Tuesday, 18 June 2013

Penghijrahan Cinta 14


BAB 14

Makan malam mereka hari itu agak meriah dengan kehadiran keluarga Wafiq. Rumah Humaira yang selama ini agak sunyi kembali meriah dengan kehadiran keluarga Wafiq. Humaira hanya tersenyum apabila diusik oleh kakak-kakak Wafiq.

Pelbagai nasihat juga turut diberikan oleh mama Wafiq untuk dia dan suaminya itu. Mama kata berkahwin masa usia muda bukanlah sesuatu yang mudah lebih-lebih lagi dia masih belajar tapi mujurlah Wafiq sudah praktikal semester hadapan.

“Kahwin ni bukan hanya untuk dunia, tapi yang penting adalah untuk akhirat. Biar cinta terus tembus ke syurga” tokok Encik Razak, sempat pula dititipkan nasihat buat pengantin baru itu.

Humaira dan Wafiq terangguk-angguk tanda faham. Ya, benar. Matlamat cinta bukan hanya untuk dunia, tapi akhirat terlibat sama.

Wafiq mencari tangan kiri Humaira di bawah meja, digenggamnya lembut tangan bidadarinya itu. Ya, biar cinta kita terus ke syurga. Kita baru mulakan hubungan ini dan sudah pasti di hadapan kita banyak lagi cabaran yang harus kita tempuhi.

Humaira berpaling, mencari seraut wajah yang mengenggam erat tangannya di bawah meja. Tapi wajah Wafiq selamba, haishh sengaja ingin menduga dialah tu.

“Sedap lauk ni, sesekali dapat rasa lauk kampung best juga” bicara Kak Athirah, kakak kedua Wafiq yang sedang hamil itu.

“Biasalah lauk kampung, lebih-lebih orang mengandung macam kamu ni. Hah, lepas ni giliran Humaira pulaklah ya?” jawab Puan Wafiyyah tersenyum, penuh dengan maksud yang tersirat.

Wafiq terkedu, terlepas genggaman tangan dia dan Humaira di bawah meja. Masing-masing terperanjat. Amboii laju je mama, dia baru nak praktikal pulak tu..

“Hah, anak pertama ni jangan merancang sangat” tokok Puan Wafiyyah lagi. Bagaikan dia dapat membaca fikiran anak dan menantunya saat itu.

“Ishh awak ni. Biarlah mereka yang rancang sendiri. Lagi pula Humaira kan masih study?” tegur Encik Razak. Baginya biarlah anak menantu mereka yang merancang kehidupan rumah tangga mereka sendiri. Tugas dia dan isterinya hanya memantau.

Wajah Puan sedikit kelat. Sungguh, dia ingin cepat-cepat menambah cucu. Baginya, setiap anak itu ada rezeki masing-masing.

Humaira hanya tersenyum kelat. Pelbagai soalan yang mula menerjah di mindanya. Bersediakah dia untuk punya anak dalam usia semuda itu?

“Insya-Allah ma, kalau ada rezeki” lambat-lambat Humaira menjawab. Cuba menyedapkan hati ibu mertuanya.

Wafiq angkat muka, dia memandang wajah Humaira. Terkejut dengan jawapan Humaira. Amboi cik isteri, steadynyaa awak !

Luarannya memang dia nampak tenang, tapi debaran di hatinya hanya Allah yang tahu. Humaira takut jika kenangan silamnya mengekori dirinya. Mampukah dia menjadi dan ibu yang baik? Dia punya masa silam yang sendiri. Haruskah dia berterus terang dengan Wafiq tentang masa silamnya?

“Maira, kenapa ni?” bisik Wafiq perlahan. Dilihatnya Humaira seperti berada dalam dunianya sendiri. Mungkinkah terkesan dengan permintaan mamanya?

Humaira hanya tersenyum, menggelengkan kepala beberapa kali. Haih jauh sudah lamunannya, lupa seketika di mana dia sedang berada sekarang.

“Err, nothing” balas Humaira perlahan, dia menatap kembali pinggannya untuk menyudahkan baki makanan yang masih ada.

Wafiq hanya membiarkan, dia tahu Humaira perlukan masa sendiri.

“Dah plan nak bercuti kat mana?” tanya Kak Aina'a pula. Kakak sulung Wafiq itu memang peramah orangnya. Humaira senang dengan tingkah kakak sulung suaminya itu.

“Dah!”

“Belum!”

Serentak jawapan yang keluar dari mulut Wafiq dan Humaira. Aina'a mengerutkan kening, keliru. Yang sorang jawapannya dah, yang sorang lagi belum. Mana satu jawapan yang betul ni?

Wafiq memengang tangan Humaira, mengisyaratkan agar dia yang menjawab soalan kakak sulungnya itu.

“Dah ke belum?” tanya Aina'a lagi, keliru.

Semua di meja makan masih menanti jawapan dari Wafiq dan Humaira. Haishlah pengantin baru.

“Err, actually dah. Tapi ingatkan nak suprisekan Humaira. Hehe.” Wafiq tayang sengih, hah kan dah kantoi.

Humaira kerut dahi. Err. Cuti dengan Wafiq? Ohh pengsan ! Agak-agak dorang bertekak lagi tak masa cuti a.k.a honeymoon tu? Tapi dalam beberapa jam dia nikah dengan Wafiq ni, belum lagilah mereka bertekak. Err bila diingat balik perangai dia dulu, rasa segan pun ada. Hehe.

“Baguslah, ambillah masa. Kenal antara satu sama lain. Kamu dah nak praktikal kan? Masa free macam nilah kena pergi bercuti” sampuk Puan Hanis.

“Ha'ah ibu, insya-Allah dua minggu lagi Wafiq dah start praktikal” jawab Wafiq. Dua minggu lagi dia akan menjalani latihan praktikalnya untuk semester terakhir sebagai pelajar jurusan kejuruteraan mekanikal.

“Mia pun start kuliah dua minggu lagi kan?” tanya Puan Hanis lagi. Dia berharap mahligai yang baru bermula itu sentiasa dalam barakah-Nya. Melihat wajah-wajah bersih Humaira dan Wafiq mengingatkan kembali dirinya kepada nostalgia dia dan suami.

“Iya ibu” jawab Humaira ringkas. Malam ini makan malam mereka sekeluarga tampak lebih rancak. Ada sahaja soalan untuk dia dan Wafiq.

“Baguslah tu, ibu doakan yang terbaik untuk anak menantu ibu ni” ujar Puan Hanis bersama senyum yang ikhlas.

Humaira dan Wafiq mengaminkan doa Puan Hanis. Doa ibu, mulutnya masin kata orang tua-tua. Dan doa ibu itu makbul, tanpa hijab.

Selesai sahaja makan malam mereka, Humaira dan Haziqah membersihkan dapur dan mencuci pinggan mangkuk. Awal-awal lagi mereka sudah mengelarkan arahan agar semua orang berehat di ruang tamu rumah. Dengan Wafiq sekali diarahnya keluar dari ruang dapur itu.

“Tak sangka akak yang Ziqa sayang ni dah jadi isteri orang” Haziqah memulakan perbualan.

Sungguh hatinya bercampur dengan perasaan gembira dan sedih. Teman sepermainannya sejak kecil sudah menjadi milik orang lain. Dulu, Humairalah teman tempat dia bercerita suka duka, teman dia bergaduh. Ahh cepatnya masa berlalu.

“Alhamdulillah, dah sampai jodoh akak. Doakan akak dik” tulus bicara Humaira. Dia tersenyum memandang dengan penuh kasih wajah adiknya.

“Insya-Allah. Ziqa akan sentiasa doakan kebahagiaan akak. Kebahagiaan akak kebahagiaan Ziqa jugak” jawab Haziqah.

Humaira tersenyum, dia mula mengambil pinggan-pinggan kotor di atas meja dan dibawa ke sinki untuk dibasuh. Kemudian dilap pula meja yang kotor dengan sisa makanan. Kerja ini harus dihabiskan segera, selepas ini mereka punya agenda lain pula. Ya, agenda membuka hadiah bersama.

“Akak pun sentiasa doakan kejayaan Ziqa especially dalam akademik. Jangan jadi macam akak dik” sempat Humaira menitipkan nasihat.

Dia tidak mahu Haziqah menjadi seperti dirinya. Punya masa silam yang hitam. Mujurlah dia tersedar dan bangkit kembali dari kesilapan lalu. Alhamdulillah hidayah-Nya datang menyapa buat insan kerdil seperti dia.

“Terima kasih kak, semua orang ada kisah masing-masing. Setiap orang punya kesilapan sendiri. Cuma terpulang pada diri sama ada mahu berubah ke arah kebaikan atau tidak. Semua orang berhak untuk berubah meski kita insan yang penuh dengan lumpur dosa” Haziqah menitipkan semangat.

Humaira tersenyum. Alhamdulillah, nampaknya Haziqah kian matang. Dia sentiasa berdoa agar adiknya tidak melakukan kesilapan yang dilakukan dulu. Cukuplah hanya dia yang mengecewakan hati arwah abah. Sampai kini, sesalannya masih menghimpit diri.

“Dah matang dah adik akak ni” balas Humaira, dia mula membilas pinggan yang telah disabun adiknya.

“Tengoklah siapa kakaknya, akak kan bakal kaunselor” jawab Haziqah, dikenyitkan matanya mengusik kakaknya. Adik beradik, gurau senda dan sakat menyakat itu perkara biasa. Mujur tiada abangnya Haikal. Haikal jika menyakat lagi mantap! Terus tembus ke hati, tertusuk ke jantung. Hehe.

Humaira tersengih. Ya, insya-Allah dia bakal kaunselor. Sengaja dipilihnya bidang itu, bidang yang berkaitrapat dengan dirinya. Bukankah dirinya juga sentiasa perlu dimotivasikan? Dia juga bercita-cita membuka syarikat konsultan sendiri.

“Insya-Allah, doakan akak dapat memotivasi diri sendiri” pinta Humaira.

“I will kak, and Ziqa tambah lagi dalam doa Ziqa” Haziqah sudah mengangkat keningnya. Nakal.

Humaira kerut dahi, kurang mengerti tapi apabila melihat reaksi nakal adiknya itu dia yakin ada idea nakal yang bermain di minda gadis itu.

“Tambah doa apa??” tanya Humaira ingin tahu. Haziqah ni bukan boleh percaya sangat. Kaki menyakat pun ya.

“Doa supaya Ziqa cepat-cepat dapat anak buah. Haha” terletus juga tawa dari bibir Haziqah. Apa salahnya kan kalau dia dah berangan nak dapat anak buah sendiri? Kalau dia dapat anak buah mesti comel kan? Tengoklah aunty su dia kan?

Bulat terus mata Humaira, amboii Haziqah pun dah boleh masuk geng mama ni. Masing-masing excited nak dia mengandung. Dia sebenarnya tak kisah jika Allah sudah memberi rezeki untuk dia dan Wafiq memiliki zuriat tapi dia takut dia masih belum mampu menjadi ummi yang terbaik untuk anak-anaknya.

“Amboiii, semangatnya dia nak anak buah” Humaira turut tergelak kecil. Allah, baru sehari dia kahwin topik anak sudah menjadi perbualan.

“Eh, mestilah” jawab Haziqah tidak mahu mengalah.

“Siapa yang nak anak buah?” ada saja suara yang menyampuk perbualan mereka.

“Errr..” kaku jawapan Humaira. Haih sejak bila pulak cik abang ni ada kat sini? Bukan kat depan ke?

“Ziqa, biar abang tolong. Ziqa rehatlah kat depan pulak. Kita tukar shift” cadang Wafiq, sengaja ingin mengambil ruang mendekati Humaira. Lagi pula dia tidak betah lama-lama di hadapan sedangkan permaisuri hatinya berada di dapur.

“Err, takpelah bang. Tinggal sikit je lagi” jawab Haziqah.

“Its okay, biar abang yang habiskan. Ni pun salah satu tips untuk mengeratkan hubungan suami isteri” jawab Wafiq selamba. Diangkat keningnya, dia memandang Humaira yang sudah tersipu. Amboii dulu bukan main garang cik adik ni, sekarang dah macam kucing parsi.

Haziqah tersengih, dia mula membilas tangan. Mahu memberi ruang dan peluang untuk pengantin baru itu. Moga-moga cepatlah dia dapat anak buah nanti. Err. Hehe..

Humaira mula tertunduk malu. Segan jangan cakaplah, rasa macam nak masuk dalam sinki ni je. Nasib baiklah sinki ni tak muat, kalau tak dah lama dia terjun dalam sinki ni. Wafiq ni selamba je kan depan Haziqah?

“Kenapa tunduk je? Malu ke dengan abang?” tegur Wafiq, lagi sekali dia buat perangai selamba dia. Apa nak segan kan? Isteri sendiri.

Humaira angkat muka walaupun terasa kulit pipinya panas. Ohh pipi janganlah kau malukan tuan punya badan, pleaseee ! Eh, kenapa dia rasa segan dengan Wafiq eh? Mana pergi sikap brutal dia yang dulu?

“Eh, buat apa nak malu..” jawab Humaira tenang, luaran je nampak tenang sedangkan dalam hati Allah je yang tahu. Rasanya nak kena check jantung ni, kenapa degupan jantung dia macam abnormal je ni. Haih.

“Ada orang tu, muka dia dah merah” usik Wafiq, tangannya masih lagi lincah mencuci pinggan.

Humaira kerut dahi, orang mana?? Dia memandang ruang dapur ibunya, tiada siapa di situ melainkan mereka berdua. Sahlah Wafiq perli dia ni! Ohh ada ubi ada batas, ada masa akanku balas !

“Err, rambut awak ada sabunlah. Haish macam mana boleh basuh pinggan sampai sabunnya ke rambut?” tipu Humaira, riak muka sengaja dibuat prihatin sedangkan dalam hatinya sudah terjentik rasa geli hati.

“Eh yeke? Banyak ke sabun kat rambut abang?” tanya Wafiq lurus.

“Maira tak perasan, tapi memang ada. Hah, meh sini Maira tengokkan” senyum nakal mula disembunyikan. Masa untuk balas dendam! Hehe.

Wafiq hanya menurut kehendak Humaira tanpa mengetahui idea nakal yang mula bermain di minda isterinya. Kadangkala dia ni pun boleh tahan lurus jugak.

Humaira sudah bersedia dengan rencana nakalnya, diambil sedikit air lalu selamba dia merenjis rambut lebat Wafiq yang sedang menunduk itu.

“Err, kenapa basah ni?” tanya Wafiq sedikit tak puas hati. Kata nak tengok je.

“Maira tengah basuh baliklah ni, rambut abang kan kena sabun” dalih Humaira.

“Yeke??” soal Wafiq lagi, dia mula mengangkat kepala memandang wajah Humaira. Mencari jawapan yang dia sendiri ragu. Melihat riak wajah Humaira yang sudah tersengih-sengih, rasanya dia tahu jawapan sebenar.

“Maira kenakan abang kan?” soal Wafiq, sengaja dirapatkan dirinya dengan Humaira.

“Err, mana ada” dalih Humaira lagi walaupun dirasakan jawapannya kali ini tidak dapat lagi menyelamatkan dirinya. Agak-agak kalau dia lari sempat tak? Huhu.

“Nah, ambik ni. Haha” tawa Wafiq terhambur, tangganya tidak lagi lincah membasuh pinggan sebaliknya lincah menyimbah air kepada Humaira.

“Awak, main tipuuu. Maira renjis sikit je” ujar Humaira geram. Habis basah mukanya. Gurau kasar nampak.

Belum sempat Humaira ingin membalas, mereka ditegur dengan suara mama.

“Ehem, patutlah meriah. Ada pesta air rupanya” sakat Puan Wafiyyah. Dia tergelak kecil.

“Err, mama” ujar Wafiq sedikit terperanjat.

Humaira sudah membulatkan matanya, dia membuka cermin mata. Hah, dengan spect ni sekali basah.

“Macam tak lama lagi jelah mama dapat cucu” Puan Wafiyyah masih lagi menyakat Humaira dan Wafiq. Melihat wajah Wafiq yang ceria dia turut bahagia. Anak yang selama ini sibuk dengan dunianya sendiri sudahpun memiliki keluarga sendiri.

“Insya-Allah, mama doakanlah” jawab Wafiq sedikit yakin. Kalau ada rezeki untuk dia memiliki anak, apa salahnya kan? Bukankah anak itu penyeri rumah tangga. Walaupun dia baru hendak praktikal semester depan, tapi mana tahu jika sudah punya zuriat nanti dia akan lebih bersungguh-sungguh dengan kerjayanya?

“Mestilah mama doakan.” balas Puan Wafiyyah sambil tersenyum, dia mula memasang impian. Umur dah meningkat ni, apa lagi yang boleh membuatkan dia bahagia selain daripada di kelilingi anak dan cucu?

Humaira hanya tertunduk, segan apabila topik anak menjadi perbualan hari ini. Tak dinafikan dia juga teringin untuk mempunyai mujahid, mesti comel kan kalau anaknya memanggil dia ummi? Err ummi ke mummy eh?

“Ehem, jauh termenung nampak?” bisik Wafiq perlahan. Sengaja dia menyakat Humaira yang nampak kurang bicara itu.

Humaira telan air liur. Kesat. Dia mencari mamanya, eh dah tak ada? Sejak bila mama keluar dari ruang dapur ni?

Humaira menjarakkan diri, terasa kurang selesa apabila berada terlalu hampir dengan suami sendiri. Err pelik kan? Bukan orang lain tapi suami sendiri. Mungkin perasaan malunya masih menebal dalam diri.

“Err, jom habiskan cepat basuh ni” ajak Humaira teragak-agak. Dari tadi basuh pinggan tak habis-habis, tak ke pelik tu? Huhu.

“Baik tuan puteri” ujar Wafiq, dia mula menyambung tugasannya. Sesekali dapat menolong orang yang kita cinta, rasa bahagia kan?

Humaira tersenyum. Bagaikan mimpi, dia kini menjadi milik Wafiq. Lelaki yang dahulu menjadi teman gaduhnya kini menjadi imam solatnya? Apa pun aturan-Nya paling indah, tersimpan seribu hikmah. Seribu hikmah yang tak mungkin dapat kau lihat dengan mata kasar tapi dapat kau rasa dengan mata hati.

Sunday, 16 June 2013

Order Novel Suami Ekspres

Assalamualaikum.. 

Nisa akan buka order untuk sesiapa yang nak order novel SE sampai 25hb ni 

Boleh bank in ke account Maybank:

No acc: 154026646154
Nama: Normala binti Nordin

Bukti pembayaran, sila PM nisa dekat page atau fb nisa. 

Bayaran RM 23 termasuk postage, harga biasa RM 22, tapi nisa ambil RM 1 utk post laju 

Insya-Allah akan dapat sign and free gift sebagai kenangan 
Terima kasih  :)