Resah. Gelisah. Seraut wajah termenung jauh.
"Orang lain semua dah kahwin, tinggal aku sorang saja".
Sekeping hati bermonolog. Monolog itu disusuli tujahan prasangka.
...
"Aku tak cantik ke?"
"Aku kurang bergaya ke?"
"Ataupun pasal gaji aku tak seberapa?"
"Aku tak pandai meng'ayat' agaknya."
Mungkin itulah kerisauan yang memberat di minda mujda mudi yang belum
berpunya. Rasa rendah diri, stres & gelojak rasa ingin memiliki
membuatkan mereka berusaha memenangi hati & memiliki seseorg tanpa
mengenal batas hala & haram. Yg penting, dapat.
Pilu hati
ini melihat remaja yg merana kerana cinta. Pilu kerana walaupun mereka
sudah merasai peritnya penangan cinta dusta, mereka masih tidak mampu
mengarah diri mencari cinta hakiki. Tak serik-serik lg. Diri diperhamba
menangih cinta sementara hgga sanggup berkonflik dgn Pencipta cinta.
Semua batasan-Nya diredah segala. Tak kenal dosa pahala.
Oh, remaja!
Cinta sebelum kahwin itu hanya menjerumus ke lembah dosa & zina.
Jika mampu bertahan ke jinjang pelamin sekalipun, percayalah bahawa
rumah tangga itu tidak akan berkat. Apa tidaknya, asanya dibina drp dosa
& maksiat. Mana mungkin dapat menegakkan tiang takwa yg utuh
kecuali dinaik taraf dgn taubat. Rumah tangga akan menjadi tawar &
hambar. Semuanya dah dirasa & terbiasa, nak rasa nimatnya apa lagi?
Anak-anak menjadi mangsa. Terimalah ia sbg hukuman dunia. Amat pedih.
Namun, terlalu sedikit berbanding pedihnya hukuman abadi di negeri sana.
Ku hembus nasihat ini kpdmu hai remaja tanda sayangku tidak terhingga.
Bagi para gadis yg belum berpunya, andalah pilihan-pilihan Allah utk
masih mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendpt seruan,
yakinlah.
Jgn risau jika masih belum berpunya kerana mungkin
Allah ingin beri ketenangan dulu buat anda untuk terus melangkah
menggapai cita-cita. Usah peningkan kepala. Dia menguji anda sedikit
masa lg.
Begitu juga buat pemuda yg belum berpunya, '1st thing
1st'. Utamakn yg lbh penting drp ap yg penting. Kenali prioriti anda
skrg. Jika mmg dah smpi saat nak memiliki, tabahlah & teruskn
berusaha. Ingat, pastikan waktu nk berusaha tu anda mmg dah betul-betul
mampu & sedia.
Memiliki seorg isteri solehah ibarat
memiliki dunia & seisinya. Sudah tentu jalan utk mendapatkan sesuatu
yg istimewa amat berliku & bnyk cabaran. Jgn putus asa. Rasa
mulialah dgn usaha yg dicurahkan walaupun pinangan pernah ditolak. Usah
rasa malu & terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi
berjalan dilandasan-Nya. Teruskan berusaha!
Ingat, usaha yg
Allah redha shj. Bagaimana? Dgn SMS siang malam? Atau bergayut ditelefon
memanjang? Atau ajak keluar, belanja makan? Begitukah?
Berusahalah menyediakan diri & pikatlah ibu bapanya terlebih dahulu,
itu tip memikat wanita beriman. Sebaik-baiknya gunakan org perantaraan
utk lebih menjaga warak & iman.
Seringkali, seseorg mencari
kekasih ibarat dia mendaki gunung yg tinggi. Pepohon berduri sanggup
diredah, curam & jurang sabar ditempuh. Namun, apabila dia
memilikinya, didapati insan yg dikejar itu dedaunan kering cuma.
Begitulah perumpamaan sia-sianya usaha yg tak disalur dgn suluhan
petunjuk Al-Quran & Sunah.
Beringatlah, urusan jodoh tidak
ke mana. Sudah sedia tercatat seungkap nama di Loh Mahfuz utk kita.
Ianya urusan yg pasti. Apa yg tak pasti, sama ada kita mendapatkannya
cara mulia atau sebaliknya. Wallahu'alam..~
1st Thing 1st:
- Ijazah
- Kerjaya
- Berbakti kpd Ibu Bapa
- Berumah Tangga>>>>>REDHA ALLAH..~
No comments:
Post a Comment