Thursday, 28 January 2016

PROLOG JODOH DARI HATI


Dia yang menghulurkan tangan,
Dia juga yang melepaskan,
Dia yang memberi harapan,
Dan dia juga yang menghancurkan


“Saya nak kita batalkan perkahwinan!” Ujar si dia selamba. Tubuhnya langsung tak menoleh ke arah Irdina sebaliknya dia terus-menerus menghadap ke arah tasik yang terbentang luas di hadapan mereka.


“Err, awak bergurau kan? Tak lawak ok.” Irdina cuba menyedapkan hati sendiri, walaupun debarnya terasa lain kali ini.


“Tak pernah saya seserius ini, I’m serious.” Ujarnya lagi.

Tubuh Irdina tersentak, mula menyedari hakikat yang bakal berlaku. Dan Irdina sedar selama ini lelaki itu tak pernah bergurau dengan kata-katanya. Tapi semudah itu dia membuat keputusan tak masuk akal ini, semudah itu dia mahu melepaskan apa yang dia janjikan? Semudah itu? Tinggal hanya tiga hari sebelum majlis mereka dia sewenangnya mahu membatalkan perkahwinan mereka? Semudah itu hal kahwin di matanya?

“Batalkan perkahwinan?? Tapi kenapa???” Irdina mempersoalkan tindakannya. Apa yang membuatkan lelaki itu berubah sejauh ini? Apa yang membuatkannya senekad ini untuk memutuskan hubungan mereka? Irdina mahu tahu puncanya!

“Awak ada jawapannya.” Dan dia masih lagi selamba dengan jawapannya! Masih berpeluk tubuh bersama egonya!

Muka Irdina sudah berubah. Tubuhnya mula menggingil menahan amarah yang kian memuncak. Peluh di dahi dibiarkan saja mengalir. Hatinya kuat memberontak, menahan amarah dengan kesabaran yang semakin menipis. Lelaki itu yang beria mahu memutuskan hubungan mereka dan dia pula yang tahu puncanya??

“Awak yang nak putus dan saya tahu jawapannya??” soal Irdina sinis. Dia masih sabar menahan amarahnya. Kalau ikutkan hatinya sekarang, mahu saja tubuh lelaki itu dipukul semahunya. Tapi dia tahu, masih ada syariat yang membataskan mereka.

“Saya nak kita batalkan perkahwinan ni. Full stop.” Hanya itu yang keluar dari bibir lelaki itu. bagaikan tiada jawapan kepada persoalan Irdina.

“Tapi kenapa?? Apa salah saya??” Terus menerus Irdina mengasak soalan, dia mahukan jawapan. Irdina memandang sosok tubuh lelaki itu, lama. Dia masih menantikan jawapan! Tapi malangnya si dia mula melangkah pergi meninggalkan Irdina sendirian. Sebaris jawapan pun tidak keluar dari bibir lelaki itu!

Irdina hanya mampu memandang tubuh si dia yang mula menjauh. Tubuhnya mula longlai dan dia terduduk lemah, air mata yang ditahan mula mengalir laju. Semudah itu dia ditinggalkan? Tanpa alasan. Dia lelaki yang disanjung dan dikenali kerana akhlak dan agamanya berubah sekelip mata! Apa yang membuatkannya berubah sejauh ini, Irdina buntu!

Irdina mula menyedari, dia sudah pun ditinggalkan. Tinggal tiga hari lagi majlis bahagia mereka dan ini kesudahannya. Sungguh dia tak mampu berfikir waras saat ini. Apa salahnya??

“Ya Allah, bantu hamba Ya Allah. Bantu hamba..” monolog hatinya sendirian. Saat ini dia tahu lelaki itu nekad meninggalkan! Egonya lelaki itu, ego yang tinggi sehingga membunuh empati dalam tubuh lelaki itu!


“Ketika hatimu terlalu berharap kepada seseorang, maka Allah timpakan ke atas kamu pedihnya sebuah pengharapan, supaya kamu mengetahui bahawa Allah sangat mencemburui hati yang berharap selain Dia. Maka Allah menghalangi perkara tersebut agar kamu kembali berharap hanya pada Dia.”

No comments:

Post a Comment