Monday, 26 October 2015

Jaulah Klate

Aku tak pandai berbicara.
Maka dengan penulisan aku meluahkan rasa.

Kelantan.
Bumi berkat.
Pernah ditadbir ulama'.

Jujur, terasa ketenangannya di sini.
Seakan ada sesuatu yang membuatkan rasaku terpaku di pantai timur ini.

Saat kaki melangkah menuju ke pusara almarhum tuan guru di Pulau Melaka.

Diri ini disapa sebak.
Apa layak diri yang penuh dengan dosa ini menziarah insan mulia itu?
Yang tika hayatnya hanya mengharap redha Ilahi.
Yang tika hayatnya tak jemu mengajar ummah mengenal Rabbi.

Tika tiba di pusara almarhum.
Lantas bacaan al fatihah kulantunkan dalam hati.
Kukatakan pada diri.
Inilah destinasi terakhirku nanti.
Apa mungkin ada amalan yang boleh membantuku nanti?

Air mata ditahan mengalir jua.
Mengenang susuk tubuh yang pernah berjuang untuk agama.
Susuk tubuh yang tegas dengan prinsipnya.
Yang hebat dengan amalannya.

Alhamdulillah,
Terima kasih Allah kerana mengizinkan aku menziarahi dia.
Walau cuma pusaranya.

Keluar dari pusaranya,
Diri ini menanam tekad,
Aku mahu meneruskan perjuangannya,
Melihat hukum islam terlaksana di negara tercinta.
Melihat islam megah di negara Malaysia.

InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment