September 2003...
“Hoi
Dhea !” jerit Maria sambil menepuk meja sekolah.
“Oh
mak kau jatuh tergolek..” latah Dhea. Terbang semua angan-angan aku tadi. “Ishh
kau ni agak-agak la kalau ya pun, kalau aku ada darah tinggi ke lemah jantung
ke tak ke naya?”Maria ni memang la tau. Suka sangat kalau aku membebel macam
mak nenek. Bikin panas hati je.
“Hahahaha.. jangan la marah Dhea. Aku
gurau pun nak sentap la kau.” Hehe..balas
Maria tanpa rasa bersalah. Siap gaya tutup mulut sebab tak tahan gelak! Nak
kena minah ni! Takpe-takpe ada lori
ada bas.
“Apa
hal ni cari aku sampai sini, ada berita baik nak share ke?” tanya aku nada serius.
Saja buat nada macam tu, nak kenakan minah ni balik..hehe
“Eh
kau, sampai hati kau tanya aku macam tu eh?
Selalu aku datang kelas kau takde pun
nak tanya-tanya ni. Kenapa sekarang kena ada alasan nak jumpa kau? Kalah artis
you! Hahaha”ejek Maria lantas duduk di kerusi kosong sebahku, nasib baik Fiqah
tak datang. Ishh asyik aku jugak yang
terkena lah!
“Tak
la aku tanya je, kenapa kau datang? Cikgu
tak ada kat kelas kau eh?.”
“
Eh, kan cikgu semua ada meeting
sekarang sebab budak-budak form five
nak SPM, kita tahun depan pula. Tu lah kau ni selalu sangat berangan kan?
Teringat Haizul la tuh! Hehe, nak aku
kirimkan salam ke? Takpe-takpe, aku
balik kelas karang aku cakapkan kat
dia eh yang kau rindu dia, nak? Offer Maria. Tersengeh-sengeh dia macam
kerang busuk.
“Gila
kau! Aku kawan je la dengan dia.
Sekolah lagi mana boleh ada feeling
bagai ni!” sangkal aku.
“Weh
semua rahsia kau dalam kocek aku la beb, apa
yang kau rasa, apa yang kau pendam semua aku boleh baca” pangkah Maria.
“Huhh..”
keluhku. Dengan Maria memang aku tak boleh nak selindung apa-apa. Memang kalah
punya. Dialah kawan yang paling aku rapat dekat sekolah ni. Walaupun kami
berlainan kelas. Aku kelas sains tulen, dia pulak
kelas akaun. Padahal time PMR tahun lepas result
dia gempak jugak. Puas aku pujuk
masuk kelas sains sama dengan aku, tapi dia kata dah minat dia mengira apa
boleh buat. Haishh.
“Aku
tak faham dengan kau ni, cakap tak ada perasaan tapi tengok kau aku dah tau kau
suka dia kan? Haizul pun aku rasa macam suka kau juga. Kau tak perasan ke?”
tanya Maria.
“Tak
la Mar..kami kawan je, dia pun tak
pernah cakap dengan aku apa-apa. Tapi memang aku tak boleh tipu kau yang kami
memang rapat. Aku ni kira kawan perempuan yang paling rapat dengan dia, no hard feeling” jelasku. Titik!
“Ya,
aku tau tu..tapi aku faham sangat kau....suka dia kan Dhea?” tanya Maria rapat
ke telinga aku. Tak nak bagi orang dengar la tu. Hehe. Bagus Maria ni.
Aku
pusing mengadap Maria. Mata ku redupkan. Haila
Maria..macam mana kau boleh tau ni, bisikku. Lambat-lambat aku angguk.
“Aku
dah agak, dari awal lagi”.
Aku
jeling Maria. “Kau jangan bagi tau siapa-siapa okey. Aku suka je, eh tak minat
yang lebih sebenarnya”. Hehe.
“Eleh
kau, menyampah aku!” cebik Maria. Lambat-lambat dia senyum jugak. “Okey, aku
tak bagi tau siapa-siapa” janji Maria.
Fuhh
lega. Hehe. Maria memang terbaik!
“Dah
la Mar, balik la kelas kau, sekejap lagi mesti cikgu dah habis mesyuarat”
halauku.. Hehe
“Ciss
kau, halau nampak!” balas Maria dengan wajah kelat . Nak mintak simpati aku la
tu! Haha.
“Petang
ni aku tak balik dengan kau tau, ada orang datang ambil aku, so kau balik
seorang okey? Lagi pun kau ada kelas tambahan biologi kan? Okey la, aku balik
dulu, jumpa rehat nanti ya. Bye”
lambai Maria sambil bangun berlalu keluar. Aku geleng kepala. Studi lagi bagus.
Jangan ingat form four ni tahun honeymoon Dhea! Ishh ishh ishh.
......................................................................................................................................................
Tettt..tett.
Aku bangun dari katil lantas mencapai handphone
di atas meja belajar.
Aku
senyum. Apa dia buat tak tidur lagi pukul 11.30 malam ni?
-
Dah tidur ke?
-
Belum lg. Knpa x tidur lg ni?
-
X boleh tdo J
-
So?
-
Nyanyikan sy satu lagu. Hehe :D
-
Perlu ke?
Aku
dah tergelak.
-
Perlu la. Baru sy boleh tidur nt. Hehe..please...
-
Nk lagu apa?
-
Ermm..up to u. Apa pn boleh.
-
Ok.
-
Sy call skrg eh.
Jantung
dah nk terkeluar dah ni! Alamak dia dah call
la. Ishh.. lambat-lambat aku angkat. Jangan nampak excited sangat Dhea! Ehemm, bismillah.
“Helo,
assalamualaikum Dhea” ucap Haizul.
“Dah ready? Haha. You can start now. Cepat sikit, tak
sabar dah ni!” desaknya.
“Okey,
jangan gelak eh.”
“Okey
dear” balas Haizul.
Gurlpp
..tak tertelan air liur aku. Cis. Main dear-dear
ni yang tak suka ni! Gugur jantung gua!
“Ehemm..ehemm..”
Aku inginkan dirimu.. Datang dan temui aku..
Kan ku katakana padamu.. Aku sangat mencintai
dirimu..
Aku inginkan dirimu.. Datang dan temui aku..
Kan ku katakan padamu.. Aku sangat mencinta..
Sepenuh
hati aku nyanyikan lagu tu. Berharap dia akan faham. Tapi...mengertikah Haizul?
Kenapa dia layan aku baik sangat selama ni? Dia suka aku atau tak eh? Atau aku yang terhegeh-hegeh? Tapi
cara dia tu....yaAllah.. apa yang aku fikir ni?
“Dhea..”
panggil Maria.
Aku
tersentak lantas mengangkat kepala yang ku letak di atas meja tadi. Loceng
tamat sekolah sudah lima minit berlalu.
“Kenapa
Mar?” tanyaku.
“Kau
okey tak?”
Aku
pandang Maria pelik. “Kenapa tanya aku soalan macam tu? Nampak aku tak okey
ke?” soalan Maria aku balas dengan soalan juga.
“Yela..aku
tak sangka Liza dan Haizul tergamak buat kau macam ni. Aku faham kot apa yang
kau rasa. Mesti sakit kan kawan sendiri buat macam ni pada kita?”
Aku
pandang Maria tepat. “Alah Mar..aku tak kesah
la.”
“Ishh..aku
geram betul dengan Haizul tu, kalau suka si Liza tu cakap la awal-awal, kenapa
dia layan kau dulu?” marah Maria.
“Mar,
tu hak dia la nak suka siapa pun..aku tak kesah
dah sekarang. Lagipun Liza tu cantik orangnya, putih, tak macam aku ni, gelap. Mar kau janji dengan
aku jangan ungkit lagi hal ni depan aku ya? Tolong aku Mar..” pintaku supaya
Maria tidak mengungkit lagi perkara yang akan merobek hati aku. Sungguh sakit.
Bila fikir-fikir balik tak berbaloi aku nak sedih pasal hal ni, tapi biasa la
jiwa remaja. Memang tak boleh disangkal! Huh!
“Eh,
kau gelap? Kau ni rabun ke apa beb, ke buta warna? Kau okey apa tak la gelap
mana pun. Kau sebenarnya kan putih tapi disebabkan kau bersukan mesti la muka
kau tu kurang cerah sikit! Hehe.
Setakat si Liza yang tak bersukan tu memang la putih memanjang! Aku tengok
semenjak dia dengan si Liza tu bukan main lagi dia, kau pun dia tak pandang
dah! Geram betul aku! nak je aku sepak si Zul tu macam bola!” bebel maria lagi.
Aku
pandang Maria tajam. Mar!
“Opss..sorry
dear. Aku marah sangat ni bagi pihak kau.” Hehe.
“Dhea, kau ni ganas tau, tapi bila dengan si Zul tu kau bukan main lembut
lagi eh, kenapa ek?
Aku
jegilkan mata. Mar! Terkikik-kikik
Maria gelak. Saja la tu nak kenakan aku!
Aku
tarik tangan Maria. “Dah, jom balik. Kang
Mak Cik Leha marah aku pulak kalau
anak dara dia ni lambat balik. Haha .
Saja aku tukar topik. Tukar mood cepat-cepat!
Fuh! Pergilah kau wahai bayangan Haizul! Titik! Lepas ni jangan harap aku nak
layan lelaki! Semua boleh jalan lah! Ma
Fi Qalbi Ghairullah..tiada di hatiku melainkan Allah. Dah tiba masa aku
berubah. Ampunkan aku Wahai Allah.
......................................................................................................................................................
Kringgggg!!!!
Bunyi loceng tanda bermulanya sesi PNP.
“Eh,
kertas apa ni?” bisik Dhea sambil membelek kertas bewarna kuning lembut yang
baru diambil dari bawah meja sekolah.
“Oh,
kad rupanya..siapa punya ni?” tanyaku untuk diri sendiri. Cepat-cepat aku buka
kad yang nampak menarik tu.
Allah Maha mengetahui setiap isi hati hamba-Nya..
La tahzan ! Jangan lah engkau bersedih
Ada yang lebih baik sedang menunggumu
Stay cool and cute. J
Assalamualaikum
AMAY
“AMAY,
nasib baik tak AYAM, haha siapa ni? Nama tak vogue langsung !” geram betul hati aku lah! Siapa yang berani
main-mainkan aku ni. Memang nak kena sepak dengan aku! tak ada kerja lain
agaknya. Stay cool and cute bagai..tuihh!
tak lain ni mesti kerja minah senget tu! Rehat ni tau la aku kerjakan kau Mar. Haha. Ada hati nak kenakan aku ya, silap
orang la. Ni kak long kawasan lah.. Kikiki.
Bunyi
berdesing kerusi diseret kedengaran sangat ngilu. Haish, cikgu dah masuk.
Cepat- cepat aku bangun lantas menyimpan kad tadi. Lantaklah.
......................................................................................................................................................
Bulan
terakhir sesi persekolahan untuk tahun 2003 aku dihujani dengan kad-kad kuning
tersebut. Setiap hari isnin mesti ada kad tu bawah meja aku siap-siap. Pelik.
Lagi pelik bila minggu terakhir sekolah setiap hari mesti ada kad tu. Siapa
yang hantar sampai sekarang aku tak dapat nak kesan. Tanya Maria dia langsung
tak tahu-menahu. Bukan kerja dia rupanya. Tapi cara tulisan tu macam dah kenal
aku lama. Siapa ya?
Aku
ambil semua kad tersebut. Nak baca balik. Hehe.
Mana tau boleh jadi Detective Conan
ke. Haha.
Apabila kita mengingati Allah, maka Allah pun akan
mengingati kita.
Stay cool and cute. J
assalamualaikum
AMAY
Tidak ada sesuatu yang lebih mulia di sisi Allah melainkan
doa.
p/s : So, banyak-banyakkan berdoa moga kita dijodohkan.
Hehe
Stay cool and cute. J
Assalamualaikum
AMAY
Gila!
Dia pun aku tak kenal, nak doa macam mana. Ekekeke.
“Usah kamu berputus asa daripada rahmat Allah kerana orang
yang berputus asa daripada rahmat Allah hanyalah orang kafir.” Surah yusuf,
ayat 87.
p/s : jangan sedih-sedih. Perancangan Allah lebih hebat.
Awak tu kan kak long kawasan, kalau sedih-sedih buat malu saja. Haha
Stay cool and cute. J
Assalamualaikum
AMAY
Cis!
Sempat dia kenakan aku. Mana dia tau aku selalu gelar diri aku kak long kawasan
ya?
“Pandangan adalah salah satu anak panah daripada anak panah
milik iblis yang beracun. Siapa yang meninggalkannya kerana takut kepada-Ku,
Aku memberi balasan iman kepadanya dan beliau pasti merasakan nikmat iman dalam
hatinya.”
p/s : Semoga saya berpeluang menatap mata Ainul Mardhiah
saya dengan cara halal yang penuh dengan nikmat Allah.
Akan tiba “waktu”nya. Suatu masa nanti.
Stay cool and cute. J
Assalamualaikum
AMAY
“Jujurlah kerana sesungguhnya kejujuran menunjukkan kepada
kebaikan dan kebaikan menunjukkan kepada syurga.” (HR.Ath-Thabarani)
p/s : Sejujurnya, saya ingin benar bersama Ainul Mardhiah
saya degan cara yang diredhai Allah. Semoga “waktu” itu akan tiba. InsyaAllah.
Stay cool and cute. J
Assalamualaikum
AMAY
Tunggu kad saya ya? Hehe
Untuk last day ni, saya tak banyak benda nak cakap. Cukup
awak tahu saya benar-benar ikhlas ingin memiliki awk. Ainul Mardhiah saya.
Jangan push diri awak untuk cari siapa saya. Jangan tertekan. Just releks Saya
akan sentiasa ada. Berdoalah semoga saya diberi kesempatan akan “waktu” itu.
Mugkin ini kad terakhir saya untuk awk.
p/s : Semoga menjadi wanita solehah wahai Ainul Mardhiah
binti Kamarul.
Stay cool and cute. J
Assalamualaikum
AMAY
Hishh..pelik-pelik!
Siap tahu nama penuh aku tu. Siapa mamat ni ya? Selalu sebut yang aku ni Ainul
Mardhiah dia. Bila masa aku ni dia punya? Cis...
September 2013...
“Adik
baru balik?” tanya Puan Aisyah. Satu-satunya umi yang aku ada.
Aku
tegakkan badan atas sofa. Tukar posisi dari baring mengereng tadi. Bajet nak luruskan pinggang sikit! Haha
“Aah
umi” balasku sambil mengangguk.
“Okey
tak sekolah baru ni?”
Aku
angguk lagi.
“Boleh
la umi, setakat ni semua okey lagi.” Aku senyum sehabis manis lantas menggenggam
jari umi. Dengan umi kena tunjuk muka yakin, setakat ada masalah sikit tu tak
payah cerita pun tak apa, nanti lagi buat umi susah hati.
“Murid-murid
adik semua okey? Cikgu-cikgu okey tak?” tanya ayah tiba-tiba muncul dari
belakang.
Aku
tunjuk ibu jari.
Ayah
angguk tanda puas hati langsung duduk di sebelah umi.
Fuh
selamat! Dengan ayah memang senang bawak
bincang daripada umi. Maklom la anak last
la kata kan, umi dengan ayah mesti sayang lebih! Modal ni la yang aku selalu
sakat abang-abang aku. Hehe
“Along,
Angah dengan Achik tak balik ke minggu ni umi,ayah?” tanyaku bila mula teringat
abang-abang tersayangku. Sayang sangat! Haha
. Orang- orang yang bertanggungjawab sebab dah buat adik tercantik diaorang
ni jadi ganas sejak kecik. Hehe .
Selalu buli aku! Kejam betul! Kejam-kejam diaorang aku tetap sayang. Siapa tak
sayang abang oiii!! Haha
“Adik
kenapa tersenyum-senyum tu”? tanya umi dengan muka pelik.
Aku
tersedar. Hehe , kantoi. “Teringat
abang-abang kesayangan la umi” balasku.
“Abang
kesayangan ke “abang” sayang?” Umi dah senyum-senyum.
“Apa
umi ni, okey la adik naik dulu ya, nak mandi ni melekit-lekit dah badan, kerja
kat sekolah banyak sangat bila dah hujung tahun ni.” Aku bangun dari sofa
lantas berlalu ke tangga dengan pantas. Soalan untuk umi dan ayah tadi tak
sempat aku dapatkan jawapan. Baik lari dulu sebelum kena! Tau sangat perangai
umi tu.
“Adik!
Nak lari la tu kan? Umi geleng kepala dengan perangai aku.
Umi
memang macam tu. Nak aku kawin cepat-cepat. Katanya umur aku dah patut
bernikah, Maria pun dah bertunang. Sabar la wahai umi. Anakmu ini belum
bersedia. Hehe. Belum bersedia ke
tunggu seseorang yang tidak ku tahu akan datang atau tidak? Ish ish ishh
......................................................................................................................................................
Aku
menutup pintu seusai masuk ke dalam bilik. Hati rasa tak sedap. Dah lama aku
tak ingat tentang dia. Bila umi bangkitkan hal ni..urmmm.. Encik AMAY! Dia ingat aku lagi atau tidak ya? Dah 10 tahun
berlalu, tak kan dia ingat aku lagi? Dalam diam aku menunggu sebenarnya. Tanpa
aku sedar dan tanpa aku paksa perasaan itu hadir sendiri. Tapi hati aku yakin
yang dia untuk aku. Entah kenapa, aku terpikat dengan tulisannya. Tulisannya
atau orangnya kah? Aku senyum sendiri. Khayal lagi! Wahai Ainul Mardhiah
sedarlah!
Aku
berlalu ke penyidai tuala lantas ke bilik air. Mandi dulu, bisikku.
......................................................................................................................................................
Mana
Maria ni, tak sampai-sampai lagi? Dah nak dekat 15 minit aku jadi penunggu meja
kat restorant ni. Aku sedut fresh orange
di atas meja.
“Hoi
Dhea!” jerit Maria. Aku tersedak. Bertuah punya kawan! Nasib baik tak tersembur
air aku minum tadi.
Maria
ketawa geli hati dengan reaksi aku. Tahu yang aku akan marah.
“Kau
ni dah tak pandai beri salam ke? Jumpa aku mesti nak terkejutkan aku la,
menyampah betul!” marahku.
“Alaa
Dhea sayang, sorry okey aku gurau je.
Lama dah tak jumpa sahabat dunia akhirat aku ni” pujuk Maria sambil memeluk aku
dari belakang lantas duduk di sebelahku.
Maria
aku jeling.
“Assalamualaikum!”
serentak aku dan Maria menoleh ke kanan kami.
Siapa
ni? Haikal aku kenal, tapi siapa sebelah dia tu? tanya hatiku.
“Waalaikumsalam”
jawab aku lambat-lambat. Maria dah senyum-senyum bila nampak bakal suaminya
itu.
“’Hai
Dhea, lama tak nampak kau, kerja okey?” tanya Haikal merangkap tunang Maria.
Memang aku janji dengan Maria nak teman dia jumpa tunangnya. Dah lama kami tak
borak dan keluar sama. Kami bertiga memang rapat. Aku kenal Haikal pun daripada
Maria.
“Alhamdulillah
semuanya okey, tapi biasa la kan guru sekarang kerja makin bertambah, semua
mesti ada dalam sistem, kalau buta IT memang susah” jawabku sambil tersenyum
memandang kearahnya yang mula mengambil tempat didepan aku dan Maria.
Aku
jeling orang disebelah Haikal. Mata kami bertembung. Sepantas kilat aku
kalihkan pandangan. Kenapa pandang orang macam nak telan je tu?
“Dhea,
kenalkan ni Amus, Amus kenalkan ni Dhea, Ainul Mardhiah merangkap sahabat
sejati tunang tersayang aku” kata Haikal sambil melirik kearah tunangnya.
Aku
pandang Amus sekilas sambil layangkan senyuman. Buat syarat, nanti dicop
sombong pulak. Dia balas dengan senyuman tawar. Macam nak tak nak je. Dinginnya
dia ni! Senyum pun macam..arhh..ingat aku heran nak kenal dengan kau! Boleh
jalan lah!
Meja
kami riuh kedengaran suara Maria dan Haikal. Sekali-sekala aku menyampuk. Macam
kekok pula nak bersembang dengan mereka bila ada mamat ais depan ni. Akhirnya aku pilih jalan untuk banyak diam.
Sama naik dengan mamat tu. Bajet aku nak borak dengan kau? tuihh. Aku mula naik
rimas bila dia asyik pandang aku dengan pandangan yang sukar dimengertikan.
Jalan terbaik ajak Maria balik. Pertemuan aku dan Amus buat pertama kali
berakhir begitu sahaja. Dia nampak dingin. Aku lagi tak ingin!
......................................................................................................................................................
Aku
melangkah laju setelah mengeluarkan duit di ATM. Gaji baru masuk. Nak belikan
umi dan ayah sesuatu sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke 35 tahun. Hehe. Nak kena singgah kedai dulu ni.
Nak bagi umi dan ayah hadiah apa ya?
“Cik
Ain!” panggil satu suara. Aik, siapa Ain ni?
Aku
pandang kiri dan kanan aku. Tak ada orang. Aku pandang ke belakang apabila panggilan itu
berulang berkali-kali. Mamat ais! Dia panggil aku ke?
“Cik
Ain!, penat saya panggil awak, tak dengar ke?”
“Maaf
saya tak perasan, saya ingat ada orang lain, lagi pun nama saya bukan Ain, tak
mengapa saya faham, awak tak ingat nama saya kan? Emm, saya tak kisah, nama
saya Dhea.” balasku panjang.
Dahinya
berkerut. “Betul lah, nama awak Ainul Mardhiah, kan?”
“Ya,
memang betul, tapi orang biasa panggil saya Dhea.”
“Saya
nak jadi orang luar biasa panggil awak Ain” pintasnya. Aku telan air liur. Apa
kena dia ni? Tebiat apa? Ish Dhea tak baik cakap orang macam tu! Aku pandang
dia pelik.
“Tapi
saya tak selesa orang panggil saya Ain, Encik Amus!” pangkasku tanda tak
setuju.
“Tapi
saya selesa!” jawabnya pantas. Tepat! Mengena!
Aku
diam. Suka hati kau lah! Kau aje yang
betul!
“Okey
la Encik, saya gerak dulu ya” kataku sambil berkira-kira untuk berlalu. Malas
nak ramah sangat. Dulu kemain ais
beku lagi, sekarang dah cair pulak ke? Menyampah! Aku berlalu tanpa sempat dia
berkata apa-apa.
“Tak
mengapa, akan tiba waktunya Ain” bisik Amus.
......................................................................................................................................................
“Dik,
rindunya kat Adik!” jerit Ashraf merangkap Abang Chik aku sambil memeluk aku
kuat. Ish! Tak malu betul, baru je dua bulan kawin, perangai tak berubah
langsung. Tetap gila-gila. Nasib baik kakak
ipar sporting habis. Hehe . Aku pandang Achik lantas
menyalamnya.
“Mana
Along dan Angah?”
“Diaorang
sampai lewat sikit la Dik, maklom la jauh” haha.
Aku angguk kepala, memang patut pun lambat, mereka menetap luar dari kawasan Johor.
Masing-masing bekerja di Kuala Lumpur. Achik
je di Johor, dekat dengan kami.
“Ohh..tak
sabar dah ni nak jumpa anak –anak buah Adik!” kataku teruja.
“Eleh,
sibuk anak orang buat apa? Nak anak kawin jela, apa susah? Tuh kakak ipar Adik
pun muda dua tahun dari Adik tau! Kata Achik lantas ketawa kuat. Achik aku
jeling maut. Menyampah! Semua orang nak halau aku dari rumah ni! Semua nak aku
pergi! Sadis!
Malas
layan Achik! Aku berpaling lalu pantas menuju ke dapur. Achik tak habis ketawa
lagi. Suka buli aku! Tak boleh jadi, gejala membuli semakin berleluasa dalam
rumah ni. Cikgu pulak tu yang kena buli. Hampeh.
Umi
geleng kepala melihat gelagat kami. Jangan umi pun join sudah! Malas aku nak menjawabnya nanti. Sibuk suruh kawin. Baik
lari.
“Asyik
nak lari je kan Adik tu umi?” kata Ashraf.
“Umi
pun dah buntu nak fikirkan cara nak pujuk Adik tu Achik. Penat dah umi ni
berkias, tak faham. Cakap direct pun
buat-buat tak faham jugak.. asyik
lari je” keluh Puan Aisyah.
“Entah-entah
tunggu putera turun dari langit kot umi” seloroh Ashraf. Damea senyum
mendengarkan kata-kata daripada suaminya. Perbincangan anak-beranak. Malas mahu
masuk campur.
Umi
hanya mampu senyum. Macam-macam Achik ni.
“Mus,
bila nak mula bagi tahu?” tanya Haikal.
Amus
yang sedang menyandarkan badannya di pintu kereta Honda City metallic miliknya
memandang pelik. “Mula apa?”
“Buat-buat
tak faham pulak kau kan?”
Amus
senyum. “Biarkan dulu la, aku nak uji dia lagi, kau macam tak kenal aku, aku
kan tak suka terburu-buru.”
“Suka
hati kau lah, jangan melepas sudah! Menangis lagu hindustan kau nanti, bukan
menangis tak berlagu, tahu!” balas Haikal.
“InsyaAllah,
kalau jodoh aku tetap jodoh aku, jangan risau. Aku yakin dengan pilihan Allah
untuk aku.”Amus senyum kecil. Tahu yang Haikal mula bosan dengan sikapnya yang
tidak mahu berterus terang apabila sudah berkali-kali diingatkan.
“Aku
tunggu masa yang sesuai, bila aku yakin yang dia betul-betul sukakan aku, aku
takkan tunggu-tunggu lagi!” Titik!
Amus
melangkah pantas menyaingi langkah Haikal yang laju menuju bangunan dihadapan
mereka lantas memeluk bahu sahabatnya itu. Mahu memujuk, bimbang dia akan
berkecil hati dan bosan untuk menasihati dan mengingatkannya lagi. Haikal harus
tahu strategi baru yang dirancangnya!
......................................................................................................................................................
Hujung
minggu ini aku terpaksa menemani Maria dan Haikal untuk membantu membuat pilihan
barang-barang hantaran mereka yang bakal tiba kurang dua bulan lagi. Kata
mereka aku pandai dalam memilih barang-barang yang terkini. Simple tapi cantik.
Saja nak bodek aku lah tu. Memang pasangan serasi! Haha . Saja propa diaorang tu, padahal mama Haikal dan Mak Cik Leha
dah pesan awal-awal nak keluar mesti bukan berdua! Tau sangat aku. Haha
Aku
belek handbag warna coklat muda dari
Sembonia. Cantik juga. Tidak sarat dan just
nice bagi aku. Kalau untuk hantaran memang sesuai la. Kalau aku buat
basahan beg ni memang tak lah! Tengok harga je dah tarik nafas panjang. Hehe . Aku cari kelibat Maria yang entah
kemana- mana.
“Cantik
awak pilih.” Aku berpaling ke arah suara tersebut. Mata aku bulatkan. Air liur
tersekat! Dia lagi! Mesti ikut Haikal lagi ni. Aku kena hadap dia lagi ke untuk
satu hari ni? haishh.. kalau peramah macam Haikal aku tak kesah la sangat, ni bajet cool je. Puihh. Tapi hari ni dia nampak sangat simple dengan t-shirt polo
kuning dan dipadankan dengan jeans blue
black. Aik! Macam mana warna baju dia boleh sama dengan warna blaus aku ni?
Haishh... Rambut yang sedikit terpacak kemas membuatkan dia nampak seperti
ala-ala pelajar. Haha . Muka yang
tampak segar dan dihiasi sedikit kumis. Kemas. Bau haruman yang dipakai buat
aku khayal. Sedap! Aku mula sedar dari menilik penampilannya. Cukup untuk hari
ini. Buat malu saja kalau kantoi
tenung anak teruna orang!
Dia
yang faham aku terkejut melihatnya di situ tayang muka cool. Aku kalihkan pandangan. Malas layan mamat ni. Mata dia tu tak
boleh ke nak pandang aku macam orang lain biasa pandang aku? Aku pun tak boleh
pandang lama-lama mata tu. Hati rasa lain macam. Ceh Dhea! Dan-dan kau! Eh, tapi betul tau!
“Kalau
Ain suka handbag tu belilah, Maria
punya cari yang lain.” katanya tiba-tiba.
Erk!
Ingat aku ni kaya sangat ke, setakat gaji cikgu ni nak simpan untuk sebulan
lagi kot. Aku bukan jenis boros. Tapi tengok keadaan juga bila nak membeli
barang, kalau aku rasa berbaloi aku keluarkan duit untuk sesuatu barang itu aku
tak kesah. Tapi..kalau setakat beg nak bawak ke hulu ke hilir ke sekolah guna
beg mahal macam ni tunggu aku dapat seru dulu lah. Haha. “ Tak apa kot Encik
Amus, saya tengokkan untuk Maria je” balasku sambil tersenyum kecil.
Dia
tetap buat wajah cool. Ceh! Mahalnya
senyum dia. Dia angguk kepala. Ish, ingat nak tolong belikan ke apa, sibuk
tanya-tanya kita buat apa? Tak ada sense langsung
la mamat ni. “Awak datang sini nak cari handbag
juga ke? Nak beri pada girlfriend ke tunang
ke?” tanyaku pada Amus yang sibuk membelek beg-beg yang bersusun di atas rak
yang disediakan. Saja tanya soalan cepumas.
Nak tahu dah berpunya ke belum mamat ais ni. Eh, hari ni dia macam okey sikit,
tak ais sangat, mungkin boleh panggil mamat ais on the way defrost. Hahaha . Stok-stok lelaki macam Amus ni
tak percaya aku tak berpunya lagi. Umur pun mesti lebih kurang Haikal jugak ni, tua tiga, empat tahun dari
aku. Tak pun sebaya Achik tak? Hah, Haikal dengan Achik memang sebaya..29
tahun. Mungkin dia pun sama la ni kot, kiraku.
“Awak
rasa?”
“Ikut
Encik Amus la nak ada ke tak, saya saja bertanya” balasku malas. Bajet tak
kisah tapi dalam hati meronta-ronta nak tahu. Haish, kenapa aku rasa macam ni?
Dah lama aku tak crush dengan
siapa-siapa selepas Haizul. Haizul? Apa khabar dia sekarang ya? Mungkin
baik-baik saja dengan Liza. Aku ukir senyum tawar tanpa sedar.
“Kenapa
awak senyum?” Aku pandang wajahnya. Kacak sungguh. “Kenapa suka panggil saya
encik? Saya lagi selesa kalau Ain panggil saya Amus tanpa ada encik di
depannya.” Aku pandang lagi wajahnya tanpa berkelip. Apa sudah jadi? Aku
seperti dipukau oleh matanya. Amus pandang aku sambil melayangkan senyuman
senget. “Kalau panggil abang lagi saya selesa” ucapnya perlahan.
Aku
seperti tersedar dari mimpi. “Awak cakap apa tadi?” tanyaku. Termalu sendiri.
Hari ini dua kali tertangkap sebab tenung muka dia. Ya-Allah Dhea malunya!
“Saya
memang dah ada yang special tapi
sedang menunggu jawapan dia untuk hidup bersama saya” jawabnya untuk soalanku
tadi. Dia memandangku sambil tersenyum manis. Aku tersedak! Dah berpunya mamat defrost ni? Haila kenapa hati aku macam
hancur lagi untuk kali kedua. Sadisnya kisah hati aku. Adakah aku ditakdirkan
tidak mempunyai pasangan di dunia, hanya di akhirat kelak? Aku pasrah. Hati
mula sedih. Pedih. Aku buat muka cool
juga. Sama macam dia selalu buat. Jangan tunjuk sangat kau kecewa Dhea! Kuat!
Kuat!
“Awak
pula Ain, macam mana? Dah ada yang punya?” tanya Amus yang masih lagi berdiri
di sebelahku memandang sekeliling. Tinggi juga dia daripada aku ni. Kepala aku
paras bahu dia sahaja. Aku pantas mengangguk. Tak nak kalah depan dia. Jawab je ada, bukan dia tahu pun kisah hidup
aku melainkan dia tanya Haikal atau Maria. Habis aku nanti! Tapi takkan lah
kan? Nak sibuk tahu pasal aku buat apa?
Pantas
aku berlalu darinya sebelum soalan-soalan lain yang aku tak akan dapat jawab
nanti yang akan keluar dari mulutnya. Baik cari Maria dari layan mamat defrost tu! Mana lah diaorang merayau,
tinggalkan aku pulak tu! Maria bila dah dapat Haikal terus lupa aku! Siot punya
kawan.
Dari
jauh aku lihat Amus hanya tersenyum lebar. Asyik senyum je dia hari ini. Hari senyum seduniakah?
......................................................................................................................................................
Now
you’re gone
I
realized my love for you were strong
And
I miss you here now you’re gone
I
keep waiting here by the phone
With
your pictures hanging on the wall ....
Aku
mendengar lagu now you’re gone dari Basshunter di dalam laptop ku diatas meja belajar. Sadis juga kisah cinta dia, sama macam
aku! Huh! Aku mengeluh. Ishh Dhea tak baik mengeluh, Allah tak suka! Astaghfirullah. Aku mula terbayang wajah
tampan Amus. Haila..patah hati lagi. Peliknya aku, rasanya aku baru kenal Amus,
bercakap pun sepatah dua, dah suka? Ish ish ish Dhea teruknya perangai kau!
Tapi bukankah waktu pertemuan itu tidak menjadi pengukur untuk kita sukakan
seseorang? Allah lebih mengetahui. Serahkan pada Allah sahaja Dhea. Aku pujuk
hati, mungkin jodoh aku belum tiba lagi. Husnu
zhon. Bersangka baik pada Allah. Perancangan Allah lebih baik. Aku senyum.
Kuatkan hati!
Tiba-tiba
aku teringatkan kad-kad kuning yang pernah aku dapat sewaktu tingkatan empat
dahulu. Encik AMAY! Aku senyum lagi. Entah ada lagi atau tidak dia. Zaman tak
matang. Aku masih menyimpan kad-kadnya. Tak tahu kenapa, kad tersebut yang
buatkan aku kuat semangat dan berubah menjadi lebih baik. Terima kasih Encik
AMAY!
Tukk
tukk tukk... bunyi ketukan pintu bilik. Siapa ya?
“Masuk
lah, pintu tak berkunci” jeritku dari dalam bilik.
Terjengul
wajah umi. Oh umi rupanya! Aku senyum menyambut kedatangan umi. “Kenapa umi?”
tanyaku.
“Umi
nak bincang sesuatu dengan Adik ni.”
“Bincang
apa umi? Bunyi macam serius je ni.”
Aku kerut dahi.
Umi
senyum. “Memang serius pun, jadi
jangan cuba-cuba nak buat lawak dan main-main bila umi tanya!” kata umi tegas.
Tahu dengan perangai aku yang akan cuba lari dari soalan yang aku tak suka.
“Apa
dia umi, cakaplah.”
“Ayah
yang wakilkan umi ni untuk tanya pada Adik.” Kata umi lambat-lambat. Buat suspens je umi ni lah! Aku angkat kening
tanda menyuruh umi teruskan.
“Ada
org datang rumah kita pagi tadi.”
Aku
ketawa kuat. Hahahaha. “Apa umi ni, orang datang rumah kita pun umi nak bagi
tahu adik buat apa? Tetamu tu kan bawa rezeki, biarlah. Hihi. Muka umi nampak bengang. Eh, kenapa umi ni?
“Umi
marah Adik ke? Kenapa umi?” tanyaku.
“Orang
tu tanyakan Adik! Adik setuju tak? Dia nak nikah bulan ni jugak kalau Adik setuju. Macam mana?” tanya umi tanpa henti.
Gurlppp!
Aku telan liur. Biar betik! Aku tak salah dengar kan? kan? kan? Siapa pulak hamba Allah yang sanggup
beristerikan aku ni? Aku tak pernah ada admire
sebelum-sebelum ni pun! Encik AMAY! Itu je yang ada dalam kepala otak aku ni,
tapi takkan lah!! Aku pandang umi. “Siapa umi orangnya tu? Adik kenal ke?
Berapa lama tempoh untuk jawapan?!”
Umi
senyum. “Eh macam tak sabar nak kahwin je Adik ni, excited semacam. Ke yang datang tu memang kawan Adik? Adik je yang
tak bagi tahu kat kami, ye ke?” tanya umi lagi.
“Eh!
Tak lah umi, Adik tak kenal pun siapa-siapa yang datang tu! Apa nama dia umi?”
“Entah
umi tak tahu nama penuh anak dia, tapi yang dok
sebut Akim kalau tak silap umi.”
“Akim?”
Umi angguk. Sumpah aku tak kenal sorang pun nama Akim.
“Macam
mana Adik? Dia bagi masa seminggu untuk fikir.”
“Ermm..bagi
Adik masa lah umi, tapi bagi umi macam mana?”
“Ikut
Adik la, umi tak kisah pun, kalau ada orang lain yang adik berkenan umi boleh
tolakkan.”
“Ish
umi! Adik mana ada kenal siapa-siapa. Emm.. okey
Adik fikirkan dulu, nanti adik bagi jawapan pada umi ya?” balasku mengakhiri
perbualan tersebut.
Selepas
umi keluar, aku terus berbaring di atas katil. Huhh! Masak! Masak! Apa nak buat
ni? Aku buntu. Entah siapa-siapa yang datang tanyakan aku pun aku tak tahu. Aku
buntu. Aku pejamkan mata, penat berfikir. Ya-Allah bantulah hambamu ini. Aku
bangun dari pembaringan. Tak sedar aku terlelap tadi. Hampir pukul dua pagi.
Baik aku solat. Aku cepat-cepat bangun menuju ke kamar mandi untuk berwudu’.
Usai
solat sunat tahajud, hajat dan istikharah aku berdoa kepada Allah supaya
memberikan aku kekuatan untuk membuat keputusan yang tepat. Perkara nikah kawin
ini sangat berat bagiku. Satu tanggungjawab yang perlu digalas dengan sebaik
mungkin sebagai isteri dan seorang ibu kelak. Penentuan aku untuk menggamit
syurga bersama pendampingku iaitu suamiku suatu hari nanti. Akim? Nama itu
terlayang-layang difikiranku.
......................................................................................................................................................
Genap
seminggu, aku mesti memberikan keputusan. Sudah aku fikirkan, buat apa aku
menunggu orang yang entahkan datang atau tidak? Umi sudah ku beritahu. Mungkin
sudah tiba masanya aku bernikah. Baik pandangan umi dan ayah, baiklah sisi
pandanganku. Apa yang aku tahu tentang bakal suami aku hanyalah nama pendeknya,
Akim, dan bekerja dalam bahagian reka bentuk dalaman dalam kawasan Johor juga.
Bagus, tak jauh aku dengan umi nanti. Hehe.
Tiga
minggu lagi aku akan bernikah. Semua persiapan tidak perlu aku risau kerana
pihak lelaki sudah sediakan awal kata umi. Aku hanya pasang badan sahaja,
untungnya nasib! Hehe. Nasib baik aku
dah hadir kursus kawin dengan Maria dulu. Tak lah kelam kabut lagi, Cuma aku
pening dengan pengurusan borang nikah. Susah juga nak kawin ya? Pelik! Macam
tahu-tahu yang aku akan beri jawapan positif. Maria dan Haikal tak habis-habis
perli aku. Meraka bertunang dulu, aku pula yang nikah awal. Haha. Nasib korang la. Dah takdir aku nikah dulu daripada mereka. Asyik kena bahan aje lah aku ni. Hehe.
Titt
tiit.. bunyi mesej dari handphone ku
menyedarkan aku daripada memikirkan perkara yang mengejut ini. Aik! No baru?
Mesej ku buka.
017-7778295 – Assalamualaikum Ain, ni sy Amus. Dgr cerita
Ain nak bernikah ya? Maaf mgganggu persiapan Ain, sy just nak ucap selamat
pengantin baru pada Ain dan suami. Semoga bahagia hingga ke syurga. Doakan sy
juga akn mencapai bahagia seperti Ain. Maaf sepanjang perkenalan kita Amus
terlalu dingin dengan Ain. Maaf sekali lagi sbb mesej dan ambil no Ain tanpa
kebenaran. Sy just nak wish dan ucapkan terima ksih sbb brkawan dgn sy. Ok la,
have a nice day! Happy selalu. Assalamualaikum. J ~AMUS~
Aku
pandang sayu mesej Amus. Haish..terlafaz sahaja akad, akan aku lupakan semua crush-crush yang pernah singgah dalam
hati aku. Peh! Macam ramai bebeno crushnya.
Kikiki. Berdosa menduakan suami!
Semoga Amus bahagia dengan pilihannya. Dia nampak bahagia ketika menyebut
tentang teman istimewanya di depan aku dahulu. Wajah Amus terbayang lagi. Mata
yang sangat memukau pandanganku. Bukan jodohku dengannya. Ishh, aku mana sesuai
dengan orang sekacak dia. Berangan lagi Dhea! Ingat, kau nak bernikah! Astaghfirullahalazim. Aku beristigfar,
lalainya aku. Banyak betul setan! Tambah dengan iman aku yang turun naik ni. Nauzubillah.
......................................................................................................................................................
“Aku terima nikah Ainul Mardhiah
binti Kamarul dengan mas kahwinnya dua ratus lima puluh ringgit tunai!”
“Sah?”
Tanya Tok Imam pada saksi-saksi.
“Sah!”
Kedengaran riuh suara mengatakan sah dan alhamdulillah tanda syukur lafaz akad
nikah telah selesai.
Suara
sayup-sayup ketika akad nikah oleh suamiku sebentar tadi mengingatkan aku
tentang seseorang. Takkanlah dia!? Aku memang meminta kebenaran daripada
keluarga untuk keluar seusai akad nikah dan sujud syukur oleh suamiku. Tidak
mahu duduk di depan bersama-sama ketika akad. Gemuruh rasa hatiku jika
berhadapan dengannya nanti. Tidak mengapalah, janji aku sudah memberikan persetujuan
untuk menerimanya sebagai suami. Selepas ini apa nak jadi, jadilah. Aku tetap
miliknya.
“Dhea!
Jom keluar, majlis batal air sembahyang dan pembacaan taklik dah nak mula ni,
bersedia tak?” bisik Maria ke telingaku. Aku mengangguk sambil menberikan
senyuman manis bercampur gemuruh. Pantas aku bangun untuk mengadap suamiku.
Sampai sahaja aku di hadapan suamiku, terus mataku terarah kepadanya. Gurlppp!!
Liur ku telan berkali-kali. Mataku tak beralaih-alih memandang matanya. Aku
gugup! Aku terkesima! Dia tersenyum manis kearahku. Yang paling manis rasanya!
Amus!!!! Kenapa dia? Bukan Akim yang selalu umi cerita? Aku khayal degan
pandangannya.
“Tak
kan pandang saja?” tanya satu suara. Aku tundukkan pandangan. Sedar akan
keterlanjuranku. Malu! Tersangatlah malu! Kedengaran tawa kuat bergema di
seluruh ruang tamu rumah. Gelakkan aku lah tu! Sumpah malu tak ingat! Suara
yang paling kuat siapa lagi kalau bukan abang-abang tersayang aku, Along, Angah
dan Achik. Kenal sangat suara-suara sumbang tuh!
“Hulurkan
jari sayang dulu, abang nak sarung cincin ni. Nak pandang lama-lama lepas
selesai ni semua nanti ya?” katanya dengan senyuman manis. Abang? Sayang? Mesra
terlebih mamat defrost ni. Aku hulur
jemari kanan utuk disarungkan cincin lantas aku menyalam tangannya. Terasa
dahiku dikucup sayu oleh suamiku. Insya-Allah abang yang pertama dan terakhir
untuk Ain, bisikku.
......................................................................................................................................................
“Macam
mana awak rancang semua ni?” tanyaku pada Amus ketika melangkah masuk ke dalam
bilik pengantin kami. Maklom lah, di luar tak dapat nak bertanya panjang. Sibuk
melayan tetamu dan bergambar. Lepas akad nikah pagi tadi, kami teruskan dengan
acara sanding. Satu hari sekaligus. Senang cerita! Huhu.
“Awak?
Siapa awak?”
Aku
pandang Amus. “Maaf, saya tak biasa lagi abang.” Pelik betul bunyinya. Ah,
gasak la!
“Mulai
sekarang sayang kena biasakan diri panggil abang, abang dan bahasakan diri sayang
Ain. Mana boleh saya awak lagi, tak romantik la macam tu” kata Amus sambil
ketawa.
Aku
jegilkan mata. Pandai je kenakan orang! Nasib baik suami, kalau bukan lama dah
aku bangkang. Huhu.
“Cepatlah
cerita, Ain nak tahu sangat ni!” desakku.
“Boleh,
tapi dengan syarat.” Aku telan liur. Ah, sudah mesti nak mintak bukan-bukan ni.
Ishh, dah la tak biasa berdua lagi. Lelaki semua sama la! Menyampah! Aku buat
muka meluat. “Sya..rat a..pa?” tanyaku tergagap-gagap bila Amus mula
mendekatkan bibirnya kearah telingaku. Dadanya aku tahan dengan tangan. Apa
pulak dia nak buat ni. Muka aku dah merah dah gamaknya menahan malu. Amus ni
memang nak kena.
“Jom
solat sunat kahwin berjemaah!” bisik Amus dekat lantas senyum senget apabila
menjauhkan jarak badannya denganku. Fuhh! Nak runtuh jantung aku..tak agak-agak
Amus ni. Tak faham ke aku tak biasa! Amus aku jeling.
“Jeling,
jeling suami! Nanti mata tu Allah jullingkan baru tahu. Dah jom solat!”
arahnya.
Cepat-cepat
aku ke kamar mandi untu membersihkan diri dan berwudu’.
Sayu
hati aku mendengar doa Amus. Walaupun perkenalan aku dan dia sangat singkat,
tetapi inilah titik permulaan kami dalam mengharungi alam rumah tangga nanti.
Aku masih kekok dengannya. Tapi tidak bagi Amus. Dia nampak biasa dan memahami
aku. Apa rahsia dia? Sabar Dhea, tak lari gunung dikejar.
Aku
bangun melipat telekung dan sejadah yang sudah digunakan. Rambut panjangku
lepaskan. Rimas! Seharian bertutup membuatkan aku tak selesa.
“Cantik
rambut sayang.”
Gurlp!
Alahai macam mana boleh lupa yang dia ada dalam bilik ni. Aduh, jangan dia
ingat aku nak goda dia sudah la. Aku buat muka tak bersalah. Cool Dhea cool. “Biasa je” balasku lantas duduk diatas kerusi meja solek
untuk menyikat rambut.
Wajah
Amus terbias di cermin hadapanku. Matanya tepat mengenai mataku. Aduh!
Janganlah pandang macam tu, dia bukan tak tahu aku memang kalah dengan mata
cair dia tu. Sengaja physiko aku ! Aku buat tak tahu. Jangan dia datang sini
sudah la, lepastu buat benda yang bukan-bukan memang aku lari karang! Dia
ketawa kuat sambil geleng-geleng kepala. Ciss gelak pulak dia. Apa yang digelakkannya? Dah la hutang cerita dengan aku,
buat tak tahu pula.
Aku
ingat dia nak datang tapi sampai ke sudah aku sikat rambut tak juga mulut dia
keluarkan apa-apa perkataan. Malunya kau Dhea, bajet dia nak datang kat kau
puji-puji lagi? Tadi orang puji jual mahal. Ishh malu malu! Aku bangun dari
kerusi lantas menuju kearah katil dan duduk di sebelah Amus. Buat biasa je
Dhea. Ehemm.. aku betul-betulkan duduk. Amus pandang aku sambil gelak lagi.
“Kenapa
asyik gelak je ni? Dah tak ada kerja? Apa yang kelakar sangat?” tanyaku tanpa
henti. Geram punya pasal.
Bunyi
tawa Amus semakin kurang. “Abang kelakar tengok sayang, cute sangat!
Kelam-kabut! Semua ada, kenapa? Nervourse
eh?”
Dia
gelak lagi. Kali ni bertambah kuat. “Gelaklah sampai subuh, Ain tak kesah! Ain
tidur dulu! Assalamualaikum, nite!”
kataku sambil baring membelakanginya lantas memejamkan mata. Sedih! Ada suami
macam tak ada, suka membuli pula tu. Dia macam tak kesah tentang perasaan aku.
Apa yang aku tanya semua dia tak jawab. Dia ingat aku ni patung bernyawa
agaknya yang tak ada perasaan dan boleh dia buat sesuka hati! Mata aku mula berair
walaupun aku sedang menutup mata. Terasa dipermainkan olehnya. Sebak pulak rasanya. Wahai suamiku, pujuklah!
Lembab betul la sensor dia ni.
“Sayang...” Tiba-tiba aku terasa ada
tangan yang melingkar di pinggangku dari arah belakang. Amus mendekatkan jarak
kami lantas mengeratkan pelukan. Aku terkaku. Tak sangka Amus bertindak begitu.
Ingin menolak takut dikira berdosa. Biarkan saja Dhea, dia ada hak. Aku diam. “I’m so sorry sayang..” katanya lalu
mencium rambutku. Aku rasa terharu. Terasa keikhlasannya. Aku kutuk diri
sendiri, kenapa sejak bernikah ni aku terlalu sensitif? Padahal mungkin Amus
cuma ingin bergurau denganku, aku yang terasa lebih! Kesian pula dengan suamiku.
Aku ingin meminta maaf atas sikapku tadi, tetapi hati menolak dahulu. Baik
tengok cara Amus pujuk aku la. Haha.
Dhea! Sejak bila kau menggedik? Kikikiki.
“Sayang adalah anugerah terindah
yang pernah abang miliki. Jangan begini sayang. Abang hanya bergurau, abang tak
sengaja. Ain tak faham apa perasaan yang abang tanggung sekarang ni. Perasaan
gembira, terharu, bersyukur yang tak terhingga sebab dapat memeluk gadis yang
abang tunggu selama bertahun-tahun ini. Gadis yang berjaya tetapkan hati abang
untuk setia pada yang satu sehingga tiba waktu yang sesuai untuk abang sunting
dan memilikinya. Abang nak kongsi perasaan abang ni dengan Ain. Sayang faham
tak perasaan abang?” katanya lirih.
Aku
terkejut. Bertahun-tahun? Apa maksud Amus? Aku pusingkan badan mengadapnya. “Apa
maksud abang bertahun-tahun? Bukan kita baru je kenal?” tanyaku pelik.
Amus
memandang mataku sambil tersenyum suka. Mungkin reda hatinya melihat yang aku
bertambah okey. “Banyak benda yang
abang nak cerita dengan sayang, tapi janji jangan tidur pulak!” katanya sambil
ketawa. Dadanya aku pukul perlahan. “Takkanlah!” jawabku sambil tersenyum manis
memandangnya. Aku baru perasan, sejak bila aku jadi tak tahu malu depan dia? Haha. Lantaklah, janji dah jadi suami
aku. muehehehehe..
“Okey, firstly abang nak beritahu sayang
yang abang dah kenal sayang 10 tahun dulu. Sejak sayang form four lagi” katanya
sambil jarinya bermain dengan anak rambutku.
“Abang
kenal Ain macam mana?”
“Ingat
tak hari yang sayang ada kelas tambahan, tak balik sama dengan Maria. Then, sayang hantarkan buku rujukan addmath pada dia dekat gate sekolah?”
Aku
mula mengingat. Oh ya! Ada-ada. Aku mula mengimbas detik itu. Memang aku ada
hantarkan buku rujukan pada Maria sebab tak dapat balik bersamanya pada hari
tersebut. Kata Maria dia memerlukan buku itu segera untuk study bersama beberapa orang rakan kelasnya di rumah. Aku yang
terlupa memulangkan pada waktu rehat terkocoh-kocoh mengejarnya sebelum bermula
kelas tambahan. Harta orang mesti pulangkan kata umi dulu. Nasib baik Maria tak
balik lagi. Cepat-cepat aku kejar. Tapi apa kena mengena?
“Okey, Ain ingat time tu, kenapa ya?”
tanyaku laju.
“Abang
ada je dekat luar gate tu perhatikan sayang.” Hehe. “Sayang time tu nampak lelah sangat berlari, termengah-mengah, cute,
muka merah padam walaupun tak berapa nak putih macam sekarang tapi still boleh
nampak merah, abang tak dapat tahan ketawa masa tu.” tambahnya lagi. Aku jegil
mata. Nak kata aku gelap lah tu time
dolu-dolu! Dia ketawa lepas. Tahu yang aku bengang, sengaja cari pasal. Dia
memang suka aku marah.
Ketawa
Amus makin reda. “Sebenarnya Maria adik
sedara abang. Sayang jangan marah dia dan Haikal tau sebab berkomplot dengan
abang. Nak marah, marah abang. Mereka cuma ikut arahan abang.” Amus kelipkan
mata sekali. “Sayang nampak sangat lah innocent,
hati abang mula tertarik dengan Ain. Abang tanya Maria siapa budak yang
hantarkan buku tu? Dari situ la abang korek cerita pasal Ain dan pada masa tu
juga abang tolong mak ngah ambilkan Maria dari sekolah sebab tak nak Maria
balik sendiri tanpa Ain. Kebetulan abang cuti sem waktu tu, terlanjur abang
datang rumah mak ngah abang pun volunteer
nak tolong la. Tapi bagus jugak,
dapat abang jumpa sayang.” Hehe. Aku
pandang suamiku tanpa berkelip. Macam tak percaya. Lama juga dia tunggu aku.
Tapi takkan sekali jumpa dah suka? Laki aku ni memang pelik la! Bisik hatiku.
Amus
mencocok jari telunjuknya di telinga kiriku yang sedang berkhayal. Aku
terkejut. Bila sedar Amus dah tergelak sakan. Cis! Suka mainkan aku la mamat defrost ni, haipp laki kau tu Dhea. Ish
ish ish..
“Ada
kejutan lagi tau yang, sebenarnya perjumpaan kita semua dirancang. Abang yang
suruh Maria ajak sayang ikut sekali bila keluar dengan Haikal. Padahal abang
seorang kalau teman pun dah cukup and
kalau nak tahu Haikal rakan sekerja abang. Abang nak jumpa Ainul Mardhiah abang
ni selepas bergelar guru, bagaimana keadaannya tanpa kata-kata puitis dari
abang.” kata Amus sambil mengangkat kening memandangku.
Mataku
terbeliak. Kata-kata puitis? Sejak bila Amus pandai berpuitis? Bila masa? Aku
makin tak faham.
“Kenapa?
Pelik? Confuse?” Haha.. “Kesian sayang abang ni, actually, semua kad-kad kuning yang ada pada Ain abang yang tulis”
kata Amus. Aku dah terdiam. Banyaknya
rahsia dia dan banyak perkara yang dia sembunyikan sepanjang tempoh perkenalannya
denganku. Terlalu banyak! Hingga tak terjangka oleh akalku.
“Ohho..so
AYAM tu abang lah ya? tanyaku dengan menekankan sebutan AYAM tersebut. Padan
muka! Sengaja buat dia terasa.
Amus
gelak lagi. “Sampai hati sayang panggil abang ayam ya? bukan ayam la tapi AMAY,
nama abang la tu Amirul Mustaqim Abdul Yusuf.” balas Amus. Aku pandang
wajahnya. Baru tahu nama penuh dia. Apa punya bini la aku ni, baru tau nama
penuh suami. Aku terkejut juga apabila mengetahui yang Amus adalah pengantin
lelaki, padahal nama yang diberitahu ialah Akim. Banyak sangat nama. “Kenapa
panggil Amus?”
“Sebab
abang suka!” balasnya sepatah.
“Apa
yang membuatkan abang yakin Ain akan terima pinangan abang ya?”
Amus
ketawa. “Eleh, macam la abang tak tahu yang sayang dah mula sukakan abang bila first time kita jumpa dulu. Tapi abang
tetap tak puas hati dan ingin menguji Ain lagi. Abang sengaja buat-buat dingin
dekat sayang, saja nak uji. Haha. Ain
pandang abang tak berkelip kot setiap
kali jumpa!, tahu lah abang kacak” kata Amus sambil tahan ketawa.
Aku
mencebik. Perasan! “Bila masa Ain macam tu?” tanyaku sambil menjelingnya tajam!
Bengang. Buat malu kaum saja Amus cakap aku macam tu.
“Sebenarnya,
mula-mula abang tak yakin juga, sebab tu abang tunggu masa yang sesuai. Perkara
yang membuatkan abang betul-betul yakin dengan keputusan abang untuk menikahi
sayang ialah sewaktu abang katakan yang abang sedang menunggu jawapan dari teman
istimewa abang untuk hidup dengan abang. Perubahan pada wajah sayang sangat
jelas! Abang dapat tangkap yang sayang sangat kecewa.” Amus senyum sambil
menggengam jemari kananku lantas mengucupnya. “Betulkan sayang?” Aku angguk.
Patutlah waktu tu Maria dan Haikal hilang tiba-tiba. Rupanya dah rancang pertemuan
untuk aku jumpa Amus.
“Sampai
hati abang, Maria dan Haikal sembunyikan hal ni daripada Ain ya? Pandai semua
berlakon. Ain je yang tak tahu
apa-apa. Mesej yang abang bagi Ain sebelum kita bernikah tu pun propa je kan? Rasa macam dipermainkan je!” protesku.
Amus
geleng kepala. “Abang tak bermaksud untuk menipu sayang, tapi yakinlah, abang
buat semua ni bersebab. Abang tak nak ganggu sayang lagi sewaktu sayang sedang
belajar. Kita masing-masing masih muda. Abang juga sedang belajar waktu itu dan
keadaan abang tak stabil untuk menanggung orang yang sangat istimewa bagi abang.
Dengan cara menulis apa yang abang rasa kepada Ain sudah cukup membuatkan abang
puas hati. Abang bertekad untuk berjaya dan akan kembali pada Ain bila sampai
waktu yang sesuai. Abang selalu berdoa jika Ain memang ditakdirkan untuk abang,
abang berharap Allah jagakan Ain sehingga abang mampu berhadapan dengan Ain
seperti sekarang” terangnya.
“Abang
harap Ain faham keadaan abang.” Aku angguk. Mula terasa bersalah kerana
menuduhnya yang tidak-tidak. Padahal dia lakukan semuanya untuk aku. Tak nak
aku jadi lalai dengan cinta sewaktu meniti alam persekolahan. Baik sungguh
suamiku. Bertuahnya aku memilikinya, yang sangat sayangkan aku.
Panjang
sungguh perbincangan pada malam pertama kami. Letih fizikal dan mental.
Semuanya berlaku dengan pantas! Semua sebab AMUS! Ya, dia suamiku!
Aku
memandang Amus dengan pandangan sayu lantas memeluknya kuat tanda berterima
kasih atas segalanya. Erat sekali. Amus membalas pelukanku. Buat pertama kali
memeluk lelaki yang bukan mahramku. Terasa sangat lain perbezaannya. Memeluk
abang, ayah dan dia. Tentulah, dia lebih istimewa. Ya, kerana dia suamiku!
Amus
melonggarkan pelukan. Termalu aku yang memeluknya bagai tidak mahu lepas. Dia
tersenyum memandangku. “Abang rasa semuanya dah abang ceritakan pada Ain,
sekarang giliran Ain tolong abang pulak boleh?” katanya.
Aku
mendongak memandang wajahnya. “Tolong apa?”
“Tolong
tutup lampu.” Aku mengangguk. Setakat tutup lampu apa lah sangat. Aku bangun
menutup suis lampu lantas berlalu perlahan kearah katil kembali. Sampai sahaja
di tepi katil aku terasa tanganku ditarik dan aku hampir melayang. Mujur
ditahan oleh badan sasa Amus. Apa main tarik-tarik orang ni?
Amus
peluk aku kuat. Tangan yang mula menjalar di batang leherku membuatkan aku
mengigil kecil dan memahami setiap maksud sentuhan dan kucupannya di wajahku.
“Maafkan abang, sayang ada overtime
malam ni, tak apa kan? Ada kerja yang perlu kita selesaikan.” Hehe. Bisik Amus dekat di telingaku. Aku
rela. Sesungguhnya rela. Ya, kerana dia suamiku! Doa yang dibaca oleh Amus
membuatkan aku sedikit tenang. Sesungguhnya adab-adab yang telah diajar nabi tidak
sia-sia. Sentiasa ada hikmahnya. Aku tersenyum mendengar setiap perkataan kasih
dan cintanya terhadapku. Ain sayang abang!
......................................................................................................................................................
Setahun kemudian..
Aku
mengambil kad yang terletak diatas meja solek lantas membukanya.
To my lovely wifey <3
Ainul Mardhiah..kau seharum kuntuman ditaman syurga.. menanti
hadirnya seorang
lelaki untuk menjadi bukti cinta sejati.
Oh Tuhan bisakah dicari didunia ini seorang wanita bak
bidadari
Menghulurkan cinta setulus kasih..dihati lelaki bernama
kekasih...
p/s : abang sangat bahagia memiliki sayang. Semoga sayang ikhlas
disamping abang didunia dan diakhirat. Abang berdoa dan berharap Ainul Mardhia
binti Kamarul ini akan menjadi ketua bidadari untuk abang disyurga kelak.
Insya-Allah. J
Happy 1st anniversary sayang. Tunggu abang balik
petang nanti. Just wait, surprises will come out!
lots of love
AMAY yor lovely husband.
Aku
ketawa kecil sambil menggeleng kepala. Amus memang banyak rahsia dan sukakan
kejutan. Masalahnya bukan dia yang terkejut. Balik-balik aku juga yang
terkejut! Hehehe.
Aku
mengusap perut yang mula membuncit. Walaupun aku yang nikah awal, tapi Maria
yang hamil dulu. Sekarang usia kandungannya nak masuk enam bulan. Aku baru
empat bulan. Tidak mengapalah. Rezeki orang berbeza-beza. Semasa hari bahagia
Maria dan Haikal, teruk mereka kena dengan aku. Yelah, berani diaorang
berkomplot dengan suami aku untuk kenakan aku ya! haha. Tapi aku tetap berterima kasih pada mereka. Tanpa mereka aku
tidak akan berpeluang mengecap bahagia bersama Amus seperti sekarang. Semoga
Allah memelihara dan memanjangkan usia pernikahan kami hingga akhir hayat. Insya-Allah
Amiinn.
......................................................................................................................................................
~TAMAT~
;)