Hati ini.
Kadang sukar dimengerti,
Masih mencari hikmah di sepanjang takdir hidup ini,
Masih mencari arah di sepanjang perjalanan ini.
Sedangkan berulang kali,
Akal cuba mengingatkan diri,
Yakinlah dengan takdir Ilahi,
Takdir yang pasti terbaik buat diri.
Wahai hati.
Pasakkanlah sepenuhnya pergantungan pada Ilahi,
Teruskan mencari hikmah yang tersembunyi dengan iman dan mata hati,
Teruskanlah pergantunganmu pada Ilahi,
Teruslah berjalan dan bersangka baik pada Rabbi.
Duhai hati,
Yakni raja dalam diri,
Takdir hidupmu ditulis oleh Dia,
Dengan penuh cinta.
Teruslah berjalan,
Yakin dan bijaklah mengorak langkah,
Berserta cita dan harapan padaNya,
Usaha jangan dilupa,
Teruskanlah menggapai cita setinggi awan,
Kerana di sisimu pasti punya Tuhan,
Kau takkan bersendirian.
Senyum dan terus berjalan.
No comments:
Post a Comment