Tuesday, 27 October 2015

HIDUP INI PILIHAN.

Assalamualaikum.

Lama rasanya menyepi di sini.

Tapi malam ini seolah olah ada sesuatu yang menarik daku ke sini.
Melarikan mata mata pena yang kian tumpul.

Cer baca tajuk kat atas. 😊

Hidup ini pilihan.

Ya pilihan.

Sedar tak yang kita sendiri yang memilih hidup kita bagaimana.

Awal awal lagi Allah dah beri pilihan.
Sejak dari kita mula bangun tidur lagi.

Saat terjaga pagi. Sama ada nak terus bangun solat atau terus hanyut dibuai mimpi.

Dalam hidup ni, kita kena buat banyak sangat pilihan.

Nak belajar.
Nak kerja.
Nak nikah.
Nak itu, nak ini.

Semua kena buat pilihan.

Rasa macam susah sangat kan nak buat pilihan?

Sahabat kata.

Buatlah pilihan yang mendekatkan kau dengan Allah.

Misal kata nak nikah.
Kau keliru.
Kau ragu.

Maka istikharah dan musyawwarahlah.
Tak rugi org yang minta petunjuk dari Dia.

Misal kata. Kau nak nikah.
Muhasabah balik matlamat kau nak nikah tu
Sebab apa?
Adakah lepas kau nikah nanti menjadikan kau semakin hebat di medan perjuangan atau terus jatuh dibuai cinta dunia semata

Adakah selepas kau nikah nanti menjadikan kau semakin dengan Dia atau hanya terbuai kerana cinta manusia??😢

No comments:

Post a Comment