BAB
4
Humaira
pulang semula ke universiti petang Ahad itu. Tidak puas rasanya
menghabiskan dua hari bersama keluarga di kampung. Pelbagai cerita
dan pengalaman yang dikongsi oleh ibunya. Sungguh tabahnya ibunya
membesarkan mereka tiga beradik.
Maghrib
itu, Humaira singgah sebentar di Pusat Islam, rindu rasanya dengan
suasana rumah Allah itu, rindu dengan sahabat-sahabat yang sama-sama
berjuang di jalan Allah ini. Dia mengatur langkah menuju ke Pusat
Islam.
Usai
sahaja solat maghrib mereka, disambung pula tazkirah dan usrah
sehingga masuk solat isyak. Memang masa yang sesingkat itu
dimanfaatkan sepenuhnya oleh mereka. Orang kata, dunia di tangan dan
akhirat di hati. Masa-masa seperti itulah yang digunakan mereka untuk
ukhrawi jika sepanjang hari sibuk dengan kuliah dan tutorial.
Habis
sahaja solat isyak berjemaah mereka, Humaira mengambil masa berehat
di luar Pusat Islam. Sungguh dia lebih senang begitu. Memandang
langit malam mampu memberinya ketenangan, seolah-olah terapi untuknya
menghilangkan tekanan hidup.
“Humaira,
tak balik lagi?” soal Liyana apabila dilihatnya Humaira sedang
ralit merenung langit malam di luar Pusat Islam.
“Ohh
tak lagi kak, kejap lagi. Humaira nak tengok langit kejap” Humaira
menjawab, senyuman dilemparkan.
Humaira
masih ralit memandang langit malam, ya dia memang gemar memandang
langit malam. Terasa tenang melihat langit yang terbentang luas
berserta bintang yang berkelipan. Subhanallah, cantik sungguh!
“Hati-hati,
jangan balik lewat sangat. Akak balik dulu ya?” ujar Liyana meminta
diri. Mereka bersalaman sebelum berpisah.
“Insya-Allah
kak, akak pun jaga diri. Jatuh bangun sendiri” Humaira tersengih,
dia memandang langkah Liyana yang semakin menjauh pergi.
Humaira
mengeluarkan diari kecil miliknya, diari yang di dalamnya mencatatkan
kisah hidupnya. Lama dia termenung sebelum membuka diari itu.
“Kau
tak balik lagi?” tegur satu suara yang lain pula sebelum dia sempat
menulis diari itu. Cepat-cepat dia menutup kembali diari miliknya.
Yang pasti suara itu bukan milik Syuhada atau Kak Liyana, suara itu
garau.
Humaira
mengangkat kepala, haishh ramai pulak yang menegurnya malam ini.
Mamat mana pulak yang menegurnya malam ni?
“Ehhh...”
Humaira jadi terkedu sendiri melihat gerangan yang menegurnya tadi,
errr mamat poyo ni?
Humaira
memerhati tingkah Wafiq malam ni, hanya ringkas pemakaian pemuda itu.
Ringkas berbaju melayu berwarna biru. Simple tapi sedap mata
memandang. Jujur kalau tak kerana perangai Wafiq yang sombong ni,
mungkin dia akan jatuh cinta dengan pemuda itu.
'Isshh,
kenapa aku puji mamat poyo ni pulak?' desis hati Humaira, dia
mengetuk perlahan kepalanya. Dah tak betul agaknya kepalanya saat
ini.
“Hah,
tak puas kau ketuk kepala aku hari tu, sekarang kau nak ketuk kepala
kau pulak?” sinis soalan yang terkeluar. Mulut lelaki itu mana
pernah menuturkan kata-kata yang baik untuknya. Huh.
Humaira
sudah mencebik, hah kan betul. Wafiq kalau tak bukak mulut je nampak
baik, kalau dia dah start membebel, ermmm memang tak nampak comel
langsung.
“Suka
hati akulah nak ketuk kepala aku sendiri. Bukan aku kena pinjam
tangan kau pun untuk ketuk kepala aku” ejek Humaira geram.
“So
funny, haha.. memang hobi kau ketuk kepala eh?” tawa sinis
terlontar dari bibir Wafiq.
Humaira
merengus geram. Harap muka je handsome tapi perangai hampeh. Ehh
silap mulut dia tu yang macam longkang.
“Kau
nak apa lagi? Nak kena ketuk kepala lagi?” perli Humaira, haishhh
kenapalah dia asyik bertemu dengan mamat sombong tak cukup akal ni?
Huhu.. Apa tak cukup besar ke universiti ni? Mana dia pergi mesti
bertembung dengan mamat cakap lepas ni. Sadis betul!
“Yang
kau tak balik lagi kenapa?” soal Wafiq, soalan lain pula yang
dilontarkan. Dah macam pak guard pula lagaknya.
“Yang
kau sibuk kenapa?” bidas Humaira. Suka hati dialah nak balik bila.
Baru pukul sembilan lebih kot. Yang mamat ni nak sibuk kenapa? Apa
Pusat Islam ni dia yang punya ke?
“Kau
tu perempuan...” meleret bicara Wafiq seolah-olah menyindirnya.
“Memanglah
aku perempuan, ishh kau ni takde kerja lain eh??” dingin nada
Humaira, rimas dengan sikap Wafiq.
“Emmm..”
bicara Wafiq mati di situ.
Dia
memerhatikan Humaira di hadapannya. Gadis yang pelik baginya. Dia
juga hairan dengan sikapnya, dia bukanlah jenis yang suka cari gaduh
dengan orang tetapi dengan Humaira ada saja tingkahnya yang terlepas
laku. Hemm..
Humaira
jadi tidak selesa sendiri. Dia lantas mengangkat punggungnya, mahu
pulang ke kolej. Geram dengan Wafiq, baru nak berehat tapi datang
pula mamat poyo ni. Haishh memang menganggu ketenangan orang betul!
Apa best sangat ke kalau jumpa asyik-asyik nak gaduh? Sangat tak best
okayy! Hidup ni bukan untuk kumpul musuh.
Laju
langkah Humaira meninggalkan Wafiq yang terpinga-pinga. Daripada dia
menambah dosa gaduh dengan mamat tak cukup akal ni ada lagi baik
kalau dia buat kerja yang berfaedah. Kalau dah berjumpa dengan Wafiq
memang mulutnya automatik akan laju dari akal. Ada saja perkataan
yang kurang sopan terkeluar, kalau tak di bibir, dalam hati pun dia
sempat mengutuk Wafiq. Tak ke namanya mengumpul dosa? Dosa yang lepas
pun tak habis lagi ni oii. Huhu..
Wafiq
hanya memandang langkah laju Humaira yang tiba-tiba bangun dan
matanya dialihkan pula ke kerusi yang diduduki Humaira sebentar tadi.
Tiba-tiba matanya terpandang buku tebal yang berwarna pink itu.
Kakinya
diatur untuk mengambil buku tersebut.
“Buku
siapa ni?” soalnya sendiri.
Pantas
dia menyelak muka surat pertama. Rasa ingin tahu tentang pemilik buku
yang seakan-akan diari itu.
“Damia
Humaira Sulaiman...” ujarnya perlahan menyebut nama si pemilik
diari. Kemas tulisan tangan milik si empunya diari.
Wafiq
mengeluh perlahan, separuh hatinya mahu mengambil diari itu manakala
separuh lagi hatinya mahu membiarkan diari saja itu di atas bangku.
“Emm,
ambil sajalah diari ni. Kalau jumpa minah tu, nanti aku pulang
semula” ujar Wafiq sendirian. Seakan-akan ada kuasa yang
menyuruhnya mengambil diari itu. Walaupun dia sedar dia telah
menceroboh hak privasi orang lain tetapi hatinya keras mengatakan dia
harus 'menyimpan' diari itu. Mungkin ada sesuatu yang menarik tentang
diari itu.
Dalam
perjalanan pulang ke biliknya, Wafiq senyum sendirian. Agak-agak
kalau dia baca diari Humaira boleh tak?
No comments:
Post a Comment