Tuesday 22 May 2012

Suami Ekspress 13


BAB 13


Sepanjang perjalanan pulang ke kampung Faris di Mersing, Johor Adriana hanya diam seribu bahasa. Dia ralit memerhatikan kawasan kampung di sekelilingnya. Faris pula lebih selesa memilih jalan luar dari lebuhraya, sengaja ingin mencuci mata melihat suasana kampung. Hanya suara radio yang memecah kesunyian antara mereka. Tiba-tiba lagu buatmu ibu kedengaran berkumandang dari corong radio.


Ibu bergenang air mataku
terbayang wajahmu yang redup sayu
kudusnya kasih yang engkau hamparkan
bagaikan laut yang tak berketepian

biarpun kepahitan yang telah engkau rasakan
tak pula kau merasa jemu
mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
dari kecil hingga dewasa


Air mata Adriana kembali bergenang di kelopak mata, tak sanggup rasanya hendak mendengar lagu itu. Lagu yang menggamit rindu terhadap mamanya. 'Ya Allah, kau tabahkanlah hatiku ini' desis hatinya perlahan.


Faris yang terperasankan riak wajah muram Adriana, terus menutup radio. Biarlah kesunyian melanda di dalam kereta miliknya. Jelas dipenglihatannya gadis itu mengesat air mata yang mula mengalir. “Riana nak singgah mana-mana tak? Nak makan mee bandung Muar?” soal Faris cuba mengusir kesedihan gadis itu.


“Hah? Kenapa abang lapar ke?”


` “Taklah, tapi kebetulan dah sampai Muar ni, elok jugak kita merasa mee bandung kat sini. Riana pernah makan tak mee bandung Muar? Sedap tau” spontan Faris telan liur.


“Riana ok je. Kesian kat abang dah penat memandu, takpe lah kita singgah makan” jawab Adriana simpati. Elok juga mereka singgah makan, dapat juga dia mengambil angin laut di Sungai Muar, menghilangkan seketika rasa sedih yang mula bertamu.


“Ok” Faris mula memakirkan keretanya di hadapan sebuah gerai. Terasa angin laut yang mendamaikan.


Mereka mula melangkah masuk ke gerai makana. Mee bandung sememangnya merupakan makanan yang terkenal di Muar. Siapa yang singgah ke Muar pasti tidak melepaskan peluang untuk menikmati mee bandung ini. Mereka mula memilih meja yang menghadap ke laut.


Suasana mula sepi antara mereka. Masing-masing makan dengan berselera sekali. Petang-petang macam ni, ditambah pula angin laut.. Perghh, tak ingat orang kat sekeliling dah ni.


“Sedap tak?” soal Faris setelah habis sepinggan mee bandung dimakannya.


“Haah, sedap.. Abang selalu makan kat sini ke?” Adriana mula menyedut air sirap di hadapannya.


“Kalau abang dengan umi dan abi balik kampung, kami singgahlah makan kat sini. Eh, Adriana ada tisu tak?” mata Faris meliar mencari tisu, kalau-kalau ada tisu di meja berhampirannya. Hampa, tisu diletakkan di meja kaunter di hadapan.


“Ada, kejap Adriana ambik dalam beg ni” jawab Adriana sambil melongkar beg tangannya. Dihulurkan tisu kepada Faris.


Faris menyambut tisu yang dihulurkan, lantas diambilnya sehelai. “Ish, sayang abang ni.. Dah besar pun makan comot lagi” Faris mengesat sisa mee bandung yang tertinggal di hujung bibir isterinya.


Sayang?? Adriana telan liur kesat. Rasa macam nak pengsan pun ada, argghhh Faris panggil dia sayang? Wajahnya mula kemerahan, malu, segan.. Rasa macam nak menyorok bawah meja makan ni pun ada. Yang membuatkan dia bertambah malu apabila Faris tanpa segan silu mengesat sisa mee bandung di mulutnya sebentar tadi. Malu, malu, malu...


“Eh, Riana memang selalu makan comot” ujarnya menutup malu. Tiba-tiba dia terperasankan sesuatu di hujung bibir lelaki itu. Lantas tangannya mengambil tisu di tangan Faris.


“Eh, abang pun makan comotlah. Haha” Adriana tergelak kecil. Takdelah dia rasa malu sangat. Seri 1-1 sama.


“Hah? Yeke?? Abang.. abang memang selalu makan comot jugak” gugup Faris, dia pulak yang malu sekarang ni. Tulah sedap sangat mee bandung makcik ni masak.


“Hehe, samalah kita. Abang, tok umi dan tok abah garang tak?” soal Adriana.

“Kenapa? Riana takut eh? Don't worrylah, dorang sporting je. Kalau Riana nak tahu dorang lagi sporting dari abi dan umi” jelas Faris. Tok umi dan tok abahnya memang sporting sangat, boleh dibawak bergurau. Tok uminya yang rajin melatah dan tok abahnya yang rajin bercerita. Rasa seronok sangat mengusik tok umi dan tok abahnya.


“Alhamdulillah, eh jomlah kita gerak sekarang. Nanti sampai lewat pulak” ajak Adriana. Takut pula jika mereka tiba di kampung apabila malam menjelma.




 


Setelah hampir sejam setengah perjalanan mereka, akhirnya mereka tiba juga di Mersing. Jam di dashbord kereta menunjukkan tepat 7 malam. Faris menjeling Adriana di kerusi sebelah, lena gadis itu tidur, rasa tak sampai hati hendak dikejutkannya.


“Riana, bangun.. Kita dah sampai ni” kejut Faris perlahan, tangannya mula menepuk-nepuk perlahan paha isterinya.


Adriana menguap kecil, matanya memerhatikan kawasan sekeliling. Siang hampir sampai ke penghujungnya. “Dah sampai eh?” soal Adriana masih lagi mengantuk. Faris yang memandu, dia yang lebih-lebih penatnya. Haishh..


“Haah, dah jomlah keluar. Dah nak maghrib ni” ujar Faris sambil mematikan enjin kereta.


Adriana hanya mengikut jejak Faris. Kelihatan seorang wanita melepasi usia separuh abad menanti mereka di hadapan pintu, tersenyum menyambut kedatangan mereka.


“Assalamualaikum, tok mi. rindunya Faris dengan tok mi ni” ujar Faris sambil memeluk wanita tua itu.


“Waalaikumsalam, tok mi pun rindu cucu tok mi ni” dibalas pelukan cucunya seketika.“Ni Adriana kan? Cantiknya cucu tok mi ni, hari tu masa akad nikah lain. Ni lagi cantik” Hajjah Zubaidah memeluk pula Adriana setelah merungkaikan pelukan Faris, habis diciumnya wajah Adriana. Memang cantik isteri cucunya itu, lagi cantik tanpa disolek.


“Tok mi sihat?” soal Adriana sopan. Segan pula apabila wanita di hadapannya mencium wajahnya. Tak sangka tok umi Faris cepat mesra dengan orang.


“Alhamdulillah, sihat cara orang tualah. Eh, jom masuk dalam. Apalah tok mi ni, cucu datang dari jauh-jauh diajaknya berbual depan pintu saja” rungut Hajjah Zubaidah sendirian, ditariknya tangan Adriana masuk ke dalam rumah. Faris pula hanya mengangkat beg pakaian mereka. Tersenyum mendengar celoteh tok uminya.


“Eh, tok abah mana tok mi?” soal Faris, matanya meliar mencari kelibat tok abahnya, Haji Mansor.


“Tok abah kamu dah ke masjd. Cadangnya nak solat saja di rumah tapi ada kenduri pulak di masjid tu. Tak manis pulak kalau tak pergi” jelas Hajjah Zubaidah. Suaminya memang selalu jemaah di masjid tambahan pula suaminya merupakan imam dan merangkap pengerusi masjid di kampung mereka.


“Ohhh, rindu pulak Faris dengan tok abah” jawab Faris lebih kepada dirinya sendiri.


“Kejap lagi tok abah kamu baliklah tu, dah kamu pergi mandi dulu ni. Dah nak malam ni, nanti kita makan sama-sama. Tok abah kamu kata dia pergi ke masjid sekejap saja hari ni, tak sabar nak jumpa cucu kesayangan” ucap Hajjah Zubaidah.

“Orait tok mi” balas Faris sambil mengenyitkan matanya, sempat pula ditariknya tangan Adriana menuju ke bilik mereka. Tak banyak cakap lagi Adriana dengan tok uminya, barangkali dalam proses menyesuaikan diri.


Usai sahaja membersihkan diri dan solat maghrib, Adriana dan Faris menolong Hajjah Zubaidah menghidangkan makanan. Kata Hajjah Zubaidah sebentar lagi suaminya akan pulang. Mahu makan malam bersama mereka.

Makanan malam mereka benar-benar membuka selera. Sayur kangkung masak belacan, siput sedut masak lemak cili api dan ikan kering. Memang sedap masakan kampung yang dimasak tok uminya.


Adriana menyusun pinggan lauk di atas tikar mengkuang, jarang dia makan di atas tikar. Selalunya dia hanya makan di meja makan. Inilah yang membezakan adat orang kampung dan bandar. Rasa seronok pula apabila sekali-sekala merasai suasana kampung.


Kedengaran enjin motor di luar rumah. “Hah tu pun tok abah kamu dah balik” ujar Hajjah Zubaidah sambil menyambut suaminya di muka pintu.


Adriana hanya melihat dari ekor matanya. Walaupun sudah lama berumahtangga tetapi tanggungjawab sebagai seorang isteri tidak diabaikan oleh Hajjah Zubaidah, lihat sahajalah masih tersenyum menyambut kepulangan suami walaupun sudah berpuluh-pulah tahun mendirikan rumahtangga. Tak pernah jemu melayan suami. Dalam diam dia kagum dengan Hajjah Zubaidah. Tidak hairanlah kalau Faris mendapat didikan agama yang sempurna kerana dibesarkan dalam latar belakang keluarga yang mementingkan agama.

“Hah, Adriana makanlah siput sedut tu. Sedap tau tok umi kamu ni masak, kalah masterchef” pelawa Haji Mansor. Dilihatnya Adriana hanya makan sayur kangkung dan ikan kering sahaja. Tak pula gadis itu menyentuh sipu sedut lemak cili api yang disediakan isterinya.


“Err.. ok” jawab Adriana ringkas. Teragak-agak dia mengambil siput masak lemak cili api di hadapannya. Bukannya dia tak sudi nak jamah lauk tersebut tapi dia tak tahu macam mana nak makan siput!! Dijelingnya Faris di sebelah, mak aiii khusyuknya mamat ni makan. Tak pandang kiri kanan dah, macam tak makan setahun.


Bibelek-beleknya siput di tangan. Cuba memerhatikan cara Faris, Hajjah Zubaidah dan Haji Mansor makan. Dicubanya perlahan sambil mata tak lepas memerhatikan gelagat Faris menyedut siput. Surpp, surppp, surrppp.. disedutnya lagi sekali siput tersebut. Alamak, taknak keluarlah pulak siput ni.


“Riana, pandai makan siput tak?” Hajjah Zubaidah menyoal.


Adriana angkat muka memandang wajah Hajjah Zubaidah, dipandangnya pula wajah Haji Mansor dan akhir sekali singgah di wajah Faris di sebelah.. Haishhh, semua sedang memerhatikan dia menyedut siput yang degil tak mahu keluar nih!! Apa teruk sangat ke cara dia menyedut siput sampai semua orang berhenti makan dan pandang wajahnya?? Hmmm..


“Hah?? Errrr..” kaku dia nak jawab soalan Hajjah Zubaidah.


“Riana, sedut siput dekat bahagian ni, Riana salah tu, sedut macam ni” tunjuk Faris, siap dia buat demo lagi macam mana nak sedut siput depan Adriana. Haji Mansor dan Hajjah Zubaidah hanya tersenyum kecil memerhatikan gelagat Adriana dan Faris. Manalah nak tahu yang Adriana ni tak pernah makan siput.


Adriana mengikut cara Faris menyedut siput, surrpppp... Akhirnya berjaya jugak siput tersebut masuk ke mulutnya..


“Hah.. Pandai pun cucu tok mi ni makan siput. Faris, esok kamu ajaklah isteri kamu ni jalan-jalan kat sini” ujar Hajjah Zubaidah, tersenyum melihat telatah Adriana, naif sungguh gadis itu.


“Jalan-jalan tok mi? Ehh, mestilah Faris akan ajak Adriana jalan-jalan esok, hehe.. Adriana, pagi esok teman abang pergi pantai. Kita tengok matahari terbit, cantik tau” ajak Faris tersenyum.


Hahhhh.... Tengok matahari terbit?? Alamak, sweetlah pulak 'Mr. Faris' ni...


3 comments:

  1. alahai xtw plak mkn sput sdut 2 sme la ngn sy,sy pn x pnh mkn spt sdut..kot2 nti klo dpt suami yg mmg mkn mmg sy pn sme la cm adriana nie..heheehehhe..sweet plak nk bw g pntai tgk mthari trbit..

    ReplyDelete