Friday 15 June 2012

Suami Ekspress 25


BAB 25

Malam itu, usai sahaja kenduri tahlil dan solat isyak berjemaah di rumah Hajjah Mardiyah, Adriana mula mengatur langkah ke dapur. Mengemas dan membersihkan apa yang patut. Hatinya sudah lapang kini, mujurlah marah Faris tidak lama. Dia bersyukur dikurniakan lelaki sebaik Faris, tepat pilihan arwah papanya dahulu. Hanya kesyukuran yang mampu dipanjatkan ke hadrat Illahi kerana dikurniakan lelaki sebaik Faris, Alhamdulillah Ya Robbul Izzati.

Kakinya melangkah ke arah sinki dapur, mahu membasuh pinggan mangkuk yang kotor. Kasihan umminya dan Irah yang sudah bertungkus lumus petang tadi. Dia tidak mahu hanya duduk goyang kaki sedangkan kenduri ini untuk arwah mama dan papanya. Kalau arwah papa dan mamanya masih ada sekarang tentu mereka bangga dengan sikap Faris dan sikap keluarga Faris.

Sedang dia leka membasuh pinggan di dapur, tiba-tiba pinggangnya dipeluk erat dari belakang. Mujurlah tidak terlepas pinggan di tangan. Tanpa menoleh kepada si empunya diri, dia sudah tahu si empunya diri. Dia pasti suaminya yang sedang memeluknya dari belakang, siapa lagi yang berani memeluknya selain suami sendiri? Tambahan pula dia kenal sangat bauan minyak wangi suaminya.

            “Sayang basuh pinggan ya? Nak abang tolong?” Faris mengeratkan lagi pelukan di pinggang isterinya.

Adriana sudah rimas dengan pelukan suami sendiri, malu pun ada. Kalaulah ummi dan Faathirah masuk ke dapur saat ini, tak ke malu dia dan Faris? Ishh, Faris ni pun!! Kita malulah awak, aiyaaa…

            “Taklah Riana tengah basuh baju ni. Nak tolong ke? Tolong duduk jauh-jauh sikit, pergi duduk kat kerusi tu” Adriana memuncungkan mulutnya ke arah kerusi yang terletak di penjuru dinding. Haishh, dah tahu orang tengah basuh pinggan, mahu tanya lagi. Ayoyo…

            “Amboi loyar buruk eh?” Faris mula merungkaikan pelukan.

Adriana menarik nafas lega. Yakin yang Faris tidak akan mengacaunya lagi. Dia kembali meneruskan kerjanya yang terhenti sebentar tadi. Badannya juga sudah letih kerana tidak dapat rehat yang mencukupi. Tak sabar rasanya mahu melepaskan lelah di atas katil. Bahagianya kalau dapat tidur saat ini..

Faris hanya memerhati Adriana yang lincah membasuh pinggan mangkuk. Bosan pula jika hanya ‘tolong lihat’ sahaja. Lantas kakinya diatur ke arah sinki, mahu menolong apa yang patut. Disinsingkan pula lengan baju melayunya. Sedia untuk membantu Adriana membilas pinggan mangkuk.

            “Eh, abang tak payahlah tolong. Ni kerja Riana. Abang pergi duduk kat sana” arah Adriana. Ishh, Faris ni rajin sangat tolong dia. Dia segan sebenarnya lagi pula bukan susah sangat nak basuh pinggan ni.

            “Siapa kata ni kerja Riana? Ni kerja siapa yang mahukan pahala lebih” balas Faris tanpa menghiraukan kata-kata isterinya. Diambilnya juga pinggan lalu dibilasnya pinggan tersebut.

            “Hah kalau macam tu Riana nak pahala lebih, abang pergi berehat kat atas ya” arah Adriana lagi, dia menolak perlahan tubuh suaminya. Hisshh, kenapa Faris ni sweet sangat? Ohh, hatiku sudah tertawan, hehe…

            “Takpe-takpe abang sedekahkan pahala abang untuk Riana sekali ya” Faris masih tidak mahu mengalah. Apa salahnya dia menolong isteri sendiri di dapur, sedangkan rasul mulia selalu membantu isteri baginda.

Adriana tidak mampu menghalang kehendak Faris, biarlah suaminya menolong. Cepat sedikit kerjanya selesai, lagi pula badannya sangat letih hari ini.

Faris memercikan sedikit air ke arah isterinya setelah mereka selesai membasuh pinggan. Sengaja ingin bergurau dengan isteri sendiri. Dari tadi hanya wajah letih Adriana yang dilihatnya, mahu juga melihat senyuman di bibir gadis kesayangannya itu.

Adriana sudah merengus geram. Habis basah mukanya, takpe-takpe. Ada lori ada bas, ada masa akan kubalas. Eh betul ke? Huhu.. bushhh.. disimbahnya pula air ke baju melayu berwarna unggu muda suaminya. Hehe…

            “Ohh main simbah air kat baju ya? Kasar nampak, abang percik air kat muka je tau!” Faris menyimbah pula air ke baju Adriana. Bushhh.. mereka sama-sama basah!! Aiyaa….

Adriana masih tak berpuas hati dengan suaminya, disimbah pula air ke rambut suaminya. Hahaha Nampak ‘comel’ Faris bila kena simbah dengan air. Huru-hara dapur ummi dibuat mereka.

Faathirah mendengar riuh rendah suara abangnya dan kakak iparnya di dapur. Kakinya melangkah ke dapur, mahu melihat apa sebenarnya yang terjadi.
                       
            “Ya Allah, habis basah dapur ummi ni” terjerit Faathirah apabila dilihatnya lantai dapur basah. Apa kena agaknya abang dan kakak iparnya? Macam budak-budak!!

Adriana dan Faris terkaku mendengar jeritan Faathirah. Hilang terus tawa mereka apabila melihat lantai dapur yang basah. Eh, macam mana boleh basah lantai dapur ni? Siling dapur bocor ke? Hehe..

            “Ya Allah.. Along dengan Kak Riana pun basah juga?” bebel Faathirah lagi. Habis basah baju kakak ipar dan abangnya itu. Hisshh, bukan budak-budak lagi dorang ni, nak jadi mak bapak budak dah!! Aiyoyo..

Adriana sudah tersipu malu, Faris lah punya pasal ni, dengan dia-dia sekali terlibat, huhuhu.. eh, tapi bukan salah dia jugak ke?

            “Apa yang bising-bising ni Irah? Dari depan lagi ummi dah dengar suara kamu” muncul pula Hajjah Mardhiyah.

            “Ummi tengoklah along dengan Kak Adriana tu” tunjuk Faathirah.

Mengucap panjang Hajjah Mardhiyah apabila dilihat anak menantunya yang sudah basah kuyup tika itu. Bibirnya mengukir senyuman, biasalah pengantin baru. Dia juga pernah merasa saat manis pengantin baru.

            “Sudah-sudah pergi mop lantai ni. Irah pergi ambil towel untuk abang dengan kakak kamu tu” arah Hajjah Mardiyah, kakinya kembali diatur ke ruang hadapan.

            “Hah, along mop lantai ni. Macam budak-budaklah along ni” marah Faathirah, kakinya melangkah jua ke bilik abangnya, ingin mengambil tuala untuk abang dan kakak iparnya.

Adriana mengangkat ibu jarinya kepada Faris, padan muka!! Hehe.. Dia masuk ke bilik air di ruang dapur itu, mahu membuka tudung dan mengeringkan rambutnya. Habis basah baju dan tudungnya.

Faris hanya memerhatikan langkah Adriana yang semakin meninggalkannya. Tersenyum sendiri apabila teringatkan peristiwa tadi. Dapat juga dia melihat senyuman di bibir isterinya. Isteri solehahku, ayuh sama-sama kita kejar redha Illahi untuk meraih syurga Illahi..

Faris mengambil mop dan dia mula mengelap lantai dapur yang basah. Dia tidak kisah jika terpaksa bersusah payah asalkan dia mampu mengembalikan senyuman di bibir permaisuri hidupnya. Sambil mengemop lantai dia mula menyanyi nashid lagu kumpulan kesayangannya UNIC iaitu lagu Hanya Tuhan Yang Tahu. Batang mop dijadikan pula sebagai mikrofon, ini solo nashidlah beb!! Hehe..

Ku pendamkan perasaan ini
Ku rahsiakan rasa hati ini
Melindungkan kasih yang berputik
Tersembunyi di dasar hati

Ku pohonkan petunjuk Ilahi
Hadirkanlah insan yang sejati
Menemani kesepian ini
Mendamaikan sekeping hati

Oh Tuhanku
Berikanlah ketenangan abadi
Untukku menghadapi
Resahnya hati ini mendambakan kasih
Insan yang ku sayang

Di hati ini
Hanya Tuhan yang tahu
Di hati ini
Aku rindu padamu
Tulus sanubari
Menantikan hadirmu
Hanyalah kau gadis pilihanku

Kerana batasan adat dan syariat
Menguji kekuatan keteguhan iman
insan yang berkasih

Adriana hanya tersenyum dari dalam bilik air apabila terdengar suara suaminya menyanyikan lagu nashid tersebut, aishhh semangatnya mamat ni menyanyi. Eh tapi sedap jugak suara dia, hehe.. bibirnya mula mengukir senyuman. Dia memang sudah jatuh cinta dengan ‘suami soleh’ aka Mr. Farisnya.

Malam itu tika Adriana mahu merebahkan badannya ke katil, telefon yang terletak di sisi katil bergetar tanda ada pesanan sms yang masuk. Dengan malas dicapainya juga gajet yang berwarna pink tersebut, membuka mesej dari sesorang yang tidak dikenalinya, unknown number…..

-Assalamualaikum, Riana.. Sy nak mintak maaf pasal pg tadi- Aqil

Terus Adriana menekan butang delete, mahu dipadam terus mesej dari lelaki itu. Mana Aqil dapat nombornya? Patut ke dia berterus terang memberitahu statusnya kepada Aqil? Aarrgghhh kusut fikirannya saat ini. Aqil pula bagai tidak mengerti hint yang diberikan, masih tidak berputus asa mengejar cintanya. Apa motif lelaki itu menghantar mesej kepadanya pada lewat malam sebegini? Dah takde kerja ke? Bagi Adriana lelaki yang baik tidak akan menghantar mesej pada lewat-lewat malam sebegini. Runsing fikirannya memikirkan sikap lelaki itu.

Akhirnya, Adriana terlena juga bersama persoalan yang masih belum terjawab, moga esok Illahi menunjukan jalan menyelesaikan masalah yang timbul. Dia sudah lelah melayan kerenah lelaki itu.

Aqil hanya termenung di meja study, sengaja dia menghantar sms kepada Adriana. Puas dipujuknya Aniq iaitu ketua kelas mereka supaya memberi nombor telefon Adriana kepadanya. Ya, dia tidak akan berputus asa mengejar cinta gadis itu. Biarlah dimarah atau diherdik gadis itu, dia tidak akan sesekali berputus asa!! Gadis ‘semahal’ Adriana memang sukar dicari sekarang, biarlah dia yang memiliki cinta gadis itu.

Sikap malu dan tegas gadis itu membuatkan hatinya bertambah terpikat. Dia mahu memiliki cinta gadis yang meletakkan harga diri mereka di tempat yang tertinggi, bukan di tempat yang paling bawah. Kebanyakan gadis kini sewenangnya memberi cinta dan maruah mereka kepada yang tak berhak memiliki. Dia yakin Adriana bukan gadis seperti itu dan dia tidak akan berhenti untuk mengejar cinta Adriana.

Adriana seorang yang lembut tapi tegas dengan pendirian, teringat dia tentang sebuah puisi mengenai kelembutan yang wanita miliki.

Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli ,
 Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti,
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan,
 Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati.

            ‘Aku yakin satu hari nanti kau akan jatuh cinta dengan aku Riana’ bisiknya perlahan.

5 comments:

  1. alamak,tgh syokk baca, abis plak..:),riana ni kene bg tau aqil yg die dh kawin, baru aqil x kacau die, tp nnt cter cpt abis la pulak..hehe

    ReplyDelete
  2. harap ini bukan ending nya, pls pls sambung lagi

    ReplyDelete
  3. kak nisa..
    please..
    nak lagi.. :)

    ReplyDelete
  4. hee ~ sweetnya suami soleh and isteri solehah ! =)

    syaza

    ReplyDelete