Thursday 16 May 2013

Penghijrahan Cinta 9


BAB 9

Hari itu Wafiq pulang ke rumah mamanya yang terletak di Klang, Selangor. Dia berniat mahu bermalam sahaja di rumah orang tuanya. Lagi pula jarak antara UiTM Shah Alam dengan rumahnya tidaklah jauh mana, tak sampai setengah jam pun mahu ke sana.

Kali ini dia pulang bersama hajatnya sekali, ya dia inginkan nasihat dan pandangan mama dan papanya berkenaan Humaira. Harus atau tidak dia merisik gadis itu. Hatinya berdebar menanti apakah reaksi orang tuanya nanti, marahkah? Redhakah?

“Assalamu'alaikum mama, papa” sapa Wafiq sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam rumah dua tingkat itu. Jam di dinding sudah menunjukkan enam petang.

“Wa'alaikumsalam” balas mama dan papanya serentak.

Encik Razak memandang pelik, keningnya terangkat. Pelik anak bujangnya tiba-tiba muncul. Biasanya hari hujung minggu barulah Wafiq pulang.

“Err, awal papa balik?” tanya Wafiq ketika menyalam tangan orang tuanya. Sengaja soalan itu yang diajukan untuk menutup resah di hati.

“Kerja tak banyak hari ni, kamu sihat?” soal Encik Razak pula.

“Alhamdulillah sihat pa” jawabnya ringkas. Lidahnya seakan kelu pula.

“Hah, marilah minum sama Wafiq” ajak Puan Wafiyyah pula.

Wafiq melabuhkan punggungnya di kerusi berhadapan dengan papanya. Mujurlah dia sudah solat asar di universiti tadi.

“Mama buat air apa?” tanya Wafiq dan dengan selamba dia minum air dari cawan mamanya.

Puan Wafiyyah hanya menggelengkan kepalanya. Haish Wafiq, Wafiq..

“Study ok?” tanya papanya prihatin.

Wafiq hanya sekadar tersenyum, study ok. Cuma hatinya yang tak berapa nak ok sekarang ni!

“Ma, pa..” serunya lambat-lambat.

Puan Wafiyyah mengangkat kening, Encik Razak mengerut dahi. Menanti bicara dari mulut Wafiq.

“Wafiq ada benda nak discuss dengan mama dan papa. Malam ni boleh?” tanya Wafiq perlahan.

“Hal apa?” soal Puan Wafiyyah dan Encik Razak serentak.

Wafiq sudah tergelak kecil. Haih tak sabar betul Puan Wafiyyah dan Encik Razak ni!

“Malam nanti Wafiq bagitahu. Lepas Isyak” balasnya tenang. Dalam hati hanya Allah yang tahu betapa gusarnya dirinya saat ini.

“Kalau kamu kata macam tu tak apalah. Malam ni kita discuss. Patutlah anak mama ni tiba-tiba muncul terpacak depan mama ni” usik Puan Wafiyyah.

Wafiq hanya tersengih. Mujurlah esok kelasnya hanya ada pada sebelah petang. Dia kembali mengambil cawan mamanya, meneguk air untuk mengurangkan gugup.

“Err, ke nak bawak menantu untuk mama?” sengaja Puan Wafiyyah menduga.

Tersedak Wafiq, terhambur keluar kembali air yang diminum sebentar tadi. Mama ni pun, kalau nak menduga, tunggulah dia habis minum dulu. Haishh.

“Haih, cuba sopan minum tu” tegur Puan Wafiyyah sambil mengusap perlahan belakang badan Wafiq.

“Ishh mama yang buat Wafiq tersedak..” balas Wafiq. Eh tapi mamanya semacam ada kuasa luar biasa pula, pandai saja menduga. Tepat kena batang hidung pulak tu! Ohh mama..

Wafiq bangkit bangun, tak betah pula berlama-lama di situ. Ada jugak yang tak sempat bincang malam nanti. Maklumlah Puan Wafiyyah memang pandai menduga.

“Ma, papa.. Wafiq naik atas dulu. Nak mandi, badan berlekit” ujarnya.

“Hah yelah, pergi rest dulu” balas Puan Wafiyyah sambil matanya memerhati langkah Wafiq yang kian menjauh.

Wafiq merebahkan badannya ke katil sebaik sahaja dia memasuki bilik yang sederhana besar itu. Terasa lega melepaskan lelah seketika. Niat yang pada asalnya ingin membersihkan diri berganti pula dengan melepaskan lelah di atas katil.

Mindanya mula menerawang jauh, mengamit kembali memori-memori lalu. Ahh cepatnya masa berlalu. Kini, dia mahu melangkah setapak maju dalam hidupnya. Ya, dia ingin punya sayap kiri perjuangan agamanya. Bidadari yang mampu memberi semangat untuk agamanya nanti.

“Ya Allah, andai dia yang dijanjikan untukku sejak di Luh Mahfuz lagi, maka kau permudahkanlah jalan untuk kami. Jika ini yang terbaik untuk agamaku, maka kau permudahkanlah” doa Wafiq perlahan.

Terlalu drastikkah keputusan yang diambilnya untuk menyunting Humaira? Baru jatuh cinta sudah mahu menikahi gadis itu? Tapi apa yang dia tahu dia mahu membawa gadis yang dicintainya menuju jalan yang diredhai Allah. Bukankah nikah merupakan jalan yang diredhai lagi disukai-Nya? Dia tidak mahu membawa gadis itu mendekati lorong-lorong zina. Bukankah Allah sudah berfirman di dalam al-Quran tentang larangan mendekati zina.

“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk”

Dia teringat pesan naqib usrahnya di kampus, kata naqibnya perempuan yang solehah akan menilai lelaki berdasarkan cara lelaki itu menawarkan cinta, sama ada melalui cara yang diredhai Allah atau cara yang dimurkai Allah.

Nah, sekarang dia mahu menawarkan cinta untuk perempuan yang dicintainya dengan cara yang terbaik, bukan dengan cara yang mendekati zina. Dia mahu menggunakan orang tengah yang solehah, selepas itu barulah dia akan terus berjumpa wali si gadis.

Wafiq mengerling jam di dinding, hampir tujuh malam. Tinggal beberapa minit lagi sebelum masuk waktu solat maghrib. Dia harus membersihkan dirinya dahulu sebelum dia berdating dengan Pencipta-Nya.


Usai sahaja solat Isyak mereka, Wafiq mengajak orang tuanya berbincang soal Humaira. Sengaja dipilih taman mini mamanya sebagai tempat perbincangan mereka. Suasana lebih santai dengan berbumbungkan langit malam, jauh lebih tenang.

“Hal apa yang kamu nak bincang?” soal Encik Razak sebaik sahaja mereka anak-beranak duduk di taman mini tersebut.

Wafiq menarik nafas, mencari kekuatan. Ya, bismillah..

“Bismillah, ma, pa..” panggilnya perlahan. Mencari semangat untuk memulakan bicara.

“Ya..” jawab Encik Razak dan Puan Wafiyyah. Dalam hati tertanya-tanya hal apa yang ingin dibincangkan oleh Wafiq, tapi mereka tahu hal yang ingin dibicarakan sangat serius, lihat sahaja gaya Wafiq yang serius.

“Wafiq nak mintak restu ma and papa, kalau boleh Wafiq nak nikah” direct terus bicaranya. Sungguh dia tak mampu nak bermadah-madah.

Tersentak Puan Wafiyyah dan Encik Razak. Mana tak terkejutnya kalau anak yang selama ini ambil tak kisah tentang perempuan tiba-tiba hendak bernikah. Sejak bila Wafiq jatuh cinta? Dengan siapa?

“Ni.. nikah??” soal Puan Wafiyyah tak percaya, dijeling riak wajah suami di sebelah. Sama sepertinya, jelas terkejut dengan berita yang disampaikan Wafiq sebentar tadi.

“Ha'ah ma, pa. Wafiq nak mintak pendapat mama dengan papa” jawabnya jujur.

Encik Razak hanya tersenyum, sudah nampak kematangan anak bujangnya yang seorang itu.

“Siapa gadisnya? Sejak bila kamu bercinta?” soal mamanya serius. Bimbang jika anaknya tersilap langkah.

“Nama dia Humaira, err Wafiq tak bercinta dengan dia. Cuma Wafiq yang jatuh cinta” jawabnya malu-malu.

Puan Wafiyyah sudah menggaru kepalanya yang dilitupi tudung, tak bercinta tapi jatuh cinta? Err maksudnya apa eh?

“Tak bercinta, tapi kamu yang jatuh cinta? Maksud kamu??” soal Puan Wafiyyah ingin tahu.

Wafiq sudah tersenyum, berbelit sangat ke kenyataan dia tadi? Haishh..

“Err maksud Wafiq, kami tak bercinta pun cuma Wafiq yang dah jatuh cinta dekat dia. Dan dia belum tahu pun Wafiq cintakan dia” terang Wafiq satu-satu.

Encik Razak sudah tersenyum, ya dia semakin nampak kematangan pada anaknya itu. Terasa dihargai apabila menjadi rujukan pertama sebelum meluahkan isi hatinya pada si gadis. Anaknya itu tidak membelakangkan pendapat dia dan isterinya dalam hal-hal sepenting ini.

“Kenapa kamu nak bernikah? Kamu yakin kamu dah bersedia?” soal Encik Razak menduga.

Ya dia ingin mengukur sejauh mana kematangan anaknya itu. Teringat pula kenangannya apabila dia juga pernah meluahkan hasratnya pada orang tuanya satu ketika dahulu. Bukan mudah mahu menyunting anak gadis orang lain.

Puan Wafiyyah hanya memberi peluang untuk suaminya berbicara. Dia tahu suaminya mahu menduga anak bujang mereka.

Wafiq tersenyum, sudah diduga akan ada soalan 'maut' dari papanya.

“Wafiq nak bernikah sebab agama, Wafiq nak jaga hati Wafiq. Sebab Wafiq takut kalau-kalau Wafiq menganiya diri Wafiq sendiri. Tentang persediaan, Wafiq ada perancangan Wafiq sendiri” jawabnya yakin.

Wafiq mengeluarkan beberapa helai kertas yang dibawa tadi. Helaian kertas tentang persediaannya. Dihulurkan kertas tersebut kepada mama dan papanya.

Puan Wafiyyah dan Encik Razak menyambut huluran kertas tersebut. Wahh sangat sistematik, siapa berkertas bagai.

Persediaan dan perancangan hidup dalam masa lima tahun yang akan datang.. (Jika diizinkan Allah)

Persediaan agama dan ilmu.
  1. Selalu hadir majlis ilmu, talaqi dengan guru.
  2. Banyakkan membaca bahan ilmiah dan kekeluargaan.
  3. Kutip pengalaman dari orang yang berpengalaman.
  4. Aktif dalam haloqah dan usrah.

Persedian kewangan dan material.
  1. Cari kerja (engineer).
  2. Part time job (penulis).
  3. Tubuhkan syarikat Konsultan sendiri.

Persediaan tentang kekeluargaan.
  1. Hadir kursus dan program baitul muslim
  2. Ambil pengalaman dari orang lain.
  3. Jadikan kehidupan rumah tangga Rasulullah contoh terbaik.

Tersenyum-senyum Puan Wafiyyah dan Encik Razak membaca kertas yang ala-ala proposal itu. Nampaknya anak mereka sudah semakin matang, semakin bijak mencorakkan hidupnya sendiri. Dia jadi kagum dengan Wafiq yang nampak bersungguh-sungguh.

“Kamu rasa cukup persediaan kamu ni?” duga Encik Razak lagi, dalam dia terselit juga rasa kagum dengan anaknya yang sorang ini.

Wafiq tersenyum kelat, ahh papa.. ada saja soalan yang ingin menduganya.

“Insya-Allah pa, tapi Wafiq akan sentiasa belajar dan perbaiki diri. Bukankah setiap Muslim itu sentiasa belajar sepanjang hidupnya?” Wafiq tersenyum.

Encik Razak menganggukkan kepalanya, puas dengan jawapan Wafiq.

“Kenapa kamu jatuh cinta dengan Humaira?” soal Puan Wafiyyah ingin tahu. Dia tidak mahu Wafiq memilih wanita hanya kerana rupa. Rupa bukanlah menjamin kebahagiaan seseorang.

Wafiq tersenyum lagi, kadang-kadang dia juga hairan bagaimana dia boleh jatuh cinta dengan Humaira. Tapi apa yang dia tahu dia jatuh cinta dengan semangat hijrah gadis itu. Ya, kerana semangatnya ingin mencari jalan pulang menuju cinta Pencipta-Nya. Dia mahu sama-sama berjuang dengan gadis itu mencari cinta Allah.

Dan pastilah dia memilih Humaira kerana agama dan semangat hijrah yang ada dalam diri gadis itu.

Dinikahi wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya.. maka pilihlah kerana agama nescaya beruntung kedua-dua tanganmu” Wafiq membaca hadis yang diriwayatkan daripada Bukhari dan Muslim itu sebagai menjawab soalan mamanya.

Puan Wafiyyah menarik nafas lega, dia tahu Wafiq memilih gadis itu kerana agama bukannya semata-mata kerana rupa.

“Nanti kenalkan pada mama” ujar mamanya memberi kata putus.

Wafiq mengucap syukur dalam hati, setelah disoal dengan pelbagai soalan akhirnya mamanya seakan memberi green light. Dia memandang wajah papanya pula.

“Papa setuju kalau persediaan kamu mantap, lelaki sebagai ketua keluarga. Kamu masih belajar lagi, masih muda lagi. Papa harap kamu buat keputusan yang terbaik” nasihat papanya lagi.

“Betul kata papa kamu tu, tanggungjawab suami bukan mudah. Kamu kena didik isteri dan anak kamu nanti. Cari ilmu dulu..” Puan Wafiyyah pula menambah.

Wafiq sudah tersenyum kelat, dalam diam dia mengiakan pendapat mama dan papanya. Dia jadi keliru kini, mama dan papanya seakan tidak bersetuju pula sedangkan sebentar tadi mamanya seolah-olah sudah memberikan green light.

“So, papa dengan mama tak setuju Wafiq nak nikah awal?” soalnya ingin tahu.

“Siapa kata papa tak setuju?” Encik Razak menyoal. Dia tersenyum.

“Kalau kamu rasa dengan menikah dapat menyelamatkan agama kamu, dapat meningkatkan semangat kamu. Mama setuju” jawab mamanya pula.

Terus bertukar riak Wafiq, dia tersenyum lega. Alhamdulillah. Selesai satu langkahnya.

“Terima kasih ma, pa. Wafiq perlukan restu dan doa mama dan papa” jawabnya tulus.

“Mama sentiasa doakan yang terbaik untuk anak-anak mama. Tapi ingat perkahwinan bukan hanya medan percubaan tapi medan perjuangan. Nak berjuang kena ada persiapan. Sentiasa perbaiki diri dan mantapkan persiapan” nasihat Puan Wafiyyah telus. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya.

“Terima kasih ma” balas Wafiq terharu, nasihat mamanya terus ke hati. Itulah ajaibnya nasihat dan kata-kata seorang ibu. Doa dan harapannya selalu telus dari hati.

“Kalau ada benda tak tahu, rajin-rajin rujuk dengan papa, mama, tanya ustaz” papanya tak ketinggalan memberi nasihat.

Wafiq tersenyum bahagia, rasa dihargai dengan nasihat-nasihat papa dan mamanya. Ya dia bagaikan anak kecil yang sentiasa inginkan nasihat dari orang tuanya.

Malam itu juga Wafiq terus memberitahu Hafiz supaya meneruskan rancangan mereka merisik Humaira dengan Liyana sebagai orang tengahnya.

Dalam hati dia tak habis-habis berdoa supaya dipermudahkan jalannya untuk merisik Humaira. Ya, hati Humaira Allah yang pegang, maka haruslah dia meminta dari Pemilik hati itu sendiri bukan?


Pagi itu Hafiz terus berjumpa Humaira menyatakan hasrat Wafiq. Kebetulan pagi itu mereka ada perjumpaan bersama barisan exco yang lain. Maka mudahlah kerjanya, hanya satu jalan.

“Ukhti, ana nak mintak bantuan sedikit dari ukhti” Hafiz memulakan perbualan selepas memberi salam.

“Bantuan? Insya-Allah kalau ana boleh tolong, ana akan tolong. Hal apa akhi?” tanya Liyana.

“Err, ana nak mintak ukhti jadi orang tengah..” balas Hafiz.

Liyana sudah angkat kening. Spontan reaksi terkejutnya. Jadi orang tengah?

“Orang tengah??” soal Liyana, inginkan kepastian.

“Ha'ah.. jadi orang tengah untuk sahabat ana. Dia nak merisik Humaira” jawab Hafiz, straight to the point.

Liyana sudah terkedu. Orang tengah untuk Humaira?

“Siapa sahabat akhi tu?” soal Liyana ingin tahu.

“Wafiq, rasanya ukhti kenal dengan dia” ujar Hafiz, dia yakin yang Liyana kenal dengan Wafiq.

Sekali lagi kening Liyana terangkat. Sungguh dia terkejut, ehh hari tu bukan baru jumpa kat cafe ke? Ohh dalam diam Wafiq ada perasaan pada Humaira. Patutlah nampak gelisah saja kelmarin.

“Insya-Allah nanti ana tanyakan pada Humaira..” jawabnya lagi.

“Jazakillah ukhti, jujur Wafiq antara sahabat yang paling ana sayang. Orangnya selalu bersemangat dan berprinsip. Agamanya juga baik, ana harap jawapan Humaira tak menghampakan dia” terus terang Hafiz meluahkan pada Liyana.

Bukan dia hendak promote sahabat baiknya sendiri tapi itulah hakikatnya. Wafiq seorang sahabat yang baik, pemurah dan agamanya juga baik. Sudah hampir empat semester mereka sebilik bersama. Segala buruk baik Wafiq dia sudah tahu.

“Insya-Allah, nanti ana sampaikan pada Humaira” ucap Liyana lagi. Dia percaya pada kata-kata Hafiz bahawa Wafiq seorang pemuda yang baik. Lihat sahaja cara dia menawarkan cinta, sangat terhormat dengan menggunakan orang tengah. Dia tidak menghampiri lorong-lorong fitnah dan zina.

“Syukran ukhti, assalamu'alaikum” ujar Hafiz sebelum dia berlalu. Cukuplah dia berjumpa dengan gadis itu untuk menyampaikan tujuannya.

“Afwan, wa'alaikumsalam” jawab Liyana perlahan.

Sungguh Liyana tak mampu menafikan yang dirinya agak terkejut dengan hajat yang baru disampaikan. Moga dipermudahkan urusan mereka, dia tumpang gembira jika mereka bersatu. Mereka sama-sama sekufu dari sudut agamanya. Dia yakin lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.

Liyana melangkah pulang bersama hajat Wafiq. Dia berharap Humaira dapat menerima Wafiq. Tapi apa pun keputusan Humaira akan diraikannya. Dalam minda, puas dikerah idea bagaimana cara terbaik untuk dia menyampaikan hajat Wafiq.

Liyana tidak pulang terus ke biliknya, kakinya ringan saja menghala ke bilik Humaira. Rasa ingin cepat menyampaikan risikan tersebut. Rasanya dia yang sudah overexcited ni. Berita baik, hajat yang baik buat apa nak simpan lama-lama kan?

Dia mengetuk perlahan pintu bilik temannya itu. Perlahan pintu bilik yang diketuknya dibuka dari dalam.

“Assalamualaikum Humaira, maaflah akak menganggu” ucapnya sebaik sahaja terjengul wajah Humaira di sebalik pintu. Mereka berlaga pipi sebentar.

“Wa'alaikumsalam, errr takdelah kak. Humaira tak busy pun” jawab Humaira cuba meraikan tetamu. Bukankah tetamu itu datang membawa rezeki dan pulangnya menghapus dosa kecil si tuan rumah?

“Kak jemputlah duduk” Humaira mempelawa, nak jamu tetamu dengan makanan, memang takdelah sangat makanan yang panas-panas ni. Yang ada cuma biskut dan roti.

“Err tak payah susah-susah Humaira, akak puasa hari ni” tolak Liyana lembut apabila dilihatnya Humaira sedang mengeluarkan mug dan mahu menuangkan air panas di dalam thermos.

“Ohh maaf kak, tak tahu..” jawab Humaira tersipu malu. Mahu tak malu, orang puasa nak dijamunya dengan air milo. Haih.

“Humaira sebenarnya akak datang ni bawak hajat” jawab Liyana perlahan, bimbang pula jika ini bukan masa yang sesuai.

Humaira yang sedang leka menyimpan kembali thermosnya berpaling, kurang mendengar bicara Liyana sebentar tadi. Itulah, tetamu datang dia dok sibuk dengan thermos pulak. Kepalanya diketuk perlahan, spontan. Kesal dengan sikap diri yang culas melayan tetamu.

“Err solat hajat ke kak? Bila?” tanyanya selamba, konon macam dengar sangatlah tadi padahal dia hanya dengar hajat saja yang terkeluar dari mulut Kak Liyana.

Liyana sudah tersenyum, alahai Humaira kusayang. Itu juga yang kau dengar.

“Err, bukan solat hajat tapi akak datang bawak hajat orang ni” terang Liyana, kali ini lebih jelas.

Humaira sudah terkedu, malu pun ada juga. Solat hajatlah sangat kan? Hah, amek kau!

“Hajat.. hajat orang?” tanya Humaira terkebil-kebil.

“Ha'ah, dia berhajat nak merisik Humaira” sambung Liyana, dihadiahkan senyuman untuk gadis di hadapannya itu.

Humaira terkedu lagi, siapa pula yang merisiknya? Walaupun ini bukan kali pertama dia dirisik tapi debaran di dadanya tetap berdengup laju.

“Orangnya baik, agama dan akhlaknya baik” Liyana memengang tangan Humaira.

Air liur ditelan kesat, sudah bersediakah dia untuk menjadi milik orang lain. Tapi kenangan itu? Dia jadi takut sendiri.

“Siapa orangnya kak?” soal Humaira ingin tahu.

“Wafiq..” balas Liyana ringkas.

Bulat terus mata Humaira, Wafiq? Jangan kata Wafiq si mamat poyo tu.

“Wafiq mana ni kak?” tanya Humaira walaupun dia tahu dapat agak jawapan Liyana nanti. Ohh cuma dia berharap bukan si mamat poyo tu!

“Wafiq Rizqi..” jawab Liyana selamba sedangkan dalam hati Humaira bagaikan mahu pengsan!

Humaira terkaku, terkedu. Tak sangka! Sejak bila mamat tu sukakan dia? Bukan mereka bagai anjing dengan kucing ke? Err bukan, bagai serigala dengan musang! Ahh pengsan!

1 comment: