Friday 12 September 2014

This Is Me.


1. 22 y/o. Lahir melaka, asal johor and now study at n9.
2. 17 march 92. Anak bongsu dari 3 org adek beradek.
3. Mixed chinese from family sblh ayah.
4. Hati tisu, sensitif, emo.
5. Sangat sangat dan sangat gilakan buku.
6. Peminat hlovate, hilal asyraf, bonda nor, fatimah syarha, ustaz pahrol etc.
7. Part time writer. 1st novel #suamiekspres. InsyaAllah dlm proses penilaian novel kedua.
8. Fav food = seafood, soup, makanan yg berkuah. Sayur hijau, boleh ratah sayur macam makan keropok je.
9. Tak suka bergambar.
10. Susah ingat jalan.
11. Chemistry student. Hopefully dapat jadi lecturer chem satu hari nanti.
12. Teringin nak ke Tanah Suci, Turki, Jordan dan Paris.
13. Teringin nak tinggal kat oversea at least setahun. Cari pengalaman di negara yang MINORITInya Islam. Kadangkala kita lebih nampak nilainya Islam di negara yang MINORITInya penduduk Islam berbanding MAJORITI.
14. Sangat suka membaca, menulis. Meluahkan rasa dgn penulisan.
15. Cats, babies and poem lover.
16. Tak suka, geli cicak, lipas dan tikus.
17. Suka berfikir, suka observe orang di sekeliling. Nampak je macam buat tak tau tapi concern je sebenarnya.
18. Pendiam terutamanya dengan lelaki. Tapi suka borak2 dengan makcik2. Seronok dengar pengalaman dorang.
19. Perahsia, jarang share masalah dengan orang. Simpan sendiri je.
20. Dan impian tertinggi, nak masuk syurga Allah.

Tuesday 2 September 2014

Mawar Addeena 1



BAB 1

HARI KETIGA minggu orientasi ataupun dikenali sebagai ta’aruf week. Awal-awal pagi lagi aku sudah bersiap. Hari ini perutku tidak berapa selesa. Silap makan agaknya. Aku mengeluh perlahan. Tak sampai seminggu di sini, macam-macam pula yang terjadi.
            Aku menekan perut perlahan. Dahiku sedikit berkerut menahan sakit. Pagi ini saja sudah tiga kali aku masuk tandas!
            ‘Ish tak boleh jadi ni!’ bisik hatiku sendiri. Harus ke klinik pagi ini! 
            “Nak ke mana tu?” tanya Dania, Dania itu teman sebilikku.
          “Ke klinik, perut aku sakit. Salah makan agaknya.” Jawabku perlahan. Mukaku berubah sedikit keruh.
            “Tahu ke jalan nak klinik?” tanya si Dania lagi.
            Aku hanya mampu menggeleng kepala. Manalah sempat nak hafal peta UIA ni, baru tiga hari kot kat sini!
            “Nanti jumpa Biro Kesihatan. Suruh dia yang bawak kau ke sana. Kejap aku temankan.” Si Dania sudah mula mencapai tudung bawal bidang labuhnya itu.
            Lega sedikit hatiku mendengar jawapan Dania. Sekurang-kurangnya aku tak sendirian nanti. Takdelah hilang arah sangat kalau berteman.
            “Jom.” Ajak Dania usai sahaja gadis itu bersiap.
            Aku hanya mengikut langkah Dania. Dania gadis yang berasal dari Parit Buntar itu ramah orangnya, tak susah untuk aku ‘masuk’ dengan perangai gadis itu. Dan aku ialah Mawar Addeena, unik kan namaku? Nama yang diberi oleh ummi. Aku, gadis yang biasa-biasa saja. Bakal akauntan suatu hari nanti, insya-Allah.
            “Akak, kawan saya ni sakit perut.” Sampai saja di dewan, Dania sudah membuka mulut kepada Pembantu Mahasiswa di situ.
            “Sakit perut? Boleh jalan lagi tak ni?” tanya senior yang di name tagnya tertulis ‘Nadia’ itu. Riak risau mula terbit dari wajah itu.
            “Boleh.” Balasku sepatah. Tak bermaya.
            “Patutnya bahagian muslimat, Kak Aini yang uruskan. Tapi Kak Aini hantar student ke hospital pulak. Boleh jumpa Biro Kesihatan bahagian Muslimin? Abang Hakimi.” Kak Nadia sudah bertanya lagi.
            Aku hanya mengangguk kepala tanda mengerti dan sakit di perut sudah datang lagi!
            “Mari akak bawakkan jumpa Biro Kesihatan. Nanti dia akan bawa adik ke klinik.” Ajak Kak Nadia sambil menarik tanganku. Klinik atau Pusat Kesihatan itu taklah jauh sangat kedudukannya dari dewan ini. Harap-harapnya aku masih mampu bertahan lagi!
            “Kimi, awak tolong bawakkan pelajar baru ni ke klinik. Aini hantar student ke hospital.” Kak Nadia memulakan bicaranya dengan seorang lelaki yang susuk tubuhnya hanya mampu aku pandang dari sisi.
            “Arahan diterima.” Kata si lelaki itu. Dari sisi, aku nampak lelaki itu sedang tersenyum. Ohh ya, ada lesung pipit di pipi lelaki itu.
            Tak sampai tiga saat, aku menggeleng kepala. Amboii sempat lagi diriku berangan dalam sakit-sakit perut begini!
            “Nama siapa?” tanya si lelaki itu yang dipanggil Kimi oleh Kak Nadia tadi. Lelaki itu berjalan di hadapanku. Aku mengikut saja langkahnya. Dania sudah masuk ke dalam dewan pula meninggalkan aku seorang di sini. Aduhai..
            “Mawar Addeena.” Balasku lurus. Jujur saja nadaku saat ini.
            Pantas lelaki itu berpaling ke belakang. Langkah kakinya juga sudah terhenti. Nasib baik jugalah langkah kakiku ikut berhenti, kalau tidak mahu saja aku terlanggarnya di luar dewan ini!
            “Mawar??” soalnya bersama senyuman yang sukar kutafsirkan maksudnya.
            Aku hanya mengangguk dan cepat-cepat pula aku membalas. “Tapi panggil saja Addeena.”
            Dan dia sudah menyambung kembali langkahnya di hadapanku.
            “Tak gentle langsung. Patutnya bagilah aku yang sakit ni berjalan di depan.” Omelku di dalam hati tapi kakiku mengikut saja langkahnya menuju ke klinik.


USAI SAHAJA berjumpa dengan doktor, aku mengambil ubat di kaunter. Sahlah aku keracunan makanan! Selesai sahaja aku mengambil ubat di kaunter kakiku melangkah keluar, lemah saja langkah kakiku ini.
            “Larat tak?” tanya suara di belakangku.
            Aku berpaling, sedikit tersentak.
            “Eh??” soalku pelik. Ingatkan dia dah balik.
            Hakimi hanya mengukir senyuman. Disimpan saja tawanya di dalam hati melihat riak terkejut gadis itu. Gadis yang wajahnya lembut, manis berbaju kurung berwarna merah jambu.
            “Balik ni, terus rehat di bilik. Awak dikecualikan dari ceramah pagi ni.” Kata si lelaki itu lagi.
            Aku hanya menganggukkan kepala. Dalam hati riangnya tak terkata! Wah boleh rehat di bilik!
            “Terima kasih..” balasku tersenyum riang.
            “Sama-sama. Awak dah ok kan?” tanya si dia lagi.
            “Alhamdulillah. Feel better now.”
            “Kalau macam tu, saya pergi dulu.” Belum sempat aku membuka mulut lagi si dia sudah berlalu pergi. Dan aku hanya mampu memandang langkahnya yang kian menjauh.
            Aku garu kepala yang tak gatal. Pelik dengan tingkahnya yang meninggalkan aku seorang di sini. Dari jauh aku melihat langkahnya, dia berbaju t-shirt oren dan bersuar slack putih.
            Aku tersenyum, ada rasa sesuatu di hatiku saat ini.
     Hakimi berjalan menuju ke dewan bersama senyuman di bibir, ditinggalkan saja gadis itu di belakangnya. Bukan mahu melepaskan terus tanggungjawabnya tapi hatinya sudah terasa lain macam apabila melihat wajah manis itu dan dia tak sanggup berlama-lama di situ!
            “Ohhh mawarku.” Bibirnya masih menguntum senyuman walau si dia sudah jauh ditinggalkan di belakangnya!