Wednesday, 30 May 2012

Suami Ekspress 17 Part 1



BAB 17


Hari ini hari pertama kuliah Adriana bagi semester ini. Sedar tak sedar hanya tinggal satu semester sahaja lagi sebelum dia menamatkan pengajiannya di peringkat diploma ini. Kelasnya pagi ini akan bermula pada jam 11 pagi nanti.

Adriana hanya duduk termenung di tepi tingkap biliknya. Memerhati kehijauan hutan yang menghadap biliknya. UiTMnya memang terletak jauh dari kesibukan kota, dikelilingi hutan. Walaupun sudah hampir jam 10 pagi, tetapi kesejukan pagi masih terasa. Adriana menghitung pula masa-masa lalunya, begitu pantas masa berlalu. Sudah hampir dua bulan usia perkahwinannya dah hampir dua bulan jugalah mama dan papanya meninggalkan dia. Tiba-tiba dia teringatkan suaminya, bagaimanna agaknya keadaan lelaki itu? Maklumlah kali pertama berpisah semenjak mereka mendirikan rumahtangga. Dia teringat kembali perbualannya dan Faris pada malam sebelum dia pulang ke universiti.


Malam itu sesudah mereka makan malam bersama, makan malam yang sangat simple iaitu ikan goreng dan tom yam campur. Akhirnya dia berjaya juga masak lauk untuk suaminya.


“Abang, ok tak lauk tadi? Ke ada yang kurang?” soal Adriana risau. Dia bukannya master sangat dalam bab memasak ni, selesaikan soalan calculus pun rasanya lagi senang!!


“Ok, sedap je.. Pandai isteri abang ni masak, dah boleh jadi chef dah ni” jawab Faris sambil mengusap perlahan kepala isterinya, sudah terbiasa mengusap kepala adiknya, Faathirah.


“Betul ni??” soal Adriana tak percaya. Dia perasaan mimik wajah suaminya ketika makan tadi, macam orang dipaksa makan ubat.


“Betullah sayangg” ujar Faris, sengaja ditekannya perkataan sayang itu.


Adriana bangun, duduk menghadap Faris. Mencari kejujuran pada anak mata suaminya. “Abang, Riana tak kisahlah. Baik abang jujur je, Riana ni open minded lah. Tak sedap eh lauk yang Riana masak tadi?” soal Adrian, masih belum berpuas hati dengan jawapan suaminya sebentar tadi. Dia yakin, suaminya sengaja ingin menjaga hatinya.


“Eh, sedap je masakan Riana, tapi kalau kurangkan lagi masam tom yam tu lagi sedap” ujar Faris sambil tersenyum.


“Hah, Riana dah agak dah. Masam eh tom yam tadi? Lain kali Riana akan kurangkan masam tom yam tu. Don't worry lah, Riana open minded lah. Kalau abang nak tegur, tegur je ok? Abang, Riana ada something nak tanya abang” soal Adriana.


“Ok. Soalan apa Riana? Jangan kata Riana nak tanya abang soalanorganic chemistry masa-masa cuti semester ni” jawab Faris. Adriana ni bukan boleh percaya sangat.


“Haha, abang ni. Agak-agaklah kalau Riana nak tanya soalan organic pulak, of courselah bukan. Ishhh, abang ni pun. Kenapa eh abang sanggup nak terima permintaan papa? Sedangkan kita tak pernah kenal pun. Mustahillah abang takde awek” soal Adriana jujur. Dia pelik orang sekacak dan sebaik Faris memilih dirinya.


“Riana pernah dengar cinta ba'da nikah? Cinta selepas kahwin? Abang memang dah berazam dalam diri abang sendiri yang abang nak bercinta selepas kahwin. Pada cara dan jalan yang halal” ujar Faris tenang.


Adriana terkedu mendengar jawapan dari mulut Faris, tak sangka masih wujud lagi pemuda seperti Faris. “Ohhh, maknanya abang tak pernah bercintalah ni?” soal Adriana lagi.


“Siapa kata, abang tak pernah bercinta? Sekarang ni abang tengah bercintalah. Cinta ba'da nikah, dengan isteri abang ni” jawab Faris, dicubitnya sedikit pipi Adriana.


“Ehh, abang ni. Kenapa nak cinta selepas nikah? Bukan ada ke cinta yang halal sebelum nikah?” soal Adriana inginkan kepastian.


“Memang ada cinta yang halal sebelum nikah, tapi yang haramnya lebih banyak dari halalnya. Cuba Riana fikir, bila seseorang tu selalu teringatkan kekasih dia, walaupun diorang tak pernah pegang tangan, bersentuhan. Tapi, diorang dah lakukan zina hati tanpa diorang sedar. Bagi abang, kalau nak bina masjid, biarlah berpandukan syariat Illahi dan utamakan redha Allah” terang Faris sambil tersenyum. Faham kerenah anak muda zaman sekarang.


“Ohhh, so, abang nak cinta ba'da nikah la ni?” tanya Adriana.


“Mestilah sayang, apa yang Allah haramkan sebelum kahwin tu amatlah sedikit kalau nak dibandingkan apa yang halalnya selepas kahwin. Sebelum kahwin kalau cium anak dara orang dapat dosa, tapi kalau dah kahwin cium isteri dapat pahala. Macam ni...” lantas diciumnya sedikit dahi Adriana.


Adriana sudah mula malu dengan perlakuan suaminya. Hah, Faris kalau bab-bab explaination ni memang master, siap bagi example lagi. Maklumlah lecturer.. Haishhh...


“Tapi, tipulah kalau abang kata hati ini tak pernah sukakan seseorang. Tapi mohonlah pada Allah agar salurkan rasa cinta ini pada yang berhak memiliki, pada cara dan jalan yang halal” ujar Faris lagi.


“Ohhh, kiranya pernah jugalah pendam perasaan eh?” tanya Adriana. Tipulah kalau dia tak cemburu kalau suami sendiri mengaku pernah sukakan seseorang. Tapi, dia yakin Faris bukanlah jenis lelaki yang memainkan perasaan wanita. Lihat sahajalah bagaimana layanannya terhadap umi dan Faathirah, sangat melindungi wanita!!


“Haha, kisah lama jelah Riana. Zaman budak-budak dulu. Eh, cemburu ke?” usik Faris.


“Tak pun. Riana open mindedlah abang. Riana pun pernah sukakan seseorang” jawab Riana jujur. Teringat pula kepada Aqil. Hah, hanya tinggal sejarah, selamat tinggal Aqil!!


“Amboi isteri abang ni. Sekarang jangan minat kat sesiapa lagi tau. Ingat abang je, dapat pahala” jawab Faris.



Adriana tersentak dari lamunan apabila mendengar bunyi handphone di atas katil. Hilang terus memorinya bersama Faris. Diambilnya handphone di atas katil. Mesej dari Faris.


Assalamualaikum, Riana comot. Hehe... Good luck for your new semester :D jgn nakal-nakal tau -Faris-


Adriana hanya tersenyum menatap handphone di tangan. Tak romantik langsung!! Hehe... Laju tangannya membalas mesej Faris.



p/s: without edit :D akn ade smbgnnya secepat mungkin.. myb nisa akn post smpai bab 20 je before cuti sem start on 10th june ni.. insha Allah.. :) after new sem bkk, myb 1 week, 1 entri.. doa2kn lah eh? moga Allah pmudahkan


Thursday, 24 May 2012

Suami Ekspress 16







BAB 16

Hanya tinggal tiga hari sahaja lagi sebelum semester baru bermula. Lusa Adriana sudah mahu pulang ke kolej. Petang itu, selepas solat zohor dia dan Faris membeli barang-barang keperluan Adriana yang hendak dibawanya ke universiti nanti. Pertama kali dia membeli barang keperluan bersama Faris, biasanya dia akan pergi bersama arwah mama. Kehidupannya kini telah jauh berbeza.


“Adriana ada nak beli apa-apa lagi tak?” soal Faris yang sedang menolak troli barang.


“Ermmm, rasanya dah takde” jawab Adriana, otaknya ligat memikirkan barang apa yang masih belum dibelinya. Senarai barang ditangan direnung, meneliti kembali.


“Rasanya takde?? Ishh, Riana ni. Cuba ingat balik barang apa yang belum beli lagi” nasihat Faris.


“Kalau Riana tertinggal or terlupa nak beli barang, boleh kirim kat abang kan? Hehe, untunglahh dapat suami lecturer ni” usik Adriana.


“Yelah, untuk isteri abang ni, apa pun abang sanggup” balas Faris tersenyum. “Riana, balik nanti kita singgah rumah umi ya? Rindu pula dengan umi” ujar Faris.


“Eh, boleh je, Riana pun rindu dengan umi, abi, Irah, Furqan...” terbayang wajah keluarga Faris di ruang matanya.


“Furqan pun? Rindu yang macam mana tu? Ishh, ni yang abang jelous ni” ucap Faris sengaja mahu menduga isterinya.

“Rindulaahhh.. Kenapa abang nak jelous?” tanya Adriana menatap wajah Faris.


“Riana rindu abang tak?” soal Faris nakal. Soalan dibalas soalan.



Adriana sudah merasa segan dengan soalan Faris, haishhh.. takde soalan lain ke? Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. “Hahh, hari tu Iman ada kirim barang. Kejap Riana pergi cari” dalih Adriana. Sememangnya Iman memang selalu meminta pertolongan dengannya. Bukan gadis itu tidak boleh membeli barang tersebut sendiri, tapi katanya nak bermanja dengan Adriana. Haishh Iman ni memang pelik-pelik je ragamnya.


“Barang apa?” tanya Faris hampa, Adriana hanya memandang sepi soalannya tadi.


“Iman kirim blusher, abang tunggu sini kejap. Riana cari barang” kata Adriana, kakinya melangkah meninggalkan Faris, mahu mencari barang Iman.


“Blusher?? Apa tu?” soal Faris pelik.


Langkah kaki Adriana mati, menoleh ke arah Faris. Blusher pun Faris tak tahu, ishh pelik mamat ni. “Abang search lah kat google maps. Haha” gelak Adriana, menyambung kembali langkahnya.


Faris garu kepala yang tidak gatal, memerhati langkah Adriana yang kian jauh. 'Google maps? Takpelah balik nanti aku cari' desis hati Faris jujur. Dia duduk di bangku sementara menunggu Adriana mencari barang. Matanya hanya memerhati gelagat manusia di shopping complex itu.


Pulang sahaja dari pusat membeli belah, mereka singgah di rumah Hajjah Mardiyah. Sempat pula mereka membeli buahan sebagai buah tangan untuk Hajjah Mardiyah sekeluarga.



“Assalamualaikum, ni isteri Faris kan?” soal Auni sebelum Adriana masuk ke rumah.


Lantas kakinya dihayun ke arah Auni, mahu bertegur sapa dengan jiran ibu mertuanya. Faris awal-awal lagi sudah masuk ke rumah. “Waalaikumsalam, haah saya Riana, isteri Faris, akak?” tanya Adriana kepada wanita yang dipanggilnya kakak itu, dia yakin wanita itu lebih berusia darinya, mungkin beza tiga, empat tahun darinya.


“Auni.. Awak belajar lagi ke? Dengar kata pelajar Faris sendiri” balas Auni. Pelik apabila Faris tiba-tiba sahaja melangsungkan perkahwinan. Begitu mudah Faris menerima gadis lain sedangkan dia sudah lama menaruh hati kepada pemuda itu.


“Haah, abang Faris pensyarah kat u Riana” balas Adriana tersenyum. Masih tidak mengesan riak kurang senang di wajah Auni.


“Ohhh, degree ke?” soal Auni sinis. Dia hairan apa yang Faris pandang sangat dengan Adriana, memang tidak dinafikan, Adriana cantik orangnya, tapi apa kurangnya dia? Ada rupa, ada kerjaya. Dia yakin Faris tahu yang dia menaruh hati terhadap pemuda itu, tetapi reaksi yang diterimanya dari Faris adalah reaksi seolah-olah pemuda itu manusia yang tidak mempunyai perasaan, dingin seperti ais.


“Ehh, taklah diploma lagi, akak dah kerja eh?” soal Adriana ramah, tak mahu dikatakan sombong pulak nanti.


“Diploma? Haah, dah kerja” balas Auni dingin. Budak diploma lagi rupanya.


Faris menerpa ke arah Hajjah Mardiyah, gembira bertemu dengan uminya setelah beberapa hari tidak berjumpa, ya memang dia anak manja.


“Assalamualaikum umi, umi sihat?” soal Faris.


“Waalaikumsalam, alhamdulillah.. Kamu datang sorang je ke? Mana Adriana?” tanya Hajjah Mardhiyah, matanya memerhati ke arah pintu rumah, mencari kelibat menantunya.


“Taklah Faris datang dengan Rianalah umi. Eh, umi Faris nak tanya boleh? Blusher tu apa eh?” soal Faris ingin tahu. Memanglah Adriana menyuruhnya mencari dekat google maps, tapi hatinya seakan tidak sabar ingin mengetahui, tak salah kalau dia bertanya uminya. Manalah tahu uminya tahu...


“Blusher?? Nak buat apa?” tanya Hajjah Mardiyah terkejut. Apa pulak yang Faris hendak lakukan dengan alat solek tersebut.


“Takdelah, Faris saja je nak tahu. Adrian suruh search kat google maps, tapi malaslah” jawab Faris jujur.


“Hahaha, nak buat apanya google maps? Takde kaitan langsunglah Faris. Blusher tu alat solek, pemerah pipi.. Ishh kamu ni” jawab Hajjah Mardiyah masih lagi dengan sisa tawanya. Haisshhlah Faris, tulah masa bujang dulu langsung tak bergaul dengan perempuan. Naif sungguh budak ni.


“Ishh, Adriana kenakan Faris, siap budak ni” geram Faris, kakinya diatur mencari Adriana, tak sangka Adriana sanggup mengenakannya. Nasib baik dia belum search kat google maps lagi. Memang takkan jumpa jawapanlah alamatnyaa!!


Langkah kakinya diatur ke luar rumah, ternampak kelibat Adriana yang sedang berbual dengan Auni.


“Riana kenakan abang kan?” tanya Faris.


“Hah? Kenakan apa?” soal Adriana tak faham.


“Alahh, yang pasal google maps tadi” jawab Faris, segan pula dia hendak menyebut hal blusher, malu di hadapan Auni.


“Google maps? Ooohhh yang itu, hahahaha” gelak Adriana. Hal itu rupanya. Mana Faris tahu pasal blusher tu? Dia dah google eh? Hehe..



“Eh, saya masuk dululah” pinta Auni, sakit pula matanya melihat kemesraan Adriana dan Faris.


Adriana sudah mula mengorak langkah, ingin melarikan diri dari Faris. Habislah dia, Faris ni pun macam Iman jugak perangainya.



Faathirah turun ke tingkat bawah, terdengar riuh rendah suara manusia di ruang tamu rumahnya.



“Kak Riana, dah lama sampai?” tegurnya, pelik melihat kakak ipar dan abangnya berlari, macam budak-budak!!


Mati terus langkah Adriana, segan dengan Faathirah yang sedang memerhatikannya dan Faris.


“Nak lari mana hah? Dosa tau kenakan suami sendiri” ujar Faris, tangannya sponton menarik sedikit tudung yang dipakai Adriana, tanda membalas dendam.


“Apa abang ni?” marah Adriana, habis tudungnya ke depan. Lagipun malu dilihat Faathirah.


“Apalah along ni, buli isteri sendiri. Jom kak Riana kita duduk kat sofa sana. Jangan kawan along” balas Faathirah sambil menarik tangan kakak iparnya menuju ke sofa. Ingin berbual-bual dengan kakak iparnya.


“Eh, nak bawak mana isteri along tu?” soal Faris.


“Nak bawak lari, ada depan along pun. Along selalu je buli kak Riana” balas Faathirah.


Adriana hanya mengikut langkah Faathirah.


“Akak dah lama sampai eh? Best tak jumpa tok mi dan tok abah hari tu?” tanya Faathirah.


“Baru jugak akak sampai, best sangat jumpa dorang. Sporting habis, tak sangka akak tok mi layan korea, hahaha.. Irah buat apa kat atas tadi?” soal Adriana pula.


“Haha, tok mi memang macam tu. Semua cerita dia layan kak, Irah online jap kat atas tadi” jawab Faathirah.


“Online? Bukak google maps ke?” soal Adriana, jangan-jangan Faris betul-betul google maps tak tadi?


“Nak buat apa dengan google maps kak? Facebook and twitter lah kak” jawab Adriana pelik.


“Eh, yeke? Apa berita menarik hari ni? Dapat bf baru eh kat facebook” usik Adriana.


“Takde maknanya bf baru, mengamuk along tu nanti. Nak tahu tak tadi kan kawan Irah upload gambar anak buah dia, baru lahir tau. Comel sangat, geram Irah tengok” cerita Faathirah teruja.


“Yeke? Baby boy ke girl?” soal Adriana tumpang gembira.


“Baby girl, comel sangat. Akak dengan abang bila nak kasi Irah anak buah?” soal Faathirah, dia dah berangan-angan mahu mempunyai anak buah sendiri. Mesti comel anak abangnya nanti, comel macam kakak iparnya!!


“Insha Allah Irah, takde rezeki lagi” jawab Adriana.


Makin ramai pula yang ingin melihat dia dan Faris mempunyai anak sendiri. Hari tu, tok umi sekarang Faathirah pula. Alahaaii.. Moga impian mereka tercapai nanti.


p/s: memang nmpak tak logik kan lelaki tak taw blusher, tapi serius ada kwn nisa, budak lelaki xtw apa tu blusher, dah 20 tahun =) hehe

Wednesday, 23 May 2012

Assalamualaikum.. :D

Mari Berta'aruf   =)

kalau kat luar orang pggl ieta :)
tp kt blog lbh suka bhsekn dri nisa, nisa mksudnya wanita :'D

saya budak baru belajar, maaf atas sebarang kekurangan.. insha Allah akan cuba diperbaiki =)


^^, impian dan cita-cita:

♥ nak jadi hamba Allah yg solehah, anak yg solehah
♥ nak g tanah suci, nak doa dpn kaabah, nak kucup hajar aswad, nak ziarah makam baginda, nak bdoa di jabal rahmah :'(
♥ nak jd pharmacist o forensik, pendidik pon oke :D
♥ nak jd penulis novel cinta islamik :'D

--> semoga Allah redha n permudahkan, aku hanya insan lemah yang meminjam kekuatan dr Illahi :'(


  menulis dari hati,

"Apabila mati anak adam itu, maka terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara:

--> doa anak yang soleh wa solehah
--> sedekah jariah
--> ilmu yang diamalkan

saya harap novel ni bukan novel cinta biasa,
moga saya dapat kongsikan ilmu yang saya ada dengan orang lain =)
moga ada manfaat novel ni,
moga Allah redha dan pernudahkan =)


saya hanya insan lemah yang meminjam kekuatan Illahi :)


To readers: thanks sudi baca, sudi komen... moga ada manfaat bersama, insha Allah :'D





Suami Ekspress 15


BAB 15


Selepas sahaja melihat matahari terbit, Adriana dan Faris singgah membeli keropok lekor. Boleh juga dibawa pulang ke Melaka esok. Mereka juga sempat mengelilingi kawasan kampung, memang suasana kampung mampu memberi ketenagan yang luar biasa. Dengan bunyi burungnya, deruan ombak dari laut yang berhampiran, bunyi kokokan ayam. Adriana berasa lebih tenang di kampung seolah-olah terbang segala kesedihannya.


Mereka tiba di rumah hampir pukul 10 pagi, kelihatan Haji Mansor senang duduk di meja makan. Mungkin bersarapan agaknya.


“Hah Faris, Riana meh makan sekali. Kamu berdua belum makan lagi kan?” pelawa Haji Mansor sebaik sahaja mereka memasuki rumah.


“Awal tok abah balik hari ni?” soal Faris, kakinya melangkah ke meja makan. Adriana hanya di belakang hanya mengikut langkah suaminya.


“Haah Faris, ikan tak banyak hari ni. Tu yang tok abah balik awal sikit. Kamu minum air kopi Adriana?” soal Haji Mansor, takut pula cucunya itu tak minum air kopi.


“Eh, Riana minum je tok abah. Tok mi mana abah?” tanya Adriana sambil menarik kerusi, ingin turut sama menyertai Haji Mansor dan Faris bersarapan bersama. Lantas dituangnya air kopi ke dalam cawan Faris dan cawannya. “Abang nak makan nasi goreng tak?” tanya Adriana, tangannya teragak-agak mahu menyenduk nasi goreng ke dalam pinggan suaminya.


“Abang makan je, lagipun isteri abang yang masak kan?” usik Faris.


“Tok mi kamu ada kat belakang tu, katanya nak cari pucuk paku. Nak dibuatnya lauk tengah hari nanti” sampuk Haji Mansor pula.


“Faris petang nanti kita pergi rumah sedara-mara ya? Kenalkan isteri kamu dengan diorang. Lagipun esok kamu dah nak balik kan?” ajak Haji Mansor, tak manis rasanya jika Faris tidak menziarahi saudara mara mereka, takut dikatakan sombong pula.

“Insha Allah, lepas asar nanti kita pergi. Boleh Riana teman abang ziarah saudara mara kita? Lagipun masa akad nikah hari tu tak sempat nak sembang-sembang kan?” ajak Faris tersenyum, tangannya mula menyuap nasi goreng.


“Insha Allah, Riana ikut je. Lagipun boleh kenal-kenal dengan sedara lagi. Nanti takdelah terserempak dengan dorang buat tak tahu je” balas Adriana.


“Assalamualaikum.. Faris, Riana dah balik kamu berdua? Best tak tengok sunshine? Eh betul ke tok mi cakap ni? Bahasa omputih ni memang terbelit sikit lidah tok mi nak menyebutnya” ujar Hajjah Zubaidah yang tiba-tiba muncul dari luar rumah.


“Waalaikumsalam, ish tok mi ni.. Haha, betullah tu, pandai tok mi Faris ni” usik Faris sambil tergelak kecil. Ada kemajuan tok uminya itu, dah pandai berbahasa inggeris.


“Kamu jangan tak tahu Faris, tok umi kamu ni pun layan korea tau!! Siapa nama pelakon tu, alaah lupa pulak tok abah ni.. Lee Mee Hoo, hah gitulah bunyinya”


Adriana dan Faris hanya tergelak kecil melihat telatah Haji Mansor dan Hajjah Zubaidah.


“Bukan Lee Mee Hoo lah tok abah, tapi Lee Min Ho” jelas Adriana, masih tidak dapat menahan tawanya. Alahaaiii tok abah..


“Ishh, awak ni.. Malu saya dibuatnya” ujar Hajjah Zubaidah. Malu apabila hobinya dibongkarkan oleh suami sendiri di hadapan cucunya. Lagipun bukan selalu pun dia menonton cerita korea, sekali-sekala apa salahnya.


“Riana nak tok umi masak apa tengah hari ni? Special tok umi masakkan untuk cucu menantu tok umi ni” ucap Hajjah Zubaidah. Matanya masih memandang gadis itu, jatuh simpatinya terhadap gadis itu. Harapannya agar Faris tidak mempersiakan Adriana.


“Ishhh, susah-susah je tok umi ni. Riana tak kisahlah. Tok umi masak apa pun sedap” Adriana memegang tangan Hajjah Zubaidah. Terharu dilayan sebaik itu.


“Riana suka makan tom yam seafood tok mi” sampuk Faris.


“Hah, elok sangatlah tu, tok abah pun teringin nak makan tom yam. Dah lama tok mi kamu ni tak masak tom yam. Zu, tengah hari ni awak masak tom yam jelah” cadang Haji Mansor, tekaknya teringin pula ingin makan tom yam.


“Boleh aja, bahan-bahan nak buat tom yam pun ada dalam peti ais tu” jawab Hajjah Zubaidah. Kakinya mula melangkah ke arah peti ais, mengeluarkan bahan-bahan yang akan diperlukan nanti.


Adriana mengemas meja sesudah Haji Mansor dan Faris selesai makan. Ingin dibantunya pula Hajjah Zubaidah, tak sedap hati pula jika hanya duduk goyang kaki sahaja.



**


Petang itu, sesudah solat asar Faris hanya duduk di beranda rumah. Mengambil angin petang di situ. Tiba-tiba dia terperasankan kelibat Hajjah Zubaidah menghampirinya. Lantas sebuah senyuman dihadiahkannya.


“Hah, Faris kata nak pergi rumah saudara mara tadi? Mak long kamu ada bertanya tu” ujar Hajjah Zubaidah.


Adriana keluar dari bilik apabila mendengar seperti orang sedang berbual-bual di luar biliknya. Suara tok umi dan suaminya. Ingin disertai perbualan mereka, bosan pula apabila hanya duduk di bilik.


“Dah pukul berapa ni tok mi? kejap lagi kita pergi” jawab Faris, matanya memerhati gerak Adriana yang semakin menghampirinya.


“Dah pukul lima lebih dah ni, baik kita pergi sekarang. Nanti dah maghrib pulak” cadang Hajjah Zubaidah.


“Pergi mana tok mi?” sampuk Adriana.


“Pergi jalan-jalan rumah sedara. Kan abang dah bagitahu tadi” jawab Faris bagi pihak Hajjah Zubaidah.


Adriana menepuk dahi, aduii muda-muda lagi dah jadi pelupa. Kalah tok umi, mesti banyak makan semut ni.. Haisshhh


“Dah, kamu berdua pergilah bersiap. Tukar baju, takut tak sempat nanti” arah Hajjah Zubaidah kepada cucu-cucunya.


“Err.. Tak boleh ke kalau Faris tak tukar baju?” soal Faris, gila takkan dia nak tukar baju depan Adriana, dekat rumah pun mereka tukar dalam bilik air yang berada dalam bilik mereka. Ishh, takkan kat rumah Hajjah Zubaidah, mereka hendak menukar pakaian dalam bilik air. Pelik pulak nanti kalau dilihatnya orang tua itu.


“Ishh, kamu ni Faris. Takkan lah kamu nak pergi rumah diorang pakai kain pelikat ni? Tak pahamlah Tok mi dengan kamu ni. Dah-dah pergi tukar, pakai sopan-sopan sikit” arah Hajjah Zubaidah, matanya tak lepas memandang susuk tubuh cucunya. Nak pergi menziarah orang dengan kain pelikat, Faris, Faris...


Faris melangkah malas menuju ke bilik. Akur dengan arahan Hajjah Zubaidah.


“Hah Riana, kenapa tercegat lagi kat sini? Pergi tukar baju” arah Hajjah Zubaidah. Adriana telan liur. Akhirnya dia mengalah juga apabila mata Hajjah Zubaidah memandangnya pelik.


“Errr, abang.. Jangan pandang tau, kalau pandang dosa” bisik Adriana. Takut-takut kalau didengari Hajjah Zubaidah.


“Yelah-yelah” jawab Faris malas.


“Abang pandanglah sana.. Riana nak tukar baju ni. Kejap lagi tok mi marah pulak” pinta Adriana, geram suaminya yang masih ralit memandangnya.


“Kenapa dosa pulak ye? Bukan dapat pahala ke?” usik Faris.


Tiba-tiba pintu bilik mereka diketuk dari luar.


“Faris, Adriana lama lagi ke? Tok mi tunggu kat luar” ujar Hajjah Zubaidah dari luar bilik.


“Hah see tok mi dah ketuk pintu, abang please.. Riana nak cepat ni” rayu Riana.


“Yelah-yelah, abang keluar dulu” ujar Faris sambil membuka pintu. Lagipun bukan lama sangat dia menukar pakaian, hanya menukar kain pelikat. Sengaja dia ingin menyakat Adriana.



Hari ini mereka akan pulang ke Melaka, sedih pula rasa hati Adriana mahu berpisah dengan Hajjah Zubaidah dan Haji Mansor. Ternyata keluarga Faris dapat menerimanya seadanya. Semalam semasa mereka menziarahi rumah sanak saudara, Adriana dilayan sebaik mungkin. Adriana sangat terharu dilayan sedemikian. Walaupun dia kehilangan papa dan mamanya tetapi masih ramai yang menyayanginya. Alhamdulillah...


“Riana, janganlah sedih-sedih. Nanti rajin-rajinlah kamu melawat tok mi dan tok abah ni” pujuk Hajjah Zubaidah. Sedih melihat wajah sayu gadis itu. Dalam diam dia sudah jatuh sayang pada Adriana. Gadis naif yang telah kehilangan orang tuanya.


“Hahh betul kata tok mi kamu tu. Nanti ajaklah umi dengan abi kamu sekali” sampuk Haji Mansor.


“Insha Allah tok mi, tok abah” jawab Adriana perlahan, menarik tok mi dalam pelukannya. Mesti dia akan rindu dengan telatah Hajjah Zubaidah dan Haji Mansor nanti.


“Tok abah, tok umi.. Kami gerak dulu ya” mohon Faris meminta diri. Dihulurkan tangan kepada Haji Mansor.


“Lain kali datang jangan berdua je, datang bertiga” jawab Hajjah Zubaidah sampai merungkaikan pelukan.


“Hahh?? Datang bertiga? Maksud tok mi nak ajak siapa?” soal Faris jujur. Tak dapat menangkap maksud Hajjah Zubaidah.


“Lain kali datanglah dengan 'cicit' tok mi, baru meriah sikit” ujar Hajjah Zubaidah tersenyum. Teringin rasanya ingin menimang cicit.


Adriana dan Faris sama-sama telan liur. Berat rasanya permintaan Hajjah Zubaidah kali ini. Lagi berat rasanya dari permintaan arwah Encik Nazri dulu. Nampaknya Hajjah Zubaidah sudah berangan mahu menimang cicit, habislahhh..


“Insha Allah” hanya itu yang mampu diucapkan Adriana.


“Nanti jangan lupa kirim salam dengan orang melaka” ujar Haji Mansor mengingatkan cucunya.


“Insha Allah, kami minta diri dulu ya?” jawab Faris, kakinya mula melangkah ke kereta.


“Baik-baik drive tu. Assalamualaikum” nasihat Hajjah Zubaidah.


“Insha Allah, waalaikumsalam” jawab Faris dan Adriana serentak.


Dalam fikiran mereka memikirkan permintaan Hajjah Zubaidah.. Haisshhh, kesian tok umi.. Moga satu hari nanti impian tok umi tercapai juga...


p/s: without edit, mata dah mula bpinar-pinar ni.. maaf ats sbrg kkrgn, nt nisa akn edit :D thanks sudi bace..



Assalamualaikum.. :D

Hari ni, rase mcm nak taip 2 entri je :D
 SE bab 14 & 15.. mampukah??
 moga Allah permudahkan.. Allahumma ameen :'D
law rjin silasila lahh komen, bg smgt kat nisa sikit..
thanks readers sudi bace SE  :D 



Tuesday, 22 May 2012

Suami Ekspress 14


BAB 14





Pagi-pagi lagi Faris sudah mengejutkan Adriana bangun solat subuh berjemaah bersama Hajjah Zubaidah dan Haji Mansor. Jam di dinding baru menunjukkan jam 5.30 pagi.


“Riana, bangun. Kita jemaah dengan tok mi dan tok abah” gerak Faris, tangannya mula menarik selimut Adriana.


Adriana masih lena tanpa berkutik sedikit pun badannya. Lena tidur di kampung, sejuknya lain dari di bandar. Rasa malas untuk membuka mata. Sememangnya dia jenis yang susah bangun tidur, jenuh jugalah siapa yang mengejutnya bangun pagi.


“Adriana.... Bangunlahh” Faris mula mendapat idea, didekatkan mukanya ke pipi Adriana, mahu mencium pipi gadis yang sedang lena itu. Biar Adriana serik.


Adriana rasa ada sesuatu yang hinggap di pipinya. Digagahkan juga membuka matanya, alangkah terkejutnya dia apabila mendapati wajah Faris hanya beberapa inci sahaja dari wajahnya. Terus terbuka besar matanya memandang riak tak bersalah Faris.


“Ab.. abang buat apa ni?” soal Adriana gugup, hilang terus kantuknya.


“Buat pahala pagi-pagi ni. Kiss isteri yang susah nak bangun pagi. Kenapa? Ada masalah ke?” soal Faris selamba. Dia mula menjarakkan diri daripada Adriana. Mengelak sebarang kemungkinan yang bakal berlaku. Ada yang nanti dia tergoda dengan isteri sendiri sedangkan subuh akan menjelma beberapa minit lagi. Haishhh..
“Errr...” Adriana mati kata-kata. Selimut ditarik kembali menutup wajahnya yang sedang panas. Banyak cara lain lagi kot nak buat pahala pagi-pagi ni.. Hisshhh 'Mr. Faris' ni.


“Riana, bangun solat subuh jom” ajak Faris.


“Riana tengah cutilah, abang jelah yang jemaah”


“Abang tahulah Adriana tengah cuti, tapi solat tu tak boleh tinggal.. Dah-dah bangun” arah Faris sambil tangannya menarik kembali selimut Adriana.


Adriana garu kepala yang tak gatal. Dah tahu yang dia tak boleh solat tapi Faris ajak jugak dia jemaah kenapa eh? Mazhab mana yang diikut suaminya ni?? “Hah?? Abang ni biar betul?” soal Adriana pelik. Jangan-jangan Faris ni mengikut ajaran sesat tak? Ishh, nauzubillah..


“Betullah, abang tahulah Riana tengah cuti semester. Tapi solat tak boleh tinggal, bukan masa kita belajar je kena mintak tolong dengan Allah, bukan masa susah je nak ingat Allah” nasihat Faris memulakan sesi tazkirah sebelum subuh mereka.


Adriana menepuk dahi perlahan. Alamak!! Dah salah faham pulak mamat ni. Kan pagi-pagi lagi dah kena tazkirah sebelum subuh.


“Errr, maksud Riana, Riana cuti solat. Tak boleh solat, period” jawab Adriana malu.


“Hah?? Yeke? Semalam boleh je? Baru kena eh?” soal Faris jujur.


Eh, pelik sangat ke datang period? Itulah hal semalamlah Faris. Aduish, Faris ni pun satu, ada ke tanya soalan macam ni.


“Haah. Abang jemaah jelah denga tok mi dan tok abah” jawab Adriana berniat ingin menyambung kembali lenanya.


“Benda tu ada tak? Nak abang beli ke?” soal Faris prihatin.


Benda?? Benda apa pulak Faris merepek ni?. “Benda apa maksud abang?” soal Adriana kurang mengerti maksud suaminya.


“Alaahh, benda yang Adriana patut pakai time datang period. Ada tak? Nak abang beli? Rasanya dalam rumah ni takde. Tok mi dah tak pakai dah” Faris menyoal kembali.


Tergelak kecil Adriana dengan perangai Faris ni. Ermm, nama je dah kerja pensyarah tapi perangainya macam budak-budak belasan tahun. Ingatkan benda apalah tadi. Dia memang sudah menyediakan 'benda' tu awal-awal lagi, lagi pula memang dah sebulan dia tak datang period.


“Adalah. Kalau tak ada, Riana dah suruh abang beli” jawab Adriana sambil tersenyum geli hati melihat sikap suaminya.


“Ohh, ok. Abang solat dulu” jawab Faris sempat dia mengusap rambut isterinya.


Adriana hanya memandang langkah Faris yang mahu menuju ke bilik solat di tingkat bawah. Rumah Hajjah Zubaidah merupakan rumah kampung dua tingkat. Bahagian atas rumah masih mengekalkan dinding papan manakala bahagian bawah rumah berdindingkan batu.


Pagi itu Adriana menolong Hajjah Zubaidah menyediakan sarapan. Memang berbeza kehidupan di kampung, rata-rata penduduk sudah bangun seawal pagi. Seawal jam 6.30 pagi lagi Hajjah Zubaidah menyediakan sarapan. Haji Mansor pula sudah ke laut, katanya ingin mencari ikan. Walaupun umur Haji Mansor sudah hampir 75 tahun namun orang tua itu masih gigih mencari ikan. Bosan katanya jika hanya duduk di rumah.


Sedang dia leka mengoreng nasi di atas kuali, pinggangnya dipeluk dari belakang. Menghidu sahaja bau minyak wangi, dia sudah tahu si empunya badan. Nampaknya Faris semakin berani, pagi tadi cium sekarang peluk. Lepas ni apa pulak ye?

“Riana buat apa ni? Kata nak teman abang tengok sunshine kat pantai. Jomlah, kejap lagi terlepas pulak” jawab Faris, masih lagi memeluk isterinya.


“Abang, janganlahh..” Adriana berusaha merungkaikan pautan di pinggangnya. Kalau Hajjah Zubaidah nampak tak ke malu jadinya.


“Hah, Faris jangan kamu menyakat si Adriana ni. Pergi depan sana tu, kesian isteri kamu nak memasak” arah Hajjah Zubaidah.


“Riana, cepat sikit tau. Abang tunggu kat luar” bisik Faris di telinga Adriana perlahan, tangannya merungkaikan pelukan. Tapi sempat pula dia mecuit pinggang Hajjah Zubaidah.


“Ohh, mak kauu rimau, eh rimau pulak” melatah Hajjah Zubaidah apabila diusik Faris. Faris hanya tergelak melihat reaksi tok uminya.


“Astaghfirullah... Ishh, budak ni. Tok mi pun nak dikacaunya” jawab Hajjah Zubaidah perlahan.


“Dah, meh sini tok mi sambung masak. Kamu pergi layan laki kamu tu. Kata semalam nak pergi tengok matahari terbit kan?” soal Hajjah Zubaidah sambil tangannya mengambil senduk di tangan Adriana.


“Eh, takpe tok mi. sikit je lagi ni. Lagipun siapa nak makan sarapan ni nanti” jawab Adriana.


“Takpe, meh tok mi habiskan masak ni. Kamu pergilah layan suami kamu tu, alah nasi ni boleh makan lepas kamu balik nanti. Jangan risau, nasi ni tak lari” usik Hajjah Zubaidah.


“Ok, tok mi. terima kasih” ucap Adriana. Kakinya melangkah ke dalam bilik mencapai tudung dan stokin. Selepas itu, dia melangkah pula ke hadapan rumah, mencari kelibat suaminya. Dilhat elok sahaja suaminya duduk di atas motor.


“Abangg.. Jomlah tengok matahari terbit” ajak Adriana.


“Hah, jomlah. Abang dah lama siap, tinggal nak tunggu isteri abang je” jawab Faris.


Siap apanya, duduk lagi bertenggek kat atas motor ni. Ishhh...


“Lahhh, tunggu apa lagi? Naiklah.. Kita naik motor je, lagipun dekat je rumah tok mi dengan pantai” ujar Faris.


'Whatt?? Naik motor, aduishh aku dah lama tak naik motor ni' desis Adriana sendirian. Kakinya teragak-agak mahu menaiki motor tersebut, rasa gayat pulak.


“Don't worry. Abang ada, naik slow-slow” ujar Faris apabila melihat isterinya teragak-agak mahu menaiki motor. Rupanya banyak benda yang baru diketahuinya tentang diri Adriana sejak mereka datang ke kampung ni.


Akhirnya berjaya juga Adriana menaiki motor, seronok juga mengambil angin pagi. Hilang rasa gayatnya tadi diganti pula rasa teruja melihat pemandangan laut yang terbentang luas di hadapannya kini. Memang rumah Hajjah Zubaidah tidak jauh dari pantai, hanya mengambil masa selama 3 minit sahaja. Kalau hendak jalan kaki pun boleh.


Mereka duduk di atas pasir pandai menghadap laut yang terbentang luas. Terdapat beberapa bot nelayan yang sedang mencari ikan. Rasa tenang melihat ciptaan Allah di hadapannya.


“Riana macam mana duduk kampung ni? Best tak?” soal Faris memecah kebisuan antara mereka.


“Best sangat, banyak benda yang Adriana belajar kat sini” jawab Adriana, matanya masih tidak lepas memandang laut dihadapannya.


“Hehe, termasuk belajar makan siput dan naik motor kan?” usik Faris memandang wajah isteri disebelahnya.


“Haah, Riana tak dibesarkan di kampung, rugi tak dapat rasa suasana kampung” jawab Adriana jujur. Arwah papanya berasal dari bandar. Arwah mamanya pula memang berasal dari kampung tetapi dia jarang pulang ke kampung kerana datuk dan nenek di bahagian sebelah mamanya sudah lama meninggal dunia.


“Abang suka balik kampung ni, kalau masa belajar dulu abang selalu jugak balik. Tapi kena tunggu cuti semester lah” cerita Faris. Dia memang rapat dengan Hajjah Zubaidah dan Haji Mansor.


“Abang dah ada master eh?” soal Adriana, rasa ingin tahu mengenai perihal suaminya.


“Yup, abang ingat nak sambung PhD nanti. Tapi tunggulah dulu, abang baru je kerja. Lagipun pensyarah UiTM wajib ada PhD tau, diorang bagi masa dalam 10 tahun untuk sambung PhD” terang Faris, memang dia berniat mahu menyambung pelajaran nanti. Tapi tunggulah keadaan megizinkan.


“Ohhh, abang memang minat chemistry ke? Kenapa tak ambik physics? Biasanya orang lelaki suka physics, calculation subject” soal Adriana pelik.


“Abang pun minat juga physics, tapi entahlah mungkin ini yang terbaik untuk abang” jawab Faris.


Ya, kita hanya mampu merancang tapi Allah jualah sebaik-baik perancang. Kadangkala kita sangka kita dah merancang dengan baik sekali, tapi jika Allah tidak mengizinkan. Pasti tidak berlaku juga apa yang kita inginkan. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Kadangkala Dia ambil sesuatu yang kita sayang tapi Dia akan menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Seperti Adriana, Allah ambil mama dan papanya tapi Allah gantikan dengan orang-orang yang berada di sekelilingnya kini. Dia ada suami yang bertanggungjawab, ibu bapa mertua yang prihatin, ipar yang mampu mengembirakan hatinya, tok umi dan tok abahnya yang menerima dirinya seadanya. Inilah hikmah Allah di sebalik ujiannya.


“Adriana nak ambik degree apa nanti?” tanya Faris, dilihatnya isterinya ralit melayan perasaan sendiri. Dia tidak mahu Adriana bersedih lagi jika teringatkan kenangan bersama arwah Encik Nazri dan Puan Aishah. Seboleh-bolehnya dia mahu mengembirakan hati Adriana.


“Hah? Adriana ingat nak ambik course pharmacy. Tapi tak tahulah macam mana nanti” jawab Adriana. Memang itulah cita-citanya sejak dahulu lagi.


“Eh, Riana cuba tengok tu. Cantik kan?” soal Faris, matanya memandang matahari yang mula memancarkan cahayanya. Subhanaallah, cantik sangat.


“Haah, cantik. Subhanaallah” hanya itu yang mampu Adriana ucapkan. Hatinya memuji ciptaan Illahi.