Monday 15 October 2012

Suami Ekspress 33




BAB 33

Pagi itu awal-awal lagi Adriana dan Faris bertolak ke Cameron Highlands. Mahu menghabiskan hujung minggu mereka di tanah tinggi tersebut. Namun, sebelum mereka bertolak ke negeri Pahang itu, sempat pula mereka singgah di rumah ummi dan abi Faris. Adriana mahu menjenguk sebentar ummi dan abinya.

Adriana tersenyum sendiri apabila teringatkan perbualan dia dan Hajjah Mardhiyah pagi tadi. Umminya itu bersungguh-sungguh mengajak dan mengingatkan dia dan Faris turut serta mengikut keluarga mertuanya itu ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah.

            “Riana, nanti kamu dan Faris ikut ummi dan abi ke umrah ya? Nanti dekat sana ummi nak doa supaya ummi cepat-cepat dapat cucu” ujar Hajjah Mardhiyah sambil tersenyum penuh makna.

Cucu?? Adriana telan air liur sendiri. Hah, see!! Sampai ke situ umminya sudah berangan-angan. Tipulah, kalau dia tidak punya angan-angan mahu mempunyai zuriat sendiri, tapi hubungan dan Faris baru sahaja bermula, tiba-tiba Adriana malu sendiri apabila mengingatkan ‘peristiwa’ malam tadi. Panas dirasakan mukanya saat ini.

            “Insha Allah ummi, Riana pun teringin sangat nak ke sana” balas Adriana sambil memeluk erat lengan umminya. Sudah dianggap ummi Faris sama seperti mamanya sendiri. Argghhh, rindu kepada arwah mama bertandang kembali.

            “Nanti dah sampai Cameron, jaga diri elok-elok ya sayang?” pesan Hajjah Mardhiyah lagi, dia mengusap perlahan kepala menantu sulungnya itu. Sungguh kasih sayangnya sudah tumpah pada anak yatim itu.

            “Insha Allah ummi, I will.. nanti kat sana Riana beli buah strawberi banyak-banyak untuk ummi ya?” Adriana masih memengang erat lengan Hajjah Mardhiyah.

            “Eh, kenapa buah strawberi? Siap nak beli banyak-banyak lagi..” tanya Hajjah Mardhiyah pelik.

Adriana sudah tergelak kecil melihat telatah umminya, telatah persis seperti Faris. sudahlah raut wajah suaminya mewarisi wajah ummi, perangai mereka juga sama. Mana tidak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi kan?

            “Sebab ummi ‘sweet’ macam buah strawberi…..” ujar Adriana mengusik.

            “Ishhh, ada-ada jelah kamu ni” balas Hajjah Mardiyah malu.

            “Amboii sayang, bahagianyaa.. dari tadi asyik senyum je, tak nak share dengan abang ke?” tegur Faris.

Terbang semua kenangan dia dan umminya pagi tadi. Sekarang hanya tinggal dia dan Faris dalam perjalanan ke Cameron Highlands. Wahhhh, sempat pula dia termenung sedangkan ada Faris di sebelah, haishhh bertuah betul dia ni!!

            “Riana saja je senyum, kenapa tak boleh eh?” ujarnya mahu menutup malu sendiri.

            “Eh, mestilah boleh kalau isteri solehah abang ni nak senyum. Smile is sunnah right? Abang lagi suka kalau Riana tersenyum, manisss sangat. Sejuk mata, qurrotu a’yun” balas Faris sambil mengenyitkan matanya.

Adriana sudah tergelak kecil, nakal sunggu suami solehnya itu. Adriana memerhati wajah Faris dari tepi, Faris nampak sangat berkarisma. Cehhh, sah matanya sudah tak berapa nak ok sekarang!! Dengan hanya memerhati cara Faris memandu dia sudah mengatakan suaminya berkarisma??

‘Ishh, Adriana kau kena cepat-cepat jumpa pakar mata ni’ monolog hatinya sendiri, tergeleng-geleng kepalanya memikirkan perangai sendiri. Sah, dia dah jatuh cinta dengan Mr. Faris!!
           
            “Sayang kenapa pulak ni? Tadi senyum sorang-sorang. Ni tergeleng-geleng pulak kepala tu.. Are you okay my dear?” soal Faris pelik, macam-macam kerenah isterinya itu.

Adriana malu sendiri, hah kan dah kantoi lagi.. wahai badan, sila jangan malukan tuan anda sendiri!! Huhu..

            “Eh, Riana ok je abang. Abang, boleh kalau Riana nak tanya something dekat abang?” pinta Adriana perlahan.

            “Insha Allah, anything for you sayang”

            “Abang, abang bahagia dengan Riana?” soal Adriana.

            “Alhamdulillah, bahagia sangat sayang. Ada isteri solehah seperti Riana mana mungkin abang tak bahagia. Bukankah Rasullulah sendiri sudah berpesan, dunia itu perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah. Abang bahagia sangat sebab ada seorang isteri solehah di samping abang, seperti bahagia Ali di sisi Fatimah”

Adriana sudah terharu, alangkah bahagianya wanita di dunia ini jika mempunyai seperti Faris, lelaki yang mengangkat tinggi martabat seorang wanita solehah. Lelaki yang menjadi pelindung kepada isterinya sendiri. Pantaskah dia untuk lelaki seperti Faris?? Dia sangat bersyukur dikurniakan insan soleh sebagai suami, imam yang bakal membimbingnya ke Firdausi Ilahi kelak. Insha Allah..

Teringat Adriana pada sebuah lagu nasyid nyanyian dari kumpulan Dehearty yang bertajuk wanita. Lagu yang dihasilkan khas untuk insan yang bergelar wanita.

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

Wanita insan istimewa, diciptakan dari rusuk lelaki, bukan dari kaki untuk dialasi. Bukan juga dari kepala untuk dijunjung, tapi dekat di bahu untuk dilindung, dekat jua di hati untuk dikasihi. Dan, Alhamdulillah dia dikurniakan seorang imam yang betul-betul mengasihi dan melindungi dirinya.

            “Riana bahagia hidup dengan abang?” soal Faris pula.

Adriana menghadiahkan senyuman manis sebelum dia menjawab soalan Faris.

            “Mestilah Riana bahagia sangat-sangat ada suami sesoleh abang. Suami yang mengangkat darjat isterinya, suami yang melindungi maruah isterinya sendiri. Alhamdulillah, bahagia sangat-sangat, seperti bahagianya Zulaikha di sisi Yusuf A.S” ucap Adriana sambil memegang lembut bahu Faris.

Perjalanan mereka yang mengambil masa kira-kira dua jam setengah itu akhirnya tiba juga di tanah tinggi yang bersuhu sejuk itu. Cameron Highlands merupakan antara pusat peranginan terkenal dan terletak di negeri Pahang, di tengah-tengah Banjaran Titiwangsa, yang berada pada 1524 meter dari aras laut.  Pohon-pohon hijau sepanjang perjalanan tadi sungguh memberi ketenangan, jauh dari bangunan-bangunan tinggi. Sungguh ciptaan Ilahi itu jauh lebih indah dan menenangkan dari ciptaan manusia itu sendiri.

Mereka singgah check in di hotel penginapan dahulu untuk membersihkan diri dan berehat sebelum menyambung rancangan dan agenda untuk berbulan madu. Adriana memerhatikan kawasan Equatorial Hotel yang terletak bersebelahan dengan kawasan membeli belah Kea Farm. Lama sungguh dia tidak pergi ke Cameron Highlands, kali terakhir dia pergi ke kawasan tanah tinggi ini kira-kira lima tahun lalu. Itupun ketika mengikuti rombongan anjuran pihak sekolahnya. Sudah jauh berbeza Cameron Highlands yang dahulu dan sekarang. Kini, sudah banyak bangunan yang didirikan dan suhu Cameron Highlands tidak sedingin dahulu. Kalau dahulu, kesejukan di tanah tinggi itu mencengkam hingga ke tulang tapi sekarang tidak lagi. Mungkin akibat pemanasan global dan kurangnya tumbuhan. Ohhh, sikap manusia itu sendiri menjadi punca rosaknya alam ini.

            “Sayang, petang ni kita singgah ladang teh and strawberi yaa?” ajak Faris sesudah mereka solat berjemaah bersama.

            “Ok my hero!!” balas Adriana sambil melipat kembali telekungnya. Dikerlingnya jam di dinding, sudah pukul dua petang. Rasa ingin melelapkan mata sebentar sebelum mereka meneruskan agenda petang nanti.

            “Sayang, mari sini” ajak Faris sambil memanggil Adriana untuk sama-sama merebahkan badan di atas katil queen size itu.

Adriana melangkah perlahan ke arah Faris, diletakkan kepalanya di atas lengan Faris untuk dijadikan bantal. Matanya memandang siling, segan dengan kedudukan mereka yang sangat hampir. Sebelah lagi tangan Faris bermain-main dengan tangannya. Alahaiii, romantiknyaa my hero ni!! Huhu..

            “Sayang, abang bahagia sangat-sangat ada isteri solehah macam Riana. Alhamdulillah, bahagianya rasa cinta yang Allah campakkan dalam diri hambaNya, lagi bahagia jika cinta itu pada yang berhak. Pada yang halal..” Faris mengucup perlahan tangan Adriana. Sungguh dia bahagia!!

            “Riana lagi, lagi dan lagiiii bahagia ada suami seperti abang” balas Adriana tidak mahu mengalah.

            “Alhamdulillah sayang, segala puji Tuhanmu. Dia yang anugerahkan bahagia ini, moga ujian bahagia ini semakin mendekatkan kita dengan Dia. Sayang abang tak sabar nak tunggu mujahid agama a.k.a Faris dan Adriana’s junior ni” ujar Faris penuh mengharap, diambilnya pula tangan dia dan Adriana lalu diletakkan perlahan di atas perut isterinya. Moga mujahid agama dan ulama’ Islam yang dinanti akan lahir juga. Ulama’ dan mujahid yang bakal memperjuangkan Islam, yang bakal menaikkan martabat agama..

            “Insha Allah, jika ulama’ yang dinanti seorang mujahid, biarlah semangat Solahuddin Al Ayubi mengalir dalam jiwanya. Dan jika ulama’ yang dinanti seorang mawar agama biarlah semangat mujahidah Asiah isteri Firaun mengalir dalam jiwanya..” ujar Adriana sambil mencipta angan.

            "Wahai Tuhanku Kurnialah kepadaku dari sisiMu keturunan yang baik, sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar do'a permohonan" sempat Faris membisikkan doa dari surah Ali Imran, benar harapannya untuk memiliki zuriat kian menggunung tinggi.

10 comments:

  1. sweet..cepat la diorg ni dpt ank..mcmana gaya riana pregnant yek?mest kiut..hehe

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. insha Allah, aplikasikn sunnah dlm rumah tangga :D thanks awk

      Delete
  3. sweet nye dapat suami cam ni,,,,,,,,moga cepat dapt zuriat ariana,,,,,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. insha Allah, nantikan Adriana n Faris's junior ya.. thanks awk :D

      Delete
  4. Replies
    1. sweet eh? Faris n Adriana mmg 'sweet' mcm gula2 :D thanks sis sudi bce n komen :D

      Delete
  5. indah dan bahagianya rumahtangga yang berimamkan suami yang taat pada perintah Allah...sesungguhnya semua wanita mengimpikan suami yang benar2 memahami hukum dunia dan paling penting hukum akhirat...

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete