BAB
17
Hari
ini hari pertama kuliah Adriana bagi semester ini. Sedar tak sedar
hanya tinggal satu semester sahaja lagi sebelum dia menamatkan
pengajiannya di peringkat diploma ini. Kelasnya pagi ini akan bermula
pada jam 11 pagi nanti.
Adriana
hanya duduk termenung di tepi tingkap biliknya. Memerhati kehijauan
hutan yang menghadap biliknya. UiTMnya memang terletak jauh dari
kesibukan kota, dikelilingi hutan. Walaupun sudah hampir jam 10 pagi,
tetapi kesejukan pagi masih terasa. Adriana menghitung pula masa-masa
lalunya, begitu pantas masa berlalu. Sudah hampir dua bulan usia
perkahwinannya dah hampir dua bulan jugalah mama dan papanya
meninggalkan dia. Tiba-tiba dia teringatkan suaminya, bagaimanna
agaknya keadaan lelaki itu? Maklumlah kali pertama berpisah semenjak
mereka mendirikan rumahtangga. Dia teringat kembali perbualannya dan
Faris pada malam sebelum dia pulang ke universiti.
Malam
itu sesudah mereka makan malam bersama, makan malam yang sangat
simple iaitu ikan goreng dan tom yam campur. Akhirnya dia berjaya
juga masak lauk untuk suaminya.
“Abang,
ok tak lauk tadi? Ke ada yang kurang?” soal Adriana risau. Dia
bukannya master sangat dalam bab memasak ni, selesaikan soalan
calculus pun rasanya lagi senang!!
“Ok,
sedap je.. Pandai isteri abang ni masak, dah boleh jadi chef dah ni”
jawab Faris sambil mengusap perlahan kepala isterinya, sudah terbiasa
mengusap kepala adiknya, Faathirah.
“Betul
ni??” soal Adriana tak percaya. Dia perasaan mimik wajah suaminya
ketika makan tadi, macam orang dipaksa makan ubat.
“Betullah
sayangg” ujar Faris, sengaja ditekannya perkataan sayang itu.
Adriana
bangun, duduk menghadap Faris. Mencari kejujuran pada anak mata
suaminya. “Abang, Riana tak kisahlah. Baik abang jujur je, Riana ni
open minded lah. Tak sedap eh lauk yang Riana masak tadi?” soal
Adrian, masih belum berpuas hati dengan jawapan suaminya sebentar
tadi. Dia yakin, suaminya sengaja ingin menjaga hatinya.
“Eh,
sedap je masakan Riana, tapi kalau kurangkan lagi masam tom yam tu
lagi sedap” ujar Faris sambil tersenyum.
“Hah,
Riana dah agak dah. Masam eh tom yam tadi? Lain kali Riana akan
kurangkan masam tom yam tu. Don't worry lah, Riana open minded lah.
Kalau abang nak tegur, tegur je ok? Abang, Riana ada something nak
tanya abang” soal Adriana.
“Ok.
Soalan apa Riana? Jangan kata Riana nak tanya abang soalanorganic
chemistry masa-masa cuti semester ni” jawab Faris. Adriana ni bukan
boleh percaya sangat.
“Haha,
abang ni. Agak-agaklah kalau Riana nak tanya soalan organic pulak, of
courselah bukan. Ishhh, abang ni pun. Kenapa eh abang sanggup nak
terima permintaan papa? Sedangkan kita tak pernah kenal pun.
Mustahillah abang takde awek” soal Adriana jujur. Dia pelik orang
sekacak dan sebaik Faris memilih dirinya.
“Riana
pernah dengar cinta ba'da nikah? Cinta selepas kahwin? Abang memang
dah berazam dalam diri abang sendiri yang abang nak bercinta selepas
kahwin. Pada cara dan jalan yang halal” ujar Faris tenang.
Adriana
terkedu mendengar jawapan dari mulut Faris, tak sangka masih wujud
lagi pemuda seperti Faris. “Ohhh, maknanya abang tak pernah
bercintalah ni?” soal Adriana lagi.
“Siapa
kata, abang tak pernah bercinta? Sekarang ni abang tengah
bercintalah. Cinta ba'da nikah, dengan isteri abang ni” jawab
Faris, dicubitnya sedikit pipi Adriana.
“Ehh,
abang ni. Kenapa nak cinta selepas nikah? Bukan ada ke cinta yang
halal sebelum nikah?” soal Adriana inginkan kepastian.
“Memang
ada cinta yang halal sebelum nikah, tapi yang haramnya lebih banyak
dari halalnya. Cuba Riana fikir, bila seseorang tu selalu teringatkan
kekasih dia, walaupun diorang tak pernah pegang tangan, bersentuhan.
Tapi, diorang dah lakukan zina hati tanpa diorang sedar. Bagi abang,
kalau nak bina masjid, biarlah berpandukan syariat Illahi dan
utamakan redha Allah” terang Faris sambil tersenyum. Faham kerenah
anak muda zaman sekarang.
“Ohhh,
so, abang nak cinta ba'da nikah la ni?” tanya Adriana.
“Mestilah
sayang, apa yang Allah haramkan sebelum kahwin tu amatlah sedikit
kalau nak dibandingkan apa yang halalnya selepas kahwin. Sebelum
kahwin kalau cium anak dara orang dapat dosa, tapi kalau dah kahwin
cium isteri dapat pahala. Macam ni...” lantas diciumnya sedikit
dahi Adriana.
Adriana
sudah mula malu dengan perlakuan suaminya. Hah, Faris kalau bab-bab
explaination ni memang master, siap bagi example lagi. Maklumlah
lecturer.. Haishhh...
“Tapi,
tipulah kalau abang kata hati ini tak pernah sukakan seseorang. Tapi
mohonlah pada Allah agar salurkan rasa cinta ini pada yang berhak
memiliki, pada cara dan jalan yang halal” ujar Faris lagi.
“Ohhh,
kiranya pernah jugalah pendam perasaan eh?” tanya Adriana. Tipulah
kalau dia tak cemburu kalau suami sendiri mengaku pernah sukakan
seseorang. Tapi, dia yakin Faris bukanlah jenis lelaki yang memainkan
perasaan wanita. Lihat sahajalah bagaimana layanannya terhadap umi
dan Faathirah, sangat melindungi wanita!!
“Haha,
kisah lama jelah Riana. Zaman budak-budak dulu. Eh, cemburu ke?”
usik Faris.
“Tak
pun. Riana open mindedlah abang. Riana pun pernah sukakan seseorang”
jawab Riana jujur. Teringat pula kepada Aqil. Hah, hanya tinggal
sejarah, selamat tinggal Aqil!!
“Amboi
isteri abang ni. Sekarang jangan minat kat sesiapa lagi tau. Ingat
abang je, dapat pahala” jawab Faris.
Adriana
tersentak dari lamunan apabila mendengar bunyi handphone di atas
katil. Hilang terus memorinya bersama Faris. Diambilnya handphone di
atas katil. Mesej dari Faris.
Assalamualaikum,
Riana comot. Hehe... Good luck for your new semester :D jgn
nakal-nakal tau -Faris-
Adriana
hanya tersenyum menatap handphone di tangan. Tak romantik langsung!!
Hehe... Laju tangannya membalas mesej Faris.
p/s: without edit :D akn ade smbgnnya secepat mungkin.. myb nisa akn post smpai bab 20 je before cuti sem start on 10th june ni.. insha Allah.. :) after new sem bkk, myb 1 week, 1 entri.. doa2kn lah eh? moga Allah pmudahkan
Wah tak sabarnye . Hmm yg ni pendek je kan :-(tak puas. ;-) good luck. Aja aja fighting!!!!!
ReplyDeletethanks sudi bace n komen =)
Delete