Thursday 22 November 2012

Suami Ekspress 40


BAB 40

            Hari ini hari pertama Adriana mengambil peperiksaan akhir bagi semester terakhirnya sepanjang menuntut diploma. Semester ini dia mengambil lima subjek iaitu Biological Technique and Skills, Organic Chemistry II, Modern Physics, Enterpreneurship, and Material Science. Tidak sabar rasanya mahu menghabiskan pengajiannya di universiti.

            Dia membelek nota kecil di tangan, dijelingnya jam di tangan baru pukul tujuh setengah pagi. Hari ini dia mengambil peperiksaan bagi subjek Modern Physics, antara subjek kegemarannya. Moga-moga dia beroleh keputusan yang cemerlang untuk subjek itu, insya-Allah. Dia sudah berusaha sebaik mungkin dan kini dia hanya berserah kepada Allah agar dipermudahkan urusannya untuk menjawab peperiksaan nanti.

            Teringat kembali pada saat akhir dia mengulangkaji, terasa begitu rimas dengan kerenah Aqil yang kebudak-budakan. Rasa seperti mahu diketuk-ketuk kepala mamat yang tak paham bahasa tu. Kerapkali Aqil menghantar mesej kosong, hanya ingin memujuk dia belajar bersama dengan lelaki itu. Pelbagai cara yang digunakan Aqil untuk memujuknya, dia sudah cukup muak dengan cara Aqil. Dia berdoa agar dikurniakan semangat mujahidah yang tinggi supaya dia mampu menguruskan nafsunya sendiri. Perempuan yang bijak adalah mereka yang tidak mudah terpedaya dengan pujuk rayu dan tipu helah lelaki.

            Adriana beristighfar perlahan, sedar fikirannya sudah jauh melayang sedangkan sebentar lagi dia bakal menduduki peperiksaan, dia harus bijak menguruskan emosinya saat ini.

            ‘Arghh, dari aku teringatkan perangai Aqil yang menyakitkan hati, baik aku call Faris’ tanpa sedar hati Adriana memberontak sendirian.

            Adriana meletakkan nota kecil di atas meja belajar. Dia berjalan ke katil mahu mengambil telefon bimbitnya. Terasa seperti mahu menghubungi suaminya, mahu meminta sedikit kekuatan sebelum dia memasuki dewan peperiksaan.

            Pantas tangannya mendail nombor telefon suami tersayang, dia melangkah ke arah tingkap yang sudah terbuka luas. Terasa tenang memandang kehijauan hutan, nikmatnya memandang ciptaan Ilahi, subhanallah terlalu menenangkan.

            “Assalamu’alaikum cik abang sayang” sapanya sebelum sempat Faris memberi salam, sedikit teruja suaranya.

            “Wa’alaikumsalam cik sayang manja” usikan dibalas usikan. Bukankah gurauan itu penyeri rumah tangga?

            Adriana sudah tersenyum sendiri, tangannya bermain dengan hujung tudung. Terasa bahagia menjadi isteri untuk suami sesoleh Faris, suami yang sentiasa meraikan dirinya dalam apa jua hal. Suami yang sentiasa mengangkat tinggi maruah seorang isteri, suami yang sentiasa menjadi pelindung kepada dirinya. Alhamdulillah, sangat bahagia dianugerahkan suami sehebat Faris. mampukah ujian bahagia ini mendekatkan diri kepada PenciptaNya sendiri? Mampukah ujian bahagia ini terus kekal dalam bahtera rumah tangganya? Jawapan sudah tentunya tidak!! Kerana akan tiba saatnya nanti ujian musibah itu akan datang bersinggah. Sedangakan manusia yang hebat iaitu baginda Rasulullah juga diuji dalam rumah tangganya inikan pula dia insan biasa.

            Teringat kisah bagaimana Rasulullah diuji dalam rumah tangga baginda. Baginda terpaksa berhadapan dengan kerenah isteri-isteri baginda yang cemburu. Tapi mujurlah lelaki agong pilihan Allah itu bijak mengurus kecemburuan isteri-isteri baginda.

            “Sayang??” Faris menyapa menghentikan lamunan Adriana.

            “Iya..” balas Adriana, lidahnya seolah-olah kaku mahu menuturkan ayat. Hilang terus kata-katanya.

            “Riana nervous ya?? Nanti exam buat betul-betul. Try your best and I know you can do well” Faris terus-menerus menitipkan semangat buat isteri tersayang.

            “Insya-Allah, I will do my best. For Ad Deen, for ummah and of course for you. Insya-Allah I will make you proud with me. I miss you abang” tanpa sedar bibirnya meluah apa yang terzahir di hati. Adriana menepuk perlahan bibirnya, macam mana boleh terlepas ni?? Adriana termalu sendiri, kebiasaannya Faris yang memulakan dulu.
           
            “Miss you too sayang. Dah ready nak jawab exam? Dah breakfast tak?” Faris bertanya prihatin.

            “Insya-Allah dah ready tapi nervous. Alhamdulillah Riana dah breakfast dah, abang?”

            “Alhamdulillah dah, Riana habis exam nanti kita balik Johor nak? Jumpa tok mi dengan tok abah. Diorang rindu dekat sayang”

            Adriana mula terbayangkan wajah Hajjah Zubaidah dan Haji Mansor. Dalam diam ada rindu yang bertandang. Rindu mahu merasa kehangatan kasih sayang orang tua yang sudah dianggap seperti datuk dan neneknya sendiri.

            “Insya-Allah abang, Riana pun rindu dekat tok mi dengan tok abah. Rindu nak makan siput sedut. Haha” Adriana tergelak kecil, teringat kembali saat dia mula-mula belajar memakan siput sedut. Memalukan sungguh apabila teringatkan peristiwa di kampung dulu.

            “Haha, sampai merah-merah muka orang tu sedut siput. By the way, Riana nampak cute masa tu” Faris sudah menghamburkan tawanya.

            Adriana sudah termalu sendiri, ciss sampai hati Faris gelakkan dia? Huhu.. dalam diam Adriana turut tersenyum apabila mendengar tawa Faris yang masih tidak henti-henti itu. Setelah difikir-fikir balik memang lawak pun!! Sah, memang dia sudah memalukan dirinya sendiri.

            “Abanggg, dahlah tu” Adriana menegur lembut.

            “Ok-ok, sorry.. Good luck ya dear” Faris mengalah, kasihan melihat Adriana. Hishh, isteri tengah nak exam, dia boleh bantai gelak pulak kan? Bertuah punya suami..

            “Thanks.. Jazakallah ya zauji. Next time I will call you again. Jangan lupa doakan Riana. Assalamu’alaikum” sempat pula Adriana menyebut beberapa perkataan dalam bahasa arab.

            “Most welcome honey, Insya-Allah. Wa’alaikumsalam. Love you” sempat lagi Faris menitipkan kata cinta buat Adriana.
           
            Adriana tersenyum, dibalas kata cinta suaminya sebelum menamatkan panggilan.

            “I love you too, three, four, and forever” lantas diletakkan terus telefon, dia termalu sendiri. Owhhh, Adriana Qistina sudah semakin berani!!


Tamat sahaja menjawab kertas Modern Physics mereka tengah hari itu, Adriana dan Iman sama-sama melangkah keluar dari dewan peperiksaan. Alhamdulillah, selesai sudah satu kertas peperiksaan, tinggal lagi empat sebelum mereka sama-sama menamatkan pengajian mereka. Alhamdulillah Allah mempermudahkan Adriana menjawab soalan Modern Physics tadi.

            Sedang asyik Adriana memasukkan kembali peralatan tulisnya ke dalam beg, dia ditegur dari belakang.

            “Hai Riana, macam mana paper tadi? Mesti ok right?” tegur Aniq. Aniq merupakan ketua kelas mereka merangkap sahabat baik Aqil. Aniq dan Aqil ibarat kembar, ke mana sahaja pergi selalu bersama. Seperti dia dan Iman juga.

            Adriana melemparkan senyuman. Senyuman kepada seorang sahabat, jika dia bermuka masam nanti dianggap sombong pula. Lagi pula bukankah Islam selalu meraikan ukhuwah selagi ianya tidak bertentangan dengan syariat.

            “Alhamdulillah, ok. Kau?” tanya Adriana pula, soalan dilontarkan agar tidak nampak terlalu hambar ukhuwah itu.

            “Alhamdulillah, ok. Eh, aku gerak dulu. Good luck for next paper” balas Aniq meminta diri.

            “Insya-Allah, kau pun good luck weh. Assalamu’alaikum”

            “Wa’alaikumsalam” balas Aniq, tangannya diangkat tanda meminta diri.

            Adriana kembali memasukkan peralatannya ke dalam beg, menyambung kembali kerja yang tertangguh sebentar tadi. Pantas pula tangannya menyandang beg yang berwarna ungu muda.

            Iman menepuk bahu Adriana.

            “Dah?” soal Iman ringkas.

            “Done” balas Adriana.

            Mereka mula melangkah meninggalkan dewan peperiksaan yang masih dikelilingi ramai pelajar. Terpancar riak kelegaan di wajah pelajar apabila telah tamat menjawab pepriksaan berbeza dengan wajah gelisah sebelum menduduki peperiksaan. Kalau sebelum jawab exam nak senyum pun payah berbeza sungguh dengan riak selepas exam.

            “Tinggal empat paper je lagi. Tak sabarnya nak habis diploma ni!!” kata Iman sedikit teruja.

            “Ha’ah, aku pun tak sabar nak cuti sem. Nak sabar nak berdating dengan cik abang sayang” Adriana sudah tersenyum sendiri.

            “Amboiii, plan baik punya ya?” soal Iman diangkat keningnya berkali-kali. Hah, dah sampai mood mengusiklah tu!!

            “Eh, mestilah. Kami mana pernah dating sebelum kahwin, sebab tulah rasa cinta tu ‘meletup’ selepas kahwin. Indahnya cinta apabila telah halal, dapat pahala lagi” Adriana mengangkat keningnya nakal. Apa ingat Iman sorang je boleh buat?? Dia pun boleh ok!!

            “Rasa cinta ‘meletup’ selepas kahwin? Macam ayat Ustazah Fatimah Syarha. Untunglahhh ada cik abang sayang” Iman membalas.

            Belum sempat Adriana membalas, ada suara yang bertanya. Ada jugak orang yang menyampuk perbualan orang lain kan?

            “Siapa yang dah ada cik abang sayang??” soal Aqil serius.

            Eh, mamat ni suka hati saja menyampuk perbualan orang lain kan? Huhu.. sadis betul hidup kalau jumpa mamat ni. Memang tak dinafikan dulu  Adriana pernah meminati Aqil dalam diam. Tapi sekarang dia semakin meluat melihat kerenah Aqil yang tidak matang. Alhamdulillah Allah aturkan Faris menjadi suaminya dan bukannya Aqil. Sungguh cantik aturan Allah. Dia yang Maha Mengetahui apa tang terbaik untuk hambaNya.

            “Hah??” jawab Iman dan Adriana serentak. Pura-pura tidak faham soalan Aqil atau lebih tepat lagi malas melayan kerenah Aqil.

            “Owh, tak apa-apalah. Macam mana exam?” Aqil beralih ke soalan lain pula.

            “Ok” Adriana dan Iman menjawab serentak lagi. Bagaikan berpakat pula mereka. Lagi pula Aqil tak specifickan soalan itu untuk siapa kan? Tak mention pun nama Adriana atau Iman.

            “Jom makan kat café nak?” ajak Aqil selamba. Matanya tetap memandang gadis bertudung labuh itu. Walaupun pakaian Adriana tertutup rapi, tapi dia masih kelihatan cantik di mata Aqil.

Aqil bukanlah seorang lelaki bodoh yang hanya menilai kecantikan wanita mengikut hawa nafsunya. Bukan wanita yang berpakaian ketat dan seksi yang menjadi pilihannya. Sebab bagi Aqil yang tertutup itu jauh lebih indah. Lebih terselamat dari pandangan buas lelaki-lelaki yang bertuhankan nafsu. Dia tidak sanggup jika bakal isterinya menjadi tatapan mata-mata buas lelaki lain. Sebab itu jugalah dia bersungguh-sungguh mahu mendapatkan Adriana. Gadis yang berpakaian sopan dan gadis yang sangat menjaga maruah diri.

“Owhhh, takpelah. Balik dulu” Adriana pantas menarik tangan Iman.

“Emm, Assalamu’alaikum” kecewa lagi Aqil kali ini. Tapi dia takkan berputus asa.

“Wa’alaikumsalam” balas mereka serentak.

Iman menarik kembali tangannya, sakit apabila ditarik kuat oleh Adriana tadi.

“Sorry Iman” Adriana memohon maaf, sedar kesilapan diri. Tak pasal-pasal Iman jadi mangsa. Kasihannya Iman.

  “It’s ok” Iman tersenyum.

   “Eh, jom pergi café, aku laparlah” Adriana mula merengek.

   “Tadi kata tak nak pergi café” balas Iman pelik, tadi beriya-iya tak nak ke café apabila dipelawa Aqil, sekarang lain pula. Adriana, Adriana… 
             
“Tadi lain, jomlah aku lapar ni. Lepas tu teman aku pergi kedai dekat atas. Nak beli roti dengan coklat” Adriana membalas. Kecur air liur dia apabila terbayang coklat Cadbury blackforest yang besar tu!!

Iman sudah garu kepala yang tidak gatal. Dia salah dengar ke? Kuatnya Adriana makan. Overstress ke apa minah ni? Stress sebab exam atau stress sebab Aqil??

“Iman, cepatlah. Aku lapar ni. Tak kesian dekat aku ke??” Adriana sudah tayang muka comel, nak mintak simpatilah tu..

“Yelahhh… kau tak breakfast ke pagi tadi??” soal Iman pelik. Memang pelik tengok selera Adriana yang luar biasa.

“Dah.. kenapa?” Adriana melangkah laju. Tak sabarnya nak makan coklat.

“Takde apa-apalah. But you look so weird today”

“Apa yang pelik??” Adriana masih melangkah laju.

“Forget it, nothing” Iman garu kepala yang tak gatal.

4 comments:

  1. menarik..
    just ask..ni tgh edit blog ke??cb mlm td background lain ari lain.. but it nice

    ReplyDelete
  2. yeay..msti Adriana dah preggy...kuat semacam je dia mkn...
    keep it up Nisa.. Kak Aisya suka baca SE ni..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum semua dn terutama pada tuan punya badan blog nie..nok kbor n nok komen je ckit nie... sy bru bace mlm nie kisah SE nie..xtau wape bab dh bace..tp sy xtau sy bace start dari awal @ tgh @ akhir???.. nk petunjuk ckit tuk bace dari start until latest bab..agar sy blh manfaat ilmu dan hayati kisah cinta Ilahi nie.. ape2pom... novel kisah SE ni..TERBAIK...semoga ALLAH S.W.T rahmati hidup Admin dan sekeluarga...Amin.. #maaf klu ad saloh bahase dlm (kbor&komen) sy ni..org ganu..UAI kbor bahasa no.2 dunia slps bahase Arab..hihihi..(gurauan) k..slmt semua nya... ASSALAMUALAIKUM!!!

    ReplyDelete