Tuesday 22 May 2012

Suami Ekspress 14


BAB 14





Pagi-pagi lagi Faris sudah mengejutkan Adriana bangun solat subuh berjemaah bersama Hajjah Zubaidah dan Haji Mansor. Jam di dinding baru menunjukkan jam 5.30 pagi.


“Riana, bangun. Kita jemaah dengan tok mi dan tok abah” gerak Faris, tangannya mula menarik selimut Adriana.


Adriana masih lena tanpa berkutik sedikit pun badannya. Lena tidur di kampung, sejuknya lain dari di bandar. Rasa malas untuk membuka mata. Sememangnya dia jenis yang susah bangun tidur, jenuh jugalah siapa yang mengejutnya bangun pagi.


“Adriana.... Bangunlahh” Faris mula mendapat idea, didekatkan mukanya ke pipi Adriana, mahu mencium pipi gadis yang sedang lena itu. Biar Adriana serik.


Adriana rasa ada sesuatu yang hinggap di pipinya. Digagahkan juga membuka matanya, alangkah terkejutnya dia apabila mendapati wajah Faris hanya beberapa inci sahaja dari wajahnya. Terus terbuka besar matanya memandang riak tak bersalah Faris.


“Ab.. abang buat apa ni?” soal Adriana gugup, hilang terus kantuknya.


“Buat pahala pagi-pagi ni. Kiss isteri yang susah nak bangun pagi. Kenapa? Ada masalah ke?” soal Faris selamba. Dia mula menjarakkan diri daripada Adriana. Mengelak sebarang kemungkinan yang bakal berlaku. Ada yang nanti dia tergoda dengan isteri sendiri sedangkan subuh akan menjelma beberapa minit lagi. Haishhh..
“Errr...” Adriana mati kata-kata. Selimut ditarik kembali menutup wajahnya yang sedang panas. Banyak cara lain lagi kot nak buat pahala pagi-pagi ni.. Hisshhh 'Mr. Faris' ni.


“Riana, bangun solat subuh jom” ajak Faris.


“Riana tengah cutilah, abang jelah yang jemaah”


“Abang tahulah Adriana tengah cuti, tapi solat tu tak boleh tinggal.. Dah-dah bangun” arah Faris sambil tangannya menarik kembali selimut Adriana.


Adriana garu kepala yang tak gatal. Dah tahu yang dia tak boleh solat tapi Faris ajak jugak dia jemaah kenapa eh? Mazhab mana yang diikut suaminya ni?? “Hah?? Abang ni biar betul?” soal Adriana pelik. Jangan-jangan Faris ni mengikut ajaran sesat tak? Ishh, nauzubillah..


“Betullah, abang tahulah Riana tengah cuti semester. Tapi solat tak boleh tinggal, bukan masa kita belajar je kena mintak tolong dengan Allah, bukan masa susah je nak ingat Allah” nasihat Faris memulakan sesi tazkirah sebelum subuh mereka.


Adriana menepuk dahi perlahan. Alamak!! Dah salah faham pulak mamat ni. Kan pagi-pagi lagi dah kena tazkirah sebelum subuh.


“Errr, maksud Riana, Riana cuti solat. Tak boleh solat, period” jawab Adriana malu.


“Hah?? Yeke? Semalam boleh je? Baru kena eh?” soal Faris jujur.


Eh, pelik sangat ke datang period? Itulah hal semalamlah Faris. Aduish, Faris ni pun satu, ada ke tanya soalan macam ni.


“Haah. Abang jemaah jelah denga tok mi dan tok abah” jawab Adriana berniat ingin menyambung kembali lenanya.


“Benda tu ada tak? Nak abang beli ke?” soal Faris prihatin.


Benda?? Benda apa pulak Faris merepek ni?. “Benda apa maksud abang?” soal Adriana kurang mengerti maksud suaminya.


“Alaahh, benda yang Adriana patut pakai time datang period. Ada tak? Nak abang beli? Rasanya dalam rumah ni takde. Tok mi dah tak pakai dah” Faris menyoal kembali.


Tergelak kecil Adriana dengan perangai Faris ni. Ermm, nama je dah kerja pensyarah tapi perangainya macam budak-budak belasan tahun. Ingatkan benda apalah tadi. Dia memang sudah menyediakan 'benda' tu awal-awal lagi, lagi pula memang dah sebulan dia tak datang period.


“Adalah. Kalau tak ada, Riana dah suruh abang beli” jawab Adriana sambil tersenyum geli hati melihat sikap suaminya.


“Ohh, ok. Abang solat dulu” jawab Faris sempat dia mengusap rambut isterinya.


Adriana hanya memandang langkah Faris yang mahu menuju ke bilik solat di tingkat bawah. Rumah Hajjah Zubaidah merupakan rumah kampung dua tingkat. Bahagian atas rumah masih mengekalkan dinding papan manakala bahagian bawah rumah berdindingkan batu.


Pagi itu Adriana menolong Hajjah Zubaidah menyediakan sarapan. Memang berbeza kehidupan di kampung, rata-rata penduduk sudah bangun seawal pagi. Seawal jam 6.30 pagi lagi Hajjah Zubaidah menyediakan sarapan. Haji Mansor pula sudah ke laut, katanya ingin mencari ikan. Walaupun umur Haji Mansor sudah hampir 75 tahun namun orang tua itu masih gigih mencari ikan. Bosan katanya jika hanya duduk di rumah.


Sedang dia leka mengoreng nasi di atas kuali, pinggangnya dipeluk dari belakang. Menghidu sahaja bau minyak wangi, dia sudah tahu si empunya badan. Nampaknya Faris semakin berani, pagi tadi cium sekarang peluk. Lepas ni apa pulak ye?

“Riana buat apa ni? Kata nak teman abang tengok sunshine kat pantai. Jomlah, kejap lagi terlepas pulak” jawab Faris, masih lagi memeluk isterinya.


“Abang, janganlahh..” Adriana berusaha merungkaikan pautan di pinggangnya. Kalau Hajjah Zubaidah nampak tak ke malu jadinya.


“Hah, Faris jangan kamu menyakat si Adriana ni. Pergi depan sana tu, kesian isteri kamu nak memasak” arah Hajjah Zubaidah.


“Riana, cepat sikit tau. Abang tunggu kat luar” bisik Faris di telinga Adriana perlahan, tangannya merungkaikan pelukan. Tapi sempat pula dia mecuit pinggang Hajjah Zubaidah.


“Ohh, mak kauu rimau, eh rimau pulak” melatah Hajjah Zubaidah apabila diusik Faris. Faris hanya tergelak melihat reaksi tok uminya.


“Astaghfirullah... Ishh, budak ni. Tok mi pun nak dikacaunya” jawab Hajjah Zubaidah perlahan.


“Dah, meh sini tok mi sambung masak. Kamu pergi layan laki kamu tu. Kata semalam nak pergi tengok matahari terbit kan?” soal Hajjah Zubaidah sambil tangannya mengambil senduk di tangan Adriana.


“Eh, takpe tok mi. sikit je lagi ni. Lagipun siapa nak makan sarapan ni nanti” jawab Adriana.


“Takpe, meh tok mi habiskan masak ni. Kamu pergilah layan suami kamu tu, alah nasi ni boleh makan lepas kamu balik nanti. Jangan risau, nasi ni tak lari” usik Hajjah Zubaidah.


“Ok, tok mi. terima kasih” ucap Adriana. Kakinya melangkah ke dalam bilik mencapai tudung dan stokin. Selepas itu, dia melangkah pula ke hadapan rumah, mencari kelibat suaminya. Dilhat elok sahaja suaminya duduk di atas motor.


“Abangg.. Jomlah tengok matahari terbit” ajak Adriana.


“Hah, jomlah. Abang dah lama siap, tinggal nak tunggu isteri abang je” jawab Faris.


Siap apanya, duduk lagi bertenggek kat atas motor ni. Ishhh...


“Lahhh, tunggu apa lagi? Naiklah.. Kita naik motor je, lagipun dekat je rumah tok mi dengan pantai” ujar Faris.


'Whatt?? Naik motor, aduishh aku dah lama tak naik motor ni' desis Adriana sendirian. Kakinya teragak-agak mahu menaiki motor tersebut, rasa gayat pulak.


“Don't worry. Abang ada, naik slow-slow” ujar Faris apabila melihat isterinya teragak-agak mahu menaiki motor. Rupanya banyak benda yang baru diketahuinya tentang diri Adriana sejak mereka datang ke kampung ni.


Akhirnya berjaya juga Adriana menaiki motor, seronok juga mengambil angin pagi. Hilang rasa gayatnya tadi diganti pula rasa teruja melihat pemandangan laut yang terbentang luas di hadapannya kini. Memang rumah Hajjah Zubaidah tidak jauh dari pantai, hanya mengambil masa selama 3 minit sahaja. Kalau hendak jalan kaki pun boleh.


Mereka duduk di atas pasir pandai menghadap laut yang terbentang luas. Terdapat beberapa bot nelayan yang sedang mencari ikan. Rasa tenang melihat ciptaan Allah di hadapannya.


“Riana macam mana duduk kampung ni? Best tak?” soal Faris memecah kebisuan antara mereka.


“Best sangat, banyak benda yang Adriana belajar kat sini” jawab Adriana, matanya masih tidak lepas memandang laut dihadapannya.


“Hehe, termasuk belajar makan siput dan naik motor kan?” usik Faris memandang wajah isteri disebelahnya.


“Haah, Riana tak dibesarkan di kampung, rugi tak dapat rasa suasana kampung” jawab Adriana jujur. Arwah papanya berasal dari bandar. Arwah mamanya pula memang berasal dari kampung tetapi dia jarang pulang ke kampung kerana datuk dan nenek di bahagian sebelah mamanya sudah lama meninggal dunia.


“Abang suka balik kampung ni, kalau masa belajar dulu abang selalu jugak balik. Tapi kena tunggu cuti semester lah” cerita Faris. Dia memang rapat dengan Hajjah Zubaidah dan Haji Mansor.


“Abang dah ada master eh?” soal Adriana, rasa ingin tahu mengenai perihal suaminya.


“Yup, abang ingat nak sambung PhD nanti. Tapi tunggulah dulu, abang baru je kerja. Lagipun pensyarah UiTM wajib ada PhD tau, diorang bagi masa dalam 10 tahun untuk sambung PhD” terang Faris, memang dia berniat mahu menyambung pelajaran nanti. Tapi tunggulah keadaan megizinkan.


“Ohhh, abang memang minat chemistry ke? Kenapa tak ambik physics? Biasanya orang lelaki suka physics, calculation subject” soal Adriana pelik.


“Abang pun minat juga physics, tapi entahlah mungkin ini yang terbaik untuk abang” jawab Faris.


Ya, kita hanya mampu merancang tapi Allah jualah sebaik-baik perancang. Kadangkala kita sangka kita dah merancang dengan baik sekali, tapi jika Allah tidak mengizinkan. Pasti tidak berlaku juga apa yang kita inginkan. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Kadangkala Dia ambil sesuatu yang kita sayang tapi Dia akan menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Seperti Adriana, Allah ambil mama dan papanya tapi Allah gantikan dengan orang-orang yang berada di sekelilingnya kini. Dia ada suami yang bertanggungjawab, ibu bapa mertua yang prihatin, ipar yang mampu mengembirakan hatinya, tok umi dan tok abahnya yang menerima dirinya seadanya. Inilah hikmah Allah di sebalik ujiannya.


“Adriana nak ambik degree apa nanti?” tanya Faris, dilihatnya isterinya ralit melayan perasaan sendiri. Dia tidak mahu Adriana bersedih lagi jika teringatkan kenangan bersama arwah Encik Nazri dan Puan Aishah. Seboleh-bolehnya dia mahu mengembirakan hati Adriana.


“Hah? Adriana ingat nak ambik course pharmacy. Tapi tak tahulah macam mana nanti” jawab Adriana. Memang itulah cita-citanya sejak dahulu lagi.


“Eh, Riana cuba tengok tu. Cantik kan?” soal Faris, matanya memandang matahari yang mula memancarkan cahayanya. Subhanaallah, cantik sangat.


“Haah, cantik. Subhanaallah” hanya itu yang mampu Adriana ucapkan. Hatinya memuji ciptaan Illahi.

3 comments:

  1. ciap tgk mthari trbit ag lps nie mthari tbenam plak ea..da pndai da pluk2 incik faris nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. thanks awk, sudi bace :D mthari tbenam? boleh jee.. hihi :'D

      Delete