, kadang-kadang Irah tolong jugak umi tanam bunga. Tapi tak berapa nak menjadi sangatlah tangan Irah ni tanam bunga, tak secantik pokok bunga yang umi tanam” ujar Faathirah sambil tersenyum kecil.


“Haha, kira Irah ni pernah jugaklah tanam bunga, akak tak pernah langsung. Dulu pernah jugak nak try tolong mama akak, tapi alih-alih merah hidung akak ni, rasa gatal kat hidung. Rupa-rupanya akak alergik bunga. Kesian kan? Orang perempuan suka bunga, tapi akak alergik bunga” cerita Adriana. Dia mula selesa berkongsi cerita dengan adik iparnya itu. Rasa bertuah apabila berpeluang mempunyai adik walaupun hanya adik ipar.


“Hehe, macam tu along tak bolehlah nak kasi akak bunga. Along dekat u garang tak?” soal Faathirah, matanya masih memandang Adriana, memang tak dinafikan Adriana memang cantik tanpa sebarang make-up pun. Natural beauty!!


“Kalau nak tahu along Irah dekat u tu bukannya garang pun, hehe. Tapi tegas sikitlah. Kenapa dekat rumah dia garang ke?” tanya Adriana kembali, nak jugak tahu sikap suaminya di rumah.


“Eh, along tu tak garanglah Kak Riana. Kalau nak tahu Irah yang selalu buli dia. Hehe.. Tapi kalau angah memang garang, maklumlah bekas ketua pengawas” bisik Faathirah perlahan.


“Hah, Irah mengutuk angah eh?” soal Furqan, tiba-tiba sahaja muncul pemuda itu.


“Eh, mana ada. Sibuk jelah angah ni, orang baru nak share-share cerita dengan akak ipar, ni hal perempuan je lah” marah Faathirah.


“Eh, biarlahh. Angah pun nak share cerita dengan akak ipar jugak. Hai Riana, sihat? Tak sangka kau jadi kakak ipar aku” ujar Furqan. Dia hanya panggil Adriana dengan nama sahaja, lagi pula dia tua setahun dari Adriana.


“Alhamdulillah, sihat. Kau? Aku lagilah tak sangka ketua pengawas dulu dah jadi adik ipar aku sekarang. Tulah jodoh namanya” jawab Adriana, sempat pula dia mengusik Furqan. Walaupun dia dan Furqan tidak rapat di sekolah dahulu, itu bukan penghalang untuk mereka mengeratkan hubungan kekeluargaan yang baru terjalin.


“Angah ni memang sentiasa sihat Kak Riana, tengok jelah perut dia yang semakin ke depan tu, buncit. Hahaha” usik Faathirah. Dia memang selalu mengusik abangnya. Tak lengkap hidupnya kalau tidak mengusik abang-abangnya sehari.


“Ellehh, cakap orang. Awak tu pun apa kurangnya. Nak tahu tak Riana kalau kau takde kan, dia makan tiga pinggan pun belum tentu kenyang. Tadi kat meja makan, dia cover depan kau. Kalau tak, selagi tak licin lauk kat pinggan, selagi tulah dia melekat kat meja makan tu” balas Furqan, tak mahu mengalah.


“Haha, korang ni macam budak-budak” gelak Adriana. Gembira apabila mula merasa kasih-sayang antara adik beradik, maklumlah dia anak tunggal. Tak pernah merasa bagaimana hubungan antara adik beradik.


“Hah, angah tipuuu, mana ada Irah macam tu” ujar Faathirah, bibirnya dimuncungkan. Tanda tak puas hati.


“Baguslah, tarik muncung tu panjang-panjang. Boleh buat penyidai baju sampai rumah Kak Auni, untung umi tak payah nak beli penyidai baju” usik Furqan, masih mengusik adiknya. Memang kadangkala sikap Faathirah kebudak-budakan. Almaklumlah anak bongsu.


“Malaslah layan angah ni, buat sakit hati je. Baik Irah masuk dalam, sembang dengan umi lagi bagus” Faathirah bangun melangkah masuk ke dalam rumah.


“Furqan, aku masuk dalam dululah. Dah nak maghrib, kau pun jangan dok kat luar ni lama-lama sangat” pinta Adriana memohon diri mengikut langkah Faathirah, tak manis pulak kalau nampak orang hanya tinggal dia dan Furqan sahaja di luar rumah.



2 comments:

  1. yeahhh..da kwin ske2..mst sgan kn jdoh ngn pnsyarah sdiri hope dorg nti ley bse kn diri wlo pn stdent n lcture sndiri..tkjut la kwn2 adriana nti tw dowg suami isteri kn

    ReplyDelete
  2. cheknie: thanks awk :D tggu next n3, bila sem bru start, hihihi.. macam manalahh gelagat dorg dlm kelas eh? ngee

    ReplyDelete