Dia yang menghulurkan tangan,
Dia
juga yang melepaskan,
Dia
yang memberi harapan,
Dan
dia juga yang menghancurkan
“Saya nak kita
batalkan perkahwinan!” Ujar si dia selamba. Tubuhnya langsung tak menoleh ke arah
Irdina sebaliknya dia terus-menerus menghadap ke arah tasik yang terbentang
luas di hadapan mereka.
“Err, awak
bergurau kan? Tak lawak ok.” Irdina cuba menyedapkan hati sendiri, walaupun debarnya
terasa lain kali ini.
“Tak pernah saya
seserius ini, I’m serious.” Ujarnya lagi.
Tubuh Irdina
tersentak, mula menyedari hakikat yang bakal berlaku. Dan Irdina sedar selama ini lelaki itu tak pernah bergurau dengan kata-katanya. Tapi semudah itu dia membuat keputusan tak masuk akal ini,
semudah itu dia mahu melepaskan apa yang dia janjikan? Semudah itu? Tinggal
hanya tiga hari sebelum majlis mereka dia sewenangnya mahu membatalkan
perkahwinan mereka? Semudah itu hal kahwin di matanya?
“Batalkan
perkahwinan?? Tapi kenapa???” Irdina mempersoalkan tindakannya. Apa yang
membuatkan lelaki itu berubah sejauh ini? Apa yang membuatkannya senekad ini
untuk memutuskan hubungan mereka? Irdina mahu tahu puncanya!
“Awak ada
jawapannya.” Dan dia masih lagi selamba dengan jawapannya! Masih berpeluk tubuh
bersama egonya!
Muka Irdina sudah
berubah. Tubuhnya mula menggingil menahan amarah yang kian memuncak. Peluh di
dahi dibiarkan saja mengalir. Hatinya kuat memberontak, menahan amarah dengan
kesabaran yang semakin menipis. Lelaki itu yang beria mahu memutuskan hubungan
mereka dan dia pula yang tahu puncanya??
“Awak yang nak
putus dan saya tahu jawapannya??” soal Irdina sinis. Dia masih sabar menahan
amarahnya. Kalau ikutkan hatinya sekarang, mahu saja tubuh lelaki itu dipukul
semahunya. Tapi dia tahu, masih ada syariat yang membataskan mereka.
“Saya nak kita
batalkan perkahwinan ni. Full stop.” Hanya itu yang keluar dari bibir
lelaki itu. bagaikan tiada jawapan kepada persoalan Irdina.
“Tapi kenapa??
Apa salah saya??” Terus menerus Irdina mengasak soalan, dia mahukan jawapan.
Irdina memandang sosok tubuh lelaki itu, lama. Dia masih menantikan jawapan! Tapi
malangnya si dia mula melangkah pergi meninggalkan Irdina sendirian. Sebaris jawapan
pun tidak keluar dari bibir lelaki itu!
Irdina hanya mampu
memandang tubuh si dia yang mula menjauh. Tubuhnya mula longlai dan dia terduduk
lemah, air mata yang ditahan mula mengalir laju. Semudah itu dia ditinggalkan? Tanpa
alasan. Dia lelaki yang disanjung dan dikenali kerana akhlak dan agamanya
berubah sekelip mata! Apa yang membuatkannya berubah sejauh ini, Irdina buntu!
Irdina mula
menyedari, dia sudah pun ditinggalkan. Tinggal tiga hari lagi majlis bahagia
mereka dan ini kesudahannya. Sungguh dia tak mampu berfikir waras saat ini. Apa
salahnya??
“Ya Allah, bantu
hamba Ya Allah. Bantu hamba..” monolog hatinya sendirian. Saat ini dia tahu
lelaki itu nekad meninggalkan! Egonya lelaki itu, ego yang tinggi sehingga membunuh
empati dalam tubuh lelaki itu!
“Ketika
hatimu terlalu berharap kepada seseorang, maka Allah timpakan ke atas kamu
pedihnya sebuah pengharapan, supaya kamu mengetahui bahawa Allah sangat
mencemburui hati yang berharap selain Dia. Maka Allah menghalangi perkara
tersebut agar kamu kembali berharap hanya pada Dia.”