Thursday, 17 May 2012

Suami Ekspress 11 (part 1)



BAB 11


“Aku terima nikahnya Adriana Qistina binti Nazri dengan mas kahwinnya sepersalinan solat dan senaskah Al Quran tunai” dengan sekali lafaz sahaja Adriana kini sah bergelar isteri kepada Faris. Hampir dua bulan berlalu semenjak peristiwa mereka bertemu di taman rekreasi itu.

Adriana kelihatan ayu dengan sepersalinan busana muslimah. Dia dan Faris sudah memutuskan bahawa hanya majlis akad nikah dan kenduri doa selamat diadakan. Majlis persandingan hanya akan diadakan selepas Adriana tamat diploma nanti. Tambahan pula hanya tinggal seminggu lagi sebelum ibu bapa Adriana berangkat ke Jepun.


Hanya saudara-mara dan kenalan rapat sahaja dijemput ke masjlis akad nikah mereka. Adriana hanya menjemput Kak Tasha dan Iman sahaja di majlis akad nikahnya. Teringat kembali bagaimana ketika dia menjemput Kak Tasha ke majlisnya, terkejut sakan Kak Tasha apabila mendapat tahu Adriana bakal melangsungkan perkahwinannya, dengan pensyarah sendiri pulak tu.


Tepat jam 11 malam Adriana masuk ke bilik, sungguh dia sangat letih hari ini. Adriana merebahkan tubuhnya di katil, melepaskan penat kerana seharian melayan tetamu. Walaupun hanya majlis akad nikah dan kenduri doa selamat pada sebelah malam, tetapi kepenatan yang dirasakan seperti baru pulang mendaki gunung sahaja. Dipandangnya katil pengantin yang dihias cantik, terdapat kelopak bunga mawar merah yang ditabur di atas cadar katil yang berwarna putih dan unggu lembut itu.


Badannya memang letih sungguh hari ini, penat melayan saudara-mara dan tetamu jemputan. Hampir sahaja matanya terlelap, dia terdengar derap kaki seseorang sedang menaiki tangga. Serta merta badannya tegak berdiri. Gelabah, dia berjalan ke hulu ke hilir dalam biliknya. Tak senang nak duduk dah. Alamak, macam manalah dia boleh tinggalkan Faris dekat sorang-sorang kat bawah. Hatinya sudah berdebar, badannya pula sudah kaku semacam.


“Aduish, nak buat apa ni? Takkan nak pura-pura tidur?” ujar Adriana, badannya dah tak senang duduk. Belum sempat dia melangkah ke katil, tombol pintu sudah dipulas dari luar. Dengan gelabahnya dia hanya sempat mencapai buku organic chemistry yang terletak di atas meja. Pura-pura membaca.


“Assalamualaikum” ujar Faris memberi salam. Dilihatnya Adriana sedang membaca, rajin sangat budak nih, tapi apa yang peliknya Adriana membaca dengan hanya disurami lampu tidur yang samar-samar sahaja terangnya. Aishh, nampak ke membaca dalam gelap?


“Waalaikumsalam” jawab Adriana, matanya difokuskan memandang buku di tangan. Segan mahu melihat wajah Faris.


“Hai, rajin study? Cuti sem pun study jugak ke?” soal Faris tersenyum. Lain macam sahaja Adriana malam ni, pandang wajahnya pun tak sudi. Jangan-jangan isterinya gelabah tak?


“Hah? Err.. Emm” jawab Adriana kaku. Hah, kan dah kantoi. Mana ada orang malam pertama menghadap buku. Masa cuti semester pulak tu.


“Dah-dah, simpan buku tu. Abang ada nak bincang sikit dengan Riana ni” ujar Faris.


Abang?? Haish sejak bila panggilan antara mereka sudah bertukar? Mungkin Faris rasa dia memang sesuai dipanggil abang agaknya, maklum sahajalah jarak umur mereka berbeza tujuh tahun!


“Bincang hal apa?” soal Adriana, buku di tangan ditutup.


“Riana ingat lagi kan tentang syarat yang abang nak bagitahu Riana lepas kahwin hari tu, jom duduk kat sofa” ajak Faris sambil tangannya menarik lembut tangan Adriana. Mak aii sejuknya tangan bini aku ni, macam duduk dalam peti sejuk.


Adriana hanya mengikut sahaja langkah Faris menuju ke sofa. Punggungnya dilabuhkan di hujung sofa. Sengaja mencipta jarak antara mereka.


“Firstly, abang nak ucapkan terima kasih sebab Riana sudi terima abang sebagai suami, tentang syarat-syarat tu, abang harap sangat Riana dapat bagi kerjasama” ujar Faris mengharap. Matanya memerhati isterinya yang duduk di hujung sofa. Takut sangat Adriana dengan dia, tudung di kepala gadis itu pun masih belum ditanggalkan.


'Sepatutnya aku yang seharusnya berterima kasih kepada Faris kerana sudi menjadi suami aku. Lelaki seperti Faris sebenarnya berhak mendapat isteri yang jauh lebih baik dari aku. Dia ada kerjaya, ada rupa, sedangkan aku?' bisik hati kecil Adriana.


“Adriana, dengar tak apa yang abang kata ni?” soal Faris apabila dilihatnya gadis itu seakan berkhayal.


“Hah?? Awak cakap apa? Sori tak dengar” jawab Adriana.


“Hah, tulah duduk jauh sangat. Meh duduk dekat sikit dengan abang, kenapa Adriana takut ya? Takkan abang nak cakap kuat-kuat, nanti orang kat luar tu fikir lain pulak” usik Faris nakal.


Nak tak nak Adriana mengesot sedikit punggungnya supaya hampir kedudukannya dengan Faris sehinggakan bau haruman minyak wangi Faris juga mampu dihidunya. “Awak cakap apa tadi?” soal Adriana kembali.


“Ok, abang nak bagitahu Adriana syarat-syarat tu. Ada lima kesemuanya” balas Faris sambil mengangkat lima jarinya.


“Lima banyaknyaa.. Erm, apa syaratnya?” tanya Adriana. Amboi lima syarat, dah macam rukun negara pulak, ada lima..


“Yang pertama, abang nak Riana jadi makmum abang sepanjang tempoh seminggu kita kahwin ni, makmum lima waktu sehari. Yang kedua, abang nak Adriana masakan lauk favourite abang..”


“Eh, lauk favourite awak apa eh?” potong Adriana sebelum Faris sempat menghabiskan bicaranya.


“Mana boleh bagitahu” jawab Faris tersenyum.


Habislah, dah lah aku tak berapa nak master dalam bab memasak ni, takpe-takpe kalau tak nak bagitahu lauk favourite. Small matter je tu, boleh tanya umi atau Irah.


“Hah, yang ketiga. Abang izinkan Riana tinggal kolej, tapi setiap minggu mesti balik rumah kita. Yang keempat, abang nak Riana panggil abang dengan panggilan yang sepatutnya. Dan yang terakhir, abang tak nak ada batas aurat antara kita” jawab Faris selamba tangannya menanggalkan tudung di kepala Adriana.


“Awakk, jangan...” pinta Adriana, tetapi semuanya sudah terlambat. Tudungnya di kepalanya sudah ditanggalkan. Faris tayang wajah tak bersalah.


“Sori, abang dah tanggalkan pun. Ok lah abang nak mandi dulu. Badan dah melekit and lagi satu jangan panggil awak, tak sweetlah, panggil abang” usik Faris nakal, tangannya sempat mencapai tuala sebelum berlalu ke bilik air.




2 comments:

  1. saya suka & setuju dengan syarat2 Faris...hahaha...sekurang-kurangnye lain daripada lain..moga2 mereka bahagia Amin!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. intan: ameen :D thanks sudi bace n komen, :)

      Delete