Attention!!
Tajuk Novel Penghijrahan Cinta akan ditukar kepada Dia, Pelengkap Separuh Agamaku.
"Lain kali, jalan tu pakai mata. Apa dah tak cukup kau pakai empat mata sekarang?" -WAFIQ
"Kau ni nak apa lagi dengan aku? Tak puas hati dengan aku?" -HUMAIRA
Pertemuan pertama taklah seindah mana, bertikam lidah itu perkara biasa. Namun kerana ‘peristiwa’ itu tiba-tiba Wafiq jatuh cinta. Dek kerana kesungguhan Wafiq, mereka disatukan jua.
DAMIA HUMAIRA- Gadis yang baru bertatih dalam hijrahnya mencari cinta Tuhan. Semakin dia ingin meraih kasih Ilahi, acapkali pula dia diuji. Hadirnya Wafiq sebagai sandaran dan sumber kekuatan untuk melupakan duka semalam.
WAFIQ RIZQI- Budak engine yang selama ini dalam dunianya sendiri tapi hadirnya Humaira membawa sinar kebahagian buat diri. Dia, anak muda yang punya kesungguhan tinggi. Baginya apa saja cita-citanya harus direalisasi dan memiliki Humaira merupakan antara cita-citanya yang tertinggi.
Baru tiga bulan pertama, dugaan datang bertimpa. Terbongkarnya rahsia diari lama, kemunculan Syafiq iaitu suami kepada teman baiknya Syuhada untuk menagih cinta yang tak kesampaian merupakan tamparan hebat buat mereka.
“Maira nak mintak satu je dari abang, tolong percaya Maira sampai bila-bila.” –HUMAIRA
SYAFIQ- Baginya Humaira harus dimiliki. Cinta pertama yang tak mungkin akan dilupai. Biarpun ada Syuhada di sisi, tapi baginya cinta Humaira harus dimiliki. Baginya Wafiq adalah perampas! Perampas kebahagiannya dari melakar impian bersama Humaira.
Tanpa diduga berlaku sesuatu di antara Syafiq dan Syuhada. Humaira dihimpit rasa bersalah. Tegarkah dia mengorbankan kebahagiaan sendiri demi ukhuwah kerana Ilahi?
"Hanya Humaira yang abang perlukan di sisi. Cukup Humaira seorang yang melengkapkan separuh agama abang. Abang tak perlukan yang lain." -WAFIQ
Apa benar kahwin di usia muda itu tak menjanjikan bahagia? Dan adakah pendosa itu tak berhak untuk diberi peluang kedua?