BAB
14
Makan
malam mereka hari itu agak meriah dengan kehadiran keluarga Wafiq.
Rumah Humaira yang selama ini agak sunyi kembali meriah dengan
kehadiran keluarga Wafiq. Humaira hanya tersenyum apabila diusik oleh
kakak-kakak Wafiq.
Pelbagai
nasihat juga turut diberikan oleh mama Wafiq untuk dia dan suaminya
itu. Mama kata berkahwin masa usia muda bukanlah sesuatu yang mudah
lebih-lebih lagi dia masih belajar tapi mujurlah Wafiq sudah
praktikal semester hadapan.
“Kahwin
ni bukan hanya untuk dunia, tapi yang penting adalah untuk akhirat.
Biar cinta terus tembus ke syurga” tokok Encik Razak, sempat pula
dititipkan nasihat buat pengantin baru itu.
Humaira
dan Wafiq terangguk-angguk tanda faham. Ya, benar. Matlamat cinta
bukan hanya untuk dunia, tapi akhirat terlibat sama.
Wafiq
mencari tangan kiri Humaira di bawah meja, digenggamnya lembut tangan
bidadarinya itu. Ya, biar cinta kita terus ke syurga. Kita baru
mulakan hubungan ini dan sudah pasti di hadapan kita banyak lagi
cabaran yang harus kita tempuhi.
Humaira
berpaling, mencari seraut wajah yang mengenggam erat tangannya di
bawah meja. Tapi wajah Wafiq selamba, haishh sengaja ingin menduga
dialah tu.
“Sedap
lauk ni, sesekali dapat rasa lauk kampung best juga” bicara Kak
Athirah, kakak kedua Wafiq yang sedang hamil itu.
“Biasalah
lauk kampung, lebih-lebih orang mengandung macam kamu ni. Hah, lepas
ni giliran Humaira pulaklah ya?” jawab Puan Wafiyyah tersenyum,
penuh dengan maksud yang tersirat.
Wafiq
terkedu, terlepas genggaman tangan dia dan Humaira di bawah meja.
Masing-masing terperanjat. Amboii laju je mama, dia baru nak
praktikal pulak tu..
“Hah,
anak pertama ni jangan merancang sangat” tokok Puan Wafiyyah lagi.
Bagaikan dia dapat membaca fikiran anak dan menantunya saat itu.
“Ishh
awak ni. Biarlah mereka yang rancang sendiri. Lagi pula Humaira kan
masih study?” tegur Encik Razak. Baginya biarlah anak menantu
mereka yang merancang kehidupan rumah tangga mereka sendiri. Tugas
dia dan isterinya hanya memantau.
Wajah
Puan sedikit kelat. Sungguh, dia ingin cepat-cepat menambah cucu.
Baginya, setiap anak itu ada rezeki masing-masing.
Humaira
hanya tersenyum kelat. Pelbagai soalan yang mula menerjah di
mindanya. Bersediakah dia untuk punya anak dalam usia semuda itu?
“Insya-Allah
ma, kalau ada rezeki” lambat-lambat Humaira menjawab. Cuba
menyedapkan hati ibu mertuanya.
Wafiq
angkat muka, dia memandang wajah Humaira. Terkejut dengan jawapan
Humaira. Amboi cik isteri, steadynyaa awak !
Luarannya
memang dia nampak tenang, tapi debaran di hatinya hanya Allah yang
tahu. Humaira takut jika kenangan silamnya mengekori dirinya.
Mampukah dia menjadi dan ibu yang baik? Dia punya masa silam yang
sendiri. Haruskah dia berterus terang dengan Wafiq tentang masa
silamnya?
“Maira,
kenapa ni?” bisik Wafiq perlahan. Dilihatnya Humaira seperti berada
dalam dunianya sendiri. Mungkinkah terkesan dengan permintaan
mamanya?
Humaira
hanya tersenyum, menggelengkan kepala beberapa kali. Haih jauh sudah
lamunannya, lupa seketika di mana dia sedang berada sekarang.
“Err,
nothing” balas Humaira perlahan, dia menatap kembali pinggannya
untuk menyudahkan baki makanan yang masih ada.
Wafiq
hanya membiarkan, dia tahu Humaira perlukan masa sendiri.
“Dah
plan nak bercuti kat mana?” tanya Kak Aina'a pula. Kakak sulung
Wafiq itu memang peramah orangnya. Humaira senang dengan tingkah
kakak sulung suaminya itu.
“Dah!”
“Belum!”
Serentak
jawapan yang keluar dari mulut Wafiq dan Humaira. Aina'a mengerutkan
kening, keliru. Yang sorang jawapannya dah, yang sorang lagi belum.
Mana satu jawapan yang betul ni?
Wafiq
memengang tangan Humaira, mengisyaratkan agar dia yang menjawab
soalan kakak sulungnya itu.
“Dah
ke belum?” tanya Aina'a lagi, keliru.
Semua
di meja makan masih menanti jawapan dari Wafiq dan Humaira. Haishlah
pengantin baru.
“Err,
actually dah. Tapi ingatkan nak suprisekan Humaira. Hehe.” Wafiq
tayang sengih, hah kan dah kantoi.
Humaira
kerut dahi. Err. Cuti dengan Wafiq? Ohh pengsan ! Agak-agak dorang
bertekak lagi tak masa cuti a.k.a honeymoon tu? Tapi dalam beberapa
jam dia nikah dengan Wafiq ni, belum lagilah mereka bertekak. Err
bila diingat balik perangai dia dulu, rasa segan pun ada. Hehe.
“Baguslah,
ambillah masa. Kenal antara satu sama lain. Kamu dah nak praktikal
kan? Masa free macam nilah kena pergi bercuti” sampuk Puan Hanis.
“Ha'ah
ibu, insya-Allah dua minggu lagi Wafiq dah start praktikal” jawab
Wafiq. Dua minggu lagi dia akan menjalani latihan praktikalnya untuk
semester terakhir sebagai pelajar jurusan kejuruteraan mekanikal.
“Mia
pun start kuliah dua minggu lagi kan?” tanya Puan Hanis lagi. Dia
berharap mahligai yang baru bermula itu sentiasa dalam barakah-Nya.
Melihat wajah-wajah bersih Humaira dan Wafiq mengingatkan kembali
dirinya kepada nostalgia dia dan suami.
“Iya
ibu” jawab Humaira ringkas. Malam ini makan malam mereka sekeluarga
tampak lebih rancak. Ada sahaja soalan untuk dia dan Wafiq.
“Baguslah
tu, ibu doakan yang terbaik untuk anak menantu ibu ni” ujar Puan
Hanis bersama senyum yang ikhlas.
Humaira
dan Wafiq mengaminkan doa Puan Hanis. Doa ibu, mulutnya masin kata
orang tua-tua. Dan doa ibu itu makbul, tanpa hijab.
Selesai
sahaja makan malam mereka, Humaira dan Haziqah membersihkan dapur dan
mencuci pinggan mangkuk. Awal-awal lagi mereka sudah mengelarkan
arahan agar semua orang berehat di ruang tamu rumah. Dengan Wafiq
sekali diarahnya keluar dari ruang dapur itu.
“Tak
sangka akak yang Ziqa sayang ni dah jadi isteri orang” Haziqah
memulakan perbualan.
Sungguh
hatinya bercampur dengan perasaan gembira dan sedih. Teman
sepermainannya sejak kecil sudah menjadi milik orang lain. Dulu,
Humairalah teman tempat dia bercerita suka duka, teman dia bergaduh.
Ahh cepatnya masa berlalu.
“Alhamdulillah,
dah sampai jodoh akak. Doakan akak dik” tulus bicara Humaira. Dia
tersenyum memandang dengan penuh kasih wajah adiknya.
“Insya-Allah.
Ziqa akan sentiasa doakan kebahagiaan akak. Kebahagiaan akak
kebahagiaan Ziqa jugak” jawab Haziqah.
Humaira
tersenyum, dia mula mengambil pinggan-pinggan kotor di atas meja dan
dibawa ke sinki untuk dibasuh. Kemudian dilap pula meja yang kotor
dengan sisa makanan. Kerja ini harus dihabiskan segera, selepas ini
mereka punya agenda lain pula. Ya, agenda membuka hadiah bersama.
“Akak
pun sentiasa doakan kejayaan Ziqa especially dalam akademik. Jangan
jadi macam akak dik” sempat Humaira menitipkan nasihat.
Dia
tidak mahu Haziqah menjadi seperti dirinya. Punya masa silam yang
hitam. Mujurlah dia tersedar dan bangkit kembali dari kesilapan lalu.
Alhamdulillah hidayah-Nya datang menyapa buat insan kerdil seperti
dia.
“Terima
kasih kak, semua orang ada kisah masing-masing. Setiap orang punya
kesilapan sendiri. Cuma terpulang pada diri sama ada mahu berubah ke
arah kebaikan atau tidak. Semua orang berhak untuk berubah meski kita
insan yang penuh dengan lumpur dosa” Haziqah menitipkan semangat.
Humaira
tersenyum. Alhamdulillah, nampaknya Haziqah kian matang. Dia sentiasa
berdoa agar adiknya tidak melakukan kesilapan yang dilakukan dulu.
Cukuplah hanya dia yang mengecewakan hati arwah abah. Sampai kini,
sesalannya masih menghimpit diri.
“Dah
matang dah adik akak ni” balas Humaira, dia mula membilas pinggan
yang telah disabun adiknya.
“Tengoklah
siapa kakaknya, akak kan bakal kaunselor” jawab Haziqah,
dikenyitkan matanya mengusik kakaknya. Adik beradik, gurau senda dan
sakat menyakat itu perkara biasa. Mujur tiada abangnya Haikal. Haikal
jika menyakat lagi mantap! Terus tembus ke hati, tertusuk ke jantung.
Hehe.
Humaira
tersengih. Ya, insya-Allah dia bakal kaunselor. Sengaja dipilihnya
bidang itu, bidang yang berkaitrapat dengan dirinya. Bukankah dirinya
juga sentiasa perlu dimotivasikan? Dia juga bercita-cita membuka
syarikat konsultan sendiri.
“Insya-Allah,
doakan akak dapat memotivasi diri sendiri” pinta Humaira.
“I
will kak, and Ziqa tambah lagi dalam doa Ziqa” Haziqah sudah
mengangkat keningnya. Nakal.
Humaira
kerut dahi, kurang mengerti tapi apabila melihat reaksi nakal adiknya
itu dia yakin ada idea nakal yang bermain di minda gadis itu.
“Tambah
doa apa??” tanya Humaira ingin tahu. Haziqah ni bukan boleh percaya
sangat. Kaki menyakat pun ya.
“Doa
supaya Ziqa cepat-cepat dapat anak buah. Haha” terletus juga tawa
dari bibir Haziqah. Apa salahnya kan kalau dia dah berangan nak dapat
anak buah sendiri? Kalau dia dapat anak buah mesti comel kan?
Tengoklah aunty su dia kan?
Bulat
terus mata Humaira, amboii Haziqah pun dah boleh masuk geng mama ni.
Masing-masing excited nak dia mengandung. Dia sebenarnya tak kisah
jika Allah sudah memberi rezeki untuk dia dan Wafiq memiliki zuriat
tapi dia takut dia masih belum mampu menjadi ummi yang terbaik untuk
anak-anaknya.
“Amboiii,
semangatnya dia nak anak buah” Humaira turut tergelak kecil. Allah,
baru sehari dia kahwin topik anak sudah menjadi perbualan.
“Eh,
mestilah” jawab Haziqah tidak mahu mengalah.
“Siapa
yang nak anak buah?” ada saja suara yang menyampuk perbualan
mereka.
“Errr..”
kaku jawapan Humaira. Haih sejak bila pulak cik abang ni ada kat
sini? Bukan kat depan ke?
“Ziqa,
biar abang tolong. Ziqa rehatlah kat depan pulak. Kita tukar shift”
cadang Wafiq, sengaja ingin mengambil ruang mendekati Humaira. Lagi
pula dia tidak betah lama-lama di hadapan sedangkan permaisuri
hatinya berada di dapur.
“Err,
takpelah bang. Tinggal sikit je lagi” jawab Haziqah.
“Its
okay, biar abang yang habiskan. Ni pun salah satu tips untuk
mengeratkan hubungan suami isteri” jawab Wafiq selamba. Diangkat
keningnya, dia memandang Humaira yang sudah tersipu. Amboii dulu
bukan main garang cik adik ni, sekarang dah macam kucing parsi.
Haziqah
tersengih, dia mula membilas tangan. Mahu memberi ruang dan peluang
untuk pengantin baru itu. Moga-moga cepatlah dia dapat anak buah
nanti. Err. Hehe..
Humaira
mula tertunduk malu. Segan jangan cakaplah, rasa macam nak masuk
dalam sinki ni je. Nasib baiklah sinki ni tak muat, kalau tak dah
lama dia terjun dalam sinki ni. Wafiq ni selamba je kan depan
Haziqah?
“Kenapa
tunduk je? Malu ke dengan abang?” tegur Wafiq, lagi sekali dia buat
perangai selamba dia. Apa nak segan kan? Isteri sendiri.
Humaira
angkat muka walaupun terasa kulit pipinya panas. Ohh pipi janganlah
kau malukan tuan punya badan, pleaseee ! Eh, kenapa dia rasa segan
dengan Wafiq eh? Mana pergi sikap brutal dia yang dulu?
“Eh,
buat apa nak malu..” jawab Humaira tenang, luaran je nampak tenang
sedangkan dalam hati Allah je yang tahu. Rasanya nak kena check
jantung ni, kenapa degupan jantung dia macam abnormal je ni. Haih.
“Ada
orang tu, muka dia dah merah” usik Wafiq, tangannya masih lagi
lincah mencuci pinggan.
Humaira
kerut dahi, orang mana?? Dia memandang ruang dapur ibunya, tiada
siapa di situ melainkan mereka berdua. Sahlah Wafiq perli dia ni! Ohh
ada ubi ada batas, ada masa akanku balas !
“Err,
rambut awak ada sabunlah. Haish macam mana boleh basuh pinggan sampai
sabunnya ke rambut?” tipu Humaira, riak muka sengaja dibuat
prihatin sedangkan dalam hatinya sudah terjentik rasa geli hati.
“Eh
yeke? Banyak ke sabun kat rambut abang?” tanya Wafiq lurus.
“Maira
tak perasan, tapi memang ada. Hah, meh sini Maira tengokkan” senyum
nakal mula disembunyikan. Masa untuk balas dendam! Hehe.
Wafiq
hanya menurut kehendak Humaira tanpa mengetahui idea nakal yang mula
bermain di minda isterinya. Kadangkala dia ni pun boleh tahan lurus
jugak.
Humaira
sudah bersedia dengan rencana nakalnya, diambil sedikit air lalu
selamba dia merenjis rambut lebat Wafiq yang sedang menunduk itu.
“Err,
kenapa basah ni?” tanya Wafiq sedikit tak puas hati. Kata nak
tengok je.
“Maira
tengah basuh baliklah ni, rambut abang kan kena sabun” dalih
Humaira.
“Yeke??”
soal Wafiq lagi, dia mula mengangkat kepala memandang wajah Humaira.
Mencari jawapan yang dia sendiri ragu. Melihat riak wajah Humaira
yang sudah tersengih-sengih, rasanya dia tahu jawapan sebenar.
“Maira
kenakan abang kan?” soal Wafiq, sengaja dirapatkan dirinya dengan
Humaira.
“Err,
mana ada” dalih Humaira lagi walaupun dirasakan jawapannya kali ini
tidak dapat lagi menyelamatkan dirinya. Agak-agak kalau dia lari
sempat tak? Huhu.
“Nah,
ambik ni. Haha” tawa Wafiq terhambur, tangganya tidak lagi lincah
membasuh pinggan sebaliknya lincah menyimbah air kepada Humaira.
“Awak,
main tipuuu. Maira renjis sikit je” ujar Humaira geram. Habis basah
mukanya. Gurau kasar nampak.
Belum
sempat Humaira ingin membalas, mereka ditegur dengan suara mama.
“Ehem,
patutlah meriah. Ada pesta air rupanya” sakat Puan Wafiyyah. Dia
tergelak kecil.
“Err,
mama” ujar Wafiq sedikit terperanjat.
Humaira
sudah membulatkan matanya, dia membuka cermin mata. Hah, dengan spect
ni sekali basah.
“Macam
tak lama lagi jelah mama dapat cucu” Puan Wafiyyah masih lagi
menyakat Humaira dan Wafiq. Melihat wajah Wafiq yang ceria dia turut
bahagia. Anak yang selama ini sibuk dengan dunianya sendiri sudahpun
memiliki keluarga sendiri.
“Insya-Allah,
mama doakanlah” jawab Wafiq sedikit yakin. Kalau ada rezeki untuk
dia memiliki anak, apa salahnya kan? Bukankah anak itu penyeri rumah
tangga. Walaupun dia baru hendak praktikal semester depan, tapi mana
tahu jika sudah punya zuriat nanti dia akan lebih bersungguh-sungguh
dengan kerjayanya?
“Mestilah
mama doakan.” balas Puan Wafiyyah sambil tersenyum, dia mula
memasang impian. Umur dah meningkat ni, apa lagi yang boleh
membuatkan dia bahagia selain daripada di kelilingi anak dan cucu?
Humaira
hanya tertunduk, segan apabila topik anak menjadi perbualan hari ini.
Tak dinafikan dia juga teringin untuk mempunyai mujahid, mesti comel
kan kalau anaknya memanggil dia ummi? Err ummi ke mummy eh?
“Ehem,
jauh termenung nampak?” bisik Wafiq perlahan. Sengaja dia menyakat
Humaira yang nampak kurang bicara itu.
Humaira
telan air liur. Kesat. Dia mencari mamanya, eh dah tak ada? Sejak
bila mama keluar dari ruang dapur ni?
Humaira
menjarakkan diri, terasa kurang selesa apabila berada terlalu hampir
dengan suami sendiri. Err pelik kan? Bukan orang lain tapi suami
sendiri. Mungkin perasaan malunya masih menebal dalam diri.
“Err,
jom habiskan cepat basuh ni” ajak Humaira teragak-agak. Dari tadi
basuh pinggan tak habis-habis, tak ke pelik tu? Huhu.
“Baik
tuan puteri” ujar Wafiq, dia mula menyambung tugasannya. Sesekali
dapat menolong orang yang kita cinta, rasa bahagia kan?
Humaira
tersenyum. Bagaikan mimpi, dia kini menjadi milik Wafiq. Lelaki yang
dahulu menjadi teman gaduhnya kini menjadi imam solatnya? Apa pun
aturan-Nya paling indah, tersimpan seribu hikmah. Seribu hikmah yang
tak mungkin dapat kau lihat dengan mata kasar tapi dapat kau rasa
dengan mata hati.
Akhirnya ad jgak n3 bru.... tqvm writer...
ReplyDelete