Sunday 21 June 2015

Aku dan Kamu

Aku dan kamu.

Bagai ada langkah yang tersekat.
Bagai ada jurang yang menyekat.
Bagai ada impian yang tak mungkin tercapai.
Bagai ada harapan yang takkan tertunai.

Aku dan kamu.

Bagai langit dengan bumi.
Kau ibarat merak megah di kayangan.
Sedangkan aku ibarat lumpur di jalanan.
Takkan pernah bersua.

Aku.

Kadang terlupa.
Yang aku tak sempurna.
Tak punya apa.
Penuh kekurangan.
Penuh ketidaksempurnaan.

Aku.

Silapnya aku.
Terlalu ingin mencapai awan.
Terlalu meletak harapan.
Sedangkan aku cuma rumput di jalanan.
Tak punya nilaian.

Maafkan aku.
Mencoret kata melalui pena.
Kerna tak mungkin aku mampu berbicara.
Meluahkan rasa.

#KhaleefWildan #HauraHumairah

Saturday 13 June 2015

Muslimah Biasa


Aku muslimah biasa,
Jika rupa yang menjadi ukuran,
Jika harta yang diidamkan,
Jika dunia yang kau dambakan,
Aku bukanlah pilihan.

Aku hanya wanita akhir zaman,
Yang masih hijrah mencari cinta Tuhan,
Tak sebijak Aisyah,
Tak sesuci Maryam,
Tak sesetia Khadijah,
Tak sehebat Khaulah Al Azwar.

Jangan pilih aku kerana dunia,
Kelak kau akan derita,
Tapi pilihlah aku kerana agama,
Kerana agama yang membawa kita ke syurga.

Aku hanyalah aku,
Penuh kekurangan,
Penuh ketidaksempurnaan,
Penuh tempang dalam amalan,
Wanita akhir zaman,
Yang sedang mencari cinta Tuhan.

Fieyta An Nisa.
Untukmu si dia.