BAB 4
Sayup-sayup kedengaran azan subuh dari masjid yang berdekatan dengan
rumahnya. Pagi itu, Faris bersama abinya berjemaah di masjid. Sejak
mula menjadi pensyarah, dia sudah jarang berjemaah di masjid. Oleh
kerana hari itu hari minggu, Faris menggunakan kesempatan dan
kelapangan waktu yang ada untuk sama-sama berjemaah di masjid bersama
abinya. Betapa dirasakan dirinya sangat kerdil kerana lebih
mementingkan urusan duniawi dari ukhrawi. Di pagi yang hening itu, di
atas hamparan tikar sejadah, dia bermunajat memuji kebesaran Illahi,
melupakan seketika urusan dunia.
Sejak dari kecil lagi dia telah dididik oleh abi dan uminya dengan
didikan agama yang sempurna. Orang tuanya sangat menekankan ilmu
agama, abinya merupakan seorang ustaz dan imam manakala umminya
merupakan seorang guru mengaji. Sejak dia berusia 6 tahun, dia sudah
disuruh solat dan berpuasa. Dia masih ingat semasa zaman kecilnya,
dia agak nakal untuk menunaikan perintah Allah itu. Pernah dia
dihukum oleh abinya gara-gara meninggalkan solat, diikat di pokok
rambutan yang dipenuhi kerengga, ketika itu dia berusia 10 tahun. Dia
tertanya-tanya mengapa harus dia menunaikan perintah Illahi itu,
sedangkan rakan-rakan yang lain tidak seperti dia, mereka
menghabiskan banyak masa mereka dengan mandi sungai, masuk sawah,
memanjat pokok. Akhirnya segala persoalan itu terjawab apabila dia
meningkat dewasa dan dia amat bersyukur dibesarkan dengan didikan
agama yang sempurna oleh abi dan uminya. Dia masih ingat kata-kata
ustaznya semasa dia bersekolah di Sekolah Sains Agama di Negeri
Sembilan dahulu, amalan pertama yang disoal akhirat kelak ialah
mengenai solat.
Usai solat subuh pagi itu, dia bersalaman dengan teman-teman masjid.
Tidak ramai yang hadir pada pagi itu, hanya dua saf saja. Dia
tercari-cari kelibat abinya, tiada. Barangkali abinya sudah keluar
dari masjid dan sedang menunggunya di luar. Dan dari jauh dia melihat
abinya sedang berbual dengan seseorang yang umurnya sebaya dengan
abinya, mungkin kenalan abinya. Maklum sahajalah abinya memang
mempunyai ramai kenalan di sekitar kawasan tempat tinggal mereka.
“Assalamualaikum abi, uncle” ujarnya seraya menghulurkan tangan
untuk bersalaman dengan teman abinya itu.
“Waalaikumsalam” ujar mereka serentak.
“Nazri, kenalkan ini anak ana yang sulung, Faris” ujar Ustaz
Fahmi.
“Dah bujang anak kamu ye, belajar lagi atau sudah bekerja?” soal Encik Nazri kepada anak muda di hadapannya. Dia selalu melihat pemuda itu
sama-sama mengikut abinya berjemaah di masjid. Jarang sekali anak
muda kini mahu berjemaah di masjid terutamanya solat subuh. Pandai
sungguh temannya itu mendidik anak. Takkan ke mana tumpahnya kuah
kalau tidak ke nasi. Sejuk hatinya melihat pemuda itu.
“Baru habis belajar and baru start kerja uncle” ujarnya Faris
sopan. Dia juga sangat kagum dengan peribadi Encik Nazri, walaupun
seorang yang berharta tetapi tidak sombong dengan masyarakat di
kawasan tempat tinggal mereka. Siapa yang tidak kenal dengan jurutera
yang berpengalaman itu. Dia juga sering meluangkan masa dengan
aktiviti-aktiviti kemasyarakatan di tempat tinggal mereka.
“Baru grad la ni yer, kerja di mana?” soal Encik Nazri sambil
tersenyum. Dalam diam dia mula tertarik dengan sifat sopan anak muda
itu.
“Kerja di UiTM Negeri Sembilan uncle” ujar Faris sambil tersenyum.
Ramah juga uncle Nazri ni. Fikirya sendiri.
“Ohh, anak uncle pun study kat sana, ni kiranya lecturer muda la
ni?” soal Encik Nazri. Kagum melihat anak muda di hadapannya itu. Jarang
anak muda kini memilih kerjaya sebagai pensyarah, mereka lebih gemar
memilih pekerjaan seperti jurutera, arkitek ataupun pilot. Lebih mencabar
kata mereka.
“Really? Anak uncle ada belajar di Kuala Pilah ke?” soalnya
terkejut. Dia memang tahu anak uncle Nazri sedang belajar, tetapi
tidak diketahui pula belajar di universiti tempatnya mengajar. Kecil
betul dunia ni.
“Yup, dah tahun akhir this year. Ni yang uncle risau ni sebab
uncle terpaksa transfer ke Jepun tak lama lagi. Tinggal dia sorang je
nanti kat sini, nak further study kat sana nanti rugi sebab dia dah
nak grad pun” ujar Encik Nazri ramah. Memang dia risau memikirkan yang
dia terpaksa meninggalkan anak gadisnya di Malaysia sementara dia dan
isterinya ke luar negara nanti.
“Oh, jadilah kamu ke oversea tu nanti ye Nazri? Tak payahlah kamu
risau, insha Allah anak kamu tu ok kat sini, insha Allah dia pandai
jaga diri nanti. Ana and family pun boleh tolong tengok-tengokan si Qistina tu nanti, insha Allah” sampuk Ustaz Fahmi apabila dilihatnya
temannya itu risau memikirkan tentang anak gadisnya. Apa guna hidup
bermasyarakat jika dia tidak mampu membantu orang yang memerlukan
pertolongan.
“Thanks for your concern, Fahmi. Eh dah hampir pukul 6.30 ni, saya
minta diri dulu la ye. Nanti risau pula orang rumah tu.
Assalamualaikum” ujar Encik Nazri meminta diri.
“Waalaikumsalam” jawab Faris dan abinya serentak.
“Hah Faris, lepas ni kamu ada plan nak pergi mana-mana ke?” soal
Ustaz Fahmi sambil menghidupkan enjin motosikalnya. Selalunya dia
akan menaiki motosikal ke masjid. Lagipun jarak antara rumahnya dan
masjid tidak terlalu jauh., hanya 500 meter sahaja.
“Lepas ni, Faris ingat nak jogging la abi, dah boroi rasanya perut
ni, lama sangat tak jogging” ujarnya sambil tersenyum. Memang dia
jarang jogging sejak mula mengajar ni. Tak sempat, hehe.
“Aik, kamu perli abi ke ni? Hahaha” gelak Ustaz Fahmi, mana
mungkin anak bujangnya itu boroi, tough ada la. Masakan belum
berkahwin sudah boroi.
Sekembalinya Faris dan abinya dari masjid, dia menukar pakaian dan
bersiap-siap untuk berjogging.
'Erm, bosan jugak kalau jogging sorang-sorang ni. Ajak Irah pun best
ni' bisiknya dalam hati. Sudah lama dia tidak berjogging bersama
adiknya yang sorang itu.
Sebaik melintas di hadapan bilik adiknya itu, dia mengetuk pintu.
“Oiii anak dara, tidur lagi ke?” ujarnya sambil mengetuk pintu.
Diam. Aik tidur ke budak ni. Diketuk lagi pintu bilik adiknya. Kali
ini lagi kuat.
“Irah, ohh Irah. Bukaklah pintu ni, along bagitau umi ea?” jerit
Faris dari luar.
“Along ni nak apa? Belum lagi pukul 7 lah, hari ni pun public
holiday, bagilah Irah rehat sekejap” ujar Faathirah malas melayan
kerenah abangnya.
“Jom teman along jogging, dah lama tak jogging dengan Irah. Jomla
cik Irah yang comel lagi menawan, hehe. Nanti along belanja aiskrim
nak tak?” pujuk Faris.
“Yelah, tapi takkan belanja aiskrim je kot? Gaji mahal tapi
kedekut. Give me 10 minutes, Irah nak siap ni. Dah pergi main
jauh-jauh” ujar Faathirah sambil menutup pintu. Lagi dilayan
kerenah alongnya makin menjadi nanti. Elok-elok sempat mereka hendak
jogging, jadi tak sempat pula jika dilayan kerenah alongnya itu.
“Along tunggu kat bawah nanti, jangan sambung tidur pulak ye”
jawab Faris sambil berlalu ke ruang tamu di tingkat bawah.
Sepuluh minit kemudian, mereka sama-sama melangkah keluar dari rumah
menuju ke taman rekreasi yang terletak kira-kira 100 meter dari rumah
mereka. Hari minggu begini memang ramai orang yang berkunjung ke
taman itu.
Pagi itu, sesudah solat subuh Adriana berkunjung ke taman rekreasi
yang terletak berhampiran rumahnya. Minggu itu, dia terpaksa pulang
ke rumah kerana papanya mahu mereka sekeluarga berbincang tentang
masalah mereka sekeluarga. Papa dan mamanya terpaksa berpindah ke
Jepun 3 bulan lagi. Terpaksalah dia tinggal di rumah ibu saudaranya
di Shah Alam. Tetapi dia agak berat hati untuk tinggal bersama ibu
saudaranya kerana Haikal. Haikal adalah sepupunya dan mereka agak
rapat sejak kecil lagi. Namun semuanya berubah setelah dia memasuki
sekolah menengah, lelaki itu mula menaruh hati kepadanya dan dia
berasa sangat rimas dengan pandangan lelaki itu. Lebih-lebih lagi
setelah menerima surat cinta dari lelaki itu. Hendak termuntah
sewaktu pertama kali membaca ayat jiwang Haikal.
“Apalah nasib aku kalau tinggal serumah dengan lelaki tu agaknya?.
Argghhh malaslah nak pikir pasal Haikal tu, aku datang sini nak
jogging” bisiknya sendiri.
Setelah selesai membuat warming up, dia mula berlari-lari anak.
Sudah menjadi kebiasaan baginya berjongging di taman itu. Sebagai
seorang pelajar, berjongging merupakan terapi untuk mengurangkan
strees semasa belajar. Setelah hampir dua jam dia berjogging, tali
kasutnya pula terlerai.
“Irah kalau terror sangat kejarlah along, hahaha” cabar Faris
sambil melihat adiknya yang jauh ketinggalan di belakangnya. Nampak
keletihan di wajah adiknya.
“Eleh, along ni berlagak la pulak. Alongg!!!” jeri Faathirah
apabila dilihatnya abangnya itu hampir melanggar seorang gadis.
Bumm... belum sempat dia memandang ke hadapan dia sudah melanggar
seorang gadis. Alahai cik adik, yang awak berhenti tengah-tengah
jalan ni kenapa? Yang aku ni pun satu lain kali jalan pandang depan
bukan belakang. Tak pasal-pasal dah jatuh macam nangka busuk. Hilang
macho pagi-pagi ni beb.
“Adoii, sakitnya pinggang aku” ujar Adriana apabila dirasakan
dirinya seolah-olah dirempuh objek keras.
“Eh, sory-sory. Tapi bukan salah saya sepenuhnya, yang awak
berhenti tak bagi signal dulu kenapa?” soal Faris sambil mengurut
kakinya. Dilihatnya gadis itu hanya menunduk. Barangkali sakit, dia
pun merasa perit apatah lagi gadis itu.
“Saya bukannya ada signal, kalau ada,saya da bagi dah signal,
dengan signboard sekali saya letak. Encik ni lari marathon ke apa
sampai saya yang besar ni encik tak nampak?” jawab Adriana berani
sambil mengangkat wajahnya. Sakit punya pasal, sanggup dia membebel
pagi-pagi itu.
“Aik macam kenal je, laa Adriana kan? Hah, Irah tak reti dah ke
nak tolong along ni?” soal Faris sambil memandang adiknya. Lagipun
dia malu apabila terjunpa pelajarnya di taman itu, ditambah pula
keadaannya yang jatuh seperti nangka busuk tadi.
“Tu la along tadi berlagak sangat, kan da jatuh. Buat lawakla
pagi-pagi ni” jawab Faathirah sambil membantu abangnya berdiri. Dia
juga menghulurkan kepada gadis yang bernama Adriana itu.
Mungkin teman abangnya.
“Terima kasih awak. Erm sir pun jogging kat sini ke?” soal
Adriana. Pelik apabila terserempak dengan Mr. Faris. Kecil sangat
dunia ni, dekat taman pun boleh jumpa, siap terjatuh macam gajah
lagi.
“Tak la, saya tengah marathon la tadi, sebab tu sampai terlanggar
awak tadi” usik Faris. Sengaja mahu menyakat Adriana, garang juga
gadis itu tadi.
“Erk..” kelu lidah Adriana kali ini. Itulah tadi bukan main
garang lagi aku ni. Tu la lain kali praktikkan ayat ni 'cakap siang
pandang-pandang, cakap malam jeling-jeling' eh betul ke peribahasa
ni.
“Hahaha, awak ni Adriana, garang jugak yer. Ok lah saya minta diri
dulu. Jom Irah along belanja aiskrim. Adriana, nak join sekali tak?”
soal Faris.
“Tak pe lah sir. Assalamualaikum” jawab Adriana, mana mungkin
dia mahu mengikut lelaki itu. Tebal dirasakan wajahnya. Malunya Ya
Allah.
“Along, tadi tu student along ea? Comelnya, mata bulat macam
kucing parsi” soal Faathirah. Memang comel kakak tadi, dengan kulit
putih gebu dan yang paling membuatkan gadis itu comel apabila
wajahnya yang kemerahan kerana malu.
“Yup, ada ke Irah kata comel macam kucing parsi, jauh beza tahu
tak. Orang dengan kucing pun tak reti nak bezakan. Hahaha” gelak
Faris kuat. Faathirah suka hati dia je, main belasah je nak kata apa,
tak pikr langsung. Kalaulah Si Adriana dengar apa yang Faathirah merepek ni, apalah reaksi pelajarnya itu. Irah.. Irah...
“Betul lah, comel sangat akak tadi” jawab Faathirah.
“Dahlaa kalau layan kamu ni makin tak betul jadinya nanti, jom
along belanja aiskrim” ajak Faris. Penat-penat macam ni, dapat
aiskrim pun best jugak. Tak sangka dia terserempak dengan Adriana
pagi itu, mungkin gadis itu tinggal berhampiran taman itu. Ahh, lupa
pula dia mahu bertanya dengan gadis itu tadi.
p/s: sori law kurang best.. curi mase wat novel nih >.< saya budak baru belajar (: thanks sudi bace :'D