Wednesday 26 December 2012

Assalamu'alaikum :)

Assalamu'alaikum.. Alhamdulillah..Nisa dah hantar dah manuskripnyaa..Tapi taktaulah macam mana keputusannya nanti..Mohon doanyaaa :)Rabbi yassir wala tu'assir.. 
p/s: nisa mntak maaf sebab SE ni banyak kekurangan.. tak mampu nak puaskan hati semua orang :'(Nisa bdk baru belajar n jujur nisa cakap nisa kurang pengalaman.And more than 50% cerita SE ni ada kaitan dengan hidup nisa sendiri..

SINOPSIS 

 Faris Ar Rayyan- Pensyarah muda yang dididik dengan ilmu agama dan tarbiyah yang hebat dari ummi dan abinya. Dididik supaya menghargai, melindungi dan meraikan wanita di sekelilingnya. Dia di'lamar' sahabat abinya, Encik Nazri untuk menjadi suami kepada anak gadisnya sebelum lelaki itu berangkat ke Jepun.

Adriana Qistina- seorang gadis yang ceria dan positif dengan hidupnya sendiri. Dari gadis yang biasa, sempoi dia bertukar menjadi gadis yang luar biasa kesan tarbiyah dari suami solehnya. Walaupun masih muda namun tingkahnya matang melebihi usianya.

Mereka dijodohkan dengan pilihan keluarga, baru bahagia dirasa namun ujian sudah datang menyapa. Resam rumah tangga tidak terlepas dari ujian sedangkan lelaki yang agung di sisi Allah iaitu Rasulullah juga diuji rumah tangganya dengan sikap kecemburuan para isteri-isteri baginda inikan pula mereka manusia biasa. Kematian orang tua Adriana dan kemunculan Aqil merupakan tamparan hebat buat mereka.

Faris Ar Rayyan- “ Adriana Qistina adalah tanggungjawab dan amanah Faris Ar Rayyan. Abang nak bawa Riana menuju ke syurga Allah. Biar cinta kita sama-sama mekar menuju cinta Ilahi”


Adriana Qistina- “Cukuplah Riana punya suami yang soleh yang berusaha membawa cinta kita menuju cinta Ilahi dan Riana akan berusaha sungguh-sungguh untuk menjadikan cinta kita cinta 'high class' di mata Pencipta”

Aqil Akmal- “Adriana, saya cintakan awak!! Rugi rasanya melepaskan mawar agama seperti awak, saya betul-betul cintakan awak dan mustahil untuk saya melepaskan gadis sebaik awak!!”

Mampukah bahagia menjadi milik mereka, mampukah cinta mereka menuju cinta Ilahi dan menggapai syurga Ilahi?? Bagaimanakah Adriana dan Faris mengemudi bahtera rumah tangga mereka berpaksikan cinta kerana Allah?? Mekarkah cinta mereka menuju cinta Ilahi??

Friday 14 December 2012

Suami Ekspress.. Bab rahsia, heee



Matahari dhuha masih memancarkan sinarnya, jam di dinding sudah menunjukkan jam sepuluh pagi. Faris masih lagi berselimut di atas katil, sudah seharian demamnya tidak kebah. Adriana sudah gelisah sendiri, takut-takut jika demam Faris semakin melarat. Dia memeriksa suhu badan suaminya dengan thermometer kecil, sekejap suhu badan suaminya turun, sekejap meningkat pula.

“Abang, kita pergi klinik eh?” tanya Adriana, dia tidak betah melihat Faris selemah itu. Maka jalan yang tebaik adalah membawa suaminya berjumpa doktor.

“Emm, malaslah” jawab Faris, dia memang sukar untuk diajak berjumpa dengan doktor.

“Abang sayang...” panggil Adriana. Dia tidak mahu mendengar kata Faris kali ini dan dia akan berkeras memujuk suaminya ke klinik nanti.

“Ermm..” Faris menjawab lemah.

“Kita siap sekarang eh?” pujuk Adriana lagi.

“Nanti baik sendiri demam abang ni. No need to worrylah sayang” Faris masih lagi berdegil. Dia bukannya sakit sangat, hanya demam biasa je.

Adriana sudah menggaru kepalanya yang tidak gatal, cara apa lagi yang harus digunakan untuk memujuk Faris ya? Susah jugak Mr. Faris ni nak jumpa doktor, huhu.. tiba-tiba Adriana tersenyum sendiri. Dia sudah punya idea, insya-Allah kali ni berhasil!!

“Abang tak sayang Riana?” soal Adriana, kali ini sengaja diperlahankan suaranya. Berpura-pura sedih..

“Mestilah abang sayangkan Riana..” dalam suara sedikit serak Faris bersuara jua.

“Habis tu, abang tak nak pergi klinik. Kalau abang sakit siapa nak jaga Riana..” dari berpura-pura berlakon akhirnya perasaan sayu itu hadir sendiri. Kalau Faris tiada, Adriana sudah tidak punya siapa-siapa lagi. Dalam diam hatinya benar-benar sedih. Dia tidak mahu kehilangan Faris, suami yang selalu membakar semangatnya untuk terus hidup.

Adriana tertunduk, menahan air matanya untuk mengalir keluar. Ya, dia ibarat sebatang kara di dunia ini. Jika Faris tinggalkan dia, dia tidak punya siapa-siapa lagi.

“Syhh, abang demam jelah sayang. Jangan sedih, abang kan ada ni?” Faris bangkit perlahan dari pembaringannya. Kesal kerana telah membuatkan bidadarinya bersedih.

“Sayang, ingat tak Riana pernah cakap dekat abang dulu.. Riana kata jangan hidup kerana manusia sebab manusia akan tinggalkan kita. Tapi hiduplah kerana Dia, sebab Dia takkan pernah tinggalkan kita” Faris masih terus memujuk Adriana, dipeluknya kejap tubuh isteri tersayang.

Adriana merebahkan kepalanya di dada bidang Faris, dia beristighfar panjang. Kesal apabila emosi mula menguasai diri. Ya, manusia hidup kerana Ilahi bukannya untuk sesama manusia. Bukankah Allah telah berfirman yang bermaksud:

“Dan ingatlah Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu”


“Abang..” panggil Adriana dalam sendu. Dia juga hairan dengan sikapnya akhir-akhir ini, semakin beremosi.

“Ya sayang” sahut Faris lembut.

“Pergi klinik eh?” Adriana masih lagi tidak berputus asa mengajak Faris ke klinik.

Faris meleraikan pelukan, ingatkan Adriana sudah lupa motif utamanya. Nampaknya terpaksalah dia mengalah kali ini. Dia tidak sanggup mengecewakan permintaan bidadarinya itu. Tidak mahu Adriana bersedih dengan sikapnya walaupun perkara remeh.

“Abang ada pilihan lain tak?” Faris menyoal, nadanya berbaur usikan.

“Abang takde pilihan lain” selamba Adriana menjawab.

Faris tersenyum melihat wajah Adriana yang sudah mula kemerahan menahan tangis. Makin comel apabila wajah putih bersih itu sudah bertukar warna. Tapi kecantikan isterinya hanyalah satu bonus, dia tidak jatuh cinta dengan Adriana hanya kerana rupa isterinya itu tetapi dia jatuh cinta dengan Adriana adalah kerana agama yang dimiliki dan diamalkan oleh isterinya itu.

“Iya sayang, abang pergi...” balas Faris, dia menarik hidung Adriana lama.

“Sakitlah..” balas Adriana, dia menarik pula telinga Faris. Hah baru adil kan?

“Balas dendam eh?” tanya Faris.

“Tak, amboi orang demam pun aktif menyakat orang kan?” usik Adriana lagi. Faris dalam keadaan demam pun sempat menyakatnya, ish-ish suami siapalah kan Mr. Faris ni?

“Badan yang demam, tangan tak” Faris membalas selamba. Alah setakat nak cubit hidung Adriana, orang koma pun boleh buat kan? eh.. haha

“Adoiii, macam tu pulak” Adriana melepaskan tangannya dari terus menarik telinga Faris.

Faris hanya mengangkat keningnya nakal. Dia memandang wajah Adriana lama, lalu dilepaskan pula tangannya dari menarik hidung mancung milik isterinya. Merah wajah isterinya menahan malu apabila ditenung lama olehnya.

“Abang...” Adriana memprotes lembut. Malu apabila ditenung sedemikian.

“Ya sayang” Faris menyahut. Sengaja didekatkan wajahnya dengan Adriana. Gemar menyakat isterinya saat itu, ehh tiba-tiba dirasakan demamnya sudah pulih apabila menyakat Adriana, heee..

“Telinga abang merah” sengaja Adriana mengalih topik, dia mengusap lembut cuping telinga yang sedikit kemerahan apabila ditariknya telinga itu sebentar tadi. Memang telinga suaminya itu sedikit merah, mungkin disebabkan kulit Faris yang putih menyebabkan perubahan itu senang dikesan.

Faris berdebar-debar apabila Adriana mendekatkan wajahnya untuk melihat telinganya yang sedang kemerahan itu.

“Sayang..” panggil Faris lembut.

“Ya” Adriana menjawab, dia mengangkat wajahnya memandang wajah Faris.

Faris cepat-cepat menghadiahkan ciuman di hidung isterinya itu sedangkan Adriana jadi kaku sendiri dengan tindakan Faris.

“Saja bagi 'hadiah'..” Faris membalas selamba apabila Adriana semakin tertunduk malu.

“Riana keluar dulu, jangan lupa kejap lagi kita pergi klinik” balas Adriana seraya mengangkat punggungnya berlalu pergi. Sempat dicapainya tudung lalu disarungkan ke kepalanya. Sudah tidak sanggup menahan malu walaupun mereka sudah bergelar suami isteri.

“Tapi sayang...” Faris membantah.

Adriana sudah menutup pintu bilik mereka, dia tersandar di luar bilik. Rasa macam nak gugur jantung dengan tindakan Faris, merenungnya bagai setahun tak berjumpa dan sempat pula menghadiahkan dia ciuman. Jantungnya semakin laju mengepam darah, siapa yang sakit sekarang ni? Dia ke Faris?


Adriana melangkah laju ke bahagian beranda rumah. Mahu menghilangkan debar di hati, memang jika dia berhadapan dengan suaminya jantungnya itu seakan sukar berfungsi dengan baik. Haish, rasanya dia yang sakit saat ini. Dalam dia mengatur langkah ke beranda rumah, dia terperasan kelibat Faathirah yang baru melangkah keluar dari bilik.

“Assalamu'alaikum” sapa Adriana, memang dipraktiskan untuk memberi salam apabila bertemu dengan orang lain. Bukankah menyebarkan salam itu bermaksud menyebarkan doa?

“Wa'alaikumsalam Kak Riana, akak selsema ke?” tanya Faathirah.

Adriana mengerutkan dahinya pelik. Kenapa nampak dia macam orang selsema ke?

“Taklah, kenapa??” tanya Adriana pelik. Dia memandang wajah Faathirah lama, mencari jawapan.

“Yeke? Tapi hidung akak merah” Faathirah menjawab jujur.

“Hah??” serentak itu Adriana meraba hidungnya. Ni mesti kerja Faris sebentar tadi. Haishhhlahhh Mr. Faris.

“Tapi tak nampak sangatlah..” Faathirah menjawab, cuba menenangkan akak iparnya yang nampak sedikit kalut itu.

“Ohh, tadi akak terlanggar pintu” dalih Adriana, logik tak alasan dia?

Faathirah sudah membulatkan matanya, biar betul langgar pintu? Pintu yang mana satu?

“Pintu mana kak?” tanya Faathirah ingin tahu.

“Pintuu... hah pintu bilik” jawab Adriana sedikit tergagap tapi mujurlah Faathirah percaya sahaja dengan jawapannya itu.

“Pintu yang besar tu akak tak nampak?” tanya Faathirah beria-ria.

Adriana hanya tersenyum, banyak tanya jugak Faathirah ni. Tak percaya ke, tak logik eh alasan dia tadi?

“Riana...” tiba-tiba Iman datang menyertai mereka.

Iman memandang lama wajah Adriana, dirasakan ada kelainan pada wajah sahabatnya itu. Tapi apa yang lain eh? Lama dia memerhati wajah Adriana, dari mata turun ke hidung.

“Apesal hidung kau tu?” tanya Iman pula.

“Langgar pintu..” Faathirah menjawab bagi pihak Adriana.

Iman sudah tersenyum sinis, hah tak percayalah tu!!

“Eh, kau balik hari ni eh Iman?” Adriana menyoal, sengaja dia mengalih topik perbualan, takut-takut kalau dirinya kantoi apabila terus diasak dengan soalan yang sama.

“Ha'ah.. nak ikut aku balik ke?” soal Iman.

“Tak naklah. Aku nak dating dengan cik abang sayang” Adriana sudah tersenyum. Ish kalau Faris dengar ni, sebulan belum tentu Faris habis menyakat dia.

“Siapa hantar akak nanti?” tanya Faathirah.

“Akak naik teksi sampai stesen bas, then akak naik bas ekspress nanti” Iman menjawab. Memang awal-awal lagi dia sudah merancang begitu, dia tidak mahu menyusahkan Adriana.

“Takpelah nanti kitorang hantar ke stesen bas. Sambil tu boleh jalan Mersing sekali, kita tengok pantai” cadang Adriana, mana mungkin dia membiarkan Iman bersusah payah pulang sendiri. Bukankah Iman datang ke sini kerana dia? Lagi pula Islam mengajar kita untuk memuliakan tetamu.

“Siapa pergi pantai? Nak join!!” Furqan bersemangat.

“Sibuklah angah ni, Kak Irah along kan demam” jawab Faathirah.

Adriana menepuk perlahan dahinya, macam mana dia boleh lupa suami sendiri? Aiyoo..

“Sorry Iman...” ucap Adriana. Antara suami dan sahabat dia jadi terkeliru sendir, mana yang harus diberi keutamaan.

“Its okay..” Iman membalas, dia memengang tangan Adriana. Tidak mahu Adriana terus dihimpit perasaan bersalah.

“Takpe, Irah dengan angah boleh tolong hantarkan” Faathirah menjawab, dia memandang wajah Furqan.

Furqan memandang wajah Faathirah meminta penjelasan, kenapa dia harus terlibat sekali? Dia nak pergi pantai je pun. Huhu..

“Boleh kan angah?” Faathirah tersenyum penuh makna. Nak tak nak Furqan kena setuju jugak!! kejam kan dia? Hehe

“Errr...”

“Pukul berapa akak nak gerak?” belum sempat Furqan menjawab Faathirah sudah memberi kata putus.

“Tak menyusahkan korang ke?” Iman bertanya serba salah.

“Tak pun.. kitorang memang suka berjalan kan angah?” Faathirah mula memainkan peranannya, harapnya kali ini berhasil.

“Eh, ha'ah” Furqan hanya mengiakan sahaja kata-kata Faathirah.

Tetapi dalam hatinya seperti mahu dimakan hidup-hidup sahaja Faathirah, memandai saja budak ni. Dia tahu Faathirah punya agenda sendiri, lihat sahaja senyuman Faathirah dia sudah dapat mengagak motif adiknya itu.

“Akak nak gerak pukul berapa?” tanya Faathirah lagi.

“Lepas zohorlah, insya-Allah” Iman memberi jawapan.

“Nanti lunch kat sini dulu tau, aku masak special untuk kau” Adriana pula menjawab, mahu meraikan sahabatnya pada saat-saat terakhir mereka bertemu.

“Insya-Allah..” balas Iman.

Sedangkan Furqan sudah gelisah sendiri. Dia segan dengan gadis yang merupakan sahabat kakak iparnya sendiri. Dia yakin Faathirah punya agenda yang tersembunyi.